Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1064
View
11
Reply

[Tempatan] Warga emas terperangkap 4 hari dalam longkang

[Copy link]

Author: pintukaca       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-6-2019 01:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pintukaca at 17-6-2019 01:27 AM




Mohd. Asron Mustapha


16 Jun 2019 11:29 PM

SHAH ALAM 16 Jun - Berpantang ajal sebelum maut.

Seorang lelaki warga emas masih panjang umur walaupun sudah empat hari terjatuh dalam longkang yang dipenuhi lumpur apabila dia diselamatkan sepasang suami isteri petang tadi.

Warga emas berusia 60 tahun dan tinggal sebatang kara tersebut bernasib baik apabila ditemukan seorang kanak-kanak berusia enam tahun semalam tetapi cubaan pertama kanak-kanak itu memaklumkan kepada pasangan berkenaan gagal kerana dia bercakap dalam longhat Kelantan.

Pengusaha gerai makanan, Rusma Shamsuddin, 39, berkata, anak jirannya tersebut sekali lagi memaklumkan hal tersebut hari ini dan bersyukur kerana salah seorang pekerjanya memahami apa yang dituturkan kanak-kanak itu.

Menurutnya, dia segera meminta suaminya, Wan Mohd Zul Haffizi Wan Hussin, 30, serta dua pekerjanya memeriksa longkang berhampiran rumahnya.

Kami terkejut bila lihat seorang lelaki berusia lingkungan 60-an berada di dalam longkang itu. Ingat pakcik itu dah meninggal dunia sebab dia tak menyahut ketika dipanggil. Mujur dia tak dibawa arus deras sebab dua tiga hari ini hujan lebat.

Kami lega bila dia mula gerakkan kakinya tak beberapa lama kemudian. Dia sangat lemah dan hampir seluruh tubuhnya dipenuhi lumpur.

Kami cuba bercakap dengannya, namun dia tidak berdaya untuk mengeluarkan suara, katanya ketika dihubungi di sini hari ini selepas dia memuat naik beberapa keping gambar mangsa di Facebooknya.

Rusma berkata, suami serta dua pekerjanya mengeluarkan lelaki itu dari dalam longkang dan membawanya ke rumah sebelum dimandikan dan berikan makanan.

Selepas makan, pakcik itu mula bercakap tapi tak suaranya tak berapa jelas. Dia beritahu dah empat hari berada dalam longkang itu dan cuba meminta pertolongan namun suaranya tak didengari, katanya.

Tambahnya, warga emas itu dipercayai warga tempatan berdasarkan percakapannya dan dia hanya menggelarkan dirinya sebagai Bala tetapi tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.

Dia mengaku masih bujang dan hanya sebatang kara. Saya percaya dia bukannya tinggal di kawasan ini memandangkan jiran-jiran pun tak mengenalinya, katanya yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Shah Alam. - UTUSAN ONLINE


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 05:43 AM | Show all posts
panjang umur pakcik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga pakcik Bala sihat kembali.

Anyway masa darjah dua dulu, saya ada classmate baru pindah dari Kota Bharu dan masuk sekolah saya di PJ. Kami memang nak berkawan tapi masalah komunikasi berlaku sebab masing2 tak faham apa yang diperkatakan. Saya cakap bm baku dan kawan baru saya tu loghat kelantan pekat. Cerita ni lebih 30 tahun dah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 09:24 AM | Show all posts
panjang umurnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 09:39 AM | Show all posts
itulah pentingnya bahasa baku
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Shah Alam pun ada anak mat minah budu..
Dah kat Shah Alam ajar la anak cakap bahasa kebangsaan.
Riuh kutuk bangsa lain tak fasih cakap bahasa kebangsaan... Rupa2nya bangsa sendiri pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:36 AM | Show all posts
dah lama duk shah alam ke pakcik ni??xkan umur 60 tahun x reti lg ckp bm hat biasa kot..duk kecek kelate jgk ke?mana laa budak2 nak faham..ke dah nyanyuk?nasib baik selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ell768 replied at 17-6-2019 10:36 AM
dah lama duk shah alam ke pakcik ni??xkan umur 60 tahun x reti lg ckp bm hat biasa kot..duk kecek ke ...

Bodoh tu pekat sgt p minum air kasik cair sikit. Lnkali bc artikel tu balik br komen pkcik tu ke budak tu yg xreti ckp bm biasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:45 AM | Show all posts
Kasihan pakcik ni. Syukur dapat diselamatkan. 4 hari tanpa makanan dan minuman tu memang sangat lama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:58 AM | Show all posts
Semoga pakcik Bala sihat kembali

berpantang maut sebelum ajal
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 07:22 AM | Show all posts
panjang umurnya            
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Reporter zaman sekarang la hai, mmg xjumpa ajallah selagi xmaut. Mamposlah bahasa mcm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.080256s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list