JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN SEGERA! Jana pendapatan dari rumah sebagai penulis freelance kami. Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
222
View
6
Reply

Apakah puasaku dan amalan ku yg lain diterima??? ......

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-6-2019 04:33 PM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN SIRI KE- 151: TANDACTANDA PENERIMAAN AMALAN PUASA
ButiranDimuatnaik oleh Abdulrahman Diterbitkan: 03 Jun 2019
pautan asal:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3454-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-151-tanda-tanda-penerimaan-amalan-puasa

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-6-2019 04:34 PM | Show all posts
Soalan

Assalamualaikum SS Dato Seri Mufti. Adakah terdapat tanda-tanda bahawa amalan puasa yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT? Mohon penjelasan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-6-2019 04:36 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-6-2019 04:40 PM

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.

Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)

Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut: Yang dimaksudkan dengan berpuasa atas dasar iman ialah berpuasa dengan beritiqad akan kefardhuan berpuasa. Manakala yang dimaksudkan dengan احْتِسَابًا ialah mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT. (Lihat Fath al-Bari, 4/115)

Al-Khattabi berkata: Yang dimaksudkan dengan ihtisab ialah berpuasa dengan mengharapkan balasan yang baik daripada Allah SWT. (Lihat Fath al-Bari, 4/115)

Menjawab persoalan di atas, Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyebut: Sesiapa yang melakukan ketaatan kepada Allah, dan selesai melaksanakannya, antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu. Manakala antara tanda tertolaknya sesuatu amalan ialah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat. Apa sahaja kebaikan yang dilakukan selepas kejahatan, akan menghapuskan kejahatan tersebut, dan sudah pasti yang terbaik ialah melakukan kebaikan selepas melakukan kebaikan yang lain. (Lihat Lataif al-Maarif, hlm. 244)

Ibnu Rajab turut berkata: Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan merupakan sa
lah satu tanda diterimanya amalan puasa di bulan Ramadan. Sesungguhnya Allah SWT jika menerima suatu amalan dari seorang hamba, maka Allah SWT akan memberinya taufik untuk melakukan amal soleh setelahnya. (Lihat Lataif al-Maarif, hlm. 244)

Nabi SAW sendiri pernah menyebut bahawa amalan yang paling baik adalah yang berterusan. Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا ، وَإِنْ قَلَّ
Maksudnya: Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.
Riwayat Muslim (1780)
Imam Nawawi berkata: Hadis ini menggalakkan amalan yang berterusan dan bahawa sedikitnya amalan yang berterusan lebih baik daripada amalan yang banyak namun terputus kerana dengan berterusannya amalan yang sedikit tersebut, maka akan berterusanlah ketaatan, zikir, muraqabah, dan ikhlas terhadap Allah SWT. Ia juga membuahkan berlipat kali ganda berbanding amalan banyak namun terputus. (Lihat Syarh al-Nawawi ala Sahih Muslim, 6/71)
Oleh itu, dapat difahami bahawa salah satu tanda amalan puasa diterima adalah kita berterusan dalam melakukan amalan-amalan ketaatan kepada-Nya walaupun selepas berakhirnya Ramadhan.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-6-2019 04:37 PM | Show all posts
Oleh itu, dapat difahami bahawa salah satu tanda amalan puasa diterima adalah kita berterusan dalam melakukan amalan-amalan ketaatan kepada-Nya walaupun selepas berakhirnya Ramadhan.

Selain itu, dia juga menjadi lebih baik daripada sebelumnya serta sentiasa merasakan amal soleh yang dilakukannya masih belum sempurna. Dia juga tidak bersifat ujub dengan amalan yang telah dilakukannya. Ibn al-Qayyim dalam kitabnya, Madarij al-Salikin menyebut: Tanda diterimanya amalan seseorang ialah apabila dia merasa bahawa amalan yang dilakukannya masih hina dan kecil. Sehingga orang yang benar-benar mengenal Allah akan sentiasa beristighfar selepas selesai melakukan ibadah. Adalah Nabi SAW apabila selesai memberi salam dari solat, Baginda beristighfar sebanyak tiga kali.

Allah SWT juga telah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk beristighfar setelah selesai melakukan ibadah haji. Allah SWT juga memuji mereka yang beristighfar setelah melakukan solat malam. Nabi SAW juga memerintahkan taubat dan istighfar selesai selesai berwudhu. Maka, sesiapa yang mengetahui kewajibannya kepada Tuhannya dan menyedari kualiti amalnya serta aib-aib yang melekat pada jiwanya, nescaya dia akan selalu beristighfar selesai selesai melakukan amal ibadah dan merasa amalannya masih sangat penuh kekurangan. (Lihat Madarij al-Salikin, 2/84)

Semoga kita dikurniakan kekuatan dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya serta berterusan dalam melakukannya. Amin.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-6-2019 04:38 PM | Show all posts
so , marilah kita semua teruskan amalan amalan mulia, walaupun pada bulan Syawal dan seterusnya.

Imarahkan masjid...quran etc sedekah ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 6-6-2019 04:38 PM
so , marilah kita semua teruskan amalan amalan mulia, walaupun pada bulan Syawal dan seterusnya.

...

In sha Allah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-6-2019 09:51 PM | Show all posts
keep on  doing solat berjemaah .dulu boleh > 4 saf ....maka teruskanlah....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.082241s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list