Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
224
View
0
Reply

[Jenayah] Edisi naik turun: Yg lama balik dulu. Kenyataan melampau oleh pendakwah terkenal!

[Copy link]

Author: dodolgemok    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-8-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Suruh tetamu lama Cina balik dulu - Zakir Naik14/08/19|02:07 pm

Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik memberikan kenyataan pedas terhadap kaum Cina di Malaysia, sebagai respons balas atas gesaan supaya beliau keluar daripada negara ini.

Kenyataan itu dibuat pada satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu, di mana beliau turut mengeluarkan kenyataan berkaitan penganut Hindu yang menurutnya lebih percaya dengan perdana menteri India berbanding Malaysia.

Zakir membuat kenyataan mengenai kaum Cina di Malaysia itu apabila bercerita tentang bagaimana agama Islam tersebar dengan aman di sekitar daerahnya melalui pedagang.

Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, orang Inggeris (British) datang. Mereka adalah tetamu baru kita.

Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu. Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang.

Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya (lahir di sini), katanya.

Jika kamu mahu tetamu itu pulang, dan tetamu lain, yang membawa keamanan dalam sesuatu komuniti tersebut, mereka (tetamu itu) membawa manfaat kepada keluarga itu, katanya sebelum kembali ke topik tentang Islam disebarkan tersebar dengan mata pedang.

Zakir, kini bertaraf penduduk tetap Malaysia sedang berdepan dakwaan pengubahan wang haram dan dikehendaki oleh kerajaan India.

Mahathir bagaimanapun membantah ektradisi kerajaan India dan menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Zakir dihantar pulang ke India, sekiranya pendakwah itu tidak dijamin mendapat perbicaraan yang adil di sana.

Zakir sebelum ini pernah berkata bahawa beliau bersedia untuk kembali ke India dengan syarat Mahkamah Agung India dapat memberi jaminan dalam tulisan bahawa dirinya tidak akan ditangkap dan dipenjara sehingga dia dibuktikan bersalah.

Sebelum ini dilaporkan pada Mei 2017 bahawa Arab Saudi memberikan kerakyatan kewarganeraan kepadanya.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa supaya pendakwah tersebut supaya meninggalkan Malaysia secra sukarela.

Sos: https://m.kinitv.com/video/1fa5ae16-7de5-439a-8c8e-ba17c86bc2be?fbclid=IwAR3o6UPKNeVe1sTNmJdm0nwFkTPf2S9y5kZde8zzX61oM-vfkglLfrLdzXs

P/s: lepas kaum India, kaum cina pulak disuruh balik. Makin lama makin melampau! Kalau nak berdakwah, dakwah je lah xpayah masuk cmpur hal ehwal warganegara Malaysia! Ni dia pulak jadi batu api nak laga2 kan keharmonian negara. Moga tuhan tunjukkan sebenar muka golongan perosak keharmonian negara org. Amen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.079416s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list