JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN SEGERA! Jana pendapatan dari rumah sebagai penulis freelance kami. Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
415
View
11
Reply

ADAB DI AIDILFITRI

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-6-2019 03:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 5-6-2019 03:28 AM

BAYAN LINNAS SIRI KE-23: ADAB BERHARI RAYA DAN KESILAPANNYA
ButiranDimuatnaik oleh Nadzirah Diterbitkan: 16 Julai 2015
pautan asal:


http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1814-bayan-linnas-adab-berhari-raya-dan-kesilapannya?fbclid=IwAR1C28Vfq3CbkGnLVRoKuMNUAJ9sntZaNh1ZWqSuKrNmk7SzKdodxvTT-tk






Mukaddimah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Pertamanya, kami ingin mengucapkan selamat Berhari Raya, وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ dan semoga Allah menatijahkan kita dengan taqwa dan seterusnya kita dapat menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat hidayah yang Allah kurniakan kepada kita sehingga ketika nafas kita masih lagi diberi peluang untuk hidup.

Bersempena dengan hari raya ini, kami kemukakan Bayan Linnas yang bertajuk Adab Berhari Raya dan Kesilapan untuk sama-sama memimpin dan memandu perjalanan kita agar sentiasa diberkati dan diredhai Allah sekalipun dalam masa kita seronok dan bergembira dengan hari raya.






Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2019 03:31 AM | Show all posts
Adab Pada Hari Raya

Antara adab-adab pada hari raya ialah:


  • Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru. Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya iaitu Ibn Umar dan Ali bin Abi Thalib dan lain-lain. Said bin al-Musayyib berkata: Sunat-sunat hari raya ada tiga: Berjalan ke tempat solat, makan sebelum keluar dan mandi.
  • Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
  • Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat.
  • Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain. Hal ini berdasarkan hadis, daripada jabir R.A, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ


Maksudnya: Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya.


Riwayat al-Bukhari (943)



  • Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Hal ini berdasarkan hadis Wasilah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Aku bertemu Rasulullah SAW pada pagi hari raya, seraya mengucapkan kepada Baginda: تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu), lalu Baginda menjawab: Ya, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu).
  • Selepas matahari terbit, makruh bagi imam bersolat sunat sebelum solat hari raya, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
  • أَنَّ النَّبِىَّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم خَرَجَ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهُمَا وَلَا بَعْدَهُمَا
  • Maksudnya: Nabi SAW keluar pada hari Aidilfitri, lalu Baginda bersolat hari raya sebanyak dua rakaat dan tidak melakukan solat yang lain sama ada sebelum atau selepasnya.
  • Riwayat al-Bukhari (945)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2019 03:33 AM | Show all posts
Kesilapan Adab Pada Hari Raya

Kami sengaja menyebut beberapa kesilapan adab yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW ketika kita rancak menyambut hari raya. Antara adab tersebut ialah:

  • Tidak melakukan solat hari raya dan tidak pergi ke tempat solat, sebaliknya hanya berada di rumah.
  • Banyak menonton rancangan televisyen sehingga tiada dalam kamusnya untuk menziarahi sanak saudara. Hal ini semakin membarah kerana tarikan rancangan yang begitu menarik lagi melalaikan.
  • Tidak menutup aurat atau berpakaian yang menjolok mata tanpa mengikut syariat Islam.
  • Memasang lagu-lagu dan nyanyian hari raya yang kurang sopan dan berlebih-lebihan dalam berhibur atas nama hari raya. Alangkah baiknya jika digantikan dengan alunan zikir, nasyid dan nyanyian sopan yang tidak keterlaluan.
  • Pergi beraya di rumah rakan-rakan dalam tempoh masa yang amat panjang sehingga mengganggu tuan rumah.
  • Mengkritik makanan yang dihidangkan atau membandingkan kelazatan makanan antara satu rumah dengan rumah yang lain.
  • Meminta duit secara berlebih-lebihan sehingga perasaan tuan rumah tertekan dan tidak selesa.
  • Bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau berkumpul setempat sehingga timbul perasaan kurang selesa pada golongan yang beragama.
  • Pergi beraya di rumah seseorang sehingga lupa untuk menunaikan solat fardu dan melambatkan solat pada waktunya.
  • Lupa menziarahi golongan fakir miskin dan anak yatim, tetapi matlamatnya lebih kepada rumah bangsawan dan hartawan.
  • Merayakan hari raya sehingga sebulan dan tidak lagi mampu untuk menunaikan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2019 03:34 AM | Show all posts
  • Kurang bersedekah dan memberi bantuan kepada fakir miskin, anak yatim serta mereka yang berada dalam kedaifan.
  • Berlebih-lebihan dalam berpakaian sehingga menampakkan kemewahan yang melampau hingga membawa perasaan takbur, riak dan sombong.
  • Berkumpul secara beramai-ramai tanpa faedah dan tidak menghiraukan orang lain.
  • Terlupa untuk menziarahi pesakit di hospital atau mereka yang mengharapkan bantuan sebaliknya kita menyibukkan diri dengan kegembiraan yang melampau bersama rakan taulan yang sihat.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2019 03:39 AM | Show all posts
Bergembira Pada Hari Raya

Menjadi kelaziman seluruh dunia umat Islam akan bergembira dengan kedatangan Aidilfitri setelah sebulan bermujahadah melaksanakan amalan wajib dan sunat.

Persoalannya di sini, apakah hukum bergembira dan cara yang sepatutnya dilakukan?

Ulama telah membahaskan dengan panjang lebar berkenaan dengan hiburan dan permainan yang diharuskan oleh syarak. Bermain dan berhibur dengan hiburan yang disyarakkan adalah diharuskan bahkan digalakkan khasnya pada hari raya.

Secara umumnya, selagi mana sesuatu permainan itu tidak melalaikan dari kewajipan tugas yang perlu dilaksanakan ianya diharuskan. Ini adalah syarat umum yang mesti dipatuhi ketika bermain sesuatu permainan atau berhibur.

Syarat yang lain, permainan itu hendaklah tidak menjurus kepada maksiat atau bercampur aduk dengan perkara mungkar seperti minum arak, perjudian, percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan bermain sehingga berlaku perkelahian dan pergaduhan.

Jikalau permainan atau hiburan itu tidak menepati syarat-syarat yang dikemukakan, maka hukumnya menjadi haram walaupun asal permainan atau hiburan tersebut hukumnya harus. Pada zaman Nabi SAW, masyarakat pada ketika itu bermain, memukul gendang, menyanyi serta menyambut sesuatu perayaan.

Saidatina Aisyah R.Anha menyatakan:

Orang Habsyah bermain di sisi Nabi SAW ketika hari raya. Maka aku pun muncul dari atas bahunya dan melihat mereka sedang bermain sehingga aku merasa puas dan kemudian beredar (dari situ).

Riwayat Ahmad

Dalam riwayat yang lain Saidatina Aisyah R.Anha berkata: Abu Bakar telah masuk kepada kami pada hari raya dan ketika itu kami bersama dengan dua orang hamba perempuan yang menyebut tentang hari Buath iaitu hari berlakunya peperangan antara kaum Aus dan Khazraj.

Lantas Abu Bakar berkata: Wahai hamba Allah! Mengapakah ada Mizmar Syaitan ini (iaitu alat muzik yang menyerupai seruling). Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.

Kemudian Nabi SAW bersabda: Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya setiap kaum ada hari raya masing-masing dan hari ini hari raya kita.

Riwayat Ibn Hibban

Dalam riwayat al-Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW masuk kepada kami dan berbaring dengan memalingkan wajahnya, sedangkan di sana ada dua orang hamba perempuan sedang menyanyi sempena hari Buath. Maka ketika itu Abu Bakar masuk dan berkata: Mengapakah ada mizmar syaitan di sisi Rasulullah?

Sabda Nabi SAW: Tinggalkanlah (biarkan) mereka wahai Abu Bakar.

Pada suatu ketika orang Sudan sedang bermain-main dan Rasulullah SAW berkata kepada Aisyah: Kamu ingin tengok?

Aku (Aisyah) berkata: Ya.

Lalu Baginda mengangkatku ke belakangnya dengan pipiku bersentuh dengan pipinya, sehinggalah Baginda bersabda: Sudah cukup.

Maka Aku berkata: Ya.

Sabda Nabi SAW: (Kalau begitu) Beredarlah.

Pada hari raya itu, Rasulullah SAW bersabda: Ini supaya golongan Yahudi mengetahui bahawa agama kita ada kelulusan (keringanan)dan sesungguhnya aku diutuskan dengan penuh toleransi dan keringanan.

Riwayat al-Bukhari

Oleh itu, marilah kita menyambut hari raya Aidilfitri dengan mematuhi adab-adab yang diperintahkan oleh Islam. Janganlah di hari raya dipenuhi dengan pembaziran dan hiburan yang melampau. Sebenarnya sebarang hiburan adalah dibolehkan tetapi mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ibn Rajab al-Hanbali menyebut di dalam kitabnya Lataif al-Minan: Bukanlah hari raya itu kamu (hanya) memakai baju baru tetapi hari raya itu bagi mereka yang bertambah ketaatannya kepada Allah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2019 03:40 AM | Show all posts
Kenyataan Mufti Wilayah

Kami dahulukan kenyataan ini dengan doa تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. Semoga amalan yang kita lakukan diterima Allah. Dalam negara ini, kami hanya nyatakan beberapa perkara, sebagai pelengkap pada adab-adab berhari raya. Antaranya:
  • Tunaikanlah zakat fitrah dan pastikannya dilakukan pada malam hari raya ataupun pagi hari raya sebelum solat raya. Inilah sunnah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Zakat fitrah hukumnya adalah wajib.
  • Bersihkan hati kita dahulu dari sebarang akhlak dan sifat mazmumah seperti dendam kesumat, hasad dengki dan lain-lain.
  • Hiasilah dengan akhlak mahmudah seperti ikhlas, jujur, warak, amanah, rendah diri dan sentiasa berharap kepada-Nya.
  • Dengan terbenamnya matahari dan masuknya 1 Syawal, maka mulalah dengan doa, munajat kepada-Nya.
  • Begitu juga hiasilah pada malam tersebut dengan gemaan takbir kerana patuh kepada perintah Ilahi.
  • Zahirkan rasa syukur atas pelbagai nikmat kurniaan Ilahi sehingga mukhayyam tarbawi yang kita lalui dapat dilaksanakan dengan jayanya.
  • Sebelum meminta maaf, maafkanlah semua orang agar kemaafan yang kita pinta dari hati yang benar-benar bersih.
  • Hidupkanlah malam hari raya dan paginya dengan zikrullah dan juga acara ibadat untuk menambahkan lagi pahala kita.
  • Gunakanlah kesempatan yang ada semasa di kampung atau desa untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim dan hubungan ukhuwwah sesama keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2019 03:41 AM | Show all posts
Saya mengambil kesempatan di sini ingin memohon kemaafan daripada semua pihak dan saya dengan seikhlas hati memaafkan kesilapan terhadap saya. Semoga Allah jernihkan hati kita dan tumbuhan dengan ketekunan dan keikhlasan serta mahabbah kasih sayang sesama kita. Amin.

Akhir kalam, saya berpesan pada diri ini dan juga rakan-rakan supaya kita menyantuni anak-anak yatim, fakir miskin, orang-orang tua, orang-orang sakit dan golongan mustadafin agar mereka semua dapat pembelaan dan prihatin daripada kita yang dikurniakan Allah dengan sedikit kelebihan.   
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2019 03:42 AM | Show all posts
Penutup

Berdasarkan kepada syariat Islamiah melalui sunnah Nabawiah, jelas menunjukkan kepada kita betapa umat Islam pada saat kegembiraan dan kemenangan selepas melepasi acara ibadat puasa dan amalan sunat pada bulan Ramadan dengan jayanya. Setelah sebulan segala mujahadah dan kesungguhan ibadah dipamerkan, maka kurniaan Tuhan kepada kita dengan kedatangan Syawal sebagai petanda kemenangan yang benar-benar iltizam dan istiqamah dengan ibadat. Walaupun begitu, kemenangan dan kejayaan hendaklah diisi dengan penuh kesyukuran dan acaranya dengan bertakbir memuji memuja Ilahi di samping mempereratkan tali silaturrahim dengan meneguhkan ukhuwwah Islamiah.

Dalam hal ini, kita diajar untuk melaksanakan dua jalinan yang kukuh iaitu hablum min Allah dan hablum min annas. Apabila tautan ini kukuh, sudah pasti banyak natijah yang baik dan keharmonian masyarakat pasti dapat dikecapi. Natijahnya, dosa para hamba terampun, keluarga menjadi bahagia sehingga layak ditabalkan baiti jannati, masyarakat menjadi harmoni, dan hubungan sesama mereka utuh tanpa sebarang wasangka. Lebih besar daripada itu, negara atau negeri yang didiami layak ditabalkan sebagai Baldatun Toyyibatun wa Robbun Ghafur.



Selamat Hari Raya,

Minal aidin wal faizin,

وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ   
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2019 03:44 AM | Show all posts
Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

1 Syawal 1436H
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi belum masukkan dsini. Jangan berlebih-lebihan dalam urusan agama. Spt contoh hari ini, selesai solat dan khutbah hari raya, khatib mengajak berzikir dgn bacaan Al-Ikhlas melebihi 3 kali, sedangkan mengadakan sesuatu yg berlebih-lebihan di dalam beragama selain Alquran dan As-Sunnah itu, wajar dijauhi, meskipun kelihatan baik.

Dalam kasus pengalaman yg pernah dilalui oleh saya, saya dapati, melakukan bacaan surah Al-Ikhlas selain yg disunnahkan oleh baginda Rasullullah saw termasuk dalam soal syubahat berserta Iblis laknatullah. Ianya termasuk mana2 pembacaan melebihi 3 kali menurut guru2 tertentu, MELAINKAN sekiranya ianya dilakukan oleh diri sendiri secara perseorangan, kerana cintanya kepada Allah swt, maka semua itu hak milik Allah swt terhadap individu yg terlibat shj. Sekiranya benar, yg mengajarkan fikrah2 yg terlibat itu diyakini termasuk dalam kategori diberi syafaat oleh-Nya diakhirat kelak, barulah LAYAK utk diikuti. Akan tetapi, dizaman ini, belum wujud lagi fikrah yg benar2 berlandaskan Alquran dan As-Sunnah seperti yg sepatutnya. Majoritinya berlandaskan keperluan memenuhi kehendak hawa nafsu, tanpa kembali kepada Alquran dan As-Sunnah.

Moga2 bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 6-6-2019 12:24 AM

Utk makluman semua, MANA2 BACAAN Alquran yg diajar menerusi mana2 guru, selain atau salah satu dari 2 perkara ini iaitu Alquran dan As-Sunnah, maka ianya termasuk perkara berlebih2an dalam beragama melainkan, ianya diyakini, pemberi syafaat dari Allah swt menerusi guru2 tersebut. Tidak pula termasuk hal2 yg berkaitan para pelajar yg mahu menghafal Kitabullah, kerana ianya pilihan manusia itu sendiri dalam beramal akan apa yg dimaksudkan.

Contohnya, pembukuan Alquran itu termasuk Sunnah Khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin. Makanya, ianya termasuk soal syafaat yg telah dijanjikan oleh-Nya menerusi Allah dan Rasul-Nya jua.

Moga2 bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 5-6-2019 03:41 AM
Saya mengambil kesempatan di sini ingin memohon kemaafan daripada semua pihak dan saya dengan seikhl ...

In sha Allah semoga kita sama2 ambil berat terhadap anak2 yatim, fakir miskin, org2 tua dan org2 sakit. Terima kasih atas peringatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.075031s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list