Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4554
View
92
Reply

[Tempatan] Pasangan muda kini tertekan dengan kos Taska, Tadika. Antara punca kewangan keluarga

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-7-2019 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Kos Taska, Tadika punca beban kewangan


KUALA LUMPUR: Kos penjagaan dan pendidikan awal anak-anak yang tinggi, dikesan antara penyumbang beban kewangan pasangan muda berusia di antara 20 hingga 40 tahun hingga ramai terjerat masalah hutang, memaksa mereka mendapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Kelompok yang baharu membina kerjaya dan keluarga itu, mencakupi 55.1 peratus daripada 266,454 kes yang mendapat khidmat nasihat AKPK sejak awal tahun ini hingga Mei lalu, bagi menyelesaikan masalah hutang mereka.

Ketua Komunikasi Korporat AKPK, Mohamad Khalil Jamaldi, berkata daripada yang tampil mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan agensi itu, 13.9 peratus berusia 20 hingga 30 tahun dan 41.2 peratus antara 30 hingga 40 tahun.

Berdasarkan statistik mengikut kategori status perkahwinan pula, jumlah individu berkahwin merekodkan kes paling tinggi dengan 78.1 peratus atau 208,221 orang tampil mendapatkan khidmat AKPK.

Mohamad Khalil mengakui perbelanjaan diri dan keluarga termasuk kos pendidikan awal anak-anak yang tinggi, berbanding pendapatan bulanan menyebabkan mereka gagal menguruskan kewangan dengan baik hingga terjebak hutang.

Semakan BH mendapati, bagi tujuan penjagaan di pusat asuhan atau penghantaran ke tadika, secara purata pasangan muda yang tinggal di bandar raya perlu membayar di antara RM300 hingga RM2,000 sebulan, tidak termasuk caj pendaftaran bagi setiap anak, seawal usia bayi hingga enam tahun serta kos pengangkutan.

Beban kewangan pasangan muda berusia di antara 20 hingga 40 tahun hingga ramai terjerat masalah hutang, memaksa mereka mendapatkan bantuan AKPK. - Foto hiasan

Caj terbabit bergantung kepada status pusat jagaan atau institusi pendidikan yang menjadi pilihan ibu bapa berkenaan kerana kadar caj tidak dikawal kerajaan, sebaliknya tertakluk kepada pertimbangan pengusaha berdasarkan ciri-ciri kemudahan yang ditawarkan.

Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Anisa Ahmad, menegaskan pengusaha pusat asuhan bertauliah serta berdaftar, tidak mampu menurunkan caj terlalu rendah kerana kos operasi yang tinggi ekoran syarat ketat pihak berkuasa.

Beliau berkata, taska swasta menanggung kos pengurusan tinggi di bandar dan terpaksa menawarkan harga sama-sama menang kepada ibu bapa untuk memastikan operasi mereka terus bertahan.

Dakwanya, mereka membelanjakan hampir RM10,000 sebulan untuk kos pengurusan (mengikut kawasan), jika hanya menggunakan dua pekerja dengan gaji minimum RM1,100 seorang.

Semakan BH mendapati, perbelanjaan bagi kos mengasuh dan tadika anak-anak ini mencakupi lebih 30 peratus daripada pendapatan isi rumah dan jumlah itu tidak termasuk kos pemakanan khususnya susu tepung serta keperluan lampin pakai buang yang turut meningkat.

Situasi itu menyebabkan ramai pasangan muda terpaksa melakukan kerja tambahan dalam usaha menambah pendapatan isi rumah masing-masing, selepas pendapatan daripada pekerjaan hakiki tidak mencukupi.

Pengurusan kewangan yang baik mampu mengelakkan dibebani hutang. - NSTP/Salhani Ibrahim

Sementara itu, dapatan kajian Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan seorang daripada setiap dua lelaki dan dua daripada setiap lima wanita berkahwin yang menjadi responden, mengakui berdepan masalah mengurus perbelanjaan anak-anak.

Berdasarkan kajian, 50.3 peratus responden lelaki dan 39.1 peratus responden wanita yang masing-masing mewakili jumlah tertinggi, berkongsi pendapat sama bahawa perbelanjaan pendidikan anak menjadi masalah utama mereka.

Kajian LPPKN itu membabitkan 4,167 lelaki dan 7,644 wanita yang berkahwin berusia 15 hingga 59 tahun.

Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah, berkata kajian itu turut mendapati tiga daripada empat masalah utama yang dihadapi keluarga ialah perbelanjaan pendidikan anak, perbelanjaan keperluan keluarga (34.2 peratus) dan perbelanjaan perubatan keluarga (15.5 peratus)

Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah. - NSTP/Supian Ahmad

Beliau berkata, dalam kajian berasingan dilakukan lembaga itu juga mendapati 65 peratus atau mewakili empat juta keluarga di Malaysia, menghadapi masalah kewangan.

Katanya, isu masalah kewangan keluarga ini perlu ditangani dengan baik, kerana boleh menjejaskan keharmonian institusi keluarga di negara ini.

Ibu bapa sanggup ikat perut

Pasangan ibu bapa muda sentiasa dalam dilema, setiap kali memikirkan tempat asuhan dan tadika yang menawarkan caj berpatutan dengan kemampuan kewangan mereka.

Demi mendapatkan khidmat terbaik untuk anak kesayangan, pasangan ibu bapa sanggup berkorban termasuk mengikat perut serta melakukan kerja sampingan demi memastikan peruntukan bagi tujuan itu mencukupi.

Pekerja swasta, Khairul Amri Ahmad, 34, mengakui terpaksa membuat keputusan sukar apabila memilih menghantar dua anaknya ke taska swasta dengan bayaran RM1,420 setiap bulan.

Kos penjagaan anak penyumbang beban kewangan kepada keluarga muda. - NSTP/Salhani Ibrahim

Katanya, keadaan itu membuatkan beliau bersama isteri terpaksa melakukan kerja sampingan termasuk berniaga makanan di pejabat, demi memastikan keperluan mereka khususnya untuk anak-anak mencukupi setiap bulan.

Memang sukar kerana kami membelanjakan hampir 40 peratus daripada pendapatan untuk dua anak. Walau sukar, pendidikan awal untuk anak-anak adalah keutamaan dan kepentingan kami.

Apatah lagi sekarang memang sudah menjadi budaya setiap ibu bapa kena pastikan anak boleh membaca sebelum memasuki sekolah rendah.

Justeru, saya dan isteri berkorban apa yang patut seperti kalau dulu kami kerap makan di luar, namun sekarang lebih banyak makan di rumah kerana perlu berjimat, katanya yang memilih taska swasta kerana percaya kemahiran sosial anaknya bertambah baik.

Ibu tunggal yang juga seorang jururawat, Cheam Wei Yen, 30, pula berkata, beliau terpaksa mengambil inisiatif melakukan kerja sambilan dengan membantu rakannya dalam perniagaan selain sering melakukan syif berganda untuk menampung yuran pendidikan anak tunggalnya.

Wei Yen yang menetap di Butterworth, Pulau Pinang, menganggarkan kira-kira 50 peratus daripada pendapatan keseluruhannya diperuntukkan untuk anaknya, Tiu Yu En, 3.

Sebelum ini saya pernah hantar anak ke taska dengan bayaran RM500 sebulan, itu yuran paling murah yang saya dapat, sekarang sekarang ini saya minta keluarga jaga dahulu sementara sebelum saya daftarkan anak tahun depan.

Sekarang saya sudah mula bertanyakan mengenai perihal taska dan rata-ratanya mengenakan yuran permulaan lebih daripada RM1,000 termasuk pakaian dan aktiviti mereka.

Itu belum lagi caj lebih masa dikenakan yang perlu saya bayar setiap kali saya mengambil syif kerja berganda, selalunya 15 hari sebulan saya perlu kerja syif berganda, katanya.

Penjawat awam di Putrajaya, Mallisa Hussin, 33, mengakui dalam dilema untuk menghantar anak tunggalnya, Maryam Alesya Mohd Nur Hamiza, 3, ke taska tahun depan berikutan yuran bulanannya yang disifatkan agak mahal.

Mallisa berkata, melalui pencariannya di beberapa taska sekitar kediamannya, kebanyakan mengenakan yuran pendaftaran sehingga RM2,000 dengan yuran bulanan sekitar RM550 seorang.

Katanya, beliau bersama suami, Mohd Nur Hamiza Lazim, 32, terpaksa menstruktur semula kewangan mereka bermula tahun depan kerana sejumlah peruntukkan besar harus disalurkan buat anak bagi aspek pendidikan dan keperluan hariannya.

Yuran daftar anak ke taska sekarang sudah macam hantar anak masuk universiti, kebanyakan taska yang saya selidik, hampir RM2,000 yuran pendaftarannya membabitkan bayaran aktiviti dan uniform.

Mungkin ketika ini, kami boleh lagi tanggung kos kerana hanya seorang anak tetapi kalau sudah anak dua atau tiga, pasti jadi berat...sekarang ini nak tambah anak lagi pun kena fikir panjang," katanya.

Pada masa sama Mallisa mengakui, ada taska menawarkan bayaran lebih murah sekitar RM300 hingga RM400 sebulan namun ia kelihatan tidak menitikberatkan aspek pembelajaran, selain jauh dari kediamannya.

Bukan tidak mahu hantar anak ke taska milik kerajaan tetapi ramai saya kata di situ kanak-kanak tidak belajar sangat dan silibusnya tidak menitikberatkan pembelajaran, katanya.

Pembantu juruteknik swasta, Razak Rahman, 34, mengakui terpaksa menghabiskan masa cuti hujung minggu untuk berniaga nasi lemak dan menjual burger di bahagian bawah kediamannya, sebuah apartmen di Seksyen U10, Shah Alam.

Kalau tak berhutang, mana mungkin saya dapat beli rumah, kereta dan motosikal tetapi bila dah berhutang, inilah jadinya. Gaji saya dan isteri pun tak cukup untuk tampung kos perbelanjaan bulanan.

Nasib baik isteri cukup memahami dan banyak membantu saya yang terpaksa bekerja tambahan demi menyara keluarga, kata bapa kepada tiga anak berusia dua hingga lapan tahun itu, yang mula memberanikan diri menjual nasi lemak kepada jiran-jiran di kediamannya.

Razak yang turut mengalami kecacatan kerana pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya, mengakui dia tidak terlalu memilih soal jenama susu atau lampin pakai buang anaknya, asalkan mendapat apa yang sepatutnya.

Memang penat. Berniaga nasi lemak ini agak banyak kerja. Banyak nak kena siapkan sebelum berniaga, tetapi syukurlah, masih ada rezeki untuk anak-anak saya, katanya.

Taska, Tadika kerajaan kurang di bandar

Kekurangan taman didikan kanak-kanak (Tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (Taska) kendalian agensi kerajaan di bandar raya, menyebabkan pasangan muda berdepan dilema dalam menguruskan jagaan serta didikan awal anak masing-masing.

Golongan kumpulan pendapatan isi rumah terendah B40, berdepan masalah dalam memilih tempat asuhan atau pendidikan awal anak-anak, sehingga menyebabkan ramai yang menghantar ke pusat jagaan tidak berdaftar.

Ketika ini, lebih 80 peratus taska dan Tadika yang berdaftar dengan pihak berkuasa di seluruh negara, dikendalikan secara persendirian oleh individu atau syarikat, yang mendakwa menanggung kos tinggi untuk kelangsungan operasi masing-masing.

Ketika ini, Tadika kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara lebih tertumpu di kawasan luar bandar dan tidak menyeluruh.

Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Anisa Ahmad. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Mengulas isu itu, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Anisa Ahmad, mengakui ibu bapa mempertaruhkan risiko keselamatan anak-anak mereka apabila menghantar ke pusat tidak bertauliah dan tidak berdaftar.

Masing-masing ada pilihan, tetapi golongan B-40 paling terjejas. Ramai yang tidak mampu dan sanggup mengambil risiko seperti itu, selain ada yang menghantar anak ke rumah ibu bapa.

Majoriti yang menghantar anak ke pusat berdaftar ialah kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus pertengahan (M40). Mereka juga berdepan dilema sama walaupun majoriti pasangan suami dan isteri yang bekerja, katanya.

Secara purata, setiap keluarga memperuntukkan antara RM300 sehingga RM2,000 sebulan bagi seorang anak yang dihantar ke tabika atau taska swasta.

Kadar bayaran itu bergantung tahap perkhidmatan disediakan serta lokasinya dan bayaran meningkat jika ditambah kos penjagaan lebih masa apabila ibu bapa lewat mengambil anak selepas tamat tempoh ditetapkan.

Anisa berkata, taska swasta menanggung kos pengurusan tinggi di bandar dan terpaksa menawarkan harga sama-sama menang kepada ibu bapa demi memastikan kelangsungan operasi mereka.

Katanya, mereka membelanjakan hampir RM10,000 sebulan untuk kos pengurusan (mengikut kawasan), jika hanya menggunakan dua pekerja dengan gaji minimum RM1,100 seorang.

Kami tak boleh letak harga terlalu tinggi kerana ramai ibu bapa yang tidak mampu tetapi tidak boleh letak harga terlalu rendah kerana pulangannya tidak mampu menampung kos operasi.

Kami tidak boleh mendaftar kanak-kanak melebihi had ditetapkan. JKM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat menetapkan ruang 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak. Jadi, jumlahnya bergantung kepada saiz Taska.

Begitu juga dengan nisbah jumlah pengasuh iaitu 1:3 untuk bayi, 1:5 bagi kanak-anak berusia 1-3 tahun dan 1:10 untuk kanak-kanak berusia 3-4 tahun, katanya.

Beliau berkata, nisbah pengajar bagi tabika yang menempatkan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun ialah 1:25.

Anisa berkata, pihaknya mencadangkan supaya kerajaan mengambil langkah seperti seperti diamalkan di Singapura dan Indonesia dalam usaha memastikan lebih banyak pusat asuhan ditubuhkan dengan kualiti perkhidmatan lebih baik.

Katanya, di Singapura, setiap keluarga hanya perlu membayar separuh daripada kos menghantar akan ke pusat asuhan, manakala bakinya ditanggung kerajaan.

Di Indonesia, separuh daripada gaji pengasuh (bertauliah) dibayar kerajaan dan bakinya dibayar pusat asuhan. Secara tidak langsung, ia akan menarik minat lebih ramai pelabur dan pekerja terlatih.

Paling penting, ibu bapa dapat memastikan pendidikan awal kanak-kanak terjamin, tersusun dan pada masa sama, pusat asuhan juga akan terus kekal dengan kualiti tinggi, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pentingnya family planning...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:24 PM | Show all posts
Nak wek camno dik.. dah kau hidup di zaman ini.. nak tak nak kene harung..  yang penting sejauh mana kau boleh kawal nafsu berbelanja.. klu tidak haus di pagi Ramadhan lah jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:27 PM | Show all posts
pancut luar je la
tak pun, pancut dalam tapi bukan dalam waktu subur.

benda simple takkan nak kena ajaq?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:29 PM | Show all posts
taska pertengahan tahun 2000 dalam RM180-RM350

skrg taska dah RM450 ke atas

tadika pun RM300

kena bayar pendahuluan RM2000-RM3000 at least utk awal tahun
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:29 PM | Show all posts
kita kena cari jalan kenapa orang dulu make love anak ramai tp kos hidup xbebankan? :

> isteri suri rumah?
> harga getah sawit mahal?
> kondom mahal?
> tadika kemas untuk semua golongan?

bila dah study root of cause baru boleh bantu ringankan beban. sekarang ni kalau kt KL gaji RM 8000 pun bagi kaka dh kira miskin bandar kalau anak ada 3 orang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 22-7-2019 05:24 PM
Nak wek camno dik.. dah kau hidup di zaman ini.. nak tak nak kene harung..  yang penting sejauh mana ...

Sbnye org melayu dlu xde hiburan. Hiburan seks je tu rmai anak plus dlu xde nknkjar kualiti sgt. Dpt anak just hrp anak tu dpt bela mak bapak bile tua. Sng cter dlu x complicated. Tp zman skrg smua berangan knon best kawen dpt bf pon ggih nk showoff plus keperluan nk menunjuk dkt ig bagai pastu mak bapak meggatal masa muda ni x reti nk pkai kondom. Dtg klinik pon ggih nk buat upt. Weyy stripbutk upt tu dkt farmasi bru brp
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg terasa melayu especially melayu yg mmg hrp smua gov kena tlong. Org nk kawen ptot pkir dlm2 pkir kewangan skli ni dok pkir laki ni elok kaa nk buat laki. Haa tu ja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-7-2019 05:29 PM
kita kena cari jalan kenapa orang dulu make love anak ramai tp kos hidup xbebankan? :

> isteri su ...

Aku rasa sbb org dlu xde mende nk shownoff. Bnda sma je aku rsa zman dlu ng skrg. Bapak aku dlu kjer biasa pastu kutip tin. Ada lg org skrg kutip tin?? Xde da. Plus zman skrg smua bnda nk show off. Tp duit dkt anak bekira. Zman2 dlu sng je nk msok kemas skrg da tau nk msok kemas susah ggih nk beranak gak ggih nk kawen. Satu lg mgkin faktor harga rumah. Lgpon org dlu hntr jela kemas sbb mak bapak x kisah aslkan nti bile tua bole jaga mak bapak tu balik. Skrg nk plih tadika pon  byk bnda mak bapak cerewet which is good tp kena sediakan duit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk buek camna, grad/habis spm mak, tok, jiran, mak long semua tanya bila ekaunk kawin...dah kawin tanya pulak bila ekau nk beranak, jgn merancang nnt tak lekat lgsg mcm senah ujung kg, ok dah dpt sorg, tanya lagi ekau bila nk tambah anak, emilia putri oksana dah setahun dah, blh dpt adik lg ni...dan seterusnya korg blh sambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 22-7-2019 01:46 AM
Nk buek camna, grad/habis spm mak, tok, jiran, mak long semua tanya bila ekaunk kawin...dah kawin ta ...

1st of all kenapa perlu ikut mulut orang ...sedang kan yang tanggung diri sendiri dan pocket sendiri ....avoid saja orang begitu atau buat tidak tahu saja...mereka tiada topic lain mahu bercakap typical bawang ......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 22-7-2019 05:46 PM
Nk buek camna, grad/habis spm mak, tok, jiran, mak long semua tanya bila ekaunk kawin...dah kawin ta ...

Adoiii glamernya nama anak.. emilia putri oksana
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 22-7-2019 05:52 PM
1st of all kenapa perlu ikut mulut orang ...sedang kan yang tanggung diri sendiri dan pocket sendi ...

Tah la sis...tak semua maknosia yg punya hati keras....tgk sini pun betapa jahatnya sesetengah forumer yg kutuk forumer lain...ini x kenal pun siapa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Thats why aiolzs x kawin lg sbb pengurusan kewangan tak mantap..hihihi~

Lagi satu,parents kurang2kan lah berbelanja utk diri sendiri semata2 nak bersaing ngn ofismet..aiolzs tgk ramai jah y beli brg branded,both staf gomen mahupun swasta cuz nak show off...dah pndai bt anak,fikirkan lah psl anak2...lagi satu jgn lpe ajar moral sekali,tkt dah bsr,melencong ke lain plak anak tu..bt sakit ati jah labur duit byk2 tp anak x menjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 05:58 PM | Show all posts
dak umur 3-4 tahun memgla fokus kat main ja
ajdah nak suruh belajar bagai
ish2
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 06:17 PM | Show all posts
nk free jge sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
taska ni bahasa ingeris pre-school?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 06:28 PM | Show all posts
kalau tak mampu jangan kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 08:45 PM | Show all posts
bru kos tadika dah tertekan

mcm mana nak swastakan pendidikan swastakan hospital polis tentera (bayar ufti jaga keselamatan)
xkan kerajaan nk selamanya jaga pencen kakitangan2 awam itewwww
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 09:00 PM | Show all posts
Kos tadika skrg ni mmg agak mahal kat lembah klang..anak I bukan masuk tadika ada nama pun. Tadika biasa yg dekat dgn rumah..boleh jalan kaki pegi skolah. Itupun registration 2k plus and monthly almost 300 sbb dia belum 6 tahun lagi. Kalau 6 tahun, monthly dlm 450 mcmtu. Tapi yg bagusnya, ada belajar Mandarin, ada taekwondo class every week.  School principal pun tak pushy, dia bagi parents jelaskan yuran tu semua dlm setahun. tak perlu bayar lump sum awal tahun for registration tu. Mmg banyak memudahkan.
Terfikir jugak nak masukkan dia pra sekolah kat SK, ada apply tapi tak tahulah lepas ke tak. Kalau lepas, ok la. Kalau tak lepas, continue je la kat skolah lama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.090436s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list