Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6328
View
196
Reply

[Tempatan] Trend lelaki sekarang cari bakal isteri kerja kerajaan. Target nak buat loan bank

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-8-2019 11:29 PM | Show all posts |Read mode
Awas! Gadis single kerja kerajaan diminta kahwini lelaki sejati, bukan biawak jantan tak guna - Viral | mStar
10 jam lalu
5-6 minutes

SOAL jodoh perlulah difikirkan dengan sebaik-baiknya, kelak tersalah pilih, diri kita juga yang merana.

Terbaharu, tular perkongsian di Facebook mengenai beberapa kes atau senario rumah tangga yang berlaku dalam masyakarat kita, tetapi mungkin tidak diketahui ramai.

Tidak dinafikan ada segelintir lelaki sengaja 'memburu' isteri yang bertugas sebagai penjawat awam sebelum memujuk mereka membuat pinjaman bagi mendapatkan wang dengan mudah.

Menerusi perkongsian Harith Faisal di laman Facebook, dia menceritakan pengalaman seorang rakannya yang memujuk isterinya yang juga kakitangan kerajaan untuk membuat pinjaman peribadi selepas mereka berkahwin.


Aku ada kawan yang arwah isteri dia dulu penjawat awam. Lepas kahwin, dia pujuk isteri dia buat personal loan sampai maksimum untuk modal bisnes. Tolak di payslip. Malangnya, bisnes tak menjadi. Modal hangus.


OK Then? Tak sempat habis bayar hutang tu, isteri dia meninggal. Dia kata, untung juga macam tu. Personal loan tu terus langsai sebab ia dilindungi takaful," katanya.

Harith yang juga pakar kewangan dan hartanah mendedahkan rakannya itu turut merancang mahu memperisterikan penjawat awam sekali lagi selepas kematian isterinya.

"Sekarang dia tengah target untuk kahwin dengan penjawat awam lagi. Jangan diceraikan pula isteri baharu dia tu lepas dapat duit personal loan.

"Lepas cerai, bekas isteri tetap kena bayar hutang personal loan tu setiap bulan sebab memang tolak kat payslip, kan. Saya sendiri pernah jumpa single mom yang berhutang personal loan berpuluh, beratus ribu.

"Pun sama, bekas suami guna untuk bisnes, bisnes melingkup. Lalu diceraikan dengan alasan dah tak sehaluan," dakwanya.

Jelasnya lagi, kebiasaannya spesies lelaki seperti itu akan menjadikan guru atau jururawat sebagai sasaran mereka.

Antara komen netizen berkenaan posting tersebut.

"Seorang bekas banker ada beritahu saya yang memang cikgu dan nurse lah profesion yang biasa akan apply maksimum personal loan. Masa apply tu pasangan mereka ikut sekali.

"Disuruhnya apply maksimum selagi boleh. Bekas banker tu kata, dia berhenti kerja pun sebab tak sanggup nak hadap situasi macam tu. Rasa serba salah kot," katanya.

Cerita Harith dengan lebih lanjut, gaji bersih yang diterima penjawat awam juga amat mengejutkan dek kerana perlu membayar hutang.

    Sekarang dia tengah target untuk kahwin dengan penjawat awam lagi. Jangan diceraikan pula isteri baharu dia tu lepas dapat duit personal loan.

"Dia share lagi, memang ramai je penjawat awam gaji kasar ribu-ribu, tapi gaji bersih dalam payslip tinggal baki ratus-ratus saja sebab hutang santak sampai habis.

"Jadi, kepada penjawat awam yang single-single tu, berhati-hati pilih pasangan hidup. Jangan naif sangat sampai sanggup kena tipu hidup-hidup. Disangka kahwin dengan lelaki, rupanya dia 'biawak jantan tak guna'," katanya.

Posting Harith mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata bersetuju dengan posting tersebut kerana ada antara ahli keluarga dan rakan mereka pernah melalui pengalaman serupa.

Jururawat dan guru antara yang sering menjadi sasaran lelaki 'biawak'.

"Kakak saya rela berpisah dengan tunang dia walaupun tarikh kahwin dalam sebulan lagi. Sebab bekas tunang minta dia buat loan. Kakak saya seorang guru.

Kami semua sokong tindakan kakak. Kalau belum kahwin dah minta dia buat macam tu bayangkan kalau dah kahwin. Macam-macam lagi dia boleh minta kakak saya buat," tulis Shira Shahira.

Sementara itu, Ruviantie Roslan berkata: "Ya betul. Ramai kawan saya kena macam ni. Buat loan untuk suami buat bisnes... maksimum pula tu, bulanan RM1k++ bayar.

"Ada juga yang jenis sayang suami tak bertempat, buat loan sebab tak nak tengok suami susah. Last-last suami habis kursus naik pangkat bercerai.

"Alasan tak sehaluan. Sekarang dia yang tanggung sorang loan tu dan jaga empat orang anak. Bekas suami satu sen pun tak bagi nafkah anak," katanya.

"Kawan saya dulu disuruh buat personal loan untuk renovate rumah mentua yang kononnya kan jadi rumah 'mereka' kelak. Malangnya kawan saya diceraikan dan duit loan tersebut masih dibayar hingga kini," tulis Aida Zaizul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka la kat cikki2 yg mudah terpedaya dgn jantan
ujung2 nangis la ko kene byr hutang, yg jantan lak aman2 buat bodo...kalo melawan kang takut lak kene cerai..malu kt bdk2 opis wehhh kalo jd janda
so hadap la berlaki gak walau dpt jantan x guna
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja bagus terpelajar masih stupid dgn chentaa buta tuli. Mendapat la chenta utk kaut Wang
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinggal uang ratus2 plak untuk makan bukan forumer sini macam setan kecam aku ni buat lebih RM10k sebulan
Bayar komitmen je RM1k, business trip nak RM1k lagi belom kos barang dan lori
Nasib baik iols founder, ye vanilla bitches. Lagi mewah dari some male founders  yang dapat geran tau
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgnlah mudah terpedaya dgn lelaki..kalau kau nak tlg sbb syg sekalipun jgnlah melebih..berpada2 sudah.....i ada jgk tlg suami time dia kering duit.  Tp duit simpanan lah dia nak topup modal bisness..tp jnji ttp jnji...dia kena byr setiap bulan...tp tu pun sikitlah bkn habis simpanan i....huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Geramnya baca pasal jantan hanat camnih. Moga Allah lindungi dari jumpa yang tak guna ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Diminta pihak yang prihatin buat khidmat pesanan masyarakat dalam televisyen dan radio
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitulah lelaki sekarang. Mak.ayah bg makan DNA babi kut ms kecik. Tu perangai mcm tu. Nk mujur lelaki2 keliling I, x de perangai sial mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sbb tu i selalu pesan dekat mak2 yg anak diaorang x kawen lagi. kadang2 satu rahmat yg besar bila ank perempuan belum berkahwin walau umur makin meningkat. nasihat sy lebih baik single dari dpt lelaki yg jahat, buat personal loan atas nama isteri... zaman dah berubah chuols... kawan i ramai yg dah bercerai tapi hutang kawen x habis bayar lagi... katanya bekas suami paksa ambil hutang sblom kawen dlo... nasihat i kepada semua, hati hatilah ya... sayangkan tengkuk sendiri dulu, sebelum nk sua tengkuk kat orang lain utk kene sembelih amik personal loan. sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Personal loan ni sbnarnya maksimum brapa boleh buat?
Klu iols nk cri pasangan penjawat awam sbb ada pencen je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
jadi acik2 gomen kena la cari pasangan keje gomen jugak kalau nak selamat. kalau  yg datang approach tu 'businessman', larikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 08:29 AM | Show all posts
Edited by monreyes at 20-8-2019 01:26 PM

mak bapak kena la nasehat anak jgn aniaya anak org..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh....buat loan utk renovate rumah mertua....klu aku, upah org bakar.....

Puashati....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 20-8-2019 08:17 AM
jadi acik2 gomen kena la cari pasangan keje gomen jugak kalau nak selamat. kalau  yg datang approach ...

@Acikgomen forum cmana..?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 08:43 AM | Show all posts
perempuan selalu diperdaya lelaki tak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 09:05 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 20-8-2019 07:21 AM
Diminta pihak yang prihatin buat khidmat pesanan masyarakat dalam televisyen dan radio

kang andartu semua kakitangan kerajaan.. was was tahap melampau haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 09:08 AM | Show all posts
aechae replied at 20-8-2019 08:00 AM
Personal loan ni sbnarnya maksimum brapa boleh buat?
Klu iols nk cri pasangan penjawat awam sbb ad ...

maxs 100k kot sbb tempoh pembayaran dah jadik 10 tahun aje berbanding dulu 20 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 09:09 AM | Show all posts
Korang kan suka bad boys. Haaa..... Merasalah akibatnya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 09:11 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 20-8-2019 07:22 AM
Begitulah lelaki sekarang. Mak.ayah bg makan DNA babi kut ms kecik. Tu perangai mcm tu. Nk mujur lel ...

Saya dikecualikan ya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 20-8-2019 09:09 AM
Korang kan suka bad boys. Haaa..... Merasalah akibatnya....

Badboy biarlah berwang berharta...bkn sengkek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.099256s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list