Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1234Next
Return to list New
2885
View
66
Reply

[Jenayah] UPDATW: Tambah lgi 33 tuduhan! #40 Edisi pornorogol: Didakwa lgi 7 tuduhan!

[Copy link]

Author: dodolgemok    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-6-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by dodolgemok at 27-6-2019 02:50 PM

Zahid didakwa 7 lagi tuduhan, terima rasuah SGD4.2 juta

10:43 pagi(Dikemaskini12:39 tengahari)

AA

Bekas timbalan perdana menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tujuh tuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berjumlah SGD4.24 (anggaran RM1=SGD3.06) juta berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Ahmad Zahid, 66, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas semua pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.

Bagi semua pertuduhan itu, Ahmad Zahid didakwa telah menerima rasuah berjumlah SGD4.24 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, sebagai dorongan untuk dirinya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN.

Ahmad Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya antara 28 Mac 2017 dan 2 Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan perkara kesalahan itu dan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

"Disebabkan tertuduh sebelum ini pernah didakwa di mahkamah, pasportnya sudah berada dalam simpanan mahkamah," katanya.

Peguam Kitson Foong, yang mewakili Ahmad Zahid tidak membantah dan bersetuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

"Memang benar pasport tertuduh telah diserahkan kepada mahkamah sebelum ini," kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai untuk sebutan semula kes.

Pada 19 Okt dan 14 Dis 2018 serta 20 Feb lalu, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 47 pertuduhan dengan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Kesnya kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan mahkamah itu telah menetapkan 18 Nov hingga 22 Nov, 2 Dis hingga 6 Dis dan 9 Dis hingga 13 Dis untuk perbicaraan.

- Bernama

Sos: https://m.malaysiakini.com/news/481220?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1qlx2PvrEE_r8pDXMImceNDrtmLGchK7C3vdnbkjFWCEXFVfT-nbL4yzE

P/s: jumlah dh berapa ratus juta. Cilaka punya umngok pornorogol! Ni yg lobai2 bangga jadi bossku. Jijik sial!
44bd683a95251554cd58a207639625e5.png
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-6-2019 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut lah terhegeh2 nk mintak passport, kononnya nk gi umrah. Padahal nak lari sbb songlap duit byk sgat. Cacai lobai bangga la benda ni kan. @tobby @harizs @dino @harisbee @Simunggu @kemaruk @silencekiller
65318410_10151770475064945_7710236890762313728_o.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
so bodohgemok...??? ko ingat aku nak backup perasuah ke? haha

go ahead.... gigih tag org mcm la org munafik mcm dia haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 07:23 PM | Show all posts
Khabarnya Zahid Hamidi mahu terus berjuang untuk bangsa dan agama dengan strateji yang agak sama dengan Najib Razak. Cuma tagline dia lain sikit:

"sayapontaktahumalujugakbossku".

Hahahahahahahahahaha
Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-6-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 26-6-2019 07:15 PM
so bodohgemok...??? ko ingat aku nak backup perasuah ke? haha

go ahead.... gigih tag org mcm la o ...

X bekap tpi gigih comolot dgan parti perasuah 71 kes. Ahli2 PASampah pulak dh kena hafal lagu umngok utk dinyanyikan bersama ketika muktamar. Nampak hina sgat lobai2 ni kahkahkah!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 01:15 AM | Show all posts
patutlah lepas UMNGOK jatuh jahid hamidi tak segairah bosskur kurr kehulu kehilir promote dirik banyak SONGLAP kes rupanya.

Mereputlah hang disitu wahai Indon jongos!


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahid komedi ni kalau tak mereput duduk dlm jel..dia mereput turun naik mahkamah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 07:44 AM | Show all posts
Banyaknya... juta2 masuk tak kan tak sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham awat umno nk naik kan dia lepas najib dijatuhkan hari tu. Dna indon kuat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:04 AM | Show all posts
UIshhhh..Banyak betul duit dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya ko...x malu kat anak bini ke wak...anak bini x kesah ke...contra betul dgn cite anak kena jadi waiterr gaji seribu lebih sementra bapak sakau juta juta lemon...merepot ko wak
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ivysaur replied at 27-6-2019 07:44 AM
Banyaknya... juta2 masuk tak kan tak sedar.

Mata i berpinau tengok angka angka tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang ek jadik oeg umnogok dulu. Belajar entah kemana dpt duit fuhhhhh kemain.. Aku yg keje membanting tulang pun idok mcm tue.. Patutt la ramai nak masuk politik.. Jilat sana jilat sini dpt la kachingg
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Org2 umno pun nyampah dgn dia la.. sila penjarakan dia kalau betul dia buat.. tepuk tangan orang2 umno.. aku yg bakal pangkah bn pun happy.. no more pangkah ph.. geli ok.. telus konon.. worst than bn.. lg meningkatkan sifat perkauman.. pendakwaan pun terpilih.. certain kaum boleh terlepas..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 27-6-2019 08:20 AM
Jahatnya ko...x malu kat anak bini ke wak...anak bini x kesah ke...contra betul dgn cite anak kena j ...

Anak bini dia bangga ada lah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 27-6-2019 08:32 AM
Org2 umno pun nyampah dgn dia la.. sila penjarakan dia kalau betul dia buat.. tepuk tangan orang2 um ...

Orang umno still suka dia...sbb tu dia dpt undi tertinggi untuk president...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:44 AM | Show all posts
semlm baru nampak knp tun M lantik lateefah koya ...

bila lateefah koya bercakap...sgt wow! ada karisma, ketegasan, profesional, konpiden dan menyakinkan...

all the best Lateefah Koya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 27-6-2019 08:44 AM
semlm baru nampak knp tun M lantik lateefah koya ...

bila lateefah koya bercakap...sgt wow! ada k ...

Mengingatkan kpd azalina masa awal2 dulu. Cerdik dn lantang. Harap tipahkoya terus fokus buat kerja la dn xpilih bulu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Fixed deposit makkau...bnm mmg tak tanya ke mana depa sakau pitih...marhein nak transfer puluh ribu pon banyak borang kena isi
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebatnya kamu yakinnya kamu zahid..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086223s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list