Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12
Return to list New
1763
View
43
Reply

[Penulis] [Takwil Puisi 024] Berhala Bernyawa (DOAKAN MAK KILL_NANCY)

 Close [Copy link]

Author: seribulan       Show all posts   Read mode

Post time 14-8-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh. Mendalam kali ni.

Penulis menegur melalui tulisan agar teguranya berkekalan dan sentiasa diingati. Mengenai sikap manusia yang harga dirinya semakin kurang. Pemimpin diangkat dari kalangan yang berkuasa dan berharta walaupun tidak layak akhirnya negeri hilang entah ke mana

Comments

Sila klaim kredit di thread takwil seterusnya utk pemenang :)  Post time 5-9-2019 08:25 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts

Tahniah kepada pemenang.
Aku pun nak cuba jugak mentakwil w/pun aku ni budak tua baru belajar ..

Penulis cuba meluah kan kebosanan serta kekecewaan nya dengan sikap dan sifat manusia zaman ini. Mereka yang sudah tidak tahu nak memilih apa yg terbaik. Penulis kecewa dan sedih  , tapi dia akan terus menulis dan terus menulis  selagi terdaya ..serta meluah kan ketidakpuasaan hati nya .
Lihat sahaja golongan pemerintah  yg tidak berwawasan dan tidak ber wibawa tapi terus di pilih dan di agung2 agung kan kebesaran nya , dan  mereka ini dipilih atas dasar apa? Pemimpin sebegini  umpama berhala yang mati tapi  tetap  di hormati dan di sembah.  Pemimpin sekarang  ramai yang bebal  dan tak sepatut nya di  angkat tinggi darjat nya , tapi terus di hormati dan di julang tinggi.Manusia lupa dan alpa sampai tidak tahu menilai mana intan yang mana permata. Sedih dan kecewa kerana   orang2 yang tidak berilmu dan berwibawa  terus di agung2 kan!

Itu lah  yg terjadi pada zaman ini. Berapa kerat sangat pemimpin yg di julang dan di agung2 kan  itu benar2 seorang pemimpin sejati. Sebagai rakyat pilih lah pemimpin yg betul2 layak supaya kita dan anak cucu kita tak kecewa di kemudian hari.

Comments

Sila klaim kredit di thread takwil seterusnya utk pemenang :)  Post time 5-9-2019 08:26 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 14-8-2019 06:59 PM
Ok saya cuba mod

Penulis menulis mengenai idola masyarakat zaman moden yang tibaiunta. Yang biasa ...

Interesting. I wish people came with trailers, but I don't want you to see mine

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kosa kata pelik-pelik tu dalam bahasa Melayu apa? Bugis? Deli? Malayalam? Sanskrit? Rao? Jerman?

Sebab ada Syamwil, Talut, Jalut dan lain-lain, maka senang sikit nak takwil tanpa google satu-persatu perkataan tu. Nak cuba, ni alegori politik yang lebih dekat dan 'lembut' dari kisah bebabi dalam Animal Farm

Pemuisi ambil iktibar dari kisah Nabi Syamwil, Talut, Jalut, dan kaum Balthatha, dari al-Baqarah ayat 246-251

Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?

Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim (2:246) ----> ni maksud ayat 246 yang tunggang-langgang tu

..... dan mengaitkan ayat-ayat tersebut dengan kehidupan dunia sekarang yang 'sakit' hubbud dunya, dan keadaan masyarakat sekarang yang kacau-bilau, sebab dunia yang hanya sementara ni lebih diagung-agungkan

Di mana, harta benda dan keturunan dijadikan titik ukur untuk memilih sesorang menjadi pemimpin. Jawatan pemimpin jadi warisan turun-temurun, meletakkan mereka yang bukan ahli sebagai ketua. Yang lebih berkelayakan pula terpinggir sebab nampak lemah dan tiada kuasa wang. Nak buat something, kena ada syarat dan jaminan dari orang lain dulu. Cis sangat!

Orang yang kaya, semakin kaya, dan seperti dalam kisah al-Quran ni, mereka jadi semakin 'kenyang', hilang haus, makin lemah dan malas untuk berperang dan berjuang untuk orang yang memilih mereka jadi pemimpin (2:247-251). Orang yang bukan ada-ada pula, lepas dapat kuasa, terus lalai dan leka.

Susah nyer nak dissect rangkap kedua ni

Baris terakhir, masih ada keberanian tersisa dalam diri pemuisi untuk bangkit menyedarkan mereka yang terleka. Roar, be heard and be listened, sis!

Ps: Ustazah cakap, if we chose wrong leader, self-reflect. Agoni betul

Pss: killing multiple birds with a stone ni, pengsan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
@Catpaw @Catpaw @Catpaw
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 12:28 PM | Show all posts
ok kaka cubalah mentakwil puisi nancy

di rangkap pertama penulis mencari ilham utk menulis
penulis menyatakan bahawa org yg sesat tidak boleh ditegur sebaliknya org yg menegur dan atau bercakap benar pula kena berundur
seterusnya penulis menyatakan ttg amalan khurafat yg berlaku di masa kini
yang mana manusia dipuja dan disembah iaitu pemimpin
dan di rangkap pertama ini penulis juga mengaitkan antara raja talut dan raja jalut serta nabi syamwil dan kaum balthatha

di rangkap kedua penulis menyatakan bahawa manusia kini lebih cintakan dunia yg hanya sementara dan mengikut apa yg mereka inginkan
menurut penulis manusia kini hidup penuh hipokrit, depan ckp lain dibelakang kata lain
mereka hanya memilih pemimpin yg mereka nampak zahirnya shj tanpa menimbang perilaku dan kredibaliti pemimpin tersebut

Akhirnya penulis ajak berdebat dengan mereka yg begitu taksub dgn pemimpin pilihan mereka




p/s: kaka hentam ajelah yea
serious kaka msh celaru nk fahamkan puisi ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 03:52 PM | Show all posts
tahniah pemenang semua

alamak susahnye yang kali ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by meisapoya at 15-8-2019 06:12 PM

Tertinggal plak takwil minggu lepas. Btw, takwil minggu ni susah ya untuk manusia yang tak berseni dalam berbahasa ni..

Puisi ni mengisahkan tentang manusia jahil yang diangkat menjadi pemimpin, dan disanjung oleh orang ramai walhal tidak layak digelar pemimpin. Satu apa kebaikan pun tidak dapat disumbangkan. Sementara itu, para ilmuwan berdiam diri walau layak untuk mengkritik mereka, dek kerana pemimpin yang terlampau jahil itu. Terlampau bodoh, mungkin.

Maka, sekarang manusia semakin ramai yang jahil. Hasil dari didikan pemimpin yang jahil. Yang jahil menghimpit yang cerdik. Sehingga mencetuskan kekacauan dalam sesuatu institusi, samada suatu organisasi mahupun negara.

Comments

Sila klaim kredit di thread takwil seterusnya utk pemenang :)  Post time 5-9-2019 08:27 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Penulis nak bgtau bahawa dunia skrg semua hanya keja nama, pangkat, kuasa dan seangkatan dengannya. Walaupun yg menjadi ketua itu, hanya sebagai satu perhiasan yang tiada guna. Bukan utk rakyat jelata tapi lebih pada diri sendiri sahaja.

Dan tiada yang mustahil da sekarang. Manusia banyak yang bermuka2. Yang biasa menjadi tak biasa. Yang menjadi pemimpin masih diagungkan walaupun tiada apa. Selagi ada penyokong akan terus dijulang. Kalau tiada, maka jatuhlah dia.

Dua rangkap terakhir penulis ingin mengajak orang yg tiada ilmu untuk debat dengan manusia yg berilmu.



Comments

Sila klaim kredit di thread takwil seterusnya utk pemenang :)  Post time 5-9-2019 08:27 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
penulis menceritakan tentang manusia zaman skrg yg makin banyak berubah..skarang tidak boleh lagi ditegur, dinasihat, yg memberi teguran pastinya akan gugur.. manusia skrang terlalu mengagong agongkan manusia.. hilang pendirian dan menyokong org yg pandai bermuka muka. depan nampak manis tapi belakang penuh agenda.. hingga menyebabkan berlakunya bermacam konflik sesama manusia.

Comments

Sila klaim kredit di thread takwil seterusnya utk pemenang :)  Post time 5-9-2019 08:28 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Berhala bernyawa mengisarkan tentang manusia yang jahil diangkat dan dijulang menjadi pemimpin oleh masyarakat.

Dari segi gaya bahasa, jelas menunjukkan penulis seorang yang bijak dan berilmu tinggi. Biarpun lantang bersuara, namun masih lagi bijak menyusun kata. Penulis menyatakan manusia kini tidak lagi boleh ditegur dan dinasihati biarpun sudah membuat kesalahan dan tersesat. Manakala yang menasihati dan menegur kerana berkata benar pula terpaksa mendiamkan diri. Menyebabkan kejahatan dan kesesatan semakin berleluasa dan kebaikan semakin menipis ibarat senipis kulit bawang.

Penulis berkongsi secara ringkas kisah antara Raja Jalut dari kaum Balthatha, Nabi Syamwil dan Talut yang diwahyukan Allah sebagai raja baru bagi kaum Bani Israil. Isu Talut dipilih menjadi pemimpin mendapat tentangan dari kaum itu kerana beliau bukanlah dari kalangan mereka; yang punyai harta kekayaan, darjat dan berketurunan. Mereka berpendapat calon pemimpin seharusnya diwarisi oleh keturunan mereka sahaja dan tidak boleh diwarisi oleh orang lain. Dari kisah ini jelas menunjukkan manusia ketika itu sudahpun mengagung-agungkan orang yang berdarjat tinggi walaupun orang itu jahil dan tidak berkemampuan menjadi seorang pemimpin. Biarpun Talut itu seorang bijaksana, namun dipandang sebelah mata sahaja. Yang tiada bakat dijulang tinggi, yang berbakat dibiarkan sepi.

Dunia sudah berubah, zaman sudah maju, manusia terdedah dengan kecanggihan teknologi, namun pemikiran manusia masih lagi ditakuk lama. Manusia yang jahil masih lagi diangkat dan dijulang sebagai pemimpin berdasarkan keturunan dan darjatnya. Yang berkuasa bertambah lagi kuasa, yang lemah kian menjadi lemah. Terlalu mengejar keduniaan, yang bakal menjadi kehancuran umat dimuka bumi. Natijahnya, manusia dilihat menjadi bertalam-talam muka. Tidak ubah seperti menjadi musuh dalam selimut demi kepentingan sendiri.

Akhir sekali, penulis mengajak manusia yang jahil itu berdebat dengan dirinya yang berilmu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
aleX-S replied at 15-8-2019 01:23 AM
@Catpaw @Catpaw @Catpaw

T.kasih tag alexs, sibuk menelaah ci banyak isu hot hot hot
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 03:07 PM | Show all posts
Penulis nyatakan yang pada zaman kini kita terlalu bergantung dengan teknologi. Kalau dulu penulisan menggunakan pen dan kertas, tapi sekarang tangan ligat di keybord laptop mahupun handphone. kita terleka dengan teknologi. kita terlalu bergantung dengan keyboard. leka.

berpunca dari keyboard, laptop, handphone ni jugak, kita mula memuja "kesilapan" orang yang dihalalkan. tak boleh ditegur. bila ditegur kita dikecam, diperkotak katik. lalu yang menegur jadi malas. lama-lama "kesilapan"tu jadi biasa. jadi macam -- "alah biarlah, bukan kacau kita pun"

sebab tu kita mudah terpengaruh dengan lifestyle instafamous dan artis-artis. yang jahil, silap, salah laku dipuja. dibenarkan. dibiasakan. padahal tiada apa yang patut dibanggakan. dikenali sebab perkara bodoh. lalu kita memuja dan kagum. yang hebat tak pula di pandang.

kalau dulu orang berlumba cari ilmu di medan-medan kuliah atau mana-mana kelas. sekarang lebih leka untuk lifestyle dan feed duniawi. supaya disembah dipuja pengikut.

dalam hati kecil penulis, usalah bertikam lidah melainkan dengan yang berilmu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 02:53 PM | Show all posts
orgsepang replied at 13-8-2019 04:17 PM
Akak nak cuba

Mengenai kehidupan masa kini dimana harga diri, sikap menghormati yang ...

kira mcm kita mentafsir maksud puisi ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 04:56 PM | Show all posts
cerita zaman kini.
semakin bodoh keletah seseorang semakin ia dipuja.
yang menegur pula dicaci dihina. sebab tu lebih baik diam dari bersuara.
sudahnya, kebodohan keangkuhan semakin berleluasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 05:00 PM | Show all posts
"manusia penyembah hantu"
lebih ragu ragu dengan tuhan daripada ragu ragu dengan "orang suruhan"
sanggup bergolok gadai asalkan yg dihajati tercapai. bukan ke lebih mudah berserah pada tuhan daripada musnahkan 100 keindahan untuk capai satu kejayaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
1.474415s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list