Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
1191
View
21
Reply

[Tempatan] Desas desus PPSMI kembali dilaksana lepas 7 tahun mansuh? PRU15 PH kalah, kita mansuhkan semula..hehehh

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-6-2019 04:19 AM | Show all posts |Read mode
Benarkah PPSMI bakal dilaksanakan semula?
19 Jun 2019 11:21 PM

KUALA LUMPUR - Masih ingatkah anda semua kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)?

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang dimansuhkan kerajaan pada tahun 2012 selepas mengambil kira beberapa faktor dan hasil dapatan kajian.

Dasar pendidikan yang mendapat tentangan hebat dalam kalangan cendekiawan, ahli akademik, malah tokoh pendidik.

Maklumat yang diperolehi Utusan Online malam ini daripada sumber yang boleh dipercayai ialah Kabinet dikhabarkan telah bersetuju untuk melaksanakan semula dasar PPSMI.

Hal ini agak mengejutkan kerana pada April lalu satu kajian dan penyelidikan mengenai PPSMI dilapor bakal diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Kajian itu dilakukan oleh beberapa tokoh pendidik selepas wujud desakan sejak kebelakangan itu daripada golongan yang menyokong pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran itu dikembalikan.

Namun dalam tempoh dua bulan sahaja, kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan kembali dasar pendidikan berkenaan, sekiranya maklumat yang diterima benar.

Menyelusuri sejarah PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 ketika negara di bawah pentadbiran Dr. Mahathir sentiasa menjadi perdebatan.

Yang membantah pula bukan golongan biasa, tetapi meliputi pelbagai segmen cendekiawan, tokoh bahasa, tokoh pendidik dan ahli akademik.

Mereka melihat pelaksanaan tersebut tidak membantu pelajar, sebaliknya menambah beban. Mereka juga tidak melihat langkah itu mampu memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Pelbagai kajian dilakukan dalam tempoh selepas PPSMI dilaksanakan untuk menunjukkan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dengan memperkenalkan dasar tersebut.

Akhirnya pada 2009, Menteri Pelajaran ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan PPSMI dan proses tersebut mengambil masa selama tiga tahun sehingga 2012.

Pemansuhan tersebut bukan hanya dibuat atas desakan golongan-golongan seperti disebutkan tetapi berdasarkan beberapa hasil dapatan kajian dan penyelidikan terhadap dasar pendidikan tersebut selepas dilaksanakan.

Antaranya ialah tahap pendidikan Malaysia dilaporkan menjunam. Bagi bidang Matematik daripada kedudukan ke-20 kepada 10 sebelum ini dan Sains pula daripada 20 kepada 21.

Dilaporkan juga hanya lapan peratus guru yakin untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan sekolah ketika itu berhadapan dengan masalah kekurangan guru yang fasih berbahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran berkenaan.

Itu hanya beberapa faktor yang dikatakan mendorong kepada kerajaan membuat keputusan memansuhkan PPSMI.

Namun kini, selepas tujuh tahun dimansuhkan, dikhabarkan Kabinet yang sekali lagi dipimpin oleh Dr. Mahathir bakal melaksanakan kembali PPSMI.

Tetapi benarkah Kabinet akan melaksanakannya semula?

Sama ada benar atau tidak, kerajaan khususnya kementerian terlibat perlu mengesah atau menafikannya. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 07:52 AM | Show all posts
saya setujulah PPSMI ini, bagus guna BI dlm Sains & Math
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 20-6-2019 07:52 AM
saya setujulah PPSMI ini, bagus guna BI dlm Sains & Math

Semua in english lai baik..kecuali bahasa
Medium pendidikan..english
Bahasa kebangsaan..bm

Bahasa ibunda kekal untuk etnik memasing

Tutup semua sekolah jenis kebangsaan

Ada sekolah kerajaan n sekolah swasta je

Sekolah swasta ikut kurikulum kerajaan andddd tambahan cam etnik memasing n agama klo islam

Bkn tokleh buatttt..lagi untung tak buatt!!! I knoo
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 20-6-2019 08:08 AM
Semua in english lai baik..kecuali bahasa
Medium pendidikan..english
Bahasa kebangsaan..bm

Takut nak buat tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada je buat klas DLP utk 2 klas depan dari 12 klas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 08:54 AM | Show all posts
Setuju je harap guru2 bersedia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:00 AM | Show all posts
bayangkan hangpa kat ghumah cakap bahasa Melayu tak tau bahasa inggerih....mai2 sekolah nak belajaq mengira dan sains tiba2 dalam bahasa inggerih.....hujung2 hangpa teruih jadi etis bowdow macam father-monkee.....bila dah besaq pun bukan hangpa nak pi migrate...dok terperap kat negara ni jugak? lepaih tu tak dapat jugak kereja sebab kononnya ada diskriminasi dan kabel......wakakakakkaakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bagus untuk org melayu ape salahnyaa buat... pastikan guru2 mantap englishnyaa dan explain dgn cara mudah student faham.. dan juga sekolah jenis kebangsaan perlu mansuhkan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:15 AM | Show all posts
bongokk!!!

bdk2 skrg jadi bahan experiment diorg pulak..

cikgu2 pun pening
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni gigih nak masukkan anak dlp school, tp tak ada yg dkt, takpeeee kita beli buku dlp, belajar concurrently dirumah, in bm belajar in english belajar jugak, nak tunggy peluang dtg, org yg mempolitik kan education js a loser, dah elok nak intro balik blh plak pk nak mansuh, but anyway its ur loss hiks anak i prep elok2 sendiri berhad
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:20 AM | Show all posts
Buat, mansuh, buat, mansuh...banyak sgt duit nak buat buku teks. Lepas tu mansuh lg..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantar anal masuk SJKC Je
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:29 AM | Show all posts
Bagus la, tak perlu lagi guna perkataan inggeris yang dah di melayukan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:34 AM | Show all posts
ok je bg iols..masuk U satgi, semua pun dlm bahasa inggeris...lagi susah kalau tak paham..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 12:04 PM | Show all posts
perkasakan bi tu dulu. pastu nak ajar semua subjek dalam bi pun takpe dah. ni bi pun setakat lulus, pastu nak suruh budak belajar killer subjek pulak dalam bi
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa orang Melayu takut sangat dengan PPSMI?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Belajar shj dlm bahasa malaysia BM dan BI nie sebb thinking process berlaku dlm bahasa yg menjadi pertuturan harian...

Better focus mahir dlm satu bahasa...bila betul2 mahir maka process menimba ilmu dan berfikir akan lebih efficient dan effective...

Mostly kawan2 foreigner kaka yg buat phd di UK dlm bidang science n mathematic tak ada masalah pun wpun tak fasih berbahasa English...mmg la articles in English but once depa faham dlm bahasa mereka...tak ada hal pun nak hadam ilmu tu...

Just my 2 cents




Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah anak result mid term utk aliran dia...no 1 hingga no 21 semua budak2 DLP....ada 12 kelas, 4 diantaranya in DLP.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sgt duit nak buat semula...yg sedia ada ni tambah baik dulu...tgk prasarana kat sklh tu mcm mn..  pernah ke turun ke sekolah2 tgk keadaab sekolah tambah2 dlm keadaan yg byk peruntukan ditarik skrg ni...kalau setakat nak cakap ..emmm fikir lah sndri...sdgkan anak2 pemimpin bkn bersekolah di sklh kebangsaan atau menengah kebangsaan pun rata2nya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 rakyat marhaen ni tak habis2 jadi tikuih makmal.. tukaq menteri, tukaq polisi, tukaq dasar pendidikan.. tukaq kerajaan lagi la macam2..

Anak2 menteri, anak2 orka.. depa senyum sinis macam dodolgemuk jah.. pasai mak bapak depa tak layan sistem bodo caca marba pendidikan kebangsaan.. semua pi international skool.. Alice Smith..

Padan muka hangpa.. sapa suruh tak dak duit nak hantaq anak p international skool..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.502497s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list