Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
370
View
5
Reply

[Tempatan] Handphone sekarang 12-48 MP. Akan datang Samsung punya handphone kamera 108 MP

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-8-2019 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Samsung perkenalkan sensor kamera telefon 108 megapiksel
Agensi -
14 Ogos 2019


KOREA SELATAN C Samsung memperkenalkan sensor kamera baharu dengan 108 megapiksel yang direka untuk telefon pintar.

Kamera telefon pintar biasanya hanya mempunyai 12 hingga 16 megapiksel sahaja bagaimanapun Isocell Bright HMX keluaran terbaharu syarikat teknologi dari Korea Selatan itu bakal menjadi sensor kamera pertama yang mempunyai lebih 100 megapiksel untuk kamera telefon pintar.

Menurut Samsung, Isocell Bright HMX direka bagi mendapatkan butiran yang sangat terperinci bagi sekeping foto. Ia juga direka supaya dapat merakam gambar yang lebih cantik ketika cahaya malap.

Bagi rakaman video pula, Isocell Bright HMX boleh merakam sehingga 6K resolusi pada 30 bingkai sesaat, sekaligus mengatasi resolusi video kamera telefon pintar terbaik ketika ini yang hanya mampu merakam 4K pada 60 bingkai sesaat.

Samsung bekerjasama dengan gergasi telefon pintar China, Xiomi untuk membangunkan sensor tersebut dan ia dijangka digunakan dalam telefon pintar Xiomi tidak lama lagi.

Syarikat Korea Selatan itu bagaimanapun tidak memaklumkan sama ada telefon pintarnya sendiri atau pengeluar telefon pintar lain akan turut menampilkan sensor 108 megapiksel pada produk mereka.

Pengeluaran massa bagi sensoro tersebut dijangka bulan ini.-Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:19 PM | Show all posts
kalau buat rakam video ni pelaku mudah dikenal pasti lah ye nok
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku berkenan A70 saja.. Yg penting.. Laju..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:35 AM | Show all posts
Sampai 100MP berapa pulak memori nak sumbat dalam phone tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:39 AM | Show all posts
Masih guna

Kamera filem


"ahak"


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Samsung retorik je semata ..  i kalo nk android phone, i prefer huawei
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.096229s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list