Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
2727
View
30
Reply

[Dunia] Stering Kereta Tiba-Tiba Lock C Langgar Mati Pemotong Rumput Di Thailand, Ini

 Close [Copy link]

Author: Lalalili66778    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-8-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Lalalili66778 at 14-8-2019 05:58 PM





Semalam viral di media sosial apabila enam orang warga Thailand  dirempuh seorang pelancong Malaysia. Kejadian yang berlaku di daerah Rattaphum itu menimbulkan pelbagai spekulasi orang ramai yang mendakwa pemandu itu cuai selepas 5 orang disahkan maut.

Terbaru, adik pemandu yang melanggar mangsa warganegara Thailand itu tampil kongsi cerita sebenar. Menurutnya kakaknya terlanggar sesuatu di jalan raya sehingga mengakibatkan stereng kereta terkunci.






Assalamualaikum wrt. wbt.

Saya adik kepada Melinda Susilanini , seorang warganegara Malaysia yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tapi sekarang ditahan di lokap di Songhla. Beberapa hari yang lepas sempena cuti panjang aidil adha saya, along dan seorang lagi saudara perempuan ambil cuti untuk balik ke kampung di Kelantan dan seterusnya ke selatan Thailand. Kami juga ada saudara disana (selatan Thailand).

Pada 13.08.2019 jam lebih kurang 3.00 petang ketika dalam perjalanan balik, kami terlibat dengan kemalangan. Mengikut laporan daripada pihak polis Thailand (saya ringkaskan cerita) Semasa dalam perjalanan, kelajuan biasa (sebab kenderaan banyak ketika itu) kakak terlanggar sesuatu ditengah jalan dan menyebabkan kereta kami hilang kawalan. Kakak bagitau stering kereta tiba-tiba lock dan tak dapat dikawal dan lepas itu kereta kami merempuh pekerja mesin rumput yang sedang berehat di tepi jalan.



Kereta kami seterusnya terperosok kedalam longkang lepas hilang kawalan dan mengalami kerosakan agak teruk disebabkan rempuhan tadi. Bagaimanapun kami bertiga selamat dan mengalami kecederaan ringan sahaja. Malangnya pekerja yang dilanggar ada yang meninggal dunia dan ada yang cedera parah.

Pihak polis dah jalankan siasatan dan kemalangan ini juga dah dilaporkan di media rasmi Thailand. Sekarang ini kakak saya ditahan dan berada dalam lokap sementara tunggu ikat jamin dan diminta untuk bayar jaminan sebanyak 400,000 baht (RM60,000 ) . Kami cuba dapatkan bantuan konsulat Malaysia dan bantuan dari TAC (Tourist Assistance Centre) untuk cuba kurangkan kos tuntutan jaminan.







Buat masa ini along masih bersama dengan kami dan masih trauma dengan kejadian. Along tak boleh balik ke Malaysia sebab pihak polis Thailand pegang passport dan ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan termasuk urusan dengan keluarga mangsa yang meninggal dunia. Kami tak sangka kejadian ini boleh berlaku dan tak pernah sekali-kali ingin ia berlaku. Tambah pula sampai melibatkan kehilangan nyawa. Malangnya ia dah pun berlaku, sekarang kami perlu selesaikan dengan sebaiknya.

Dalam keadaan ini, kalau boleh kami nak selesaikan kes ini secepat mungkin. Oleh itu saya dengan rendah diri memohon bantuan sumbangan dari rakan2 yang mengenali, saudara mara dan setiap hamba Allah yang ingin membantu. Semoga Allah mudahkan urusan semua yang memudahkan urusan along.
20190814_173547.png

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bangangnya berita ko berapa kali nak ulang...jenuh duk baca steri g lock sejuta kali.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 14-8-2019 05:45 PM
Eh bangangnya berita ko berapa kali nak ulang...jenuh duk baca steri g lock sejuta kali.

Hhaha.. sory broo.. ok jap aku edit
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 05:53 PM | Show all posts
TT, bape kali copy paste daaa, serabut oi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Myvi malfunction ke?  Minta perodua issue statement.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah TT kau tampal je lah kat thread sedia ada tu...banyak2 thread buat apa utk kes yg sama ni.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 14-8-2019 05:53 PM
TT, bape kali copy paste daaa, serabut oi.

Hahaha soryyy broo.. aku dah edit dah!! Hahahaha!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 05:58 PM | Show all posts
tak payah sibuk la nak baca..
isinya kat bawah tu je..
nak suruh korang derma
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila buka thread
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 14-8-2019 05:56 PM
Alah TT kau tampal je lah kat thread sedia ada tu...banyak2 thread buat apa utk kes yg sama ni.

Maaflh bro.. aku baru lagi doh tak thu nk guna thread cmna.. saja nk mnyampikn berita seblm bawa cerita gossip.. trsting2
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lalalili66778 replied at 14-8-2019 09:51 AM
Hhaha.. sory broo.. ok jap aku edit

Dont get discourage. Dkt sini salah memang kena cerca kau2
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak Penah dgr mebi ada stereng prob...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 14-8-2019 06:02 PM
Dont get discourage. Dkt sini salah memang kena cerca kau2

jganla cerca aku, aku ni budak noob baru nak belajarr huhuhuhu huwarghhhh
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 14-8-2019 06:05 PM
Tak Penah dgr mebi ada stereng prob...

Mmg dalam berita pun sebab stersng problem.. tapi myvi kan.. apaheran huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala dah cuak tu cakap streng lock. Tp kan bukan jalan lurus ke tu? takkan sampai ko boleh langgar org tgh duduk tepi bahu jalan tu. aduduu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:16 PM | Show all posts
"myvi" dengan "kelajuan biasa ala2 ferrari" dengan "steering lock" memang tak dapat dipisahkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:17 PM | Show all posts
paperchase replied at 14-8-2019 05:55 PM
Myvi malfunction ke?  Minta perodua issue statement.

xde..miros ape semua dah test dah...mitos jer..


most likely sbb dia laju... jadi understeer....lost control...

term "steering lock" tu disalahgunakan nak elakkan nampak salah sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:22 PM | Show all posts
nek a.aida ritu pun masa eksiden kereta mustang dia kata bwk 50km/j je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:31 PM | Show all posts
steering lock tu maksudnya steering jadi kejung x boleh pusing ke dia jadi x boleh nk control sbb traction control goes off lepas dia langgar benda tu.

aku penah panik dkt traffic light nk naik bukit, bila lampu hijau aku tekan minyak sekali lampu traction control tu menyala stereng jadi weng kejap. naseb x langgar kereta sebelah.
pape pun aku tetap xnak derma
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086601s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list