Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
904
View
19
Reply

[Tempatan] TERMINAL AMANJAYA IPOH- PENGUSAHA TIKET KEBINGUNGAN, PEMILIK SETOR JUALAN DIPINDAH AREA TANDAS(BELAKANG)

[Copy link]

Author: razman_el       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-8-2019 01:13 PM | Show all posts |Read mode

July 16, 2019
PENUTUPAN KAUNTER TIKET TERMINAL AMANJAYA, PENGUSAHA TIKET KEBINGUNGAN

OPERASI penjualan tiket di kaunter Terminal Aman Jaya, Ipoh Perak sepatutnya tamat semalam dan akan dipindahkan semula di Medan Gopeng, namun lebih 200 pengusaha tiket merayu supaya ia ditangguhkan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ejen Jualan Tiket Bas Ekspres Silveritage Medan Gopeng, Mohd Tarmizi Mohd Yusoff yang dipetik Sinar Harian berkata, kesemua ejen mula kebingungan apabila diarah berpindah tetapi pusat operasi di Medan Gopeng belum siap sepenuhnya.

Pada masa sama katanya, mereka tidak dapat beroperasi di kaunter sedia ada di Terminal Amanjaya apabila pihak pengurusan bertindak memutuskan bekalan elektrik.

Menurutnya, pertemuan bersama pihak Pejabat Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebelum ini nyata tidak membuahkan hasil.

Sebelum ini kita ada bertemu dengan mereka untuk minta penangguhan selama 45 hari iaitu sehingga bulan Ogos dan kita menerima maklum balas positif tanpa ada surat rasmi.

Hari ini kami tiba di terminal, semua kaunter tidak boleh beroperasi apabila bekalan elektrik sengaja diputuskan, katanya.

Pada masa sama katanya, mereka tidak dapat beroperasi di kaunter sedia ada di Terminal Amanjaya apabila pihak pengurusan bertindak memutuskan bekalan elektrik.

Menurutnya, pertemuan bersama pihak Pejabat Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebelum ini nyata tidak membuahkan hasil.

Sebelum ini kita ada bertemu dengan mereka untuk minta penangguhan selama 45 hari iaitu sehingga bulan Ogos dan kita menerima maklum balas positif tanpa ada surat rasmi.

Hari ini kami tiba di terminal, semua kaunter tidak boleh beroperasi apabila bekalan elektrik sengaja diputuskan, katanya.

SUMBER:https://newmalaysianpost.com




Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 01:39 PM | Show all posts
Zaman PH ni ramai pengusaha Melayu hilang pekerjaan, cuba jenguk diterminal Amanjaya tu, semua peniaga bumiputra dipindah kebelakang berhampiran tandas...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:21 AM | Show all posts
kan sekarang dah buat online ticketing..sebab tu tak operasi di amanjaya dah kan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat amnajaya pkai sistem tiket berpusat mcm tbs..dah beroperasi pun. Sistem tiket beli kat kaunter ni pindah kat medan gopeng balik..dah ada yg beroperasi pun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Laju je dia terus tutup eletrik. patut buat benda sama bila pasar borong kinta tu disuruh pindah ke fama gopeng tu. Sesak dan kotor dekat bandar tu.Tapi takde pon tindakan tegas bila peniaga ni tak nak pindah. Padehal kemudahan selesa semua dah ada dekat situ. Tindakan takde sebab takut dengan kaum cina yang berkeras nak stay dekat situ.
Dua isu berbeza tapi sama.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-8-2019 01:48 PM | Show all posts
Sepatutnya...pengendali terminal...bukanlah dari kalangan pengusaha bas tapi berbeza Terminal Aman Jaya....Kasi pinuuhhh kita punya basss luluu laa....

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-8-2019 01:55 PM | Show all posts
MissVixen replied at 15-8-2019 12:48 PM
Laju je dia terus tutup eletrik. patut buat benda sama bila pasar borong kinta tu disuruh pindah ke  ...

Alaaa luitt, semua boleehh jadi maaaa....Kesian peniaga bumiputra sengaja dipindah kebelakang yang berbau tandas....lebih kurang macam produk bumiputra,  diletakkan tempat yang susah nak ambil...dan jadi tak laku..



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-8-2019 02:03 PM | Show all posts
grouper replied at 15-8-2019 10:57 AM
Dekat amnajaya pkai sistem tiket berpusat mcm tbs..dah beroperasi pun. Sistem tiket beli kat kaunter ...

Baguslah..nasib baik ada lagi punca rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 03:44 PM | Show all posts
Terminal bas ipoh nie asyik pindah aje. Dulu medan kidd ke medan gopeng ke meru ke medan gopeng balik. Takde master plan ke ipoh nie? Apa rational nya suruh pindah?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-8-2019 11:11 AM | Show all posts
epal21 replied at 15-8-2019 03:44 PM
Terminal bas ipoh nie asyik pindah aje. Dulu medan kidd ke medan gopeng ke meru ke medan gopeng bali ...

Ada yang kata kat Meru ni pun tak berapa sesuai...Harap ada la terminal lain yang lebih strategik, dan dikendalikan oleh bukan  pengusaha bas....nanti jadi bias.Bas BURUK pun boleh penuh,....bas BARU pulak jadi kurang penumpang..

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:43 AM | Show all posts
epal21 replied at 15-8-2019 03:44 PM
Terminal bas ipoh nie asyik pindah aje. Dulu medan kidd ke medan gopeng ke meru ke medan gopeng bali ...

Zaman aku dulu Medah Kidd sis. Strategik tp sangat tak sesuai dgn kereta byk, sempit lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
razman_el replied at 16-8-2019 03:11 AM
Ada yang kata kat Meru ni pun tak berapa sesuai...Harap ada la terminal lain yang lebih strategik, ...


Ntahlah. Ikut sedap pknp aje agaknya pindah randah. Dulu nak majukan area meru tu yg pindah kot.Sepatutnya buatlah mcm tbs tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntz replied at 16-8-2019 03:43 AM
Zaman aku dulu Medah Kidd sis. Strategik tp sangat tak sesuai dgn kereta byk, sempit lagi.  
...

Medan kidd tu lokasi memang sesuai sgt. Sbb dekat dgn train station dgn city bus station. Within walking distance aje. Tapi mcm uols ckplah. Sempit n parking tak banyak. Nak drop off org memang susah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 02:18 PM | Show all posts
sepatutnya bandar ipoh itu  tidak perlu maju sehingga bila bila kerana tiada perancangan yang betul. Orang di ipoh juga tidak bagus semuanya kerana mereka tidak tahu di mana tempat untuk naik bas
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 02:27 PM | Show all posts
lahh pindah lagi ke?? lame x naik bas.. paling x pun aku pilih naik plusliner coz tu je yg bukak kaunter kat medan gopeng dan bole straight to kl sentral

hurm.. ade pro and cons.. alamat jem balik la area cni.. the good things peniaga makan akan dpt tempias...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:19 AM | Show all posts
semua pun takde perancangan.. silveritage tu tak sesuai pun buat terminal bas. aman jaya bagus, luas, cuma jauh nun belah utara. kalo org batu gajah, gopeng nak naik bas, jauh la.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:21 AM | Show all posts
salah satu cara untuk menjatuhkan bussiness
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-8-2019 10:34 AM | Show all posts
Edited by razman_el at 20-8-2019 10:44 AM
amerald replied at 19-8-2019 11:21 AM
salah satu cara untuk menjatuhkan bussiness

Ya...dah jatuhpun bisnes peniaga melayu tapi nasib baiklah masih lagi boleh jual tiket di medan gopeng...itupun tidak dipersetujui dan cuba dihalang.
AUGUST 11, 2019
IPOH C Dakwaan menyatakan Terminal Medan Gopeng di sini telah dibuka semula untuk mengambil dan menurunkan penumpang bas ekspres adalah tidak benar.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri Paul Yong Choo Kiong berkata urusan pengambilan dan penurunan penumpang bas tetap dilakukan di Terminal Meru Raya yang sebelum ini dikenali sebagai Terminal Amanjaya.
Katanya bangunan yang didakwa sebagai terminal bas di Medan Gopeng adalah bangunan Silveritage Medan Gopeng dan tidak diwartakan sebagai terminal bas ekspres.
Ejen jualan tiket bas ekspres hanya dibenarkan oleh pemilik bangunan tersebut untuk menjual tiket bas sahaja, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yong berkata adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 22(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sekiranya mana-mana pengendali berlesen bas ekspres gagal mematuhi arahan pengoperasian di terminal berkenaan.
Menurutnya mana-mana pihak boleh dijatuhi hukuman jika didapati bersalah yang mana boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kenyataan ini secara jelas perlu dimaklumkan kepada semua pengendali, pengguna dan ejen tiket bas ekspres supaya tidak timbul kekeliruan dan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, katanya C BERNAMA


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-8-2019 10:36 AM | Show all posts
Exco Dakwa Terminal Medan Gopeng Tidak Dibuka Adalah Palsu
AUGUST 14, 2019

IPOH- Pertubuhan Kebajikan Ejen Jualan Tiket Bas Ekspres Terminal Amanjaya menolak kenyataan exco kerajaan negeri yang mendakwa terminal bas tersebut tidak beroperasi adalah tidak benar.

Pengerusinya, Mohd Tarmizi Mohd Yusuf berkata, Terminal bas di Medan Gopeng akan tetap akan tetap beroperasi ekoran pihaknya telah mendapat kelulusan daripada Menteri Besar Perak menerusi anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Maju Perak Land Sdn. Bhd. (Lampiran Surat Kelulusan Kerajaan Negeri).

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga tiada sebarang halangan mengenai cadangan bagi aktiviti mengambil dan menurunkan penumpang.

Pihak kami juga dibenarkan untuk membuka kaunter penjualan tiket Bas Ekspres di Bangunan Silveritage Medan Gopeng, katanya dalam satu sidang media di Silveritage Medan Gopeng, hari ini.

Beliau turut menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong sebagai tidak masuk akal.

Tambah beliau, masalah turut timbul ekoran daripada kenyataan Paul Yong yang mana telah merencatkan pergerakan bas sehinggakan pemandu bas juga tidak berani untuk masuk ke kawasan tersebut.

Mereka tidak berani untuk mengambil risiko masuk ke sini disebabkan kadar denda yang dinyatakan adalah sangat tinggi sehingga RM500,000, katanya.

Dalam pada itu beliau turut berharap agar Paul Yong dapat merujuk perkara tersebut dengan kerajaan negeri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kami menjalankan operasi ini diatas kebenaran pihak yang berwajib dan tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya, katanya.

Terminal bas tersebut telah beroperasi sejak 1 Ogos 2019 setelah perlaksanaan penjualan tuket berpusat di Terminal Meru Raya.

sumber:https://peraktoday.com.my/2019/0 ... ibuka-adalah-palsu/
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 15-8-2019 12:48 PM
Laju je dia terus tutup eletrik. patut buat benda sama bila pasar borong kinta tu disuruh pindah ke  ...

Erm susah la kita melayu ni baik sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.097464s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list