Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
765
View
11
Reply

[Buku] Ada apa dengan buku-buku di kota London?

[Copy link]

Author: lanesra    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-7-2019 12:48 PM | Show all posts |Read mode
















Artikel asal dan gambar oleh : Khadijah Khalid (Facebook)

Setiap kali saya bepergian, saya mewajibkan diri untuk melawat kedai buku, atau sekurang-kurangnya menilik buku tempatan yang dijual di lapangan terbang.

Buku merupakan ole-ole utama yang saya bawa pulang untuk anak-anak. Saya akan cuba mencari buku kanak-kanak yang berlatar tempatan, dan beberapa buku yang berkaitan tema kegemaran anak-anak.

Si sulung minat sains fiksyen dan novel kanak-kanak antarabangsa, si tengah minat novel grafik, si puteri gemar buku yang bertemakan watak budak perempuan kecil, dan yang bongsu sangat sukakan kapal terbang.

Di sesetengah negara yang saya lawati, seperti Vietnam, UAE, Saudi, amat sukar mendapati buku kanak-kanak tempatan yang ditujukan untuk pasaran antarabangsa. Hampir tiada walaupun di kedai buku lapangan terbang di ibu negara.

Tetapi, di negara-negara maju seperti Jepun and USA, banyak pilihan yang boleh didapati. Kedai buku Kinokuniya di Shinjuku, setinggi 7 tingkat, dan satu tingkat dikhaskan untuk buku bahasa Inggeris yang bertemakan topik-topik Jepun. Di sana saya berhasil membeli buku kanak-kanak yang menceritakan cara hidup Jepun, kimono, dan buku grafik Astro Boy, siri Jepun 1960an yang evergreen; dalam bahasa Inggeris.

USA, NZ, Australia juga begitu, banyak sekali buku bayi yang bertemakan bandar besar atau haiwan mereka seperti Counting in Washington DC, Emily the Kiwi, Diary of Wombat. Rambang mata membuat pilihan.

Namun, budaya membaca di United Kingdom terbukti tiada tandingannya. Permusafiran kerja sepanjang 2 minggu yang baru berlalu, dan pengalaman belajar di UK mendedahkan saya kepada budaya buku di sini.

Bagaimana mereka begitu asyik membaca?
Mungkin kerana cuaca London yang tidak menentu, dalam sehari boleh saja dilanda hujan renyai, gelap dan dingin, berselang dengan langit biru cerah bila matahari memancar. Beberapa jam kemudian mungkin salji nipis turun pula.

Mungkin sebab itu orang sini suka duduk di rumah dengan buku dan teh panas, gurau saya kepada rakan dari Malaysia.

-

Apakah key differentiator di UK yang melahirkan masyarakat membaca?

1. Bahan bacaan untuk semua golongan; dari kecil hingga dewasa. Namakan saja apa jua genre, untuk apa juga golongan umur.

Contohnya; topik dinosaur
Buku dinosaur untuk bayi? ✔
Buku fiksyen zaman dinosaur untuk remaja ✔
Buku bukan fiksyen untuk dewasa ✔
Biografi seorang paleontologist (pakar dinosaur) ✔

Jika anak-anak minat sesuatu pekerjaan, atau watak, atau haiwan, pergi saja ke kedai buku terdekat; pasti ada buku yang bersesuaian dengan topik tersebut ✔

2. Penulis pelbagai latar belakang

Sewaktu saya melawat kedai buku Waterstones di Trafalgar Square, saya terkejut melihat Poster Book of the Month di tingkap kedai; buku bertajuk Wilding. Kisah petani yang meninggalkan amalan pertanian moden yang tidak mesra alam, untuk mengamalkan pertanian alami. Dan buku ini mengungguli carta beberapa bulan ini! Wah!

Rupanya genre Into the Wild kini trending di UK sejak beberapa tahun lalu. Di Malaysia belum lagi, tak terbayang sambutan buku yang ditulis oleh petani atau nelayan tempatan.

Genre unik lain termasuk fiksyen dan non fiksyen tentang sains, sejarah Eropah, keluarga di raja, imigran, pelarian.

Apa jua latar belakang mereka, masyarakat UK gemar menulis, dan mengekspresi diri mereka melalui perkongsian penceritaan, dan pengalaman. Idea mereka segar, dan tidak hanya berkisar topik pop culture semasa. Ya, pop culture itu sentiasa ada di mana-mana. Tetapi di UK, rak buku tidak hanya dipenuhi dengan tajuk Suami ku.. isteri ku..

3. Kedai buku yang menarik, sangat selesa, dan pelbagai.

Oh kedai buku di London! Kalau anda seorang bibliofil yang sedang cuba berpuasa dari membeli buku baru, sila jauhi diri.

Ada beberapa kedai buku yang popular di London dan seluruh UK. Waterstones, WH Smiths, Foyle adalah antara nama besar di sana.

Namun di setiap kawasan kejiranan, selalunya ada kedai buku Independent. Kedai ini lebih kecil, dan dimiliki oleh orang perseorangan, atau keluarga. Contohnya, Daunt Books atau South Kensington Bookstore.

Model bisnes mereka antaranya dengan membeli stok buku yang berlebihan dengan harga yang lebih murah, jadi mereka dapat bersaing dengan nama besar. Mereka juga selalunya ada niche tersendiri, seperti buku specialties, atau tajuk yang sukar dicari.

Dua perkara yang membuatkan kedai buku UK sangat menonjol (baca: standout).
- Hiasan tingkap kedai dan dalam kedai. Sila lihat gambar-gambar yang saya sertakan. Wow! Sangat wow kan?
- Pekerja kedai yang sangat mesra dan berpengetahuan tentang buku. Tanya apa saja jenis buku, mereka akan dapat memberikan rekomendasi yang tepat. Tiada respon sambil lewa oh tengok saja di rak sana, semua di sana. Tidak! Mereka juga pencinta buku, sangat ketara dari cara mereka bercakap tentang buku, mata mereka bersinar. Kemungkinan besar mereka/ rakan mereka juga telah membaca buku tersebut, atau sekurang-kurangnya mereka telah membaca resensi buku tersebut. Hebat bukan!

4. Membudayakan membaca di sekolah

Saya berpeluang bersekolah sebentar di UK sekitar 1990an. Mengikuti ayah yang bertugas di Eropah. Pada umur 14 tahun, kami belajar sastera Inggeris. Guru besar kami, Mr Classic mengajar kelas tersebut. Satu perkara yang tidak dapat saya lupakan adalah aktiviti membaca dengan kuat (read outloud). Satu perkara yang tidak dapat saya lupakan adalah aktiviti membaca dengan kuat (read outloud). Semua murid akan membuka novel bacaan, dan Mr Classic akan membacanya, lengkap dengan gaya suara pencerita dan watak-watak. Ia sangat mengujakan, dan membawa dimensi baru kepada pembacaan.

Hingga kini, saya terbawa-bawa tabiat membayangkan suara pencerita/ watak dalam buku yang saya baca.

Membaca dengan lantang kepada anak-anak ternyata mempunyai kebaikan yang dibuktikan melalui kajian pendidikan dan psikologi. Di UK, mereka bukan saja membaca kuat kepada anak-anak yang belum boleh membaca, tetapi diteruskan sehingga sekolah menengah.

Membaca sangat ditekankan di sekolah:

✔  Reading at home untuk anak kecil (5-8), adalah kerja sekolah utama. Ibubapa/ penjaga wajib menanda log bacaan anak-anak. Setiap hari

✔  Reading Challenge (seperti NILAM di Malaysia)

✔  World Book Day. Pelajar hadir ke sekolah memakai kostum berdasarkan watak dalam buku kegemaran mereka



5. Buku di mana-mana
Seperkara yang saya sedari di UK adalah, buku kanak-kanak dan dewasa boleh ditemui dan dijual di mana-mana! Bukan saja di kedai buku.

✔  Di muzium
✔  Di supermarket
✔  Di masjid
✔  Di kedai convenient stores
✔  Di R&R
✔  Di kedai second hand/ pre loved. Buku yang masih elok dijual dengan harga 1-2 pound.


6. Aktiviti berkenaan buku
Masyarakat UK bukan saja suka membaca, malah mereka mengadakan pelbagai aktiviti luar sekolah berkisarkan cerita dari buku terkenal

✔ Story telling mingguan di kedai-kedai buku, perpustakaan, dan muzium
✔ Pelbagai tayangan teater berdasarkan cerita dari buku kanak-kanak, Shakespear, dan buku bestseller. Lihat saja di stesen tube (LRT) mereka, penuh dengan poster mempromosikan teater dari buku ini.


7. Produk/ Hadiah untuk ulat buku

Ini memang unik! Belum pernah saya lihat begitu banyak produk/ gajet untuk ulat buku, walau di Singapura/ US sekalipun.

Di London, kedai buku mempunyai kawasan khas untuk memperagakan mainan/ anak patung/ merchandise dari watak buku. Contohnya: Paddington Bear, Wind in the Willows, Gruffalo. Jadi, anak-anak dapat melihat watak kegemaran mereka come to live.

Di kedai WH Smith di lapangan terbang, satu rak dikhaskan untuk hadiah buat pencinta buku. Ada lampu kecil yang boleh diklip pada buku, ada pelbagai reading stand, penanda buku pelbagai bentuk, kanta pembesar untuk membaca tulisan kecil dan macam-macam lagi.

Agak mahal, jadi saya melihat-lihat sahaja. Sangat mengujakan!



Demikianlah, pemerhatian saya tentang budaya membaca masyarakat London dan UK. Membaca merupakan satu gaya hidup, bukan lagi hobi untuk golongan tertentu. Semua orang membaca, tidak kira latar belakang mahupun minat.

Malaysia? Insha allah satu hari nanti.

Bila semua masjid-masjid dan supermarket juga ada rak kecil menjual buku, maka, kita sudah berjaya.

Bila anak-anak boleh duduk di kedai makan membuat teka silang kata dari buku kecil, dan tidak merengek minta handpone, maka kita di landasan yang betul.

Apa yang boleh dilakukan sekarang? Baca, baca dan baca. Jom? Sama-sama...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:11 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 11-7-2019 04:59 PM

@ipes2 meh suruh beri sepatah dua kata...

@chicozinn
@kuihbakar
@Lengkomg
@AlterEgo
@honeyvanilla
@shahada000
@joyahbawang
@sakinahxpdc
@abelnc
@gigihadid
@cikguvina
@denim
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zaman najib ade voucher buku.. Dpt lh Rm250.. Semua tu sy guna beli buku sophie kinsella.hahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
cikguvina replied at 11-7-2019 10:52 PM
Dulu zaman najib ade voucher buku.. Dpt lh Rm250.. Semua tu sy guna beli buku sophie kinsella.hahaha

Alaa.. Time i kt uni dlu xde lg voucher buku tp mmg every 2 weeks akn beli buku.. Best nye time student dlu kan..  Hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
I suke bace buku Julia Quinn.. Byk collection i novel2 historical romance..

Sambil2 bace novel sambil berangan..
Screenshot_20190712_095543.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 06:00 PM | Show all posts
Beli buku kat pesta buku dapat cabutan menang buku lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
I perhatikan anak2 i kalau letak buku dalam kereta, mereka akan baca buku tu. Kat rumah kurang.


I tengok di Eropah, mak ayah layan sangat anak membaca which is parent kat Malaysia banyak layan HP berbanding anak2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 04:57 PM | Show all posts
Nak pi singgah nanti sampai sana
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2019 06:43 PM | Show all posts
seribulan replied at 8-7-2019 01:11 PM
@ipes2 meh suruh beri sepatah dua kata...

@chicozinn

terima kasih for the tag


ye, disini books murah
juga kita simpan books kita elok2
people read everywhere

ini yg kita kurang
dlm LRT kita sgt tak ramai yg membaca
utamanya ialah books kita is so so expensive

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
I pun suka gila daunt books. And also foyles and hatchards. Stanfords for the travel books. Kalau masuk rasa nk terjun masuk dlm buku2 on display hahaha. Mmg jatuh cinta dgn bookshops kat sana.

We dont have enough bookshops in malaysia...maybe sbb tak ramai yg suka membaca. Mph kat 1 utama pun dh tutup..sedih betul. Mujur ada kino kalau nk cari buku2 yg rare skit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakkan org Malaysia memang malas membaca.. Aku nak sangat tengok mereka ni pegang buku, suratkhabar, majalah dan bahan bacaan  lain kat  dalam LRT, bas dan tempat awam . Tapi realiti nya phone masing2 berjahit kat tangan.. dari budak kecik dalam stroller sampai lah ke mak bapak .. atuk nenek pun dah pandai join sekaki update FB masa tunggu LRT    Bulan ni aku habid baca 2 buku jer.. Stephen King - Under the Dome dan Liane Moriarty - Big Little Lies. Jadi lah drpd tak membaca lansung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 04:08 PM | Show all posts
Di London setiap tahun (macam juga di Malaysia) ada pesta buku - London BookFair. Selalunya diadakan pada bulan April, sebelum Bologna (Italy) Book Fair dan diikuti oleh Kuala Lumpur Book Fair (KLBF). Tapi tahun depan London Book Fair akan diadakan pada awal March, so merasalah juga kesejukan kota London bagi peminat buku yang berkunjung ke sana.

Saya suka lihat (see), usha (browse) dan kadangkala order online buku-buku chiclit yang diperkenalkan di sana. Macam tahun lepas, dikatakan banyak buku berkaitan feminism (fiction & nonfiction) diperkenalkan juga di London Book Fair dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Di Malaysia, sifat suka membaca tu ada, kalau tengok setiap tahun, bila ada KLBF berduyun-duyun peminat datang, even pada tahun 2016 yang dibuat di MAEPS. Walaupun begitu, masa-masa lain tu, macam sendu....
Mungkin pembaca lebih gemar membaca ebook tapi, takpe lah, membaca juga cuma mediumnya yang berlainan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
3.172698s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list