Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
828
View
12
Reply

[Buku] Lets TALK tadabbur...

[Copy link]

Author: seribulan    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-7-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 14-7-2019 05:58 PM

Maksud tadabbur adalah kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat itu ke dalam hati. Satu cara membaca buku ni secara umum

Syarat tadabbur al-Quran

Datuk Dr Zahazan Mohamed








Dahulu saya seorang yang tidak mengambil kisah soal agama. Alhamdulillah, sejak usia kian tua ini saya mula membaca terjemahan al-Quran pada setiap malam walaupun tidak berapa lancar membacanya dalam bahasa Arab.

Saya semakin mengagumi isi kandungan al-Quran. Semakin saya baca terjemahan al-Quran, semakin rasa kerdilnya diri ini.

Bolehkah saya memahami al-Quran dengan cara begitu dan adakah cara saya itu dikatakan tadabbur? Perlukah saya membeli buku tafsir untuk memahami al-Quran dengan lebih mendalam?
Hamid, Klang

Tadabbur al-Quran adalah arahan daripada Allah SWT. Menerusi firman-Nya yang bermaksud: Maka apakah mereka tidak mentadabburkan al-Quran? Atau hati mereka terkunci. (Surah Muhammad, ayat 24)

Maksud tadabbur adalah kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat al-Quran itu ke dalam hati.

Ia perkara yang disuruh oleh agama. Tadabbur berbeza dengan tafsir kerana tafsir menjelaskan maksud yang dikehendaki Allah SWT pada suatu ayat.

Tiada siapa yang layak mentafsirkan ayat al-Quran melainkan Rasulullah SAW kerana Baginda adalah al-Quran bergerak.

Mereka yang layak mentafsirkan al-Quran al-Karim adalah sahabat Baginda kerana mereka pernah hidup bersama Rasulullah SAW.

Seterusnya, murid sahabat Nabi yang mengambil ilmu daripada sumber yang asli.

Sampai kepada kita, semua tafsir al-Quran sudah terkumpul dan tersusun dalam kitab tafsir yang berjilid-jilid.

Tafsir ayat al-Quran itu adalah tafsir rasmi yang diambil daripada sumber asli iaitu Rasulullah SAW.

Pada hari ini, jika ada ustaz atau ustazah yang mentafsir ayat al-Quran, sebenarnya mereka bukan mentafsir tetapi membaca tafsir al-Quran daripada kitab tafsir berdasarkan riwayat sahih yang boleh dipertanggungjawabkan kebenarannya.

Untuk mentafsir al-Quran, seseorang itu perlu cukup ilmu seperti ilmu bahasa Arab, ilmu tafsir, ilmu usul fiqh, nasikh mansukh dan lain-lain lagi yang membawa kepada keupayaan menjelaskan maksud ayat Allah SWT di dalam al-Quran.

Sudah tentu perkara itu bukan semua orang mampu melakukannya. Tidak seperti tadabbur iaitu mengambil pelajaran dan penghayatan daripada terjemahan al-Quran al-Karim.

Pada masa kini, terjemahan al-Quran dimasukkan sekali tafsir ayat untuk mudah difahami masyarakat.

Dengan cara bertadabbur, ia dapat mengkiaskan pengajaran itu terhadap kehidupan manusia secara peribadi atau masyarakat.

Tadabbur adalah maksud terbesar daripada tafsir kerana banyak ayat al-Quran menyuruh manusia mengambil pengajaran dan mematuhi arahan Allah SWT.

Seseorang itu tidak boleh sama sekali mentafsir sendiri ayat al-Quran berdasarkan pemikirannya atau apa yang terlintas di kepalanya.
Ia hendaklah merujuk kepada kitab tafsir yang muktamad untuk mengetahui maksud sebenar sesuatu ayat itu.

Antara kitab tafsir yang patut menjadi rujukan ialah Kitab Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir al-Munir.
Saya mencadangkan supaya anda memiliki sebuah Kitab Tafsir Ibnu Kathir yang kini sudah ada terjemahannya dalam bahasa Melayu sekiranya tidak mampu menguasai bahasa Arab.
Sekiranya tidak merujuk dan hanya berdasarkan pemahaman saja, maka siapa yang akan bertanggungjawab dengan kebenaran hasil pemahaman itu?

Tadabbur tidak akan terhasil melainkan selepas mengetahui tafsirnya. Pengetahuan yang benar daripada tafsir akan memberi kesan kepada tadabburnya.

Tafsir ayat yang dilakukan oleh golongan mufassirin di dalam kitab tafsir termasuk juga apa yang terhasil daripada tadabbur mereka sendiri.

Penulis ialah pendakwah.

-HMETRO



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua2 ni..try jugakla fahamkan al quran bila baca tafsirnya..nak berguru juga satu hari nanti..
Betul..makin lama kita faham al quran..makin kita rasa kita ni hamba yang xada apa2..
So xpayahla nak berbangga dengan pangkat..kereta mewah...rumah besar.. beg prada lv coach semua tu..
Kita ni xada apa2...melainkan amal ibadat kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada terbaca article mengenai tanda2 tadabbur
1. Menyatukan hati dan fikiran ketika membaca Al Quran
2. Menangis kerana takut kepada Allah swt
3. Bertambah kekhusyukkan
4. Bertambahnya iman
5. Gementar kerana takut kepada Allah kemudian diikuti dengan pengharapan dan ketenangan
6. Bersujud sebagai bentuk pengangungan kepada Allah

Mod dan forummers tolong betulkan sekiranya saya salah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah. Tp aku selalu rasa Allah bg jawapan disetiap persoalan aku dlm alquran. Kadang bila rasa tgh serabut dgn mslh, alquran psti ada jawapan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-7-2019 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
awaynepian replied at 14-7-2019 09:05 PM
Dah tua2 ni..try jugakla fahamkan al quran bila baca tafsirnya..nak berguru juga satu hari nanti..
...

Setuju bab berbangga...dunia dicari, takkan puas nafsu tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 08:15 AM | Show all posts
awaynepian replied at 14-7-2019 10:05 PM
Dah tua2 ni..try jugakla fahamkan al quran bila baca tafsirnya..nak berguru juga satu hari nanti..
...

ada ayat yg sng nk faham sbb ayat tu 'direct'..tp lbh baik berguru la tafsir semua ayat2 dlm al quran
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-7-2019 12:29 AM | Show all posts
johan-adx replied at 15-7-2019 07:15 AM
ada ayat yg sng nk faham sbb ayat tu 'direct'..tp lbh baik berguru la tafsir semua ayat2 dlm al qu ...

Haah. Seeloknya berguru
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu selalu ingat tadabbur dengan tafsir sama maksud . Baru sekarang jelas

Tafsir merupakan satu cabang ilmu khas untuk mengetahui makna sebenar ayat-ayat Allah SWT, manakala tadabbur merupakan usaha untuk mengetahui makna umum ayat.Banyak syarat-syarat ketat yang perlu dipenuhi untuk mentafsir al-Quran, sedangkan tadabbur hanya memerlukan kefahaman umum.

iii. Tadabbur wajib ke atas setiap Muslim, manakala tafsir hanya wajib pada yang mampu dan berkelayakan sahaja.

Tadabbur merupakan tujuan penurunan al-Quran itu sendiri, iaitu untuk diambil iktibar daripadanya dan seterusnya diamalkan. Adapun tafsir sebagai satu ilmu untuk mengetahui makna ayat-ayat al-Quran, ia merupakan wasilah untuk mencapai maqasid penurunan al-Quran itu sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadabbur tuntutannya adalah beramal. Bukan sekadar menyatakan keindahan pemilihan perkataan dan susunan ayat al-Quran, tetapi jauh dari ruhnya.

Mungkin yang belajar bidang agama juga perlu kerap tadabbur ayat 11 dari surah al-Hujurat ini. Jangan sampai kerana politik dan berbeza pandangan, kita sengaja kaburkan pandangan melihat ayat ini.

Sekadar menyahut seruan    (damaikanlah dua saudara kamu yang bertelingkah itu)
FB_IMG_1563286881809.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-7-2019 04:58 PM | Show all posts
cikAJA replied at 16-7-2019 09:22 PM
Tadabbur tuntutannya adalah beramal. Bukan sekadar menyatakan keindahan pemilihan perkataan dan susu ...

Bagus info ni


@ipes2


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 05:08 PM | Show all posts
Amalinarazi replied at 16-7-2019 10:13 PM
Dulu selalu ingat tadabbur dengan tafsir sama maksud . Baru sekarang jelas

Tafsir merupakan satu ...

good explaination.

iols pun ingt tafsir dan tadabur makna yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2019 06:30 PM | Show all posts

mekasih cik seri
nnt sy baca
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadabbur al-Quran

Maksud tadabbur dan hukumnya:

Tadabbur ialah berfikir dan mengamati ayat-ayat al-Quran untuk memahaminya, serta menangkapi makna-maknanya, hukum-hukumnya, dan maksud yang dikehendakinya. Al-Quran adalah kitab yang dipermudahkan (muyassar) untuk tilawah, hafaz, faham dan tadabbur. Allah Ta'ala telah berfirman maksudnya: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Al-Qamar:17)

Maka wajib atas setiap muslim tadabbur al-Quran dan cuba memahaminya dengan membaca secara perlahan-perlahan dan cuba memahami ayat-ayatnya. Sesungguhnya al-Quran adalah kitab hidayah. Justeru, bagaimana seseorang yang tidak memahaminya akan mendapat hidayahnya. Sekiranya dia musykil atau tidak mengerti maksud sesuatu ayat, hendaklah dia merujuk kepada tafsirannya. Dia hendaklah mengumpulkan seluruh tumpuannya ketika membaca dan menghadirkan hatinya dengan memerhati apa yang dinyatakan di dalam ayat yang dibaca itu; ancaman, ugutan, harapan, rahmah, hal keadaan umat terdahulu dan lain-lain. Allah berfirman maksudnya:  "Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Muhammad:24)

Kenapa ramai di kalangan manusia tidak mentadabbur al-Quran?

Antara sebabnya ialah:

Pertama, menganggap bahawa al-Quran itu susah difahami. Anggapan ini tidak benar. Ia merupakan satu kesilapan tentang maksud tadabbur al-Quran. Anggapan yang sedemikian akan menjauhkan kita dari matlamat al-Quran itu diturunkan. Al-Quran adalah kitab tarbiah dan ta'lim. Kitab  hidayah dan penunjuk jalan kepada semua manusia. Kitab  huda, rahmah dan busyra kepada orang-orang yang beriman. Kitab yang Allah permudahkan untuk memahami dan mentadabburnya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:  Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Al-Qamar:17)
Dan al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Bahasanya simpel dan mudah difahami oleh semua golongan. Allah berfirman maksudnya: "Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. (Yusuf:2)
Sesungguhnya al-Quran, kebanyakan ayatnya jelas, terang dan nyata bagi semua manusia. Ia difahami oleh orang muda, orang tua, orang alim dan buta huruf. Hal ini pernah dinyatakan oleh Ibn Abbas r.a. (Tafsir ada empat jenis: yang diketahui oleh orang Arab daripada percakapan mereka, tafsir yang tidak ada seorangpun diterima keuzuran kerana kejahilannya (tidak ada seorangpun boleh berkata dia tidak faham kerana dia jahil), tafsir yang hanya diketahui oleh ulamak dan tafsir yang tidak diketahui melainkan Allah). Dan kebanyakan ayat al-Quran adalah jenis yang pertama dan kedua.

Sebab kedua ialah tipu daya syaitan. Syaitan membuat tipu daya untuk memalingkan manusia daripada mentadabbur al-Quran dan mengambil hidayahnya. Dia mahu menjauhkan hamba Allah daripada tadabbur al-Quran kerana dia tahu bahawa hidayah hanya diperolehi ketika tadabbur. Maka diapun berkata bahaya memperkatakan sesuatu tentang al-Quran. Sehingga  manusiapun berkata, saya tidak boleh bercakap tentang al-Quran untuk mengelakkan diri daripada tersilap. Sesungguhnya yang bahaya itu kamu bercakap tentang al-Quran tanpa ilmu, bukan tadabbur itu yang bahaya. Bukankah Allah perintahkan kita supaya tadabbur al-Quran? (Lihat surah Muhammad:24)

Maka janganlah kamu membiarkan syaitan menghalang kamu daripada tadabbur dan memahami Kalam Allah Tabaraka wa Ta'ala. Sekiranya kamu tidak mengerti makna sesuatu ayat, segeralah merujuk kitab-kitab tafsir untuk mencari makna serta maksudnya. Jangan kunci mindamu! Dengan sebab itu, kamu baca tanpa tadabbur atau kamu tidak baca langsung!

Bagaimana cara mentadabbur al-Quran?

Kebanyakan manusia belajar membaca dengan cepat dan laju. Cara begini memang susah untuk tadabbur. Kamu hendaklah membiasakan diri untuk tadabbur. Tadabbur hanya boleh dilakukan dengan membaca al-Quran secara tartil dan tidak laju. Letakkan di sisi kertas dan pena untuk menulis perkataan- perkataan yang tidak difahami atau tidak jelas maksudnya. Maka rujuklah kitab-kitab tafsir yang muktabar supaya terlerai apa yang dimusykilkan. Selepas itu, kamu akan membaca al-Quran tanpa ada lagi kemusykilan, dan terus tadabbur. Setiap kali membaca al-Quran, akan terbongkar ilmu-ilmu yang tidak diketahui sebelumnya. Sesungguhnya hidayah itu, semuanya terletak pada tadabbur al-Quran.

Antara kitab tafsir yang mudah dan disarankan kepada setiap muslim memilikinya ialah "Aisar al-Tafasir" karangan Syaikh Abu Bakar al-Jazaeriy. Kitab ini  ringkas dan tidak panjang. Bahasanya mudah, susunannya indah, dan ia mengikut manhaj ahli sunnah wal-jamaah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.116544s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list