Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
567
View
13
Reply

Harga baru Streamyx RM69, RM89 sebulan

[Copy link]

Author: vivilam       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-7-2019 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 29-7-2019 06:08 PM

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan pengguna Streamyx bakal menikmati Internet berkelajuan sehingga RM8Mbps dengan tawaran harga serendah RM89 sebulan manakala pelanggan sedia ada menikmati tawaran itu serendah RM69 bermula September ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Kumpulan TM, Rosli Man sebagai penyelesaian kepada gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang meminta syarikat telekomunikasi itu menyelesaikan pelbagai aduan rakyat berhubung perkhidmatan Internet termasuk tidak menepati kelajuan memuaskan selain harga terlalu tinggi.

Rosli berkata, pihaknya hari ini menyerahkan pelan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu 934,000 pengguna Streamyx di seluruh negara memperluas liputan dan kualiti Internet.

Hari ini, kami mengumumkan pengimbangan semula tarif kepada pelanggan Streamyx yang selama ini setia dengan TM, jadi pengguna sedia ada akan menikmati pakej baru pada harga RM69 sebulan dengan data berkelajuan sehingga RM8Mbps.

Bagi pelanggan baharu mahu menggunakan Streamyx berkelajuan 8Mbps pula akan menikmati tawaran harga RM89, katanya pada sidang media selepas menghadiri Kembara Digital Malaysia 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh, hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan turut dihadiri Gobind.

Rosli berkata, bagi mengatasi kekangan jalur lebar perkhidmatan itu, TM menggunakan rangkaian tembaga menerusi pelbagai teknologi hibrid termasuk fiber, wireless dan Gigawire yang dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini hingga 2021.

Dijangkakan, sebanyak 70 peratus daripada kumpulan pelanggan ini akan dapat menikmati perkhidmatan berkenaan menjelang akhir tahun depan.

Dulu, pelanggan Streamyx mengadu mereka bayar mahal tapi tidak mendapat kelajuan Internet tinggi dan kita cari penyelesaian terbaik dengan menaik taraf kelajuan Internet lebih tinggi dalam tempoh setahun hingga setahun setengah, katanya.

Sementara itu, Gobind berkata, kementeriannya memandang serius dalam memastikan infrastruktur jaringan jalur lebar dinikmati semua rakyat dengan mengumumkan beberapa strategi termasuk Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Sasaran kita untuk memastikan 98 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai akses Internet dan bagi memastikan perkara itu, kita adakan pelbagai program untuk menunjukkan kepada rakyat cara menggunakan Internet dalam kehidupan seharian, katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019...9-rm89-sebulan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rm89 utk 8mb. nasib dah tukar maxis dpt 30mb with same price
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 06:12 PM | Show all posts
Itu okla dari pakej hanat dulu 1mbps pun dah 120rm kot.kawan saya masih guna
sebab area dia cuma ada coverage 1mbps dengan harga tak menahan
mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 06:13 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 29-7-2019 06:06 PM
rm89 utk 8mb. nasib dah tukar maxis dpt 30mb with same price

untung lah ada maxis tempat kaka harapkan piring takut hujan je
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 29-7-2019 06:13 PM
untung lah ada maxis tempat kaka harapkan piring takut hujan je

ye la tu kaka. abis tu kaka masuk porem pakai internet cap apa
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 06:46 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 29-7-2019 06:22 PM
ye la tu kaka. abis tu kaka masuk porem pakai internet cap apa

pakai time je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 29-7-2019 06:46 PM
pakai time je.

TIME... ciss mendatangkan rasa dengki jer kat hati iouls... dah la murah nak mam... laju bertiang dari maxis... me mampu redha jela pakai apa yg ada.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 04:42 PM | Show all posts
kecewa haritu khbr angin rm59 . haih
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2019 11:15 AM | Show all posts
trunks replied at 29-7-2019 06:12 PM
Itu okla dari pakej hanat dulu 1mbps pun dah 120rm kot.kawan saya masih guna
sebab area dia cuma ad ...

samalah... kat kampung aku pun masih guna pakej ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2019 03:36 PM | Show all posts
my_mouth replied at 2-8-2019 11:15 AM
samalah... kat kampung aku pun masih guna pakej ni

kampung saya pun hehe.itupun bersyukur ada juga yang
unlimited kan? tapi sekarang mobile ada unlimited quota
Digi infinite..160rm sebulan..tapi iyela bukan kat kampung2
ada coverage Digi sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 03:27 PM | Show all posts
haih... naseblahh kampung xde unifi terpaksa pakai streamyx.. alhamdulilah da turun harga.. kalau x sakit hati setakat 1mbps tp bulanan 120... nak tnya kalau time kite request dia akan pacak tiang ke kt kawasan kita?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 06:14 PM | Show all posts
SooAh replied at 14-8-2019 03:27 PM
haih... naseblahh kampung xde unifi terpaksa pakai streamyx.. alhamdulilah da turun harga.. kalau x  ...
nak tnya kalau time kite request dia akan pacak tiang ke kt kawasan kita?

maksud awak TIME dotCom Bhd?


tak semudah itu nak request nya.sedangkan Unifi pun bukan bagi pun.
dia nk ramai customer dulu yang requst,baru dia buat..kalau takat sorang
sahaja,tak ada pun dia layan. lagi pun Time ni dia fokus pada
bangunan tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 11:26 AM | Show all posts
trunks replied at 14-8-2019 06:14 PM
maksud awak TIME dotCom Bhd?

haa. time dotcom bhd..
ohh susah jugak lah gitu.. mmg streamyx je la harapan huhu thank you..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:32 AM | Show all posts
my_mouth replied at 2-8-2019 11:15 AM
samalah... kat kampung aku pun masih guna pakej ni

orang TM kata tak semua tempat dpt coverahe unifi lagi
mana yg dah ada facility unifi diaorang suruh tukar pakej dari streamyx ke unifi
aku pernah tak mau tukar streamyx, memang slow gila streamyx.
sekarang dah pakai unifi ok lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.087259s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list