Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1234Next
Return to list New
4740
View
73
Reply

jatuh talak dah ke?

[Copy link]

Author: jijilaaa       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-8-2019 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by jijilaaa at 14-8-2019 10:06 AM

Salam semua. Hari jumaat before raya (9 aug) , ada sikit pergaduhan antara H (Husband) dan Wife (W).
hari jumaat tu sehabis kerja jam 5.30, W terus balik cepat2. W dah siapkan packing semua barang, dah mandi, dah masak. In fact masa rehat 2 jam 30 minit (jumaat kan rehat panjang), W siap balik rumah untuk masak n basuh baju, nti kul 5.30 bila balik dah siap2 tak yah kalut. just tunggu H balik keja utk diaorg gerak ke kg W di utara.

H pun habis kerja jam 5.30 , hari2 biasa jam 5.40 dah sampai di rumah, tapi hari kejadian tu, jam 6.30 baru dia sampai rumah. Time tu W dah tak puas hati, tapi dipendam sebab tak nak gaduh

Smpai je H di rumah, dia terus baring, gaya2 nak tidor. W sakit hati sbb tiap kali nak balik ke kg mak H, mmg laju je. smpai tak menyempat nak mandi nak makan malam. cecepat H nak smpai rumah mak dia. Selalunya H akan pesan, awak jgn nak lambat2 eh, balik je kerja, terus kita gerak g rumah mak sy. So W ni pun berharap si H akan komited mcm tu juga la bila melibatkan balik ke kg mak W

Last balik jumpa mak ayah W ialah bulan feb 2019. So W excited la kan nak balik. tiber H buat perangai nak baring2 nak lelap2.

Untuk makluman W yang drive sebab H silau teruk waktu malam.  W geram..so W keluarkan baju H dari lugage, amek kunci kereta dan nak keluar..H halang..berlaku sikit pergaduhan dan H lafaz mcm ni 'kalau awk keluar dr rumah ni jatuh talak 3'. W terus baring atas katil W nangis. W ckp 'sy rindukan keluarga y dah lama tak jumpa..dah lama tak cium tangan mak abah. bila awk buat perangai berlengah2 sy jadi emosi". W tak pikir panjang, W cuba juigak untuk keluar, dalam hati kata lantak la talak 3 pun. Then H halang dan pujuk W. Masing2 beristigfar then dah calm down and berbaik

H minx maaf dan diaorang bersiap utk gerak balik ke kg W. Masa W nak melangkah keluar dari rumah. H peluk W dia kata 'sy tarik balik kata2 sy. sy redha awk keluar rumah'.

Sepanjang jalan tu W asik terfikir. apa jadi pada lafaz taklik td? W dah pergi ke pejabat agama (13/8), tapi pejabat agama tutup. Kerja W ni selalu outstation dan susah untuk cuti. Hati W tak tenang. W tak tau nak rujuk siapa untuk dapatkan kepastian sebelum W dapat cuti untuk ke pejabat agama.

H tak bagi cerita pada sesiapa sbb dia kata tak jatuh talak. Tapi W tak puas dan tak senang hati. H seorang suami yang baik..mertua baik..nafkah okay..diaorang tiada masaalah dan memang jarang gaduh. Cuma haritu je bergaduh teruk mcm tu. Buat masa sekarang selepas kejadian tu tiada apa2 hubungan intim kerana W period. Diaorang belum ada anak, baru kahwin dalam 1 tahun 5 bulan



So dah jatuh talak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 10:42 AM | Show all posts
Edited by seller6183 at 14-8-2019 10:44 AM

mungkin boleh refer post bawah ni. saya jumpa dalam blog syariah.

SOALAN
Kata-kata daripada seorang si suami kepada si isteri.
"Kalau awak keluar lagi bekerja selepas ini,aku cerai kau dengan talak 1"
Namun, selepas berbincang dan berbaik semula,si suami akhirnya membenarkan isterinya kembali bekerja.
Apakah lafaz yang dikeluarkan boleh diterima pakai?
Jika lafaz tersebut sah,apakah yang patut dilakukan oleh kedua pasangan tersebut?

JAWAPAN
Apa yang yang berlaku adalah lafaz ta'liq cerai. Ini bermakna apabila ia menybeut demikian, si isteri tidak dibenarkan sekali-kali untuk melanggarnya atau talaq akan jatuh secara pasti.
Adapun dalam konteks "setelah berbincang semula dengan suami, dan suami benarkan pulak
Majoriti ( Jumhur) para ulama Islam silam ( termasuk ulama dari 4 mazhab) dan kini menyebut bahawa lafaz ta'liq tidak boleh di batalkan lagi apabila telah diucapkan, niat si suami juga tidak perlukan untuk dipastikan dalam konteks lafaz yang sebegini terang dan jelas ( kecuali beberapa pandangan seperti Syeikhul Islam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim yang menyebut kecuali jika lafaz ta'liq tadi diniatkan oleh suami sebagai lafaz sumpah untuk menunjukkan tegahan yang amat amat serius dan bukan untuk menceraikan jika ia melanggarnya. Bagaimanapun pengecualian ini sukar untuk dibayangkan berlaku di suasana malaysia kerana ia adalah suasana orang Arab sahaja yang sememangnya kerap bermain dengan sumpah seperti ini)

Kecuali terdapat satu pandangan dalam mazhab Hanbali yang MENGHARUSKAN pembatalan talaq ta'liq sebagaimana di sebuat dalam kitab al-Furu' oleh Ibn Mufleh.
Hasilnya, menurut 4 mazhab ; apabila si isteri keluar bekerja selepas itu walaupun dengan izin suami, talaq 1 tetap akan jatuh.

Wallahu a'lam dalam hal di Malaysia, Mahkamah Syariah di Malaysia juga mengambil pandangan majoriti Mazhab. Iaitu talaq Ta'liq TIDAK BOLEH DI TARIK BALIK.

sebaik baik nya pergi lah semak status di mahkamah syariah sebelum ada masalah lain yang datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 10:47 AM | Show all posts
pergi refer pejabat agama cecepat sis. maybe kalau jatuh talak pun boleh jd talak 1.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Refer pejabat agama cepat2 TT..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 11:03 AM | Show all posts
awanysss replied at 14-8-2019 10:47 AM
pergi refer pejabat agama cecepat sis. maybe kalau jatuh talak pun boleh jd talak 1.

moga2 kalu sungguh pun jatuh talak, biarla talak 1. jangan terus 3.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:03 AM | Show all posts
alahaii benda macam ni tak boleh buat main, kalau tak ada masa nk ke pjbt agama, awk boleh call pejabat agama untuk cerita perkara sebenar..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 11:05 AM | Show all posts
Edited by jijilaaa at 14-8-2019 11:06 AM
seller6183 replied at 14-8-2019 10:42 AM
mungkin boleh refer post bawah ni. saya jumpa dalam blog syariah.

SOALAN

thanks  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 11:05 AM | Show all posts
duradanis replied at 14-8-2019 11:03 AM
alahaii benda macam ni tak boleh buat main, kalau tak ada masa nk ke pjbt agama, awk boleh call peja ...

dah call, tapi dia suruh datang sana jugak, isi borang then tunggu turn untuk jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:07 AM | Show all posts
jijilaaa replied at 14-8-2019 03:03 PM
moga2 kalu sungguh pun jatuh talak, biarla talak 1. jangan terus 3.

awk ke orang tu? @ bertanya untuk pihak org lain?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:08 AM | Show all posts
awanysss replied at 14-8-2019 10:47 AM
pergi refer pejabat agama cecepat sis. maybe kalau jatuh talak pun boleh jd talak 1.

tapi husband dah lafaz cerai talak 3. kalau jatuh pun rasanya terus 3 jugak. terburu buru sangat laki hang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:10 AM | Show all posts
Da rujuk ke pejabat agama ke dik... perkara2 lafaz talaq ni xleh buat main2... sbb tu la laki2 jgn la beremosi nk lafaz talaq ta'liq sesuke hati... mcm mne marah pun... huhuhu nnt bile da rujuk pejabat agama... share la jwpn nye kat sini... bole buat panduan dan pengajaran pada org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:12 AM | Show all posts
mcm dh jatuh ..

refer ostat2 utk confirm
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:17 AM | Show all posts
seller6183 replied at 14-8-2019 11:08 AM
tapi husband dah lafaz cerai talak 3. kalau jatuh pun rasanya terus 3 jugak. terburu buru sangat l ...

dulu masa study, ade blaja pasal ni. tp tak igt sgt.. ade certain pendapat yg talak 3 boleh jd talak 1. thats why suruh refer pjbt agama..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je suami jenis mcm ni..blk umah mak dia mcm dah tak nyempat2. Blk umah mak kita selagi blh lengah, dia lengah. Harap kesudahan yg baik utk pengadu. Jika betul jatuh talak, dpt 3 terus. Kesiannya dlm keadaan masih berkasih syng, xpernah ada problem
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk xmenakutkan adik ni atas apa yg aku fikirkan..better tanya pejabat agama..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 11:26 AM | Show all posts
LemakPetai replied at 14-8-2019 11:18 AM
Ramai je suami jenis mcm ni..blk umah mak dia mcm dah tak nyempat2. Blk umah mak kita selagi blh len ...

mmg x pernah ada problem sis. In law baik, ipar2 dah macam bff. In fact ramai kawan2 yang  jeles dgn pasangan ni sbb diaorang kata xde masaalah, romantic sepanjang masa, smooth je urusan rumahtangga tu. lepas kawen rezeki  bertambah2. dapat beli kereta utk mak ayah dan mak ayah mertua guna, beli rumah dah 2 biji. Tp xsangka ini lah ujian dari DIA.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 11:27 AM | Show all posts
awaynepian replied at 14-8-2019 11:24 AM
Utk xmenakutkan adik ni atas apa yg aku fikirkan..better tanya pejabat agama..

dah mula rasa takut utk g pej agama, lepas baca komen kat sini...kalu sungguh talak 3
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 11:28 AM | Show all posts
duradanis replied at 14-8-2019 11:07 AM
awk ke orang tu? @ bertanya untuk pihak org lain?

biarlah rahsia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:38 AM | Show all posts
better g pejabat agama dik..selagi tak jumpa mcm mana nak
tau kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 11:48 AM | Show all posts
talak, cerai mana boleh buat main2...

sekali sebut talak 3 terus...

pengajaran untuk semua..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.093999s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list