Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
817
View
8
Reply

[Tempatan] Kebiasaannya suami isteri sejoli pasti meninggal dunia hampir serentak masa

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-8-2019 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan sejoli ke akhir hayat
    myMetromutakhir




MEREKA pasangan yang sangat rapat, pergi ke mana pun tak akan berenggang hingga perniagaan mereka pun diuruskan bersama.

Semalam, ada kenduri sepupu kami bertunang, mereka menaiki motosikal tiga beranak meronda seluruh kampung dan kami sendiri melihat kemesraan mereka, kata Sharizal Abdul Aziz, 35.

Sharizal adalah abang kepada Muhammad Sharidan, 29, yang maut bersama isteri, Siti Rafini Rafie, 27, dan anak mereka Rafiq berusia 14 bulan dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Alah Batu, dekat Slim River, hari ini.

Menurutnya, adik serta adik iparnya itu sangat rajin bekerja dan sentiasa mengutamakan keluarga.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan suami isteri itu, semalam dan mereka hanya bersembang kosong sekejap sahaja kerana pasangan itu sibuk menguruskan majlis kenduri pertunangan sepupu mereka.

Kami mengadakan majlis pertunangan sepupu semalam dan menggunakan katering keluarga mentua arwah adik saya itu. Jadi mereka memang sibuk menguruskan majlis itu semalam.

Selepas habis kenduri, saya melihat mereka meronda seluruh kampung dengan menaiki motosikal dan tidak menyangka kemesraan mereka itu rupanya petanda mereka akan pergi meninggalkan kami, katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River, Slim River.

Menceritakan kebakaran itu, Shahrizal berkata, dia yang tinggal tidak jauh dengan rumah adiknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima berita kejadian, 3.30 pagi.

Katanya, sebaik tiba, dia mendapati api sudah marak membakar keseluruhan rumah sebelum dimaklumkan jiran ada mendengar suara arwah adik dan adik ipar menjerit meminta pertolongan.

Mereka pergi tanpa meninggalkan apa-apa barangan peribadi kerana keseluruhan rumah dan Toyota Hilux milik mereka musnah, katanya.

Jenazah ketiga-tiga beranak itu dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Slim selepas solat Zuhur hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 19-8-2019 01:54 PM

Innalillah.. Semoga mendapat syahid
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 01:54 PM | Show all posts
innalillahiwainnailayhirajiun...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Taun 2014 taun yg penuh air mata bg Haku sekuarga..dari awal taun sampai hujung taun setiap 3bulan nenek,atok n nenek sedara selang seli meninggal! Dari awal taun bulan 2 nenek belah arwah abah haku n diikuti ngan nenek sebelah laki haku bulan 4 bulan 6 plak atok sedara menyusur pegi n bulan 9 arwah nenek sedara pergi n bulan 12, paling sedih sgt2 3 aribulan 12 tu arwah atok Haku meninggal n selang 3 ari plak arwah nenek Haku ikut sama pergi wat selama2... Kubur arwah atok nenek sebelah2 je!

Alfatihah tuk arwah atok,nenek semua
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kuat dan tidak putus atas dengan ujian
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 03:57 PM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 04:02 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
acikhan replied at 19-8-2019 01:57 PM
Taun 2014 taun yg penuh air mata bg Haku sekuarga..dari awal taun sampai hujung taun setiap 3bulan n ...

Takziah. Semoga acikhan terus tabah dan sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
2.410066s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list