Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
9255
View
455
Reply

[Tempatan] Tak pakai tudung ahli neraka kata ahli syurga. Komen Dr maza tentang Dr seksi.

[Copy link]

Author: ffbeauties    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-6-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BUAT BAIK TAPI TAK PAKAI TUDUNG..?

Sejumlah orang menghantar soalan kepada saya tentang kebaikan seorang doktor perubatan yang membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak yang menghidap Germ Sell Tumour.  Kisah itu viral dan menjadi trending sehari dua ini. Persoalan mereka "patutkah kita memuji-muji doktor tersebut sedangkan beliau tidak bertudung kepala dan agak seksi?".

Walaupun kita rasa persoalan seperti itu tidak wajar, namun itulah persoalan yang bermain dalam fikiran sebahagian mereka yang terkena versi kefahaman Islam yang bersifat punitif. Kadang-kala bukanlah salah mereka, sebab mereka telah dididik dalam versi kefahaman agama seperti itu.  Kefahaman agama mereka bersifat begitu menghukum sesuatu kekurangan yang mereka lihat pada seseorang dan gagal melihat kebaikan-kebaikan lain yang ada pada individu yang sama. Versi kefahaman atau cara fikir seperti itu menjadikan mereka memilih satu amalan yang menjadi satu ukuran utama mereka seperti bertudung, atau menyokong perjuangan mereka atau seumpamanya. Itu dijadikan penentu tunggal bagi kebaikan dan keburukan seseorang. Segala amalan baik akan dinafikan jika tidak mempunyai ciri yang mereka pilih itu.

Mereka itu lupa bahawa di akhirat kelak, ALLAH menimbang dengan adil setiap kebaikan dan kejahatan seperti yang ALLAH nyatakan dalam Surah al-Zalzalah. Mereka juga lupa al-Quran dalam Surah al-Qari'ah menyatakan bahawa sesiapa yang pahalanya mengatasi dosanya maka dia akan ke syurga. Sesiapa yang sebaliknya, maka dia ke neraka. Ertinya, penilaian ke syurga bukan dibuat atas siapa yang tidak mempunyai dosa, tetapi siapa yang pahalanya mengatasi dosanya.

Mereka lupa dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya Nabi s. a. w.  memberitahu bagaimana diampun dosa pelacur kerana memberi minum kepada anjing yang kehausan hampir mati. Tentulah betapa lebih layak untuk mendapat keampunan seseorang yang memberi minum atau menyelamatkan nyawa manusia yang terancam jika dilakukan dengan jiwa yang kudus.

Ya, dosa tetap dosa. Kita tidak menghalalkan dosa disebabkan sesuatu kebaikan yang lain. Namun, kita tidak boleh menafikan kebaikan seseorang disebabkan satu dosa yang lain. Boleh jadi orang yang kita lihat melakukan sesuatu dosa itu, dia lebih baik di sisi ALLAH disebabkan pahalanya yang lain atau kemurnian niatnya yang kita mungkin tidak tahu. Boleh jadi kita yang tidak melakukan dosa tertentu ini, lebih buruk di sisi ALLAH disebabkan dosa yang lain.

Justeru, janganlah kita cuba menentu syurga dan neraka sesiapapun. Tugasan kita hanya memberitahu bahawa itu dosa, ini pahala. Pahala boleh membawa ke syurga, sementara dosa boleh membawa ke neraka. Beritahu apa yang ALLAH suruh dan apa DIA larang.

Adapun kedudukan pelaku dosa dan pahala di sisi ALLAH, hanya DIA yang maha tahu. Dia Yang Maha Mengetahui hakikat keseluruhan hidup seseorang zahir dan batin. DIA yang mengetahui timbangan antara dosa dan pahala seseorang.

Kemudian kita hendaklah kita tahu di sana ada dosa peribadi hanya antara hamba dengan TuhanNYA tanpa membabitkan hamba-hamba ALLAH yang lain. Dosa jenis ini mudah diampunkan oleh ALLAH. Di sana pula ada dosa yang membabitkan kezaliman antara kita dengan hamba-hamba ALLAH yang lain. Dosa ini tidak diampuni sehingga kita memohon kemaafan atau membayar pahala kita di akhirat kelak. Jika tidak, kita mesti menanggung dosa orang yang kita zalimi. Inilah yang Nabi s. a.w tegaskan dalam hadis riwayat Muslim.

Maka, boleh jadi ada orang yang di mata kita lekeh disebabkan dosa peribadi seperti tidak menutup aurat, namun dia kurang melakukan dosa dengan hamba-hamba ALLAH yang lain. Boleh jadi orang yang kita pandang tinggi dengan penampilannya, tapi betapa banyak dosanya dengan hamba-hamba ALLAH yang lain.

Justeru, janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan yang kita lihat. Ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang dia lakukan, tapi kita dituntut untuk adil dalam menilai orang lain. Dosa dinilai dosa, baik dinilai baik. Ada dosa tidak semestinya tiada kebaikan. Ada pahala tidak semestinya tiada dosa.

Akhirnya, hendaklah kita sedar, kita semua sebenarnya pendosa. Cumanya, antara yang diketahui orang dan tidak ketahui oleh orang lain. Seperti mana kita mahu orang adil kepada kita,  maka adillah kita terhadap setiap orang. Apa yang salah ia tetap salah tetapi tidak bererti menafikan kebaikan yang lain jika ada. Apa yang baik tetap baik, tetapi tidaklah menjustifikasi dosa yang lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 07:59 AM | Show all posts
Tudung= sesat=kristian
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 08:04 AM | Show all posts
dia warden masuk syurga neraka ke tahu segala bende
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa pakar aurat ni dah sakit otak lah @Maideen.

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih jadi Islam PPRT. Ujong2 tudung jugak dia salahkan. Yg berpurdah tutup sakan tapi merampas suami org aman2 jah kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:00 AM | Show all posts
apa yang boleh dikata, Never Judge.
kalau takde benda elok nak dikata, better diam ja
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangang bengong sapa yg sikit sikit kaitkn dgn tudung....

Ramai je yg mnyalak pasal DrAmalina ni dulu....aku rasa ygmenyalak ni asyik jaga aurat org, mulut atas bawah dia tak jaga punnn....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg komen ni baca tak apa maza tulis???
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:06 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 15-6-2019 08:21 AM
I rasa pakar aurat ni dah sakit otak lah @Maideen.

Otaknya sakit dan hatinya busok. Jasa langsung tak ada Namun mereka ada hati untuk Isle kesana Isle kemari, way of life kehulu way of life kehilir, syumul kekanan syumul kekiri, sikit sikit hukom Allah sikit sikit hukom Allah sambil cuba membimbing orang lain menjadi "isle" seperti mereka.....Prrrrrrrrrpffftght

Sedikit tidak mereka menyadari orang jijik dan meluat melihat mereka....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka, boleh jadi ada orang yang di mata kita lekeh disebabkan dosa peribadi seperti tidak menutup aurat, namun dia kurang melakukan dosa dengan hamba-hamba ALLAH yang lain. Boleh jadi orang yang kita pandang tinggi dengan penampilannya, tapi betapa banyak dosanya dengan hamba-hamba ALLAH yang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk pengkomen tapi malas membaca
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya, hendaklah kita sedar, kita semua sebenarnya pendosa. Cumanya, antara yang diketahui orang dan tidak ketahui oleh orang lain. Seperti mana kita mahu orang adil kepada kita,  maka adillah kita terhadap setiap orang. Apa yang salah ia tetap salah tetapi tidak bererti menafikan kebaikan yang lain jika ada. Apa yang baik tetap baik, tetapi tidaklah menjustifikasi dosa yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:14 AM | Show all posts

Bukankah lobai bagi tau menyerupai sesatu kaum tu haram?






Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan masuk syurga direct, tapi akan diseksa dulu dlm neraka atas segala dosanya, kemudian bila semua dosa telah dibalas (oh, you'll got plenty of time to pay for your sins, the afterworld is infinite), baru dihantar ke syurga. Tidak menutup aurat is a sin, so you know what I mean. Cuba la kurang2kan sikit buat dosa tu walaupun banyak amal, lambat masuk syurga nnt.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgnlah hapuskan nur keimanan dgn mencaci2 agama Allah swt...berat dah ni...org yg x takut azab ni beringatlah sikit kesianlah dgn org yg takut dgn azab Allah...cahaya iman tu jgn padamkan...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-6-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 15-6-2019 09:08 AM
Akhirnya, hendaklah kita sedar, kita semua sebenarnya pendosa. Cumanya, antara yang diketahui orang  ...

Tak baca ler tu. Geng geng etis ni pon sama je perangai macam 'ahli syurga'. Mengelupur bila sebut pasal tudung

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Konsepnya give credit where credit is due. Kalau salah ckplah salah tapi kalau baik dan betul pujilah betul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kantoi ramai malas membaca, komen je pandai
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 15-6-2019 09:23 AM
Bukan masuk syurga direct, tapi akan diseksa dulu dlm neraka atas segala dosanya, kemudian bila semu ...

Dihantar ke neraka dulu if timbangan dosa lebih berat dari timbangan pahala.

If timbangan pahala lg berat, ke syurga lah direct.

But jgn dilupa, first benda akan d timbang is SOLAT. Kalau rosak solat, maka amalan2 lain semua takkan dikira lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 10:07 AM | Show all posts

tak ada dalil rambut aurat, apa yg ada cuma suruh tutup kepala, tapi itu kebiasaan zaman itu,

serupa juga ada hadis suruh tutup muka, larang gambar manusia, tapi itu kebiasaan zaman itu,

aurat = aib, rambut bukan aib, jadi rambut bukan aurat, maaf jika silap, betulkan jika salah,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
6.695426s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list