Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
1138
View
23
Reply

[Tempatan] Lim Kit Siang cadang SKMM, polis siasat pembiaya 'cybertrooper' Najib

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-7-2019 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Kit Siang cadang SKMM, polis siasat pembiaya 'cybertrooper' Najib

https://www.malaysiakini.com/news/483725

News  |  Diterbitkan 14 Jul 2019, 3:48 petang  |  Dikemaskini 14 Jul 2019, 3:48 petang



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis menyiasat pembiaya laskar siber atau istilahnya 'cybertroopers', seperti yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Lim berkata Najib mempunyai rekod menyebarkan pembohongan dan merupakan "bapa" kepada laskar siber yang digunakan untuk menyerang pembangkang.

"Saya menganggarkan beliau telah menghabiskan puluhan atau bahkan ratusan juta ringgit untuk projek ini yang, antara lain, memberi keyakinan kepadanya bahawa dia akan menang besar dalam PRU14, malah memperoleh semula majoriti dua pertiga parlimen.

"Selama beberapa bulan selepas kekalahan Umno-BN yang tidak dijangka pada 9 Mei 2018, cybertroopers berkenaan tidak muncul di media sosial.

"Tetapi kini mereka telah kembali ke media sosial Malaysia untuk membalas dendam, yang bermaksud bahawa dana untuk tentera cybertroopers penyebar kepalsuan ini telah disusun semula dan dilengkapkan.

"Mungkin ini tip bagi SKMM dan polis, untuk menyiasat pembiaya cybertroopers dalam media sosial dalam kempen untuk memerangi mesej palsu," kata Lim.

Lim berkata demikian sebagai respon kepada ucapan Najib baru-baru ini di mesyuarat agung Umno Bahagian Pendang di mana beliau menuduh pemimpin DAP mencadangkan penubuhan Bersatu untuk memecah belahkan politik orang Melayu.

Sepanjang pentadbiran BN sebelum ini, beberapa pemimpin Umno malah mengakui bahawa pihak-pihak tertentu telah terlibat dalam mendapatkan perkhidmatan laskar siber untuk mempertahankan dasar kerajaan dan menyerang pembangkang.

Antara lain, Umno telah menubuhkan sebuah biro IT yang diketuai oleh Ahmad Maslan, yang secara rutin menasihati aktivis parti dalam menghasilkan kandungan dalam talian.

Bagaimanapun, ia tidak berjalan lancar untuk Umno kerana Najib pernah menuduh laskar siber menyerang rakan sendiri. Pada awal tahun ini, Najib juga menyifatkan bahawa "cybertroopers" sebagai "buat habis beras".


Sementara itu, Lim sekali lagi mencabar Najib untuk membuktikan dakwaan tentang penglibatan DAP dalam penubuhan Bersatu.

"Najib berkata semalam dia hanya akan mendedahkan identiti orang itu, yang dia dakwa telah mendedahkan pelan saya untuk mewujudkan Bersatu 'jika perlu'.

"Saya yakin Najib tidak akan dapat berbuat demikian, walaupun sekiranya orang itu wujud, ia sekurang-kurangnya akan menyelamatkan kredibilitinya dari pembohongan.

"Tetapi seorang penipu seperti itu yang boleh meyakinkan seorang bekas perdana menteri dengan kisah dongeng seumpamanya adalah orang yang perlu diketahui semua rakyat Malaysia.

"Kepada Najib, siapa orang ini jika benar wujud?" kata Lim.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah goyang ke apek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 10:46 AM | Show all posts
cybertrooper PH penuh dgn fitnah sebelum PRU14 sampai semua org kena kencing apa cerita???
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
RBA tu sape punya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:01 AM | Show all posts
Tentera Kacang Merah SKMM & Polis tak nak siasat ke? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang kadang kena realistik juga. Akan ada yg sokong Najib nie walaupun tanpa upah sekali pun.

Dulu zaman reformasi takder orang bayar kami untuk turun ke jalan raya buat website apa semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:23 AM | Show all posts
luar kabinet pun mampu bagi arahan dari luar
hebat!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Apek dah goyang tgk sambutan rakyat kpd bossku di ipoh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ludah muka sendiri ni apek ni.
Cybertrooper DAP yg kt komtar tu dh pindah ke mana skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:38 AM | Show all posts
muhahahaha
hiii huhu hahaha hihihi huuhuhu

najib mana ada duit nak bayar cytro la apek
orang ramai dah meluat dgn statement nyanyuk apek ysng perasan suci

#asal bukan apek, anak beranak dan jelutong.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:45 AM | Show all posts

aiyooo -- tak perlu truper truperbagai lahhhh -----
rakyat marhaen jer yg jadi trooper sukarela.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku slalu drop komen tp Aku xdpt elaun pun...ikhlas Hati Aku buat keje...hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apek mudah lupa. Dulu dia jd pembangkang apesal x mau siasat sapa dia punya funder sapa dia punya team?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 03:54 PM | Show all posts
RBA tu apa lanjiao?

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 15-7-2019 11:45 AM
aiyooo -- tak perlu truper truperbagai lahhhh -----
rakyat marhaen jer yg jadi trooper sukarela.

tahu takpe... takyah org upah2 pun

dah mmg spesis penipu...najib rompak duit gst konon.. dasar kaki fitnah... cukup la sepenggal
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 05:49 PM | Show all posts
makin nyanyuk orang tua ni. statement semua makin merepek
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aloo apek.. rakyat sudah tidak suka sama ph laa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau macai totok politaik nasi bungkus pun cukup... sebab macai2 tegar biasanya set2 yang tengah bulan dah habis duit...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Cybertrompah tu ok, tapi.buat pitenah tu patut kena tangkap, esp yg pitenah pasal agama n bangsa. Kat indon dan berpuluh lobai2 ditangkap, kita masih biarkan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.081895s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list