Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
2641
View
21
Reply

Lorraine Warren dan Ed

[Copy link]

Author: Diviya       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-6-2019 08:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Diviya at 9-6-2019 08:38 PM


Edward Warren Miney dan Lorraine Rita Warren adalah penyelidik paranormal Amerika dan penulis buku yang berhubungan dengan tempat berhantu yang menonjol. Edward adalah veteran Angkatan Laut Amerika Syarikat Perang Dunia II dan juga menjadi demonologis otodidak, penulis, dan pensyarah.Isterinya, Lorraine adalah seorang psikik terkenaldan trance medium ringan yang bekerja sama dengan suaminya.

Pada tahun 1952, Warren dan Ed berdua mendirikan New England Societyfor Psychic Research (NESPR), badan pemburuan hantu tertua di New England. Mereka menulis banyak buku tentang paranormal dan tentang penyelidikan peribadi mereka ke dalam berbagai laporan aktiviti paranormal. Mereka mengklaim telah menyelidiki lebih dari 10.000 kes. Mereka merupakan salah satu di antara investigator yang paling pertama dalam tempat berhantu Amityville yang kontroversial. Menurut mereka, NESPR memanfaatkan berbagai individu, termasuk doktor, peneliti, polis, perawat, mahasiswa, dan anggota klerus dalam penyelidikannya.

Warren dan Ed bertanggungjawab untuk melatih beberapa demonologis termasuk Dave Considine, Lou Gentile, dan keponakan mereka John Zaffis. Selain penyelidikan, Lorraine membuka The Warrens' Occult Museum dibelakang rumahnya di Monroe, Connecticut dengan bantuan menantu laki-lakinya, Tony Spera.


Siasatan-siasatan TheWarrens yang Diketahui Ramai
Eddan Lorraine Warren menyiasat banyak kes iaitu lebih 10,000 kes seperti yangdinyatakan tadi. Namun, terdapat beberapa kes yang disiasat mereka yang terkenal iaitu

1. Annabelle
Menurut mereka, pada tahun 1970, dua rakan sebumbung mendakwa patung Raggedy Ann yang dimiliki mereka dirasuk oleh roh gadis muda bernama Annabelle Higgins. The Warrens ambil patung itu dan memberitahu mereka patung itu sebenarnya dimanipulasikan oleh mahkluk dan bukan manusia. Kini, patung tersebut berada di muzium mereka yang dinamakan Occult Museum atau Muzium Ghaib (bukan betul-betul ghaib). Pada tahun 2014, filem Annabelle arahan John R.Leonetti yang mungkin kononnya tentang sejarah patung tersebut dan juga muncul didalam bebrapa babak dalam filem The Conjuring 2,2012.


2. Keluarga Perron
Pada tahun 1971, Ed dan Lorraine Warren mendakwa Harrisville, Rhode Island, di tempat tinggal keluarga Perron telah dihantui oleh seorang ahli sihir yang tinggal di sana ketika awal abad ke-19.Menurut mereka lagi, Bathsheba Sherman menyumpah sesiapa sahaja yang tinggal ditanah itu akan mati. Pemilik semasa rumah tempat tinggal keluarga Perron juga ada melakukan kajiannya sendiri bersama beberapa orang dan menyangkal cerita-cerita berkaitan ilmu sihir dan kematian tragik di rumah itu. Walaubagaimanapun, kes ini menjadi subjek utama dalam filem The Conjuring (2013) di mana Lorraine Warren sendiri ada memegang peranan cameo.



3. Amityville
Pasanagan suami isteri ini mungkin paling dikenali di dalam penglibatan mereka dengan kes Amityville Horror pada tahun 1976. Di dalamkes ini, pasangan suami isteri George dan Kathy Lutz mendakwa rumah mereka dihantui oleh sesuatu kehadiran yang bersifat kejam dan kuat sehingga memaksa mereka pindah keluar dari rumah tersebut.

Penulis The Amityville Horror Conspiracy, Stephen dan Roxanne Kaplan mendakwa kes ini hanyalah rekaan atau palsu manakala Lorraine Warren mendakwa sebaliknya. Kes ini diadaptasi untuk buku The Amityville Horror pada tahun1977 dan filem tahun 1979 dan 2005 dengan tajuk yang sama manakala cerita Eddan Lorraine Warren dalam kes ini juga muncul sebagai babak awal di filem TheConjuring 2 (2016).

Walaubagaimanapun, menurut Benjamin Radford, cerita ini disangkal oleh saksi, siasatan dan bukti forensik. Pada tahun 1979, peguam bernama William Weber memberi laporan menyatakan dia, Jay Anson dan lain-lain yang terlibat mencipta kisah ini melalui banyak botol wain.



4. Enfield Poltergeist
Pada akhir 1970an, pasangan Warren menyiasat kes paranormal yang melibatkan sebuah keluarga di utara London dan mendakwa mereka dihantui oleh aktiviti poltergeist, sejenis gangguan paranormal yang melibatkan objek atau seseorang terapung, cubitan, serangan, gigitan, pukulan dan lain-lain yang bersifat paranormal. Walaupun penglibatan pasangan Warren dalam kes ini sangat sedikit, namun mereka menjadi watak utama dalam filem TheConjuring 2 (2016) yang mana merupakan sempena daripada kes ini.



5. Iblis atau Syaitan
Pada tahun 1981, Anne Johnson dituduh menuduh tuan tanah, Alan Bono. Ed dan Lorraine Warren dipanggil sebelum pembunuhan untuk menyelesaikan kes kerasukan terhadap adik lelaki kepada tunang AnneJohnson. Pasangan Warren kemudiannya mendakwa Anne juga dirasuk. Di mahkamah, Anne cuba mempertahankan dirinya atas alasan kerasukan namun tidak berjaya. Kes ini dihuraikan di dalam buku tahun 1993 The Devil in Connecticut oleh GeraldBrittle.

Itu adalah antara kes-kes mereka yang di adaptasi ke dalam filem dan buku. Ed dan Lorrainne juga ada muncul dibeberapa media namun jelas sekali kemunculan Lorraine Warren lebih banyak berbandingkan Ed. Kes-kes mereka juga banyak diadaptasi menjadi filem sepertiThe Conjuring, Annabelle, Conjuring 2, Amityville Horror dan lain-lain.


Sedikit pengetahuan, Ed Warren lahir pada 7 September 1926 dan beliau telah rmenghembuskan nafas terakhirnya di Monroe, pada 23 Ogos 2006, Connecticut pada usia 79tahun. Lorraine Rita Warren pula lahir pada 31 Januari 1927 dan beliau telah meninggalpada 18 April 2019 pada usia 92 tahun.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ada yg kata pasangan ni banyak menipu kan.. bahan2 bukti dan cerita2 dari mereka juga banyak yg diragui kesahihannya
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Huge fan
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Levespa replied at 9-6-2019 08:57 PM
ada yg kata pasangan ni banyak menipu kan.. bahan2 bukti dan cerita2 dari mereka juga banyak yg dira ...

Setuju. Iols rasa pasangan ni tak layak masuk bod misteri/paranormal pun. Tt lenkali buat research bebetul jangan main tepek je kalu sekadar nak tacang lebey. Yang sblom ni psl bermuda triangle pun iols rasa ada je benang sblom ni. Mohon search dulu and bagi pendapat kalu nak buat benang.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-6-2019 09:43 AM | Show all posts
belilies replied at 10-6-2019 12:00 AM
Setuju. Iols rasa pasangan ni tak layak masuk bod misteri/paranormal pun. Tt lenkali buat research ...



I rasa kalau pengetahuan am seseorang tu tak luas tak payah nak burukkan sesuatu yang betul. You should take some time to sit and watch the video of Lorraine and Ed. Hahah u kata pasangan ni tak layak masuk bod paranormal? So pengarah filem yang melabur berjuta-juta Dollar ke atas mereka adalah bodoh ye..lol...and orang-orang yang pergi menonton cerita-cerita seperti Conjuring dan Annabelle semuanya orang yang tak tahu apa-apa pasal lorrainne and Ed? hahahah...Girl you need to grow up and think before you say something on a site..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 11:12 AM | Show all posts
true or not,you've got to agree that the 'cases' are pretty good.

loved the conjuring universe.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 11:51 AM | Show all posts
maafkan daku x baca pasal diorg ni
just nak tanya...dlam end of cite conjuring kalo x silap aku..ada je tunjuk pic family tu kan?
perron family tu eh
x boleh ke one of the family member sahkan kesahihan apa yg berlaku?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Diviya replied at 10-6-2019 09:43 AM
I rasa kalau pengetahuan am seseorang tu tak luas tak payah nak burukkan sesuatu yang betul. Y ...

Back atcha actually. Keje cnp memang senang. Iols pertikaikan kisah l&w tu genuine anot. Kalu citer tu dibuat movie itu adalah disebabkan ia ada commercial value and not because it's 100% betul. You do your research more and you will know mana betul mana tidak, cerita tu ditambah asam garam so that people want to watch it. Takpelah dik, based on your reply, seems that you're still naive.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2019 08:55 AM | Show all posts
belilies replied at 10-6-2019 09:59 PM
Back atcha actually. Keje cnp memang senang. Iols pertikaikan kisah l&w tu genuine anot. Kalu cite ...



I rasa nobody has any rights to condemn about anyone. Kalau u rasa artikel ni tak benar then im very sure whatever yang you post pun tak benar Always try to repect semua yang post artikel. Walaupun benda tu betul ke tidak, give opinion from ur own point of view dan bukannya sebab orang lain kata sesuatu yang buruk u pun terikut-ikut..lols...That shows how low level is ur thinking. Alhamdullillah i have talent to write my own stories in this site.. By the way... think positive & stay positive
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 10:37 AM | Show all posts
lepas drg mati, siapa yang jaga muzium drg?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer conjuring tu bestttt.. seram..selain the ring pun seramm
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2019 10:53 AM | Show all posts
kucingitam replied at 11-6-2019 10:37 AM
lepas drg mati, siapa yang jaga muzium drg?



Tony Spera - Their Son In Law

http://www.warrens.net/occult-museum-tours/
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 10:55 AM | Show all posts
thank you TT
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 01:12 PM | Show all posts
Diviya replied at 11-6-2019 12:55 AM
I rasa nobody has any rights to condemn about anyone. Kalau u rasa artikel ni tak benar then i ...

tulis sendiri ke artikel ni TT?
macam C& jaaa, siap ada perkataan "keponakan" lagi.. bahasa yindon tu..

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2019 01:46 PM | Show all posts
Themilo replied at 11-6-2019 01:12 PM
tulis sendiri ke artikel ni TT?
macam C& jaaa, siap ada perkataan "keponakan" lagi.. bahasa yin ...



Artikel ni I ambik info yang dah ada kat online and just added some.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2019 01:47 PM | Show all posts
Themilo replied at 11-6-2019 01:12 PM
tulis sendiri ke artikel ni TT?
macam C& jaaa, siap ada perkataan "keponakan" lagi.. bahasa yin ...



Artikel ni I ambik info yang dah ada kat online and just added some.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 02:28 PM | Show all posts
soon Annabelle pulak...kena tengok cerita ni nak tau camna patung ni boleh ada kat Ed
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-6-2019 11:08 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 10-6-2019 11:51 AM
maafkan daku x baca pasal diorg ni
just nak tanya...dlam end of cite conjuring kalo x silap aku..ad ...



Kes Conjuring tu pasangan Paranormal tu yang handle. Family (Perron) yang tinggal kat rumah tu yang mamanggil Lorraine and Ed untuk tolong mereka dengan masalah paranormal yang berlaku kat rumah tu. Berdasarkan pada cerita dari keluarga Perron dan experience dari Lorraine dan Ed. Ada video interview dengan keluarga Perron dan jiran-jiran dari kawasan perumahan Perron.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita benar atau palsu itu susah nak ditentukan. Pengarah ni tugas dia menambahkan rencah dan rasa, drama dan suspen supaya cerita jadi lagi menarik.
Kes keluarga hodgson pun ada versi yang pasangan ed lorraine tak terlibat. Ada yang takda mngena dgn valak pun untuk perubatan penamat. Banyak versi. So susah nak cakap betul ke palsu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada bukti ke kata pasangan ni penipu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
4.866518s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list