Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6037
View
212
Reply

5 Sitkom Paling Popular Tahun 90-an, Siapa Sempat Melayan?

[Copy link]

Author: Bakie       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-7-2019 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Tahun 90-an, bertapa nostalgiknya apabila kita bercakap tentang tahun yang juga dianggap tahun kegemilangan bagi sitkom di Malaysia.


SITKOM atau SITCOM yang dipendekkan daripada perkataan  SITUATION COMEDY memaparkan kehidupan di sesuatu kawasan yang mana akan memfokuskan tentang permasalahan harian mereka.





Sumber : Kipaszz




Yang menariknya, sesebuah sitkom di Malaysia menampilkan pelakon berbilang bangsa dan akan menyelitkan elemen kemasyarakatan buat penonton.


Pada kali  ini, kita akan kembali ke tahun 90-an untuk  menghilangkan kerinduan kepada 5 SITKOM PALING POPULAR DI TAHUN 90-AN.
Jom lihat senarai sitkom seperti dipetik dari Iluminati ini!




1) 2+1







Sumber : Internet




Sitkom ini mendapat sentuhan Othman Hafsham atau lebih dikenali sebgai Raja sitkom Malaysia kerana kredibilitinya menghasilkan bukan satu, tetapi dua sitcom yang berjaya menarik perhatian masyarakat Malaysia.

Belatarbelakangkan kehidupan tiga rakan yang tinggal serumah dan kehidupan mereka diisi dengan kehadiran jiran-jiran yang mempunyai pelbagai ragam.
Sitkom ini  juga boleh dianggap seperti 'Friends' versi Malaysia.

Pada  tahun  kegemilanganya, sitkom yang ditayangkan secara langsung ini boleh mencapai  purata lima juta penonton untuk setiap episod dan ini semua adalah hasil daripada barisan pelakonnya yang hebat, antaranya Susan Lankester, Ziela Jalil, Louisa Chong, Allahyarham Ahmad Busu, Jaafar Onn, Sabri Yunus dan juga bintang siri ini, Imuda yang membawa watak Sam, seorang lelaki lembut yang mencetuskan kontroversi ketika itu.




2) Jangan Ketawa







Sumber : Internet




Senarai sitkom Malaysia tidak akan lengkap jika kita tidak meletakan sitcom ini di dalamnya.

Jangan ketawa adalah salah satu sitkom yang mendapat rating tinggi di Malaysia ketika eranya walaupun mendapat kritikan masyarakat dan terpalit dengan beberapa konrtroversi sepanjang tayangannya.


Sama seperti sitcom 2+1 yang menampilkan watak lelaki lembut, Jangan Ketawa arahan Louisa Cheong and Harith Iskander ini lebih berani dan terbuka


Mana tidaknya, bukan saja menyelitkan elemen lucu yang mempunyai dua makna, mereka juga berani meletakkan watak Moon dan Dee sebagai lelaki berpakaian wanita untuk tayangan masyarakat awam.


Selain itu, jika anda semua ingin melihat Harith Iskandar pada awal kariernya sebagai seorang pelawak dan juga pengarah, rancangan ini perlu ada dalam senarai wajib tonton peminat-peminat beliau.




3) Kopitiam






Sumber : Internet





Sebuah sitkom arahan Ng Ping Ho dan diterbitkan Double Visionini menceritakan pahit manis  seorang wanita yang dilakonkan Joanna Bessey[size=13.3333px] mempertahankan legasi kedai kopi lama yang diwarisinya daripada keluarga.

Sitkom ini yang bersiaran selama tujuh musim DI NTV7 memperkenalkan orang ramai kepada beberapa nama seni yang masih lagi aktif sehingga kini seperti Douglas Lim, Rashid Salleh, Lina Teoh, Mano Maniam dan Tan Jin Chor.

Lebih membanggakan, bukan saja mendapat rating tinggi di Malaysia, tetapi sitkom Kopitiam ini juga mendapat pengiktirafan sebagai sebuah SITKOM TERBAIK ASIA pada tahun 2000.


4) Spanar Jaya








Sumber : Internet




Sitkom yang mengisahkan tentang seorang usahawan yang membuka sebuah bengkel kereta dihiasi telatah pelanggan dan juga pekerjanya.

Jika anda bertanya kepada sesiapa saja yang pernah menonton sitkom ini, ramai akan dapat menamakan setiap watak di dalam Spanar Jaya antaranya Pak Selamat, ez, Misha, Edy Lentok, Abdullah dan yang paling popular adalah Mat Rock.

Pada tahun ini, TV3 menyiarkan versi terbaru Spanar Jaya yang diberi tajuk Spanar Jaya X. Walaupun tidak mengekalkan kesemua pelakon lamanya dan diisi barisan pelakon baru seperti Uqasha Senrose, sitkom ini berjaya mengekalkan watak kegemaran semua. Siapa lagi kalau bukan Mat Rock.





Sumber : Kipaszz



Jadi, kepada peminat sitcom ini yang ingin melihat gelagat Mat Rock selepas berbelas tahun menyepi, jangan lupa untuk menonton Sitkom Spanar jaya X di TV3.




5) Pi Mai Pi Mai Tang Tu





Sumber : Iluminasi






Menjadi salah satu sitkom paling lama disiarkan di televisyen dari tahun 1985 sehingga 2004, Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak perlu lagi diperkenalkan di Malaysia kerana ianya sudah terpahat dalam sejarah tahun 90-an masyarakat kita.

Salah satu buah tangan yang boleh dianggap terbaik daripada raja sitkom Malaysia, Othman Hafsham kerana kisah yang cuba disampaikan oleh pengarah dan pelakon sitkom ini cukup dekat dan memberi kesan kepada penonton yang mengikutinya daripada awal.

Mana tidaknya, sitkom yang bermula dengan mengisahkan masyarakat di sebuah kampung iaitu Kampung Seri Wangi dan kemudianya berpindah ke Flat Seri Wangi membawa penonton kepada masalah sebenar dalam kehidupan seharian sebagai mayarakat majmuk di Malaysia.





Foto: Sumber : Iluminasi






Perjalanan dan penceritaan sitkom ini menjadi dekat dengan penonton kerana setiap perubahan yang dialami pelakon di dunia sebenar di masukkan sedikit elemennya kedalam watak pelakon tersebut .Ini membuatkan setiap watak di dalam sitkom ini hidup di dalam ingatan penonton.


Malah, betapa popularnya sitkom ini sehingga sitkom ini pernah dibawa ke pentas teater muzikal pada tahun 2006 dan telah diadaptasi ke siri komik strip mingguan di dalam akhbar berita mingguan.

Sitkom mana pernah menjadi kegemaran anda? - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:42 AM | Show all posts
Senario also should in list

pmpmtt lejen
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:44 AM | Show all posts
Edited by chinta89 at 16-7-2019 05:11 PM

12
3
4
5


so ape kata hakak spanar jaya kita yaituh porumer PerangDina?

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Boomibulat at 16-7-2019 10:54 AM

Yang i pnh tgk kecik2 dl

Pi mai tang tu
Camni camtu
Salam pantai timur
Spanar jaya
Kopitiam
Phua chu kang
Mind your language
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Boomibulat at 16-7-2019 10:55 AM

Sambunng lg

Bendul
Gado2
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolls tengok Jangan ketawa & Spanar jaya je. Yg lain macam tak de dalam memory
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:57 AM | Show all posts
semua iolss sempat tengokkkk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:00 AM | Show all posts
semua best zaman dulu2..

cite Terserah Anda (radhi khalid jadi host) pun best.. dia spontan sbb bila penonton pilih jalan cerita, then pelakon akan twist jalan cerita ikut pilihan penonton tu.

yg lain mcm baba & nyonya pun best, pi mai pi mai tang tu, senario, cecupak, mcm2 la.. smua best2 zaman dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:03 AM | Show all posts

haaaa, i mencari tajuk ni..Gado2...patut yg ni masuk lam list...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:05 AM | Show all posts
sitcom sambal si diva AA takde dalam list ke??

saje je kan nak kena laharan ko skola tak, ko srp lepas tak ngan diva AA..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 16-7-2019 11:03 AM
haaaa, i mencari tajuk ni..Gado2...patut yg ni masuk lam list...

Nmpk sgt dh tua kan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:07 AM | Show all posts
Pi mai2 Tang tu follow dari zaman Kg seri wangi.sampai pindah flat.
2+1 memang syok. Raja ema pun pernah berlakon rasanya dlm ni.
Gado2.. ni best betul. memang merapu abis.
kopi tiam, tang mana lawak tah..nyampah je tgk Lina teoh.
Jgn ketawa - so-so je..ada part lawak, ada part tidak..Harith tu dari zaman jgn ketawa pun tak kelakar..
oh, ada lagi sitkom zaman dulu2...Hikayat Hang Setia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:08 AM | Show all posts
Pi mai2 Tang tu follow dari zaman Kg seri wangi.sampai pindah flat.
2+1 memang syok. Raja ema pun pernah berlakon rasanya dlm ni.
Gado2.. ni best betul. memang merapu abis.
kopi tiam, tang mana lawak tah..nyampah je tgk Lina teoh.
Jgn ketawa - so-so je..ada part lawak, ada part tidak..Harith tu dari zaman jgn ketawa pun tak kelakar..
oh, ada lagi sitkom zaman dulu2...Hikayat Hang Setia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts

PMPMTT.

Episod paling x boleh lupa, episod Teh Manis. Guest actress vanida imran bawak watak Teh.

Episod ni punya lawak sampaikan diorang sendiri pun x mampu nak control ketawa. Dialog scene sedih/serious x habis sebut pun dah boleh ketawa, vanida imran pun x boleh control gelak tersengguk bahu siap pusing badan pandang tempat lain, ravi pun cover mulut.

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:14 AM | Show all posts
kopitiam x best
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:14 AM | Show all posts
Wakefield replied at 16-7-2019 11:10 AM
PMPMTT.

Episod paling x boleh lupa, episod Teh Manis. Guest actress vanida imran bawak watak Te ...

yang pantun pun best gak..

ada satu lagi pertandingan nyanyian bertemakan cuaca/alam sekitar. Marlia Musa jadi guest artist.


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 16-7-2019 11:07 AM
Pi mai2 Tang tu follow dari zaman Kg seri wangi.sampai pindah flat.
2+1 memang syok. Raja ema pun  ...

Ada lg sis..santan berlada lakonan fauziah nawi dgn khairul azhar,arwah ali mamak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:23 AM | Show all posts
2+1 tu dok ingat lagi Imuda nak buat fashion show, mejahit tak siap

bawak bekal telur mentah sebakul buat bekal
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 16-7-2019 11:14 AM
yang pantun pun best gak..

ada satu lagi pertandingan nyanyian bertemakan cuaca/alam sekitar. M ...


Adakah itu episod yang wan semail tu berpuisi pasal angin, tapi ending baru tahu dia maksudkan angin kentut?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:25 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 16-7-2019 10:50 AM
Yang i pnh tgk kecik2 dl

Pi mai tang tu

mind your language tu best sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.112498s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list