Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
1896
View
30
Reply

Sumbat Mayat Dalam Kotak, Cemburu Kekasih Bual Dengan Lelaki Lain

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-6-2019 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Angkara cemburu, seorang lelaki tergamak membunuh teman wanitanya sebelum menyumbat mayatnya ke dalam kotak.


Kejadian yang berlaku di simpang Jalan Setia 4/6 dan Jalan Setia 4/9 Taman Setia Indah, Johor Bahru itu berpunca apabila lelaki berkenaan tidak berpuas hati mangsa berbual dengan lelaki lain.


Harian Metro melaporkan, kepala mangsa dipukul menggunakan tangan dan paip getah sehingga cedera dan rebah.


Sebelum ini mangsa dilaporkan keluar rumah pada 28 Mei, tidak pulang dan gagal untuk dihubungi.Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata,


Sebaik tiba di premis itu, pegawai kami memperkenalkan diri kepada lelaki berusia 35 tahun yang juga pembuat gigi palsu itu sebelum membawa lelaki itu ke IPK bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita berusia 33 tahun.


Hasil soal siasat, lelaki itu mengaku dia dan mangsa kekasih sejak lapan tahun lalu sebelum mendedahkan mangsa dibunuh di premisnya dan membawa polis ke tempat mayatnya dibuang.


Berikutan itu, 6.30 petang semalam, lelaki terbabit membawa polis ke persimpangan Jalan Setia 4/6 dan Jalan Setia 4/9 Taman Setia Indah dan menunjukkan mayat yang disimpan di dalam kotak."


Foto: Harian Metro


Suspek memasukkan mayat ke dalam kotak yang dibalut kanvas plastin dan ditinggalkan di premis perniagaannya.


Disebakan mayat berbau busuk, dia balut kotak berkenaan dengan plaster siling pula.


Bimbang kejadian itu diketahui, suspek meminta bantuan rakan lelakinya berusia 32 tahun yang juga kerani, mengangkat kotak berisi mangsa dan membuangnya ke lokasi mayat ditemui.


Hasil penemuan mayat di lokasi, kami meminta bantuan patologis dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Aznool Hadi untuk menjalankan pemeriksaan bagaimanapun tidak boleh melakukannya disebabkan kotak ditutup menggunakan plaster sebelum mayat yang masih di dalam kotak dibawa ke HSA.


Proses bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin dan ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine."


Suspek pertama yang beralamat terakhir di Taman Setia Indah di sini ada dua rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah manakala suspek kedua beralamat terakhir di Chaah, Segamat mempunyai rekod berkaitan kes jenayah.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 05:36 PM | Show all posts
plaster siling pula dah
hebakkkkk dia punya nak tutup salah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingt kat luarnegara.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 06:26 PM | Show all posts
dah 8 tahun kepal pun tak percaya
pada kekasih?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak 8 tahun kahwin xde pun tanam suami akak kalau dia berbual dengan mana2 wanita..emosi kena kawal..




Rahsianya kacip vokuru keluaran edaran sista dodolgemuk.. terlajak kemut
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
da duduk kt taman setia jgn la sebok nk mencurang {:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 07:20 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 11-6-2019 05:55 PM
Aku ingt kat luarnegara.....

saya pun..ingat di india ke..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak banyak rahsiakan hubungan'

SELASA, 11 JUN 2019 @ 7:07 PM

LOKASI penemuan sebuah kotak berisi mayat seorang wanita cina berumur 33 tahun dibuang di Taman Setia Indah Johor Bahru. NSTP/Ihsan PDRM

JOHOR BAHRU: Wanita yang ditemui mati dibunuh sebelum disumbat dalam kotak kelmarin, dikatakan kembali bersama kekasihnya selepas empat tahun memutuskan hubungan.

Adik lelaki mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata kakaknya amat berahsia mengenai hubungan berkenaan.

Saya percaya kakak kembali bersama teman lelakinya selepas empat tahun memutuskan hubungan demi melindungi keluarga terutama anak perempuannya, katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru di sini, hari ini.

Beliau berkata, kakaknya mempunyai anak perempuan berusia enam tahun hasil bersama lelaki itu dan memutuskan hubungan selepas mengetahui suspek sudah berkahwin.

Awal tahun lalu, kakak saya kembali bersamanya kerana bimbang dengan keselamatan keluarga. Dia sayangkan anak perempuannya dan sentiasa mahu keselamatan anaknya terjamin, katanya

Semalam, mayat seorang wanita berusia 33 tahun ditemui disumbat dalam kotak kayu dengan kanvas membaluti tubuhnya selain disaluti simen plaster siling di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Daya, dekat sini.

Polis percaya mangsa adalah wanita yang dilaporkan hilang sejak 28 Mei lalu sebelum dibunuh oleh kekasihnya yang juga pembuat gigi palsu.

Adik mangsa yang berusia 29 tahun, berkata keluarganya masih menunggu untuk menjalani proses pengecaman mayat di HSA dan berharap mayat ditemui bukan kakaknya.

Katanya, kakaknya yang meninggalkan anak di bawah jagaan ibu mereka, banyak merahsiakan hubungannya dengan lelaki itu namun mereka yakin dia pernah dikasari berdasarkan parut pada tubuhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya kat metro ada anak dgn lelaki tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 07:36 PM | Show all posts
jahatnya jantan..

kawan yang tolong buang mayat xpasal2 kena
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 08:44 PM | Show all posts
anaknya tu ada dokumen ka?
entah macamana masa depannya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 11-6-2019 07:36 PM
jahatnya jantan..

kawan yang tolong buang mayat xpasal2 kena

Pekerja dia yg tlg buangkn mayat tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.....

Sanggup berkorban demi anak....mesti jantan celaka tu ugut klu tak bersama dia, anak dia akn diapa apakan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 09:09 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 11-6-2019 09:03 PM
Pekerja dia yg tlg buangkn mayat tu....

tq krnbuat pembetulan...





Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap: Akak 8 tahun kahwin xde pun tanam suami akak kalau dia berbual dengan mana2 wanita..emosi kena kawal..Rahsianya kacip vokuru keluaran edaran sista dod ...

Iols mmg sll terhibur tatkala membaca 2 nama yang tak lekang dari titipan hakak cps.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Toxic relationship
Nak move on tp maybe dia kesiankan ank dia plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Festaim aku bace berite sini yang sampe nama sapah pon tak sebut..  Boring la.  Daku tak dapat cari akaun fesbuk sesape..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sampai wat bnda mcm ni ..aduhai
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 11-6-2019 07:31 PM
Kakak banyak rahsiakan hubungan'

SELASA, 11 JUN 2019 @ 7:07 PM

Jantan abusive ni memang bajingan kan? Akak teringat testimoni sorang foromer yang ngaku pernah bercinta (or dah sampai tahap menikoh?) dengan jantan abusive pembunuh yang mana kesnya pernah masuk CI ni (ala jantan bangsat yang bunuh gilfren yang dibawanya dok serumah dengan dia dan isteri doktor kat Kedah tu). Dari testimoni foromer tu, akak boleh imagine bagaimana nerakanya hidup beliau bersama dengan jantan tu. Diugut bukan takat nak bunuh dia but seluruh family if tinggalkan dia. Bertahun2 baru dia boleh lepas sepenuhnya dari bangsat tu. Tu pun after pelbagai drama. Syukur la. Jika tidak barangkali dia yang jadik mangsa bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 11-6-2019 05:55 PM
Aku ingt kat luarnegara.....

Kat johor kes rogol tinggi, sungai paling banyak tercemar.. Ni kes ni pulak.. Aku ingat luar negara jugak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.120714s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list