Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
855
View
20
Reply

[Tempatan] Setakat ni ada 2,000 dobi layan diri. Mendobi pun tak selamat. Pakaian, bakul pun kena curi!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-7-2019 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Mendobi juga ada risiko
PUPE RAHAIZAD DARSONO | | 19 Julai 2019


INI kisah suami yang membantu membasuh pakaian isteri di kedai dobi kerana mesin basuh di rumah rosak. Setelah pakaian dimasukkan ke dalam mesin pengering lalu ditinggalkan untuk ke kedai makan.

Setengah jam kemudian, kembalilah suami ke kedai dobi tersebut. Ketika mahu dikeluarkan pakaian yang siap kering, baru suami tersedar yang satu beg berisi baju dalam isteri telah hilang. Puas dicari tetapi tidak ditemukan. Apa penyudahan cerita, biarlah rahsia.

Kisah beg baju dalam yang hilang mungkin melucukan. Namun, kejadian pakaian dicuri di dobi layan diri memang berlaku.

Di Kuala Terengganu pada April tahun ini, semua pakaian yang ditinggalkan seorang wanita untuk dikeringkan di dobi layan diri ghaib dipercayai dilarikan seorang lelaki.

Kes pakaian dicuri mungkin tak sepatutnya berlaku tetapi mungkin juga kerana kecuaian kita sendiri. Janganlah ditinggalkan pakaian yang dicuci. Selain berisiko dicuri, kasihan kepada pelanggan lain yang menunggu giliran untuk menggunakan mesin basuh atau pengering. Perlu diketahui bahawa pelanggan lain boleh mengeluarkan baju basuhan yang ditinggalkan jika sudah siap tanpa kebenaran pemiliknya.

Sebenarnya banyak kes yang berlaku di kedai dobi termasuklah kes kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh dan kes-kes jenayah lain yang dilaporkan.

Antara yang tular ialah kes samun di Taman Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah yang berlaku pada September tahun lepas menyebabkan kerugian melebihi RM10,000.

Dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, dua orang suspek menyamun seorang wanita ketika membasuh pakaian bersendirian di dobi layan diri sebelum menyamun dua lagi kedai runcit 24 jam di kawasan yang sama.

Di Seremban pada 18 Julai 2018, berlaku kes samun di sebuah dobi layan diri di Taman Forest Heights, Senawang. Ketika kejadian, mangsa bersama beberapa pelanggan lain sedang mencuci pakaian apabila seorang lelaki memakai topi keledar penutup penuh memasuki premis lalu mengambil beg tangan mangsa.

Kes di Selayang lebih mengejutkan. Tindakan kejam seorang pemandu teksi memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering sehingga mati dirakam kamera litar tertutup (CCTV di kedai dobi tersebut. Video tersebut tular dan mendapat kecaman rakyat Malaysia.

Namun, insiden yang paling mengerikan ialah kejadian letupan gas di kedai dobi layan diri tahun lepas. Menurut Suruhanjaya Tenaga (ST) ada dua kes yang dilaporkan iaitu pada 11 April di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur yang mengorbankan seorang pelanggan wanita dan pada 4 Oktober yang mengakibatkan dua beranak terbakar tubuh badan sebelum si bapa meninggal dunia.

Dilaporkan kira-kira 2,000 dobi layan diri di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah mungkin terdedah dengan bahaya letupan ekoran tidak mempunyai kelulusan dan lesen pengoperasian gas ST.

Timbalan Pengarah Pepasangan dan Peralatan Gas ST, Ir Shamsuddin Arshad berkata, setakat ini hanya 427 dobi layan diri direkodkan mempunyai lesen berkenaan dan berdaftar di bawah ST.

Katanya, tidak seperti premis dobi konvensional yang menggunakan tenaga elektrik untuk proses pengeringan, dobi layan diri menggunakan gas bagi menjimatkan kos.

Menurutnya lagi, terdapat premis dobi yang tidak mengikut spesifikasi standard minimum yang diperakui ST dan gagal membuat servis dan penyelenggaraan menyebabkan paip berkarat dan kebarangkalian untuk kebocoran itu ada.

Dalam bab keselamatan ini, kita tidak boleh berkompromi. Pengusaha dan bakal pengusaha dobi layan diri perlu mengutamakan keselamatan pelanggan dengan mendapatkan kelulusan dan lesen yang sah daripada ST jika tidak mahu dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Bekalan Gas 1993 dan Peraturan-peraturan Bekalan Gas 1997, termasuk denda sehingga RM100,000 atau penjara atau kedua-duanya.

Di kawasan rumah penulis banyak kedai dobi namun hanya satu jadi pilihan. Selain kedainya bersih, ada pekerja selenggara, lokasi pondok polis yang betul-betul di sebelah kedai dobi itu memberikan rasa selamat tatkala mendobi tidak kira pada waktu siang ataupun malam.

Mungkin selepas ini membasuh baju di rumah boleh dianggap lapuk dek banyaknya kedai dobi yang dibuka. Pada hemat penulis, membasuh di kedai dobi lebih mudah dan berbaloi. Dan daripada pemerhatian, aktiviti mendobi ini umpama me time buat golongan ibu mahupun bapa. Mungkin ini sahaja waktu yang boleh dijadikan alasan untuk melepak di kedai mamak sementara menunggu pakaian siap dibasuh.

Terbaru, kes berlaku di Gombak pada Selasa lalu, bakul dobi pun kena curi ya!

*Pupe Rahaizad Darsono ialah Penolong Editor Sinar Harian
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:01 AM | Show all posts
mndobi xpe jngn mndubur
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:12 AM | Show all posts
aku paling tak suka kalau orang dobi baju pastu tingal

berejam kemudai baru datang

bila baju kena punggah  bising cam babi ingat baju kena curi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:21 AM | Show all posts
nak tinggal boleh, tapi kena bajet time betul2 la..ni basuh tinggal berjam2...elok dibuang je baju2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:21 AM | Show all posts
aku xsuka benda public ,benda kongsi

aku jijik

ko yakin bolehlah cuba.

Tapi aku waswas  bab kebersihan ,bab kesihatan , sekrang ko ckp kena curi pula baju-baju yg dibaush di public dobi ,kiranya tambah satu lagi kes keselamatan xde jaminan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:21 AM | Show all posts
akak padankan muka baju yang kena curi ni... sebab akak pun selalu pi mendobi kalau pi outstation time weekend.. dari pengalaman akak.. pelanggan2 ni datang letak baju dalam mesin pastu hilang tah ke mana...2 3 jam lepas tu datang amik baju, masuk pulak dalam dryer pastu hilang lagi.. mau tak naik darah..  dahlah orang ramai nak guna.. Elok sangatlah baju kena curi.. puiiii...

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
SWORKS27 replied at 19-7-2019 10:21 AM
nak tinggal boleh, tapi kena bajet time betul2 la..ni basuh tinggal berjam2...elok dibuang je baju2  ...

Betul3.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:25 AM | Show all posts
sikap pendobi...masuk mesin kering...tinggal....mmg selamat tinggal laa.....
mmg patut hilang pun...ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 buat mesin dobi mcm harta tok nenek sendiri.. Basuh lepas tu merayap tah ke mana..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:28 AM | Show all posts
mohon pandangan
yg semua ke kedai dobi tu sbb mesin basuh rosak ke?
aku setakt ni mesin basuh kat rumah ok
kedai dobi belambak tp xteringin pon nak pegi

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-7-2019 10:31 AM | Show all posts
aku tgk lokasi kedai dobi kebanyakan area flat, apartment, kondo
area rumah teres nmpk kurang
ke sebab penghuni rumah teres memang ada washing machine
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:36 AM | Show all posts
kahkahkah...
Semua maki perangai bebal raykat yang mendobi lepas tu tinggalkan 2-3 jam.
Lainkali kalau nak blah, letak bakul kat tepi, senang dah setel orang punggah baju ko masuk bakul.
Kalau takut bakul kena curik, pasang alarm atau GPS.
Ataupun lagi senang, ko tunggu je baju ko sampai habis kat dobi tu sambil membawang dalam forum guna wifi free..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa mesin iols rosakndolu
Swminggu jugak la pegi dobi
Sakitnati main tinggal je..pastu iols kalau lebih 10minit..iols keluarkan aje...
Kekadsng depa pandang semacam
Iols peduli apa...iols nak cepat..
Nasib la dlm swminggu je..
Masa tu nampak la yang basuh spender la..coli la.
Basuh pakai mesin.rosak la dol coli tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:54 AM | Show all posts
mesin basuh aku tu dah lebih 10 tahun masih elok
tak pernah guna dobi luar
tak geli ke campo2 dgn org lain?
nk basuh seluar kecik pun bi dobi org zamn now
tu pon bangga
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:17 AM | Show all posts
bagus juga ada kemudahan dobi layan diri ini, senang nak basuh jika mesin basuh dirumah buat hal or time musim hujan ataupun sewaktu berjalan-jalan bercuti
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:49 AM | Show all posts
jarang dah gi basuh, gi keringkan selalu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:51 AM | Show all posts
penah pegi keringkan baju kt dobi layan diri ni...kalau tinggal pun aku akan bajet masa supaya aku sendiri yg keluarkan baju tu drpd mesin..xsuka org pegang baju aku.
ntah2 sblm pegang baju kita dia korek hidung dulu kita kemain lg pegi cuci tgn sblm pegang baju bersih.

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2019 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah nye... Dah mendobi pergi merayap pulak.. Timer tak reti set ke sund..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2019 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg tinggal tu mungkin seram kot sbb byk gak kes kena samun masa tgh tggu depan mesin dobi tu

Payah tul jadi rakyat msia ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu jer anto bj utk dryer esp kalau musim hujan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.084450s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list