Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1179
View
6
Reply

Keringkam sulam emas RM30,000

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-6-2019 08:37 AM | Show all posts |Read mode


PETRA JAYA: Sulaman benang emas atau perak pada tudung kain robia nipis dihasilkan seorang warga emas di Kampung Lintang, di sini pasti akan memberi kejutan kepada orang ramai jika diberitahu harganya lebih mahal dari sebuah kereta Perodua Viva.

Bagaimanapun, bagi penggemar tudung tradisional itu yang dikenali sebagai keringkam, harga antara RM7,000 hingga RM30,000 tidak pernah dipersoalkan.

Ini kerana kualiti keringkam warisan tradisonal wanita Melayu Sarawak memang diperakui hasil ketelitian pembuatnya.

Noraini Zaidan, 60, salah seorang pewaris kesenian menyulam tudung keringkam yang masih aktif menghasilkan tudung tradisional itu berkata, walaupun harganya mahal, masih ramai yang mahu membelinya.

Katanya, bukan saja golongan bangsawan atau keluarga ternama yang menempahnya untuk digayakan pada majlis rasmi, malah ada juga yang mahukan selendang keringkam untuk dijadikan penyeri pengantin pada majlis persandingan.

Sebab itu, permintaan terhadap tudung keringkam tetap banyak hari ini, walaupun harganya mahal. Ada yang mahukan selendang ini bukan saja untuk dipakai pada majlis keramaian, malah untuk disimpan kerana ia warisan kesenian Melayu Sarawak yang tinggi nilainya.




Sekitar 1980-an, saya pernah menerima tempahan keringkam untuk dipersembahkan kepada Sultanah Selangor ketika itu, katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Lintang di sini.

Noraini berkata, dia mula mempelajari seni sulaman keringkam ketika berusia 25 tahun dan ketika usianya mencecah 31 tahun, dia mula serius menyulam.

Saya mula aktif menyulam selepas mendapat panduan dan ilmu yang diperturunkan ibu sehinggalah ketika ini saya boleh menghasilkan pelbagai jenis bunga sulaman.

Harga tudung keringkam dijual mengikut bahan asas yang digunakan terutama benang dan jenis corak bunga yang diingini pelanggan, katanya.

Tambahnya, kebanyakan bahan yang digunakan diimport dari luar negara terutama dari India dan di negara ini bahan yang diperlukan untuk menghasilkan tudung keringkam hanya boleh didapati dari sebuah kedai di Lebuh India di Kuching.




Terdapat dua jenis tudung keringkam iaitu Selendang dan Selayah. Selendang ialah kain tudung sepanjang dua meter manakala Selayah pula panjangnya hanya satu meter, katanya.

Noraini berkata, biasanya dia mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan satu tudung keringkam yang ditempah pelanggannya dan beliau berharap seni sulaman itu dapat diperturunkan kepada generasi muda pula.

Ini kerana ketika ini hanya wanita yang berumur 60-an yang aktif dalam seni ini dan kita tentunya tidak mahu kesenian warisan Melayu Sarawak ini pupus akibat peredaran zaman, katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss suka betul dgn sulam keringkam ni.. Tengok masa hafiz suip kawin tu bini dia pakai.  Untungnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
I baru nk buka thread kt bod sejarah.
For me tenunan ni sangat-sangat cantik.
Tapi harga x terjangkau
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang tengah ade pameran tenunan kelinkam ni di muzium Terengganu. I ade ambik some video tp x blh plak upload.

N tenunan ni rupenye ade juga di semenanjung especially di Terengganu n Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya sulaman keringkam sesuailah dengan harga.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Wau,  boleh msuk senarai wishlist ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 06:11 PM | Show all posts
kat mana ye boleh belajar sulam2 ni?
mcm best pulak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.077776s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list