Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
864
View
4
Reply

Mentakrif teras konsep Ekonomi Islam - Artikel IKIM

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-6-2019 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 14-6-2019 01:40 PM

Takrifan Ekonomi Islam
  • Encik Muhammad Syafiq bin Borhanuddin

  • June 13, 2019
  • sumber pautan asal
http://www.ikim.gov.my/index.php/2019/06/13/takrifan-ekonomi-islam/


Mutakhir ini, semakin ramai cerdik pandai dari pelbagai agama yang menganggap ekonomi sebagai disiplin ilmu pada masakini telah menyimpang daripada hala-tujunya dan menjadi suatu disiplin yang bermasalah (a dismal science). Ilmu pengetahuan ini telah menjadi teknikal semata-mata manakala tujuan besarnya telah menjadi kabur kerana visi kewujudan yang mendasarinya telah disekularkan.

Ia telah menjadi ilmu yang terpisah daripada hakikat insan dan alam dalam pandangan hidup Islam dan akibatnya, membawa kepada kemusnahan alam sekitar dan kesengsaraan manusia amnya. Malah, ia juga telah menyimpang daripada pemahaman ekonomi terdahulu dalam tradisi ekonomi Barat seperti Adam Smith (meninggal 1790) yang mendasari perbahasan ekonomi beliau kepada suatu projek ketamadunan yang lebih besar demi mewujudkan masyarakat yang lebih baik.


Penyempitan makna istilah ekonomi itu sendiri telah membentuk cara berfikir jutaan manusia di dunia untuk memikirkan bahawa matlamat kita di dunia ini adalah untuk memperuntukkan sumber yang terhad demi memenuhi apa yang dipanggil keinginan tanpa batas manusia (unlimited wants); dan bahawa untuk berjaya bererti mengejar kekayaan yang tidak berkesudahan melalui faham pertumbuhan ekonomi tanpa tujuan dan makna yang lebih luas.




Akibatnya, makna asal ekonomi yang dianjurkan zaman berzaman oleh para pemikir dan bijak-pandai terdahulu diabaikan dan manusia moden telah melupakan tujuan asal ekonomi, iaitu untuk membawa ketertiban dalam kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang membawa kepada ketenangan jiwa (atau kesejahteraan: saadah dalam al-Quran).



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-6-2019 01:35 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-6-2019 01:49 PM

Pemahaman ini digantikan oleh definisi teknikal ekonomi, yang tidak menyumbang kepada tujuan yang disebutkan di atas. Pada hakikatnya, semangat dan visi ekonomi moden berlawanan dengan fitrah manusia (jika anda memahami manusia sebagai keturunan Adam C insan), serta melanggar ketertiban alam (cosmos) lalu menyumbang kepada pelbagai bentuk kezaliman.

Oleh itu, penyelesaiannya ialah untuk kita kembali kepada semangat dan pengertian atau visi asal ekonomi seperti yang difahami dalam pandangan hidup Islam yang merujuk kepada tadbir-urus rumah-tangga di peringkat peribadi, keluarga, dan masyarakat (tadbr al-manzil); sebagai ilmu mencari nafkah (ilm al-iktisb wa al-infq); dan sebagai ilmu pengurusan sumber alam secara adil (ilm al-iqtisad) C yang mencerminkan bagaimana umat Islam sepanjang zaman memahami alam semesta (alam), manusia (insan), kebahagiaan (saadah), keadilan (adl), dan akhirnya, Tuhan.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-6-2019 01:48 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-6-2019 01:50 PM

Kehidupan ekonomi yang dibayangkan dalam Islam didasari oleh suatu disiplin diri (zuhd) dan bertujuan untuk mencapai ketenangan jiwa (saadah), yang dibentuk oleh sistem kepercayaan tentang kebenaran dalam Islam, didorong oleh aspirasi rohani yang tinggi, dan dipandu oleh hukum Ilahi. Jadi sebagai contoh, orang yang benar-benar beriman misalnya, tidak memerlukan terlalu banyak barang-barang mewah, tetapi menyalurkan semula lebihan kekayaannya kepada masyarakat kerana dia bebas dari diri haiwannya (nafs al-hayawaniyyah).

Orang yang beriman juga tidak perlu melancong secara berlebihan, atau bahkan untuk melaksanakan Umrah atau Haji lebih dari satu kali, apabila terdapat keperluan yang lebih mendesak untuk menyokong usaha-usaha ilmiah dan sarjana Muslim yang dapat menyumbang kepada kemaslahatan umat.

Orang yang beriman sepanjang sejarah juga memberi perhatian kepada persoalan keberkatan ilahi (barakah). Kepekaan ini membawa kepada keinginan untuk mencapai kemakmuran dengan matlamat untuk menyucikan jiwanya; dan demi memastikan tidak ada yang dipinggirkan dalam masyarakat. Oleh itu, orang-orang beriman yang berkemampuan memainkan peranan penting dalam tamadun Islam melalui pelbagai cara seperti zakat, ṣadqah, wakaf, hibah, dan wasiyyah.

Walaupun pada abad ke-20 terdapat sejumlah ahli ekonomi Muslim yang mula mengungkapkan semula Ekonomi Islam, namun kebanyakan penulisan ini tidak memberi takrifan (definition) yang jelas dan terperangkap dengan takrifan-takrifan sekular Barat seperti erti ekonomi sendiri, erti kualiti hidup,  erti pembangunan dan sebagainya.

Oleh itu, golongan cerdik pandai Muslim perlu peka dan tidak mengulangi kesilapan ilmiah ini yang akan menyebabkan kekacauan. Sekiranya hubung-kait dengan pandangan hidup Islam itu tidak difikirkan dengan baik, ia akan membawa kepada pelaksanaan yang tidak membawa kepada ketenteraman jiwa, malah kemungkinan bertentangan dengan kepercayaan pada Keesaan Tuhan (Tawhid) dan ajaran-ajaran Rasul-Nya (Anbiya).

Perkara ini tidak bermakna kita perlumenolak sumbangan tradisi ekonomi Barat atau ahli ekonomi yang dilatih di luar negeri. Sebaliknya, ahli-ahli ekonomi, korporat, politik, penggubal dasar dan sebagainya perlu bermuhasabah dan merujuk kepada ahlinya berkenaan pandangan hidup Islam secara menyeluruh C demi berlaku adil kepada pengetahuan amali yang sudah mereka ketahui.

Kita perlu ingat bahawa pandangan hidup Islam, seperti yang diungkap-semula oleh Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas contohnya dalam karya agung Risalah untuk Kaum Muslimin mempunyai logik dan rangkaian konsep yang dipancarkan oleh Wahyu. Tanpa memahami pandangan hidup Islam dan warisan ilmiah kita sendiri yang berupaya memberi suntikan kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi dan terpuji, kita tidak akan berupaya menilai secara kritis pendirian dominan tamadun besar dunia hari iniiaitu tamadun Barat.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-6-2019 06:16 PM | Show all posts
Adam smith - laissez faire - ekonomi bebabs , sa;ah satu ciri materi revolusi industri ..itu sajelah dalam sejarah dunia yg i ingat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-8-2019 04:16 PM | Show all posts
Anda tercari cari diskusi ilmiah tentang bagaiman ISLAM itu dilihat dan worldviewnya?

DR UGI SUHARTO


https://www.facebook.com/RZSCASIS.UTM/photos/gm.648532355625000/2782192581808115/?type=3&theate

carilah majlis ilmu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.084100s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list