CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 935|Reply: 2

[Tempatan] Pekerja SAINS ditemukan lemas selepas terjatuh dalam loji

[Copy link]
Post time 14-6-2019 06:43 PM | Show all posts |Read mode

SEREMBAN, 14 Jun (Bernama) -- Seorang pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam loji air ketika sedang membuat kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, Rantau, petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau, Pegawai Penguasa Kanan Bomba K. Putthisigamany berkata dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mahazir Hanif Idrus, 38, dari Felda Selancar 2 di Segamat, Johor, dipercayai sedang membetulkan lampu titi di tengah loji sebelum jatuh ke dalam loji akibat tiang lampu berkenaan patah.

“Loji tersebut mempunyai kedalaman lima meter dan dasarnya berlumpur. Jadi pihak bomba perlu menunggu air tersebut dikeluarkan terlebih dahulu sebelum membolehkan operasi mengeluarkan mangsa dilakukan.

“Operasi ini mengambil masa selama 45 minit dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 3.30 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Putthisigamany berkata seramai lapan anggota daripada balai berkenaan dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.34 petang.

-- BERNAMA


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Meninggal sewaktu bertugas.. salam takziah buat keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 07:06 PM | Show all posts
Innalillah.. takziah untuk keluarganya..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.796861 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list