Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
299
View
0
Reply

[Tempatan] Tidak putus asa cari isteri

[Copy link]

Author: jahcomel       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-8-2019 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Tidak putus asa cari isteri


Share


Tweet


Share













Mahmud Rahman (tengah) bersama anaknya, Mohd Aiman dan Mahnas Hibatullah Syazana. FOTO Rosman Shamsudin











Rosman Shamsudin
cnews@nstp.com.my



BUNTU isterinya hilang di India dan masih belum ditemui, tukang paip bersama dua anaknya mengambil inisiatif memuat naik klip video di media sosial memohon bantuan orang ramai mencari insan tersayang itu.
Klip video berdurasi seminit itu dihasilkan khusus bagi memohon bantuan pelbagai pihak bagi mengesan Habibuneesa Mohamed Ismail, 36, yang dilaporkan hilang di India sejak 29 Jun lalu.

Mahmud Rahman Shariff, 47, berkata, dia bersama dua anaknya, Mohd Aiman Syukur, 9, dan Mahnas Hibatullah Syazana, 4, membuat rakaman video itu kerana Habibuneesa masih belum ditemui.

Dia yang menetap di Behrang berkata, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan, termasuk membuat laporan polis, menghubungi pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India serta pihak berkuasa di negara itu.
Katanya, mereka sekeluarga tidak ambil peduli tanggapan negatif pengguna laman sosial terhadap klip video itu kerana ia antara usaha mereka merungkai kehilangan Habibuneesa.
Saya bimbang perkara buruk terjadi kepada isteri seperti yang sering dipaparkan dalam filem Tamil dan Hindi.
Ini kerana kebarangkalian kes sebegini berakhir dengan tragedi, ia sesuatu yang sungguh menakutkan kami sekeluarga, katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mahmud Rahman berkata, sambutan Aidiladha tahun ini juga disambut dalam suasana sunyi dan sedih kerana selama ini isterinya yang menyiapkan persiapan pakaian dan makanan untuk mereka sekeluarga.
Menurutnya, baru-baru ini dia dihubungi pegawai dari pejabat konsulat Malaysia di Chennai, India, memaklumkan pihak polis sudah mengenal pasti suspek yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan isterinya.
Katanya, suspek dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang, premis perniagaan dan kawasan pekan yang mendapati suspek mengekori ke mana sahaja pergerakan Habibuneesa sejak tiba di India pada 24 Jun lalu.
Habibuneesa bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan kakaknya, Nur Jihan, 38, dan anak kakaknya, Yunus Shukri berusia empat tahun ke Tamil Nadu pada 24 Jun lalu untuk melawat saudara maranya di Pandaravadai, Papanasam, Tamil Nadu.
Lima hari kemudian, Nur Jihan memaklumkan kepada Mahmud Rahman bahawa isterinya hilang dari rumah selepas pulang melawat rumah saudara-mara mereka di sana.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga difahamkan sudah menghubungi Polis India menerusi Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk menyegerakan tindakan mencari dan menyelamat Habibuneesa.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 3:12 PM




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.095007s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list