Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1234Next
Return to list New
2252
View
63
Reply

[Bahasa] Lets TALK kacang...

[Copy link]

Author: seribulan    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-7-2019 05:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 13-7-2019 04:37 AM

Ni my favourite what's yours?


Patutlah Mahal. Rupanya Ini 10 Khasiat Pistachio aka Kacang Cerdik
ByNazurah Hassan
[size=0.8]


[url=][/url][url=][/url][url=][/



Kenapa orang panggil kacang pistachio ni kacang cerdik? Kalau makan ni boleh jadi pandai ke?
Terkenal dengan gelaran kacang cerdik, pistachio merupakan antara jenis kacang yang terbaik untuk diamalkan dalam diet seharian. Ini kerana khasiatnya sering dikaitkan dengan peningkatan fungsi otak. Namun sebenarnya ia bukan sahaja kaya dengan nutrisi malah mempunyai banyak kelebihan lagi.



10 KHASIAT PISTACHIO AKA KACANG CERDIK1. BAIK UNTUK MINDA
Sesuai dengan gelarannya, kacang seperti pistachio adalah antara sumber pemakanan yang baik untuk minda. Kandungan vitamin B6 yang terkandung dalamnya mampu meningkatkan kadar penghasilan hemoglobin dalam darah. Oleh itu, peredaran darah dan oksigen dapat dibekalkan ke seluruh anggota badan termasuk otak.
Hasilnya, minda seseorang mampu memberi tumpuan dengan lebih baik. Jadi, kalau tengah mengantuk buat kerja atau ulangkaji pelajaran, bolehlah makan pistachio untuk membantu agar lebih fokus. Bukanlah boleh jadikan kitapandai ya!






2. TINGGI SERAT & PROTEIN
Pistachio sering menjadi pilihan bagi snek sihat bukan sahaja kerana kandungan kalorinya yang dan lemak tepu rendah, malah ia kaya dengan protein dan lemak sihat. Ia juga pilihan snek yang baik kerana kandungan serat dan proteinnya yang tinggi membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih cepat.
3. MENINGKATKAN KESIHATAN MATA
Pistachio adalah antara kekacang yang mempunyai kandungan antioksidan yang tertinggi. Istimewanya pistachio ini ialah ia mengandungi antoksidan jenis lutein dan zaexanthin yang berfungsi dalam mengekalkan kesihatan mata.
Dua jenis antioksidan ini melindungi mata daripada rosak akibat pendedahan cahaya biru atau blue light dan sekaligus mengurangkan risiko seseorang untuk terkena penyakit age-related macular degeneration (ARMD) iaitu pereputan makular yang mengakibatkan penglihatan pusat yang tajam merosot apabilausia semakin meningkat.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: bfrb.org

4. MENYIHATKAN RAMBUT
Ramai orang menganggap masalah rambut gugur adalah kerana penggunaan syampu yang tidak sesuai atau rutin penjagaan rambut yang tidak betul. Sebenarnya, pemakanan kita juga memberi kesan kepada kesihatan rambut. Sebenarnya, pertumbuhan rambut yang sihat memerlukan pengamalan diet yang kaya vitamin dan mineral terutamanya vitamin E dan biotin.
Pistachio adalah makanan suplemen yang amat baik kerana ia mengandungi kedua-dua mineral penting ini termasuk protein asid amino L-arginin yang melancarkan peredaran darah. Ada juga orang yang mengamalkan maskrambut menggunakan pistachio dan nampak keberkesanannya dalam melawan rambut gugur, hujung rambut bercabang dan memberi kelembapan pada rambut.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto rKredit: Jenoris Hair Mask

5. NILAI GI RENDAH
Walaupun kacang pistachio mengandungi kadar karbohidrat yang agak tinggi, tetapi ia mempunyai nilai GI (glycemic index) yang rendah. Jadi, ia baik diamalkan walaupun bagi pesakit diabetes.
Kandungan protein, lemak sihat dan serat yang tinggi dapat memerlahankan proses penyerapan gula dalam darah. Kadar antioksidannya yang tinggi pula membantu dalam mengekalkan fungsi sel dalam pankreas yang menghasilkan insulin.
6. AWET MUDA
Pistachio amat baik untuk diamalkan kerana dapat membekalkan kesihatan dalam dan luaran. Ia memberi banyak manfaat kepada kesihatan kulit. Pengambilan pistachio secara kerap mampu membekalkan antoksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas yang sering menyebabkan penuaan pada kulit.
Kadar asid lemaknya juga membantu dalam menghasilkan kulit yang sihat dan glowing. Kandungan vitamin E pula dalam pistachio pula dapat mengekalkan kesihatan kulit serta melindungi kulit daripada rosak akibat cahaya matahari.
7. MENINGKATKAN PENGHASILAN DARAH MERAH
Kacang ini juga mampu mengurangkan risiko anemia. Kandungan zat besinya dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah, manakala mineral kuprum pula dapat membantu penyerapan zat besi secara berkesan dalam badan. Penghasilan darah merah yang baik bermakna aliran darah dalam badan juga makin baik.
Ibu-ibu mengandung yang selalu kurang darah boleh cuba makan kacang ini untuk menaikkan bacaan hB.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: bigpictureeducation.com

8. MEMPERBAIKI SISTEM PENGHADAMAN
Salah satu kebaikan pistachio ialah sebagai sumber serat yang baik. 30 gram hidangan pistachio mampu membekalkan 3 g serat, iaitu kadar yang lebih dari mencukupi dalam memastikan sistem penghadaman berfungsi dengan baik.
Kandungan seratnya juga memainkan peranan penting dalam penghasilan bakteria baik dalam usus. Ini dapat mengurangkan risiko sembelit atau penyakit berkaitan seperti gastrik ulser.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: Health Magazine

9. MENYUMBANG KEPADA KESIHATAN JANTUNG
Mengamalkan pistachio dalam diet harian juga dapat memberi manfaat kepada kesihatan jantung. Antara kandungan penting yang dimiliki pistachio ialah antoksidan, dan asid lemak tidak tepu. Asid amino L-arginin juga dapat mengelakkan salur darah tersumbat sehingga menghasilkan darah beku.
Banyak kajian membuktikan pistachio menyumbang dalam mengurangkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam badan. Paras kolesterol yang baik dan terkawal dapat mengurangkan risiko seseorang daripada mengalami penyakit jantung.
[size=0.8]
Foto Kredit: csn.org

10. SUMBER VITAMIN B6
Dalam mengamalkan pemakanan sihat, adalah penting untuk kita pastikan setiap apa yang dimakan dapat membekalkan nutrisi kepada badan. Pistachio adalah antara makanan yang mengandungi vitamin B6 yang tertinggi.
Vitamin B6 mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya, ia dapat membina sistem pertahanan badan yang tinggi serta melindungi badan daripada jangkitan dan kanser. Vitamin B6 juga membantu penghasilan asid amino yang berfungsi dalam membina sistem saraf yang sihat.
ELAKKAN PISTACHIO YANG BERGARAM & BERPERISA
Pistachio bukan saja sedap tetapi amat bagus untuk dinikmati oleh orang yang mementingkan kesihatan. Ia juga boleh ditambah dalam hidangan seperti salad, yogurt dan buah-buahan. Namun harus diingat,seperti makanan lain, pistachio perlulah diamalkan sebagai snek sampingan dan perlu dimakan dengan kadar yang terkawal.
Elakkan untuk makan pistachio yang sudah diperasakan dengan garam atau yang sudah diproses supaya tidak memberi kesan kepada tekanan darah atau paras gula dalam badan.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nuts are good sources of fat, fiber and protein. Most of the fat in nuts is monounsaturated fat, as well as omega-6 and omega-3 polyunsaturated fat.

But remember, jangan overdo because it is quite high in calorie and very easy to go overboard

08-28-33-100-calories-chart-nuts-v2-1550593930.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Akk suka sngt pistachio ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka pistacio tp mahal
Kadang beli tak sempat jamah anak-anak dh habiskan...takpe moga diorg jadi cerdik pandai. Kita makan kacang ngan yin jadiler

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya suka pistachio dan cashew nut. Sedap lemak2 masin.
Bila cakap pasal kekacang ni teringat masa kecik2 dulu duk di kampung, biji gajus diambil dari buah yang dah masak dibakar dalam periuk menggunakan dapur kayu api. Biji gajus yang nak dibakar tak perlu dicampur apa2 bahan lain.
Bila dah setengah masak biji gajus akan mengeluarkan getah dan bunyi meletup2 dan api akan menyambar sikit kedalam periuk macam api yang selalu chef masak tu. Buah gajus dimasak sehingga hitam. Bila dah masak biarkan sekejap dan boleh lah diketuk kulitnya untuk ambil isi yang didalamnya. Bentuknya sama macam cashew nut yang kita tengok sekarang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya suka kacang kuda pedas,, kacang cerdik kurang suka sebab payah nak kopek.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 12:09 PM | Show all posts
Pistachio.. Tambah2 tengah pregnant, lagi la kena makan.
Tapi mahal..
Walnuts pon sedap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 07:11 PM | Show all posts
suke hazelnut dalam aiskrim. kalau pegi thailand suke beli kacang maccademia.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya suka kacang goreng. Hari yang malas nak masak, just makan nasi kicap dengan kacang. Tapi dulu pernah ada kes sakit gigi then pergi klinik. Dentist kata ada gigi yang retak sebab banyak sangat makan kacang. Maka berpada-padalah kalian semua ya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 09:51 PM | Show all posts
Suka pistachio, almond, macadamia dan hazelnut. Tp those nuts are pricey.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-7-2019 11:20 PM | Show all posts
kacang ni pun sedap...

Kacang brazil atau nama saintifiknya Bertholletia excelsa berasal daripada Amerika Selatan. Pokok ini tergolong dalam keluarga Lecythidaceae dan satu-satunya spesies dalam genus Bertholletia, oleh itu disebut sebagai monotip. Pokok ini berasal dari Guianas, Venezuela, Brazil, timur Colombia, timur Peru dan timur Bolivia dan tersebar hingga ke hutan besar dari Amazon, Rio Negro, Tapajos dan Orinoco. Kacang brazil merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian 30-45 m dan diameter batangnya boleh mencapai 1-2 m. Pokok ini antara pokok yang terbesar di hutan hujan Amazon. Kacang brazil boleh hidup selama 500 tahun atau lebih, dan pernah dicatatkan mencapai usia 1,000 tahun.

Batang pokok ini lurus dan biasanya tidak berdahan sehingga separuh daripada ketinggiannya serta mempunyai silara besar yang muncul di dahan utama melebihi ketinggian silara pokok-pokok lain yang berada di sekitarnya. Kulit pokok berwarna kelabu dan licin. Daun pokok ini berbentuk bujur serta mempunyai susunan daun bersilang. Saiz daun adalah sekitar 20-25 cm panjang dan 10-15 cm lebar. Bunga pokok kacang brazil bersaiz kecil, berwarna putih kehijauan di tengahnya dan mempunyai enam kelopak yang berwarna kuning cair atau krim. Ukuran bunga ialah 5-10 cm ukur lilit dan keluar secara berkelompok.

Pokok ini akan mengeluarkan buah pertamanya hanya selepas 30 tahun dan buahnya akan gugur sendiri apabila cukup masak iaitu kira-kira 14 bulan selepas pendebungaan. Walaupun jatuh dari ketinggian beratus kaki, lazimnya buah kacang brazil tidak pecah kerana kulit berkayunya yang tebal dan keras. Kulit buah dipecah menggunakan parang atau gergaji untuk mengeluarkan bijinya.

Buah kacang brazil sangat unik. Saiznya besar, berbentuk bulat dengan diameter antara 10-15 cm dan kulit berkayu yang tebal sehingga 2 cm. Berat sebiji buahnya boleh mencapai sehingga 2 kg. Di dalamnya mengandungi 18-24 biji dengan bentuk seakan-akan tiga segi bujur yang bersaiz 4-5 cm panjang dan berwarna putih krim. Bahagian biji ini mengandungi 18% protein, 13% karbohidrat serta 69% lemak mengikut berat, dan 91% kalorinya adalah daripada lemak.

Selain dimakan segar, bijinya juga digoreng supaya lebih rangup dan juga dijadikan pes. Antara produk akhir kacang brazil ialah bahan perasa untuk kek, ais krim, biskut dan juga produk berasaskan kesihatan dan kosmetik. Kayu pokok kacang brazil juga mempunyai kualiti yang sangat baik namun pembalakannya diharamkan kerana pokok ini adalah dilindungi. Status pemuliharaan pokok ini adalah Vulnerable.

Pokok kacang brazil yang sedang berbuah boleh dilihat di jalan utama berhampiran kawasan perumahan staf, Kampung Jawa, FRIM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Well, kacang is one of my fave snacks. Kadang makan banyak tak sedar. Suka banyak jenis kacang, antara my fave adalah gajus, hazelnut, macadamia, pistachio, pecan, kacang tanah rebus, hmmm, apa lagi eh? Perhaps bila ingat tambah lagi...

hazelnuts-blog.jpg

Hazelnuts may:

- support bowel movements
- reduce weight gain
- protect against cell damage
- lower levels of harmful cholesterol
- improve insulin sensitivity
- support heart health
- reduce inflammation
- improve sperm count

Source : https://www.medicalnewstoday.com/articles/323807.php

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
macadamia-nuts.jpg

Health benefits of macadamia nuts:

1. They lower heart disease risk
2. They improve metabolic syndrome and diabetes
3. They may prevent cancer
4. They protect the brain
5. They may prevent weight gain
6. They stave off hunger

Source: https://www.medicalnewstoday.com/articles/324233.php

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
oven-roasted-cashews-recipe-41.jpg

The benefits of cashews:

1. Heart-healthy properties
2. Optimizes blood health
3. Good for eye health
4. Managing weight loss
5. May help prevent type 2 diabetes

Source: https://www.healthline.com/health/are-cashews-good-for-you#healthy-blood

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari zaman kanak-kanak selalu cari kcg ni kalau org blk mekah. Sbb kcg ni mahal jugak untuk dibeli lagi satu sbb igt mmg boleh jadi cerdik mcm namanya. Rupanya cerdik tu kena usaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Me suka kacang ni, mmg bagus utk kesihatan. Lagi seronok kalau ade orang tolong bukak and kumpul dalam balang. Senang me nak melantak. Dasar pemalas kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2019 03:35 PM | Show all posts
Dah kirim bff + kakak yang gi Haji


Satu lagi chickpeas @ kacang kuda
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 14-7-2019 03:35 PM
Dah kirim bff + kakak yang gi Haji



Dapat tacang ke ni? Maklum lah beginner tak tau pasal tacang2 ni. Hehehe
Terima kasih daun keladi, kalau ade bagi la lagi. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka mkn kacang tapi bkn taste mahal mcm korang la sbb iols sengkek bab2 nak banje duit ni.

Masa kecik2 teman ayah pi stadium tgk bola, ayah belikan kacang putih drp ankel tamil yg naik motor. Ni fevret masa pi stadium dolu2.
Besar sket suka mkn kacang kuda rebus, beli masa pi pasar mlm. Kat skolah, suka beli kacang susu dgn kacang ijo pek kecik2. Overseas takde kacang2 dijual tepi jln so mkn je la chestnuts. Ni pun fevret masa pi pasar mlm kat mesia. Skang sume dah commercialised. Kalo busan2 tu, beli dan mkn je sbb pilihan iols sume murah2 je kan?

Iols suka mkn kacang parang berkulit, tak mcm taste kome yg pilih kacang pistachio sbb iols malas nak kopek2. Kekadang kulit kacang parang pun iols bleh bedal sekali punya la malas. Tapi iols tak membantah kalau diberi mkn kekacang mahal ni sbb mak iols suke mkn cashewnuts and iols selalu tumpang sekaki. Mkn sume kekacang yg tersenarai kat atas pun ok je. Mak ckp nak pandai mkn ikan, takde plak ckp mkn kacang saja bleh pandai. So mungkin nak cerdik kena mkn pelbagai jenis protein dan byk berusaha. Jgn harapkan miracle from kacang semata2.

Antara lauk fevret iols ialah kacang panjang tumis. Tak tau la kalo ni dah OT ke tak.. ayah pelik sbb suke sgt mkn kacang tumis. Demikianlah cite kekacang dlm idupku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Lupa nak tambah. Dolu2 kacang ngan yin tu mmg fevret iols. Tapi lepas balik overseas, kacang tanah ni sbbkan allergies iols menjadi2. So iols dah tak boleh mkn or akan kurang mkn kalo boleh. Kekadang bedal je kacang tanah dlm sup soto dsb. Tapi kacang tumbuk yg dibubuh kat rojak mmg kena avoid at all costs sbb kalo tak akan teruk allergies.

Kecik2 pun suka mkn kacang tanah tumis pedas yg dijual dlm pek kecik. Dah besar2 ni tak jumpe plak.

Lagi satu perkara yg menghairankan ayah, iols suka mkn kuih kacang. Basically apa2 yg iols suke, ayah akan heran la...

Hazelnut yg paling best adalah yg kat dlm nutella. Hazelnuts on its own rase bese2 je. Almaklumlah, pilihan ati iols kan sume yg murah2 je...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.100842s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list