Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6562
View
169
Reply

"Mak Bapak Tu Tolong Jaga Anak" - Datang Beraya, Suka Hati Pukul Kucing Sampai Mati

[Copy link]

Author: top5complete       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-6-2019 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Hari raya dan musim perayaan lain adalah masa kegembiraan dan perpaduan yang diraikan di kalangan keluarga, sahabat dan orang tersayang. Walau bagaimanapun, ramai juga yang datang ke rumah dengan tabiat yang kurang elok dan menyebabkan tragedi yang tidak dijangka.



Foto: nurush shahindah


Memetik sebuah perkongsian Nurush Shahindah di twitter, kucingnya yang diberi nama King telah mati kerana kepalanya dipukul dengan besi oleh anak tetamu yang datang beraya. Dia juga menegaskan, ibu bapa yang membawa anak beraya di rumah seharusnya menjaga anak-anak kecil mereka daripada membuat perkara seperti ini.


Dia meluahkan rasa sedih dengan pemergian kucing kesayangannya yang telah dibela selama hampir 3 tahun.


"Kucing aku baru kena warded 2 hari sebab doctor cakap dia trauma kena hentakan kuat dekat kepala. Bukan nak tuduh, tapi kalau datang rumah beraya, jaga la anak tu dari buat onar. 😞😞😞 " tulisnya.






Doktor telah mengesahkan kucing belaannya itu meninggal kerana hentakan kuat pada bahagian kepala.





Setelah ditimpa kejadian seperti ini, ada juga netizen yang berkomen buruk dengan menuduh dia hanya ingin mencari publisiti murahan. Namun, Nurush Shahindah menepis komen-komen negatif tersebut,







Namun ramai juga netizen yang mengucapkan simpati kepada Nurush Shahindah di twitter, semoga ibu bapa di luar sana peka dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak kecil supaya kejadian seperti ini tidak berlaku di masa akan datang. Kita tidak boleh menyalahkan kanak-kanak kerana mereka tidak matang dan tidak tahu perbuatan mereka itu salah.





Semoga king tenang di sana. - CARI






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak bodo ramai sgt skrg ni.. jenih anak2 kecik buas/nakal tu, jaga la sikit. Dah tau kelaku anak macam tu, cuba la bendung, kawal perangai depa kat rumah orang.
Ni tak, anak buat kelaku, dipanggil nama je.. hang pi la ambik depa tu, bagi warning ka.. tegur ka.. kalau susah sgt, hadkan masa bertandang ke rumah orang.. salam2 lebih kurang, pastu balik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:13 PM | Show all posts
Paling x suke parents dengan perangai "xpe, biarlah, budak2 kan"
Kalau tu rumah kau, no hal la nk xpe2
Rumah orang kot.
Walau ape alasan sekali pun, even autism... kene la perhatikan.
Anak2 yang korang bawak beraya bukan tanggungjawab tuan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
My sister hilang iPhone mengamuk dia tapi x tau nak tuduh sape
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada mak pak sedara macam ni. Anak bergendang tendang pintu kaca dia boleh imune. Bila mak aku tegur anak, diorg terasa tak mari bertahun
Degil tau mak bapak macamni. Manjakan anak itu ini, tu sebab flop PT3
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:24 PM | Show all posts
monsterwife replied at 10-6-2019 12:17 PM
My sister hilang iPhone mengamuk dia tapi x tau nak tuduh sape

sedara aku pun hilang duit raya, dlm rm80 gak la. duit raya anak die. kesian budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:25 PM | Show all posts
memang rengsa parents yg jenis bia anak camni. my cuzy one of them. anak melalak menjerit2 dia biar jeh. dia igt anak comel org tak kesah. last2 org duk mengata belakang
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:28 PM | Show all posts
thn lepas ke yg kisah ikan dlm kolam mati tu..ditaburnya dedak smp berkilo dlm kolam..time raya jgk tak salah
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya baru ni anak sedara aku tendang kepala kucing aku. Aku denda dia RM1.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Keci lecik dah tunjuk bakat jadi warga penjara
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:41 PM | Show all posts
ko bela kucing, jagala betul2,
org dtg smpan, kurung dlm bilik, lock, mangga bagai

ni ko biar cam ko bela rimau
dah tau anak sdara cm monyet

akal letak mana?

pulak tu smpai skrg ko tak tau siapa yg ketuk tu?, ko tkde bukti, tk nmpk
tandanya ko jenis tak kisah kucing ko tu..

nak bela buat betul2,

ni baru bela kucing, pasni nk bela anak,

silap2 anak kene ketuk pun smpai mati tak tau sapa buat, pstu merintih dlm socmed aja, nak aja aku lempang set2 BBNU camni..

grow up la weii..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 10-6-2019 12:41 PM
ko bela kucing, jagala betul2,
org dtg smpan, kurung dlm bilik, lock, mangga bagai


Maksudnya bela anak pun kena lock up juga ke mcmana? In case anak tu kena bantai dgn anak org?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada terbaca someone posted : "Bela binatang jadi anak.. jgn bela anak jadi binatang"
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 10-6-2019 12:17 PM
My sister hilang iPhone mengamuk dia tapi x tau nak tuduh sape

Tak try detect ke location iphone tu? Hmm kalau parentss dia sedar ank2 dia ade terambik tu hrp pulangkan balik jgn buat2 buta xnmpk pulak., kalau si pencuri tu kerabat iols mmg iols titik2 dulu jari jemari sampai lebam. Xmampu buat cara xmampu. Jgn ambik hak org.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ada adik sepupu lelaki umur 5 tahun sejenis nakal perangai macam setan. Mak dia sampai tak larat nak marah. Datang rumah kami, gelas kaca lepas dia minum dia masukkan hujung jari kaki dalam gelas. Automatic saya jerit woiiiii sekuat hati, mak dia cakap elok kakak marah, mak dia marah taknak dgr. Pastu dia tariknya langsir saya jerit lagi woiiiii terus meolls cubit. Mak dia cakap hah padan muka. So di sini, nampaknya mak dia pemalas nak ajar anak jaga anak elok2 dtg rumah orang, alasan anak degil sgt. Mak dia sibuk berborak je. Pernah saya berkata2 di dalam hati pergilah kau main kat luar harap2 kena langgar baru makpak kau sedar, jaga anak baik2 bukan takat beromen sedap bila dapat anak yang tak dirancang, lalai balai pulak nak jaga. Begituh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ni klu ank buah sendiri, ank2 sepupu dtg berata ok lg..ni selalu dtg rmh kita buat hal bila ajk kwn n jiran tetangga dtg rmh!!!adek ipar jiran la dtg sekali, adek beradek  n ipar duai kwn2 yg jrg 2  jumpa dtg sekali..selalu nye ank org yg kita sendiri pon x kenal yg buas tu.fmly sendiri jrg buas mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 01:11 PM | Show all posts
batmana replied at 10-6-2019 12:41 PM
ko bela kucing, jagala betul2,
org dtg smpan, kurung dlm bilik, lock, mangga bagai

Alhamdulillah kucing aku ni pemalu, nampak org tak kenal belari tempiar menyorok..
tapi pemalas nauzubillah.. makan tido je.. si gemok 2 heko tu..
geram kadang nak jalan tu la dia nak main kat kaki.. jatuh terjelepuk aku dibuat dek gemok 2 heko tu..
hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 01:13 PM | Show all posts
Tahun ni raya aku kurung kucing dalam bilik puas hati.
bior la orang nak kata aku kedekut pun
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PENCINTA_DIRIMU at 10-6-2019 02:06 PM

Simpan dalam bilik pun tak ada guna kalau hati orang sekeliling kita hitam dan membusuk. Tak jadi kat kita, jadi kat orang lain. Tak jadi kes pukul kucing, mungkin jadi kes curi. Tak jadi kes curi, jadi kes buli. Bila dah besar jadi perompak, peragut, perogol, pembunuh.

So pucuk pangkalnya dari hati. Kita yang pencinta haiwan ni kena sedar yang kita sebenarnya sentiasa dikelilingi (dan takkan dapat dielakkan) manusia2 kejam, zalim, dan pentingkan diri sendiri. Ada budak kecil yang penyayang takkan dera atau seksa kucing walaupun masih kecil dan belum matang. Tapi untuk yang buas tu kena ajar untuk lebih beradab sejak dari kecil, biar benda tu jadi kebiasaan bila dah besar. Tak semua orang ada sifat penyayang macam kita so kita kena simpan kucing tu bila tetamu datang. Bukan setakat kucing, tapi juga barang2 berharga dan perkara2 lain. Kita mesti buat persediaan rapi sebelum kes2 macam tu berlaku lagi.

Kita takkan pernah menjangka kes2 kejam macam ni akan berlaku sebab kita tak sekejam orang lain, tak tercapai akal kita yang orang lain sanggup bunuh kucing sampai ke tahap tu dan disebabkan tu juga kita jadi kurang berhati2 sebab kita tak sejahat orang2 sekeliling kita. Cuma orang yang jahat je dah buat persediaan rapi untuk lebih berhati hati sebab diorang tahu kes macam tu akan berlaku dan itu sebenarnya sedang mencerminkan dan menceritakan siapa dalaman diorang, sama ada baik atau jahat.

Tapi pada yang dah mula sedar tu kita tetap kena berhati2, tak semua orang baik macam kita. Tapi jangan ssesekali salahkan diri sendiri kalau kes2 tak diingini tetap berlaku, itu sebenarnya bukan salah kita, tapi salah persekitaran kita yang rosak.

Kes2 macam ni takkan berlaku kalau kita semua sama2 perbaiki diri jadi manusia yang lebih baik. Tapi nak seluruh dunia jadi baik, itu mustahil. So saya pesan kita semua kena sentiasa pandai pilih kawan dan kelilingi diri kita hanya dengan orang2 baik dan nikmati hidup yang indah dan sementara sehabis mungkin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hentakkan kuat ke..ntah2 bukan anak2 orang yang buat..kalau buat dalam rumah mesti dah dengar kucing tu menjerit..maybe kena langgar kot masa ramai2 tengah park kereta ke..ntah la nak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.120445s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list