Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1553
View
18
Reply

25 Tahun Pendam Rahsia Anak Angkat, Akhirnya..

[Copy link]

Author: CARI-MAMS       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-8-2019 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Selama 25 tahun saya simpan rahsia ini dan Sabtu lalu ketika dalam perjalanan ke Kuantan menemui ibu bapanya, saya beritahu perkara sebenar mengenai statusnya.


Memetik laporan Harian Metro, wanita ini, Zohaidah Sidin, 56 akhirnya memilih hari raya korban sebagai hari bersejarah, memberitahu anak angkatnya, Ahmad Farhan, 25 kisah yang sebenar tentang dirinya.

Alhamdulillah, walaupun dia kelihatan sebak apabila dapat tahu, dia tetap tenang dan cool.

Saya cuma mahu dia dapat menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki kepada orang tuanya, katanya.


Semuanya bermula ketika anak perempuannya merancang untuk berkahwin hujung tahun ini.


Kredit foto: Harian Metro




Apabila anak perempuan saya hendak berkahwin, Ahmad Farhan menyatakan hasrat mahu menjadi wali.

Dia tak tahu mengenai statusnya sebagai anak angkat dan saya gementar memberitahu perkara sebenar apabila bersemuka dengannya.

Disebabkan itulah, sebelum dia pulang ke sini sempena cuti raya, saya nak cari ibu bapa kandungnya terlebih dulu supaya dia tidak kecewa dan masa sama dapat berbakti dengan ibu bapa selagi masa ada, katanya.


Sebelum itu, Zohaidah cuba mencari ibu bapa kandung Ahmad Farhan menerusi satu mesej di Whatsapp yang berbunyi,

Saya ingin mencari seorang lelaki, Abd Rahman dan isterinya, Zainun. Umur dalam lingkungan akhir 60-an sekarang ini. Mereka pernah tinggal di Senai dan di Kulai sekitar akhir 80-an dan awal 90-an.

Kami mengenali mereka ketika kami tinggal di Balai Polis Kulai. Abd Rahman berasal dari Pahang, Zainon dari Johor. Setakat yang saya kenal mereka mempunyai 6/7 anak.

Mereka menyerahkan seorang anak mereka untuk dipelihara, sekarang berumur 25 tahun. Maklumat terakhir yang saya dapat mereka tinggal di Panching, Kuantan. Kami mencari 2 kali di Panching. Maklumat dari Balai Polis Panching, mereka berpindah ke kampung suaminya.

Mohon sangat-sangat sesiapa yang mengenali, mengetahui mereka hubungi saya."


Selepas mesej tersebut tular, akhirnya ada individu tampil memberitahu tahu tentang mereka.


Syukur Alhamdulillah selepas sekian lama ikhtiar termasuk berkongsi perkara ini di Facebook, akhirnya saya dapat berhubung dengan Abdul Rahman dan anak-anaknya yang masih menetap di Kuantan.


Apa yang membuatkan saya sebak, isterinya Zainun sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu, lantas membuatkan saya lebih bimbang Ahmad Farhan kecewa kerana tidak dapat lagi bertemu dengan ibu kandungnya, katanya.


Zohaidah bagaimanapun enggan bercerita lanjut tentang pertemuan pada hari tersebut. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 12:57 PM | Show all posts
ceh.. nak sgt masuk paper tpi citer x abes...

share laa.. dah garik sgt nak citer tpi xnak share keseluruhan ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 01:04 PM | Show all posts
teky replied at 13-8-2019 12:57 PM
ceh.. nak sgt masuk paper tpi citer x abes...

share laa.. dah garik sgt nak citer tpi xnak share  ...

mngkin sambungan cerita nya kena tgk chanel utube
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia ni tak pernah tgk sijil lahir ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 01:40 PM | Show all posts


baik tengok drama korea, macam macam anak angkat, tapi mana yg best ya?
recommendation please
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dia viral sbb nak cari orang tersebut je. bukan tujuan nak share story. netizen pun over laaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 01:43 PM | Show all posts
LemakPetai replied at 13-8-2019 01:18 PM
Anak dia ni tak pernah tgk sijil lahir ke

Mungkin nama bapa dlm sijil lahir dah ditukar ke nama bapa angkat...that's why anak angkat tak pernah terfikir dia anak angkat...dlm tahun 80an 90an dulu benda ni biasa dibuat.  Tapi bila kesedaran tentang hukum mengenai bin dan binti ni makin meluas, perkara ni kurang dibuat.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus aku teringat sinetron indon kegemaran acik2 "Puteri Yg Ditukar". Tapi memang ada kes macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 02:01 PM | Show all posts
bertabah laa makcik, benda cmni pun kena kecam, camne pun makcik dah dapat banyak pahala jaga anak angkat makcik tu dan usaha makcik untuk anak tersebut berbakti kepada org tua kandungnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 04:33 PM | Show all posts
be strong dik.. mak angkat awak dah besarkan awak elok je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 04:36 PM | Show all posts
iwansa replied at 13-8-2019 01:04 PM
mngkin sambungan cerita nya kena tgk chanel utube

bahahahhahahahaha..inspirasi dari keluarga hutan cm acik rumah org hutan kena sampuk tu kaa???
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 04:51 PM | Show all posts
pernah ada anak angkat pompuan

tapi making lama mangkin cunlah pulak anak angkat tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam babi je cerita sekerat2 macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin nama bapa kandung kebetulan sama dgn  bapa angkat. Jadi mmg tak taw.
Tapi surat beranak mestibada tulis nama ibu kan.
Hebat mak dia, kalau ank angkat tu  taw identiti sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe.. dijaga baik oleh parents angkaty
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah atuk n nenek iolss ada bela 2 orang anak angkat. Sorang laki, sorang pompuan. Bela dari kecik. Yg laki skrg dah 34. Yg pompuan dah 50an kot. Tapi dedua di bin/binti kn dengan nama arwah atuk iolss.

Dorg tau je dorg anak angkat. Dari kecik lagi dorg dah tau. Ingat lagi, masa kecik dulu anak angkat yg lelaki ni slalu citer psl family kandung dia kat ktorg. Berapa org adk beradik, duduk mana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
iwansa: mngkin sambungan cerita nya kena tgk chanel utube



YouTube alepsokree kah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 10:33 AM | Show all posts
alhamdulillah.. ade nmpk post viral ni kat fb.. dah jumpa dah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 01:20 PM | Show all posts
abes dari kecik dijaga tu, sah tak? dah jadi susuan ke? harap2 dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.106501s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list