Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
775
View
4
Reply

Membawang dengan lebih pantas,Status WhatsApp Bakal Boleh Dikongsi Terus Ke Facebook Dan Instagram

[Copy link]

Author: trunks       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-7-2019 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 3-7-2019 10:21 AM

Aplikasi sistem kiriman ringkas, WhatsApp antara pilihan ramai pada hari ini. Penggunaannya ringkas, asal ada internet sudah boleh digunakan tanpa sebarang caj tambahan.
Pada 2017, WhatsApp memperkenalkan ciri status yang membolehkan penggunanya memuat naik gambar, video  dan catatan yang akan berkekalan dalam tempoh 24 jam. Fungsinya sama sahaja dengan Facebook Story dan Insta Stories.

Menerusi laporan The Verge, WhatsApp kini sedang dalam tempoh percubaan ciri terbaharu yang membolehkan pengguna update status di WhatsApp dan akan terus dikongsi ke Facebook Story dan Instastory.
Biarpun begitu, ciri terbaru dari WhatsApp itu tidak akan menghubungkan akaun pengguna dengan semua media sosial lain secara automatik walaupun ada pautan terus. Ini bermakna kesemua platform media sosial ini tidak akan mengabungkan data yang ada. Jadi anda tidak perlu risau jika nombor telefon anda bocor di platform media sosial itu.

Pendek kata pengenalan ciri terbaru ini hanya sebagai memaksimumkan perkongsian data iOS dan Android APIs yang digunakan oleh semua aplikasi lain.
Selain itu WhatsApp turut mahu pengguna yang membuat keputusan sama ada berkongsi status di platform sosial media lain atau pun tidak.
Setakat ini WhatsApp mempunyai 500 juta pengguna setiap hari dan dilaporkan bakal menjadi antara platform aplikasi pesanan ringkas yang pertama mempunyai iklan tahun depan.
Sumber: The Verge

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-7-2019 10:39 AM | Show all posts
saya tak minat nak upload status whatsapp.boring ..
tapi,kawan2 saya ada yang update setiap hari.yela
minat masing2..cuma yang terkini dah boleh share ke
facebook dan Intagram..mudah lah untuk dia orang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 11:49 AM | Show all posts
mcm makin semak jela pasni....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-7-2019 11:53 AM | Show all posts
espritvin replied at 1-7-2019 11:49 AM
mcm makin semak jela pasni....

kan ? hehe saya rasa bagi peniaga online suka la
fungsi itu.yela mudah nak update jualan..boleh
share ke sana sini.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-7-2019 05:13 PM | Show all posts
share ke facebook
9090.png
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.101334s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list