Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
706
View
3
Reply

[Tempatan] Keluarga Nora Anne Quoirin Menzahirkan Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Pihak

 Close [Copy link]

Author: Lalalili66778    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-8-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Keluarga Nora Anne Quoirin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus mencari remaja Ireland yang hilang itu sejak berita kehilangannya dilaporkan media sejak 4 Ogos lalu.

Menganggap pemergian Nora Anne sebagai satu menyedihkan, keluarganya juga menyifatkan kehilangannya berjaya mengukuhkan ikatan kasih sayang antara mereka.

Dia gadis cukup berharga, paling berharga dan kami sangat menyayanginya. Tindakan yang diambilnya tidak dapat kami tanggung. Hati kami patah
Kami akan sentiasa menyayangi Nora, katanya dalam entri di akaun Facebook C Lucie Blackman Trust, hari ini.
Dalam kenyataan sama itu, keluarganya begitu menghargai usaha dilakukan semua pihak termasuk pihak keselamatan dan penduduk tempatan yang terus berusaha mencari Nora Anne.

Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada penduduk setempat di sini dan semua pihak yang mendoakan dan terus memberi sokongan pada masa ini.
Nora sudah membawa orang ramai, terutamanya dari Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia, menyatukan kasih sayang dan sokongan mereka terhadap dirinya dan keluarganya. (Kehilangan) dia benar-benar menyentuh (hati) seluruh masyarakat dunia, katanya.
Katanya, buat semua rakan dan keluarganya pula, mereka tidak dapat menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan sepanjang tempoh sukar ini.

Semalam, keluarga Nora mengesahkan mayat perempuan yang ditemui pada jam 1.57 tengah hari semalam adalah remaja Ireland yang dilaporkan hilang di sebuah pusat peranginan di Pantai, di sini sejak 4 Ogos lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata pengesahan itu diperoleh selepas anggota keluarga membuat pengecaman mayat di Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
May she rest in peace
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
RIP........
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:53 AM | Show all posts
sambung d Thread yang sedia ada yer
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1169123

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.079493s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list