Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
2120
View
27
Reply

[Tempatan] Zikir cara apa ni? #6, Zikir Tok Ki menyeleweng daripada Islam

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-7-2019 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-7-2019 03:03 AM

Zikir cara apa ni?
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/07/475368/zikir-cara-apa-ni-metrotv

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 2:44 PM

Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my




VIDEO kegiatan berzikir sambil bediri dengan menggerakkan tubuh badan dirakam di surau Kampung Bantal Seberang, Ulu Tembeling yang mencurigakan orang ramai sejak tular di media social.  FOTO IHSAN PEMBACA.

TIGA rakaman video memaparkan sekumpulan penduduk sebuah kampung di Jerantut berzikir sambil berdiri dan menggerakkan anggota tubuh, tular di media sosial, semalam.

Video berdurasi antara 0.22 saat dan 1.12 minit dipercayai dirakamkan seorang penduduk Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling, yang mengikuti aktiviti dilakukan di sebuah surau di kampung berkenaan pada 11 Julai lalu.

Seorang lelaki dari Terengganu dikenali sebagai Tok Ki @ Tok Ayah dipercayai mengetuai aktiviti yang dilakukan selepas solat itu.

Kadi Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohamad Saad berkata, pihaknya sudah memanggil lelaki terbabit untuk siasatan kira-kira jam 11 pagi, semalam, tetapi sehingga jam 4.30 petang lelaki itu tidak muncul.

Kita menerima rakaman video ini disyaki bertentangan syarak. Dalam rakaman itu, kelihatan beberapa lelaki dan perempuan sedang berdiri dan melakukan beberapa pergerakan badan sambil mengalunkan bacaan yang tidak berapa jelas sebutannya.

Sehubungan itu, saya sudah menghubungi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) itu dan dipercayai dilakukan pada malam Jumaat, 11 Julai lalu, katanya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan diundang seorang lelaki yang juga penduduk kampung bagi mengetuai sekumpulan penduduk berzikir sambil berdiri serta menggerakkan kepala dan tubuh badan.

Bagaimanapun, Tok Ki meminta kami bertemu dengannya di kampung itu esok (Isnin). Kami akan mendengar penjelasan lelaki itu dengan disaksikan panel aqidah dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 10:48 AM | Show all posts
zikir sambil senaman kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 10:50 AM | Show all posts
mcm bersenam sambil zikir supaya tidak mengantuk ..maklumlah malam & org org tua yg datang...bagus juga tu..bersenam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 10:59 AM | Show all posts
ni ajaran mana pulak dah nih..jahanammmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:02 AM | Show all posts
kapir2 leh la inzal kat thread ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-7-2019 11:02 AM | Show all posts
Zikir Tok Ki menyeleweng daripada Islam

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... weng-daripada-islam

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2019 @ 10:54 AM

Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@hmetro.com.my



ZIKIR sambil berdiri dan menggerakkan tubuh yang tular di media sosial sejak kelmarin jelas menyimpang daripada ajaran Islam.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, buat masa ini pihaknya belum mengetahui aliran ajaran apa yang dibawa kumpulan itu dan siasatan sedang dijalankan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Sama ada aliran Syiah atau tarikat apa yang dibawa mereka masih dalam siasatan. Apa yang jelas ia menyimpang daripada ajaran Islam.

Saya dimaklumkan siasatan sedang dijalankan oleh JAIP dan mereka dalam usaha mengesan individu (ketua) itu yang dikatakan datang dari Terengganu, katanya pada sidang media selepas merasmikan jambatan di Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang di Kuantan hari ini.

Media semalam melaporkan mengenai tiga klip video yang tular dipercayai dirakam Khamis lalu memaparkan sekumpulan penduduk Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut berzikir sambil berdiri dan menggerakkan anggota tubuh.

Video berdurasi antara 0.22 saat dan 1.12 minit dipercayai dirakamkan seorang penduduk yang mengikuti aktiviti dilakukan di sebuah surau di kampung itu diketuai lelaki dikenali Tok Ki @ Tok Ayah.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, pihaknya juga akan menyiasat kemungkinan ajaran itu sudah diajar dan disebarkan ke kawasan lain.

Kita akan siasat jika ia diajar atau disebarkan ke tempat lain. Hingga kini satu tempat (Jerantut) yang saya dimaklumkan, katanya.

Katanya, JAIP akan turut mengambil keterangan individu yang terbabit menyertai zikir itu selain mengesan ketua ajaran berkenaan bagi membantu siasatan.

Kita pandang serius setiap ajaran yang menyeleweng daripada asas Islam yang sebenar, saya ucap tahniah kepada JAIP kerana pantas mengambil tindakan, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis setakat ini dan berkata, siasatan mengenai insiden itu dijalankan JAIP.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:03 AM | Show all posts
mcm ajaran sesat pn ada. tp tuh laa kenapa lambat ambik tindakan. knp time dorg buat tu takde sorg pn AJK masjid or penduduk situ ke ape tegur?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 15-7-2019 11:03 AM
mcm ajaran sesat pn ada. tp tuh laa kenapa lambat ambik tindakan. knp time dorg buat tu takde sorg p ...

Sesat2 pn ada jgk org ikut.pompuan pn goyang skali..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bukan sesat
tahu tak benda ni dah ada sejak sebelum merdeka
setiap kampung/negeri ada zikir gaya sendiri
zaman dulu mana kecoh sebab takdak media sosial
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 03:52 PM | Show all posts
aku baca yg viral dalam wassap semalam

pegawai agama suruh dia datang ofis, explain kan zikir merapu dia tu
dia cakap kalo nak jumpa datang kedai kopi kampung tu
bila pegawai2 tu nak gi sana, SB bagitau tak selamat utk terus kan
so diorang cancel kan perjumpaan tu

apa sebab tak selamat?
pikir2 kan laaaa

gila punya taksub la ni

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 05:38 PM | Show all posts
kampung bantal ni kampung orang asli dekat dengan taman negara
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 05:54 PM | Show all posts
macam lagu pororo
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Gini la kesan nya klu maknusia terlebih bfikir dan tlebih guna logik akal..pdhal nabi s.a.w dh pesan ikut quran dan sunnah spy tak tlepas dr tali islam
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 06:56 AM | Show all posts
seram pulak tengok zikir sambil
goyang2 tangan macam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 15-7-2019 03:52 PM
aku baca yg viral dalam wassap semalam

pegawai agama suruh dia datang ofis, explain kan zikir mer ...

Kompirm ajaran sesat.. Takut plop jenis gini.. Belajar mana tah deme nie
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 08:11 AM | Show all posts
meteorspeed replied at 16-7-2019 07:08 AM
Kompirm ajaran sesat.. Takut plop jenis gini.. Belajar mana tah deme nie

ko berjoget merapu meratib dalam surau
pegawai agama panggil ko datang ofis utk bincang
ko ajak pulak diorang datang kedai kopi kampung ko
sampai SB bagitau tak selamat utk pergi pun

something fishy macam ni
kalo rg lain kata biasa je tuuu, amalan kampung je tuuuu
tak tau la nak cakap apa


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 01:02 PM | Show all posts
Kalau yg pelik2 kat malaysia ni mesti berkaitan terengganu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni akibat kalo org xsuka pikir dan mengikut membabi buta pd org yg kononya lbih beragama...xkesahla ajaran Sesat ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 08:13 PM | Show all posts
sekngucing replied at 15-7-2019 04:45 AM
ni bukan sesat
tahu tak benda ni dah ada sejak sebelum merdeka
setiap kampung/negeri ada zikir g ...

ko lahir pn lpas singapor kuar malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersotong replied at 16-7-2019 08:13 PM
ko lahir pn lpas singapor kuar malaysia

aku pernah ikut selawat duduk dan berdiri di satu masjid ni
awal 90an...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.081968s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list