Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4573
View
137
Reply

[Budaya] Bila umur 40 tahun...

[Copy link]

Author: SelakLangsir    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 19-6-2019 07:07 PM | Show all posts
Edited by minahsenget at 19-6-2019 07:09 PM

i ..byk disesalkan ,sepatutnya dari muda kena ada perancangan utk masa depan..n now i dah di dalam masa depan tu,feeling lost empty stress yg tak penah imagine pun sebelum2 ni.utk harta serba sedikit tu adalah,mencukupi,tapi mcm ada something yg belum cukup.something amiss

sekrg ni malas kluar rumah,klu boleh tak mau keja dah,mmg nak dekatkan diri dengan Pencipta jer,rasa masa dah tak byk .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedang menghampiri penghujung fasa ini.. nak masuk siri seterusnya dah ni

Suami dan anak-anak cakaplah, Mama makin kurang marah-marah, makin lawak daripada dulu. Yang sama mulut masih macam bertih goreng. Kalau Mama senyap aje, alarm lah tu.. diorg risau, confirm ada yang tak kena katanya

Mama setkan GOAL untuk setiap dimensi kehidupan yang ingin Mama kecapi, demi kelangsungan hidup Mama di hari tua. Malas nak menyusahkan anak-anak kerana faham zaman yang mereka tempohi kini amat mencabar. Malah kami suami isteri cuba untuk educate mereka terutamanya dalam aspek financial supaya mereka tidak akan susah in future. Kuga tak akan menyusahkan kami suami isteri juga
Selalu pesan kat mereka, apa yang sudah tersedia sekarang adalah bonus buat kamu semua anak-anak. Pastikan ianya sentiasa berkembang/beranak. Bila kita berilmu dan berharta, hidup di dunia senang, begitu juga di akhirat nanti. Kalau tak berharta, camna nak melabur untuk saham akhirat nanti.

So far semuanya on track. Syukur. Sekarang ni lebih kepada berhati-hati dalam berbelanja bagi  menghadapi ketidaktentuan ekonomi akhir-akhir ini. Kalau boleh nak ambik peluang ketika gawat nanti beli tanah ke rumah ke for another investment.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu2 aku fikir bila 40an.. aku mesti dah stabil dlm segala hal..
Tp siapa aku nk menidakkan kuasa Allah.
Aku msih sedang berusaha utk dptkan anak and next year aku 40!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Harap sangat2 dapat qada solat dan puasa yg tertinggal.
2. Dapat baca zikir al mathurat dan surah al mulk setiap hari..Aminn.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
40...???

Lagi 4 thn je lg..

Ibadah pulak masih lg tonggang terbalik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila menuju ke arah 4 series..iols macam lebih terfikir tentang kematian plak..sekarang ni pun selalu fikir camne iols mati nanti..apa yg akan kita lalui di alam kubur..cukup ke tidak bekalan di akhirat nanti...pastu rasa macam sia2kan waktu muda & usia yg Allah pinjamkan ketika masa lalu..kadang2 sedih sebab tak berikan kesenangan & yg terbaik utk ibu bapa iols..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 07:03 AM | Show all posts
honeythebee replied at 19-6-2019 08:20 PM
Dlu2 aku fikir bila 40an.. aku mesti dah stabil dlm segala hal..
Tp siapa aku nk menidakkan kuasa A ...

semoga dipermudahkan.. aminn
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaputra replied at 20-6-2019 07:03 AM
semoga dipermudahkan.. aminn

Aminnn...
Doakan aku...
Dpt 1 pon jd lah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 10:00 AM | Show all posts
harap masih kuat dan sihat seperti muda2..takmo stress2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu lg beberapa tahun nk cecah 40,aku selalu terfikir,aku akn mati sblm cecah 40 entah knp jgn tanya aku, benda ty selalu dtg dlm minda aku. Tp aky masih hidup sihat wallepatliat hingga skrg..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
BILA UMUR MASUK 40 TAHUN

1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang
     Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
     Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
     Jangan banyak  bersenang kerana kematian semakin hampir.

3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat  redha Allah.
.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
.
8. Jangan tamak dengan  dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
.
9. Kata ulamak, aku dengar  setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
.
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.
.
11. Bykkan taubat- 70 kali sehari
.
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.
.
13. Jaga hati, bersihkan hati,  redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah.
.
14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
.
15. Amalkan sifat-sifat  Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah.

Tag & share

USTAZ AHMAD DUSUKI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Angka 40...

Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

# Ingat Mengingati...
# Ana Kadangkala leka juga...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 11:17 AM | Show all posts
Entah. Sebab i belum masuk 40s. Tp harapnya by the time i cecah 40, i dah ada life yg stabil. Dah tak terkejar kejar itu ini. Ikut flow. Dan harapnya i akan lebih relaks dan accepting life as it is. Idok ler pasrah saja tp lebih mudah menerima.

Time budak budak i jenis cepat melatah. Salah sikit, asyik nak marah. Dah tambah umur, orang sekeliling pun semua dah makin matang, i pun ikut sama matang sikit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila umur 40... Dah x ada perasaan nak mengejar kebendaan.. Semuanya simple. Mungkin masa 20an dah merasa.. Waktu 30an dah stabil. Masuk 40an automatik rasa nak mengejar saham akhirat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
USIA dewasa ialah fasa yang paling penting di dalam kehidupan manusia kerana Rasulullah SAW dipertanggungjawabkan menjadi Nabi mencecah umur 40 tahun. Namun mengikut Barat, usia sebegini permulaan bagi pengembaraan kehidupan yang berbeza dengan umat Islam yang menganggapnya tempoh manusia perlu merancang kehidupan supaya menjadi tetap dan lurus.

Umat Islam dinasihatkan tidak lagi leka dan hanyut dengan kesibukan dunia yang sementara, sebaliknya perlu menyibukkan diri untuk perjalanan selepas mati. Bagaimanapun, mereka yang sudah mencapai usia 40, masih mengejar kemewahan, baru mula mengecapi kebahagiaan dan sibuk menguruskan kehidupan.

Saat penting kehidupan

Pada usia ini, akan kelihatan sama ada kita akan lebih banyak melakukan kebaikan atau kejahatan dan menuju syurga atau neraka selepas melalui saat penting dalam kehidupan antara usia 20 hingga 40.

Ada ulama berpandangan sekiranya setelah mencecah usia itu, amal kebaikannya tidak mengatasi kejahatannya, maka syaitan akan menyapu wajahnya sambil berikrar, "Demi ayahku, wajah ini tidak akan terlepas daripadaku." Malah usia itu menjadi penentuan bagi perjalanan hidup manusia sama ada diilhamkan memilih jalan baik atau sebaliknya.

Berdasarkan perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau'izati di IKIMfm, apabila seseorang menyedari sedang menuju jalan ke neraka, dia perlu mengubah cara hidup dengan segera kerana tempoh itu bermakna dia hanya selangkah jaraknya dengan kematian.

Tidak kurang juga kembali menghadap Allah pada usia begini, berpunca pelbagai penyakit dan kemalangan tidak disangka, malah ada yang tidak mampu bangun selepas tidur kerana masanya sudah tiba.

Alangkah rugi manusia yang masih asyik dengan kelekaan dunia seperti diingatkan Allah SWT: "Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): 'Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal soleh, yang lain dari apa kami pernah kerjakan.' (Lalu Allah menempelak mereka): 'Bukankah Kami melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula didatangi rasul (Kami) yang memberi amaran. Oleh itu, rasailah (azab seksa), kerana orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun dapat memberikan pertolongan." (Al-Faatir, ayat 37)

Perjalanan menuju akhirat

Sesungguhnya, janggal sekiranya pada usia mencecah 40 tahun, manusia masih tidak menghadiri majlis ilmu, menghampiri al-Quran dan tidak bergaul dengan jemaah baik kerana peringatan demi peringatan sudah diberi Allah SWT kepada mereka termasuk iktibar yang mampu diperoleh daripada orang di sekeliling.

Sheikh Abdul Wahab Al-Sya'rani dalam kitabnya al-Bahrul Maurud, menyebut apabila usia manusia mencecah 40 tahun, berjanjilah dengan diri supaya melipat tikar dan bantal dengan serta-merta serta ingatlah mereka dalam perjalanan menuju akhirat. Setiap nafas disedut tidak lagi dipergunakan untuk kepentingan dunia sama sekali, di samping mengira setiap detik melebihi usia 40 tahun menyamai tempoh 100 tahun sebelumnya.

Persiap diri bawa bekalan

Selepas mencapai usia 40 tahun, tiada lagi masa beristirahat atau mengejar urusan dunia kerana masa semakin suntuk, malah kematian semakin hampir tiba. Manusia paling cerdik, mereka yang mempersiapkan diri dan membawa bekalan untuk menempuhi kehidupan sesudah kematian.

Orang paling bodoh pula, mereka yang masih mengikut hawa nafsu dan meletakkan angan-angan kepada Allah SWT.

Imam Syafie apabila mencecah usianya 40 tahun, akan membawa tongkat sebagai peringatan beliau sedang menuju akhirat.

Jadikanlah amalan mereka yang mencecah usia 40 tahun dengan sentiasa berdoa, "Wahai Tuhanku, lapangkanlah pada diriku rasa bersyukur pada nikmat yang Engkau kurniakan dan ke atas ibu bapaku yang sentiasa mendidikku serta aku ingin sentiasa didorong melakukan amalan salih yang Kamu redai."
maxresdefault.jpg
image (1).jpg
umur 40.png

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 19-6-2019 12:21 PM
Iols nmpk sini semua nak financial free & mencari akhirat. Apa yg i nampk 40 tahun kebelakang maybe  ...

Komen paling win dalam topik ni. Terimah kasih la u
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-6-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atas pendapat2. Aku aggp sebagai nasihat sbnrnya. Sb we cant rewind our lives. So i can only learn from your mistakes. And hoping to be like you if not better
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah masuk 40an sekarang...mohon kawan2 kat sini doakan saya dipermudahkah urusan hidup  dan diberi kesihatan yang terbaik.terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 15-6-2019 07:43 AM
dah menghampiri.. sejujurnya.. kalo nak banding dgn org lain, aku rasa ketinggalan.. tapi apa boleh  ...

Sepppp sis
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 08:30 PM | Show all posts
Target semasa masuk umur 40 tahun, kehidupan dah stabil, kerjaya dah ok tak perlu stress dan hutang tak banyak.
Anak-anak dah boleh jaga diri sendiri walaupun tak sepenuhnya. Kita sebagai ibu bapa monitor je dan tiada tambahan "ahli qariah" baru.
Nak fokus kepada keluarga dan juga spiritual lebih daripada urusan kerja (tapi tak taulah, takut masa tu harga barang, yuran sekolah/ pelajaran anak semua meningkat, terpaksa la kita as parents bertungkus lumus lagi). Insya Allah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.104779s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list