Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
43677
View
491
Reply

Pengalaman budak2 nakal

[Copy link]

Author: Exoskeleton    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 3-6-2019 11:27 AM | Show all posts
mabeles cite TT. eh tt nak tanya lah petua untuk migrain tu mujarab ek? bukan apa, kalau mujarab nak try. sebab i nie selalu beno kena migrain . makan ubat kejap aje hilang nya . pas tu mai balik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 11:45 AM | Show all posts
Ni cerita tahun bila ni... peti kayu bagai sekarang jangan mimpi la soalan ada dalam  bilik kebal siap CCTV
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 11:49 AM | Show all posts
TT best cite hang! thank you TT! detail and seronok membaca. Tapi detail tang rupa kejadian tu aku takleh blah hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya cerita tt. Ada masa sambung lagi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-6-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
msamyrazi replied at 3-6-2019 11:27 AM
mabeles cite TT. eh tt nak tanya lah petua untuk migrain tu mujarab ek? bukan apa, kalau mujarab nak ...

boleh lah cuba mana tau kot2 serasi ke...aku dulu2 kat kg selalu la prepare siap2 tambah2 kalau cuaca panas mcm skrg. tp skrg ni nk cari bunga raya pun x mandang...kata bunga kebangsaan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-6-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ivysaur replied at 3-6-2019 11:45 AM
Ni cerita tahun bila ni... peti kayu bagai sekarang jangan mimpi la soalan ada dalam  bilik kebal si ...

circa 1999-2000...zmn teknologi ni mende yg mahal. hfon pun x ramai yg ade
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-6-2019 03:02 PM | Show all posts
Zaman aku belajar di utara pun sudah berlalu, pada circa 2002 aku menyambung pelajaranku di Shah Alam. Di awal2 tu yang paling penting bagiku ialah debutku di tempat baru, sebabnya satu utara orang dah panggil aku John termasuklah makcik jual goreng pisang dan beberapa awek2 usm yg aku kacau dalam kereta api dulu. Bukan tu je, kadang2 ayah aku pun tersasul panggil aku John. Sampai hati Biar aku cerita dulu asal usul gelaran John ni. Di IPT aku tu dia ada tradisinya di minggu orientasi, senior akan turunkan nama dia pada budak junior.


Contoh senior ni nama Ramli, dia bagilah nama dia ke kawan aku yang pervert tu. Kemudian ritualnya gedebak gedebuk la budak yang diberi nama tu kena belasah beramai2. Lepas tu semua orang akan panggil dia Ramlibegitu juga apa yang jadi pada budak Amat, tapi dia gelak2 je lepas kena belasah tu. Yang jadi problemnya aku, terlebih sorang dari budak senior yang ada. Diorang pun bincang2 sepakat bagi aku nama John sebelum membelasah aku beramai2.


Tapi aku tak meneruskan tradisi tu, aku suruh budak2 junior aku belajar elok2 je. Harapan mak ayah masing2 kan Berbeza pula dengan si Amat, dia mengajak budak2 junior melakukan aktiviti menjejak paranormal. Menangis2 budak junior dibuatnyabukannya tak nampak benda alahnya diorang cerita kat aku. Apakan daya, aku nak tolong pun tak boleh Hati kau keras, Amat


Berbalik ke Shah Alam, bila ada kakak2 senior yang comel2 tanya nama aku, aku pun nak bagi lah nama yang best sikit pada zaman tu paling tidak pun Cantona ke Beckham ke...tetapi bukanlah Ricky Martin (geli sikit). Tiba2 dari kejauhan aku terdengar suara memanggil, John...woi John, kau ke tu?. Masa ni aku tak toleh tengok lagi hantu raya mana yang panggil aku nama keramat tu. Dalam hati aku memang dah berkata, oh tidakkatakan tidak. Si Ramli menepuk bahu aku.


Aiseymen, Ramliko nak mampus ya?, kataku di dalam hati. Rosaklah debut aku masa tu disebabkan malaun sekor ni. Kau pun kat sini ye?, kata Ramli padaku. Kakak2 comel tu berlalu sambil berlalu pergi sambil berkata, ooonama dia John rupanyahik hik. Halnya masa tu si Ramli nak tanya aku kalau aku dah dapat tempat tinggal. Rumah yang dia sewa tu masih ada kekosongan lagi katanya. Disebabkan harapan aku dah hancur berkecai, aku follow je la dia. Tapi ni bukanlah kisah rumah berhantu.


Keesokan malamnya kami lepak di kedai mamak area TTDI Jaya, aku pun menyampaikanlah terima kasih pada Ramli, thanks lah ye bagitau aku vacancy kat rumah kita sekarang walaupun dah ade 14 orang dalam tu pun kau kata ada vacancy lagi. Ya, rumah flat kitorang tu share 15 orang students, tidor bersepah atas lantai, siapa balik lambat tidurla depan bilik air.


Ramli bercerita, lepas je dia abis diploma kat utara dulu dan sebelum sambung yang sekarang ni, dia kena bawa adik dia yang oku tu ke rumah kakaknya di Segamat. Jap2kau nak cerita hantu malam2 camni ke? Sepatutnya kita kena amik port tidur dah ni, aku cuba memancung aktiviti tak berfaedah yang cuba dilakukan Ramli. Rileks lahaku tidur kat dapur, ko bentang lah toto kat depan toilet nanti, pujuknya.




Perjalanan ke Segamat


Ramli lebih suka memandu di waktu malam, lebih tenang katanya. Di dalam kereta hanyalah dia berdua dengan adiknya. Adiknya oku tapi bukanlah kekurangan dari segi anggota, dia austisme kot? Aku pun tak pasti. Tapi agak sukar untuk berkomunikasi dengan adik Ramli ni. Perjalanan mereka agak lancar, kurang kenderaan tapi jalannya agak gelap malam tu, sunyiradio kereta pun ditutup sebab siaran tak berapa jelas. Ramli pun perlahan2 menyanyi sambil cermin tingkapnya diturunkan, dia menghisap rokok dengan penuh perasaan. Sedang dia asyik melayan perasaan, tiba2 adiknya pula yang menyanyi, sejuta~ bintang bertabursiapakah gerangan di jendela~.


Tiba2 meremang bulu roma Ramli dan perasaan seram pun melanda dirinya. Aduhkereta ni keliling cermin, katanya di dalam hati. Dia cepat2 membuang puntung rokoknya dan menutup cermin kereta. Untuk pengetahuan semua, masa tu tak semua kereta ada power window jadi dengan bersusah payah lah Ramli cuba menutup tingkap di sebelahnya. Tiba2 dari ekor matanya macam ada benda terbang di sebelah tingkapnya.


Mata Ramli masih tertumpu ke depan, sebelah tangannya cuba membuka radio ikim. Manalah tau kalau2 ada rancangan mengaji ke malam2 ni, ketika ini radio ikim dikira masih agak2 baru lagi. Ramli cuba menekan butang start radio tetapi jarinya yang menggeletar tu asyik tertekan tombol volume suara. Dah kenapa pulak tombol suara ni kat sini?, tanyanya di dalam hati menyalahkan tombol tu. Baginya bukanlah salah jarinya ketika itu.




Bersambung


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 03:09 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 3-6-2019 03:02 PM
Zaman aku belajar di utara pun sudah berlalu, pada circa 2002 aku menyambung pelajaranku di Shah Ala ...

besttt...lagi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 03:40 PM | Show all posts
cerita seram tp klakar
sambung lg pls
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
TT orang Perak kah? Loghat dalam penulisan mcm org Perak
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-6-2019 12:58 AM | Show all posts
Di jalan gelap di antara Tampin ke Segamat, terdapat sebuah kereta iswara aeroback yang dipandu dalam keadaan tak tentu hala. Kadang2 ke tengah, kadang2 ke tepi, sekejap laju, sekejap perlahan. Itulah kereta yang dipandu oleh Ramli, dah dapat lesen penuh pun bawak kereta tak betul lagi. Semuanya gara2 ada makhluk berkain putih rabak, barai serta mempunyai kesan tompokan2 darah sedang gigih mengejarnya.


*Kembali kepada waktu Ramli bercerita di kedai mamak, dia berhenti seketika menyalakan rokok dan meneguk teh tariknya perlahan2
Aku: Aterapa jadi lepas tu? Lama benor plak aih berhenti ceritanya. Aku nak balik...
Ramli: Aku pun berhenti dekat traffic light
Aku: Berhenti kat traffic light kejadahnya? Tu dah dikira saat2 getir, bukannya ada kereta pun tengah2 malam


Ramli pun melihat kiri dan kanan sambil berkata, cepatlah hijau lampu ni punbukannya ada kereta belah sana kau nak hijau lama2. Kemudian dilihat adiknya di sebelah sedang tidur lena, langsung tak mengambil tahu kerunsingan abangnya ketika itu. Tiba2 ada suara perempuan dari seat belakang mengatakan, lampu dah hijau bangjalan lah. Ramli pun kelam kabut memasukkan gear dan meneruskan perjalanannya, tak lama tu dia pun mula berpeluh sejuk.


Dilihatnya di tempat duduk belakang ada lembaga seperti perempuan, sedang menyisir2 rambutnya yang kusut. Kata Ramli kusutnya tu lebih teruk dari sabut kelapa, rambutnya patch2 sini ada rambut, sana nanah, mengalir2 darah dan nanah dari kepalanya serta busuk ya amat. Apakan daya Ramli ketika itu, nak dibuat2 tak nampak pun tak boleh, nak baca apa2 yang patut pun tak ingat sebab dia pervert suka tengok yang bukan2.


Kelihatan di hadapan ada satu tanah perkuburan, dia pun berhentikan keretanya kalau2 penumpang di tempat duduk belakangnya mahu turun di situ. Aku pun tak tahu apa rasional pemikiran Ramli ketika itu.
Saya bukan mahu turun di sini bangheeheehee, katanya sambil mengilai. Ramli semakin berpeluh2 mengalahkan pemain bola sepak Piala Malaysia. Abang nak tumpangkan kawan2 saya ke?, sambung makhluk tu lagi sambil menyeringai giginya dilihat Ramli. Ramli menoleh ke tanah perkuburan makin banyak pula kelibat2 seperti orang berdiri di tanah kubur. Melihat kelibat yang semakin ramai tu, Ramli pun terus memecut keretanya, jalan dilalui semakin sunyi, semakin gelap.


Hahada surau di hadapan, katanya di dalam hati. Ramli menyangka inilah jalan keluar baginya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dia memberhentikan keretanya di tepi pagar surau, dan terus berlari pergi mengambil wuduk. Dia tinggal je adik dia dalam kereta sorang2, sungguh tak patut Ramli ni ye kawan2. Dilihatnya makhluk tadi menunggunya di luar pagar surau sambil mengilai2. Dia pun melaksanakan solat sunat di perkarangan surau tu sambil mengalir2 air matanya mengalahkan solat sunat taubat seorang gengster. Usai sahaja doa dibaca, Ramli menjeling semula ke keretanya. Makhluk itu sudah hilang dari pandangan mata.


Dia pun berlari ke kereta dan meneruskan perjalanan ke rumah kakaknya. Tiada lagi kelibat makhluk seumpamanya yang dilihat tadi. Jalan pun mula ada berselisih dengan kenderaan walaupun jarang2, kemudiannya ada lalu kawasan kampung dan pekan. Tidak lagi sesunyi tadi.


*Kembali kepada waktu Ramli menceritakan kepadaku,
Aku: Yeyabishepi ending. Jom la balik
Ramli: Eh, kejap la. Aku tak abis cakap lagi
Aku: Ape kebendenye lagi? Esok ada kelas la gile
Ramli: Esoknya tu aku balik ikut jalan yang sama, aku tak nampak pun surau yang aku solat tu. Kubur yang macam aku tengok tu pun tak ada. Kalau aku fikir2 balik, surau tu macam terbiar. Ada daun2, bila sujud berhabuk dahi aku.
Aku: Kau pasti ke?
Ramli: Surau tu tangganya kayu, lantai dan dinding pun papan. Mana ada surau macam tu kat sepanjang jalan Tampin ke Segamat? (yang ni aku tak dapat nak pastikan, aku iyakan je la)




Begitulah permulaan kehidupan aku dan Ramli di Shah Alam. Lain2 kisah akan ku ceritakan di lain waktu, insyaAllah Esok last puasa, mungkin sibuk kena kacau kuali kawah, bakar lemang dan lawan meriam buloh dengan kampung sebelah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-6-2019 12:59 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 3-6-2019 09:32 PM
TT orang Perak kah? Loghat dalam penulisan mcm org Perak

ye betui
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2019 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks TT sbb sudi share kisah seram & dalam masa yang sama kisah TT ni sangat mencuit hati hehe terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Perkongsian yg sangat menarik. Lama tak baca pengalaman2 unik. AlFatihah utk pak tahir, spesel pokcik ni.

Terimakasih, selamat hariraya aidilfitri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Best2 hahaha tt ko jangan menghilang terus tak update cite dlm ni lepas raya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2019 10:56 AM | Show all posts
cerita dan penulisan penceritaan yang sangat menarik dan mudah difahami, tahniah TT
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2019 11:54 AM | Show all posts
Best citer2 dr tt.. olahan pun menarik..
Selamat hari raya...moga ada lagi citer lps raya..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-6-2019 12:47 PM | Show all posts
Cuti semester pertama aku bermula, kali ni aku kembali ke rumah arwah opahku. Opahku telah pun meninggal dunia di dalam bulan puasa tahun sebelumnya. Semenjak itu, rumah opah agak terbiar dan ayah pula telah ditukarkan ke Ipoh dan diberikan rumah kuarters di sana. Sebagai anak muda ketika itu, kalau nak balik kampung tu, aku tak terus ke puduraya (sekarang pudu sentral) untuk tunggu bas. Aku akan jalan2 di dalam kotaraya, tengok kaset band underground di kompleks Campbell atau usha awek2 dekat The Mall (sekarang Sunway Putra)


Dulu2 kalau naik bas ekspress tu harapannya kalau2 awek duduk di sebelah, kebarangkaliannya 1 dalam 50. Sangatlah rarenya berlaku. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam, dan kemudiannya aku menaiki bas dari pekan ke kampungku. Sesampai je di kampung aku terus ke warung Pak Itam terlebih dahulu sebab di KL aku tak makan apa2, nak makan mahal. Aku melihat Rashid yang ketika itunya sedang membaca surat kabar.


Aku: Udah ngape kau baca surat kabor tu terbalik. Nampak benor tak semioknya, nak aku panggilkan ambulan pergi Tanjung Rambutan ke?
Rashid: Ishhkamu nijanganla ghope tu. Aku ni tengah nak cover macho depan bini Pak Itam ni.
Aku: Eh? Pak Itam udah berkahwin? Punya lama dia menduda, tiba2 je dengor udah kawen. Haram nak menjemputtu la ghopenya. Ehtu bini orang la. Kau nak cover macho pun buat apa?


Aminah keluar dari dapur dan datang kepadaku untuk mengambil pesanan makanan, dan masuk semula ke dapur memberikan pesanan tersebut kepada Pak Itam.


Aku: Aihudah kerja sini si Minah ni ye? Bagus ler Pak Itam ada pembantu, idak ler sorang2 terkontang kantin buat kerja.
Rashid: Kerja sini? Tu ler bininya Pak Itam.


Aku menepuk dahibudak baya aku dibanteinya buat bini. Ajer Pak ItamPak Itamhati kau pun keras jugak. Tiba2 Rashid menghampiri tempat duduk ku sambil mengambil sebatang rokok.


Aku: Ni ada ler benda tak berfaedah nak dicerite ni. Kau janganaku tidur sorang2 je karang kat rumah opah aku tu.
Rashid: Haikau takut? Macam tak biasa, aku boleh temankan. Tapi kena la belanja sekotak rokok paling tidak pun.
Aku: Kau nak temankan aku? Kau la yang kabur dulu biasanya. Tak ingat rumah arwah Wan Leha dulu?




Kisah rumah Wan Leha


Wan Leha ni kakak kepada opah aku, tapi dia bukan lah orang Kelantan. Gelaran Wan ni biasa digunakan di dalam keluarga sebagai tanda hormat. Nama asalnya tak ada nama Wan pun. Waktu aku sekolah rendah, Wan Leha ni masukkan ke hospital. Opah, mak dan ayahku semuanya ke hospital dan berkampung di sana, jadinya aku ni disuruhnya tidur di rumah Wan Leha. Aku pun tak paham kenapa masa tu aku kena tidur di rumah Wan Leha. Kakak aku boleh pulak ikut pergi hospital, dah la cuti sekolah masa tu.


Misterinya rumah Wan Leha ni, aku selalu dialihkan dari tempat tidur aku. Katakan kalau aku tidur di tingkat atas, aku bangun di tingkat bawah. Kalau aku tidur di tingkat bawah, aku bangun di tingkat atas. Tak masuk dek akal bagiku tempat aku tidur dan tempat aku bila bangun tidur tu tak sama. Aku rasa cerita Gaban lagi logik dari aku kena alih2 begitu.

Aku pun mengajak Rashid teman aku tidur di rumah Wan Leha sambil dengan merasuahnya sebungkus mee maggi. Rashid pun bersetuju nak teman aku, walaupun mengetahui kisah aku tidur kena alih2 tu. Malam tu sedang aku mencuci pinggan mangkuk di dapur selepas makan maggi, tiba2 bunyi motor anak Wan Leha distart dan dipulas2 throttlenya. Bukan main bising lagi bunyi motornya. Dari jendela dapur, aku melihat Rashid berlari meninggalkan aku.


Kenapa Rashid lari? Anak Wan Leha dah meninggal dunia, disebabkan kemalangan motor. Jadi di rumah tu sepatutnya aku dan Rashid sahaja. Motor yang berbunyi di rumah tu pun dah barai, enjinnya pun tak ada. Nak ramp2 bunyi kuat kemendenya kan? Aku kemudiannya mengikut Rashid berlari dan menumpang tidur di rumahnya.


*Kembali kepada kami yang di warung Pak Itam
Rashid: Tu kisah lamaAku kecik lagi masa tu. Sekarang ni aku, Rashid anak jati kampung kita ni (dengan suara yang lantang sebab Aminah menghantar nasi lemak dan kopi o panas yang ku pesan)
Aku: Udah2 la Rashid, bini orang tu. Hahkau cerita la apa yang kau nak cerita. Aku redho je la




Bersambung


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-6-2019 02:38 PM | Show all posts
Rashid pun dengan selambanya order nasi lemak dan kopi o panas juga sambil memberitahu Aminah, aku yang belanja.


Aku: Siapa kata aku nak belanja kau? Dah la rokok aku kau main bedal je?
Rashid: Alaahhhdengan aku pun kau nak berkira. Aku bukannya takde duit, tapi yang ade sekarang ni duit menang nombor hari tu. Haram woo kalau makan.
Aku: (yang mula2 kau buat kerja menatang haram tu kenapa syaieh, aku tidur sorang malam niastaghfirullah hal azim)
Rashid: Macam ni kisahnya, bulan lepas aku dengan Leman pergi ke Ipoh. Pergi tengok wayang, kau tau je la pekan kita tu wayangnya dah lama tutup. Tapi tiger show idak maunya pulak ditutup.
Aku: Jadi sebenornya kome nengok wayang ke tiger show?
Rashid: Errranuitutu bukan kisahnya. Masa kami on the way balik tu




Kisah Leman dan Rashid


Dua ekor malaun yang perangainya tak serupa orang ni dalam perjalanan pulang ke kampung dengan menaiki basikal tua jenama Raleigh. Diorang pergi balik naik basikal disebabkan mereka akan pulang lewat pada malam itu. Bas terakhir dari pekan ke kampung adalah pada jam 9 malam.


Rashid: Aku dengan Leman bergilir2 mengayuh basikal, kau tau la jauh juga dari pekan ke kampung kita ni. Kau tau tak tanah lapang tepi jalan milik hospital sini tu?
Aku: Oookubur tak bertanda tu. Tempat hospital tanam waris2 yang tak dituntut dari zaman Jepun lagi.
Rashid: Hahyang tu. Boleh pulak rantai basikal jatuh kat situ, sebelum2 tu ok je.


Untuk yang tak tahu tentang basikal tua ni, kalau nak betulkan rantainya tu agak leceh la juga sebab kena buka yang macam penutup tin biskut tu dulu, baharu lah boleh dibetulkan rantainya di dalam ruang bulatan yang agak terhad.


Leman: Cepat lah Rashid betulkan rantai basikal tu. Udah lain macam aku rasa ni, nak terkencing pun ade.
Rashid: Sabor lerbasikal ni punkat tempat macam ni lah kau nak tanggal rantai pun


Selepas rantai dibetulkan, Rashid pun sambung mengayuh basikal dan Leman duduk di seat belakang. Tak jauh dari tempat tadi, sekali lagi rantai basikal tu terjatuh. Leman dan Rashid memandang antara satu sama lain. Mereka sepakat menolak basikal sambil berlari untuk melepaskan kawasan kubur tak bertanda tu kemudian barulah membetulkan semula rantai basikal.


Perjalanan mereka mengayuh basikal kembali lancar, sehinggalah mereka melalui kawasan tanah perkuburan kampung. Basikal mereka terlanggar satu objek berbentuk bulat dan bergolek2 setelah dilanggar.


Leman: Kau langgar apa Rashid?
Rashid: Entahnak cakap bola macam berat je benda yang aku langgar tadi. Kelapa tua gugur kot?
Leman: Mana ada pokok kelapa kat siniPokok kemboja ni ade la. (sambil menunjukkan pokok kemboja di dalam pagar tanah perkuburan)
Rashid: Eh, rantai jatuh lagiajer penat. Kau lah pulak memetuikannye. Aku tolong suluhkan torch light.


Alangkah terkejutnya mereka bila disuluh, ada kepala orang di atas jalan. Terletak elok berhampiran dengan pengayuh basikal. Kepala itu lidahnya terjelir keluar, anak matanya pula ke atas dan mukanya berlumuran darah. Mereka berdua jatuh terduduk setelah melihat akan rupa kepala itu.


Peluh membasahi muka mereka, bukanlah disebabkan malam tu panas ataupun penat mengayuh basikal. Anak mata kepala itu perlahan2 turun dan melihat ke arah mereka. Leman dan Rashid masih tak mampu bergerak dan Leman pula yang dari tadi menahan terus terkencing di dalam seluar.

Tiba2 saja bahu mereka dicuit dari belakang. Perlahan2 mereka menoleh, sejasad tubuh tanpa kepala membuat isyarat tangan meminta mereka memberikan kepalanya kembali.


Pandangan mereka berdua pun menjadi gelap, mereka pengsan di tepi jalan dan dikejutkan oleh tok penghulu yang dalam perjalanan nak ke masjid untuk solat subuh. Mereka dinasihati untuk tidak lagi tidur di depan tanah perkuburan kerana boleh mencemarkan nama baik kampung.


Aku: Ooojadinya objek bulat yang kau langgar tu kepala makhluk tu la ye? (sambil membayar makanan kami kepada Aminah)
Rashid: Haah la kot? Eh, kau nak ke mana ni? Bukan nak tidur rumah opah kau ke?
Aku: Kejap lagi bas nak ke pekan lalu, aku terus ke ipoh je la nampaknya.
Rashid: Eh? Takkan kau ta
Aku: Ahhhshadap you

Aku pun meninggalkan kampung dengan menaiki bas ke pekan dan menukar bas untuk ke Ipoh. Mak dan ayah aku terkejut melihat aku tiba di rumah kuarters mereka sewaktu mereka sedang makan malam.

Aku menjawap, tiba2 rasa rindu masakan mak. Ada masak lebih tak?.
Udah ler kamurindu masakan mak kamu konon. Kabor je la kamu takut tidor sorang kat kampung, kata ayahku sambil gelak terbahak2.
Udah lah tu paknya, kamu duduk la dulumak cedokkan nasi, kata ibu sambil menggeleng2kan kepalanya.




Ni kira bonus lah ye, aku dapat masa tambahan dari orang rumah. Di kesempatan ni aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan terima kasih kerana sudi membaca cerita aku yang tak seberapa ni. Aku minta maaf zahir dan batin kalau ada yang tersinggung keterseram ke . Harap seri 0-0 lah ye tanpa ada sudden death ataupun sepakan penalti.


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita dan gaya penceritaan ko bro..selamat hr raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.088699s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list