Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
41099
View
469
Reply

Pengalaman budak2 nakal

[Copy link]

Author: Exoskeleton       Show all posts   Read mode

Post time 6-6-2019 09:58 PM | Show all posts
terbaik lah citer TT....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 3-6-2019 04:59 PM
ye betui

Orang Kampo ke Menawor? Situ je ada bas naik 2kali nak ke Ipoh. Pastu dari KL ke sana 2jam. Hahaha
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-6-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 7-6-2019 11:33 AM
Orang Kampo ke Menawor? Situ je ada bas naik 2kali nak ke Ipoh. Pastu dari KL ke sana 2jam. Hahaha

ehem2...anda pasti? haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke Tanjung Tualang? Eh teman org Kampo! Hai orang Kampo
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2019 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 7-6-2019 09:40 AM
ehem2...anda pasti? haha

Sebab masa aku study Ipoh, parents aku beli rumah kat Langkap. Aku naik bas 2kali dari sana. Hahahaa taktauu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestla gaya penceritaan tt. Terbaikkk
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-6-2019 07:50 AM | Show all posts
Assalamualaikumapa kabar? Seronok tak raya? Haha. Cerita kali ni terjadi semasa aku belajar di Shah Alam, aku ada kawan bergelar Fendi. Dia ni sangat2 la dense orangnya. Sampaikan ada perempuan yang sudahnya jadi tomboy sebab dia tak perasan perempuan tu suka kat dia, dan dia terfriendzonekan perempuan tu tanpa sengaja. Tapi tu kira personal life dia lah, aku pun tak peduli hal dia dengan orang lain. Yang jadi masalahnya bila melibatkan aku.




Kisah 1 dengan Fendi


Disebabkan stress ya amat akibat last minit masa siapkan assignment dan study exam, aku, Ramli (pervert), Fendi (dense ya amat) dan Fikri (hantu aktiviti outdoor) mengambil keputusan untuk bercamping di satu kawasan sungai di Hulu Langat. Pada waktu siangnya, segala2nya berjalan dengan lancar walaupun ada insiden babi hutan keluar dari belukar sewaktu kami sedang BBQ.


Babi hutan, woiilari!!, jerit Ramli. Kami pun berlari ke atas batu yang besar di sungai.
Eh? Ayam yang tengah bakar tu macam mana?, aku bertanya tiba2
Kami pun serba salah nak selamatkan ayam yang kami sedang bakar tu atau macam mana. Tiba2 Fendi melompat dan menjerit, waaaarrrggghhhhwarggghhhhhh untuk menghalau babi hutan tersebut. Dia bernasib baik babi tersebut melarikan diri dan tidak merodoknya. Tamatlah detik2 cemas kami yang entah apa2 tu.


Bila waktu malam menjelang, kami berborak di unggun api yang dinyalakan oleh Fikri. Tiba2 Fendi bersuara, korang tau tak apa yang seronok kita buat waktu malam2 macam ni?.
Buat apa?, tanyaku ringkas.
Kita cerita seram la kawan2baru feeling, jawap Fendi.
Aku karate jugak tulang rusuk budak ni karang, bisikku sendiri.
Kau tau apa cerita seram aku?, tiba2 Ramli menyampok
Apa dia?, tanya Fikri yang diam saja dari tadi.
Kena kejar dengan bapok kat jalan Haji Taibkah kah kah, jawap Ramli sambil ketawa berdekah
Apa pulak kau buat kat jalan Haji Taib tu?, tanyaku sinis
Errrakuakuahhhtu tak penting, kau kan banyak cerita2 seram? Cepat jalankan tanggungjawab kau, jawap Ramli kepadaku. Aku pun malas melayan kegiatan tak bermoral si dense dan si pervert tu, jadi aku merehatkan diri di dalam khemah. Tak lama kemudian Fikri juga merehatkan dirinya di dalam khemahnya.


Tengah malam menjelang, aku mendengar Fendi dan Ramli gelak terbahak2 di luar dan kemudiannya mendengar Fendi nak pergi membuang air. Tak lama kemudian Fendi berlari kepada Ramli sambil berkata, Ramli, tadi masa aku pergi kencing kat hujung pokok sana, aku nampak awek2 mandi berkemban dalam sungai. Aku yang terdengar perbualan mereka, dah start dah dense si Fendi ni. Awek mana lagi dalam hutan, berkemban, mandi sungai beramai2?. Aku dengan pantas menarik zip menutup khemahku dari dalam supaya tak terlibat dengan kekarutan yang akan dilakukan mereka.


Si pervert tu pun dengan gumbira bertanya, mana? Mana? Aku tak pernah tengok awek mandi sungai berkemban ni.
Opkos la kau tak pernah tengokaduyaitak pernah dibuat orang, kataku di dalam hati sambil menyiap2kan diriku. Mereka berdua pun pergi mengintai di lokasi yang diceritakan oleh Fendi tadi. Sedang mereka asyik melihat perempuan2 tu bermain2 air, disebabkan Ramli tidak sedense Fikri, dia pun terfikir benda2 yang sepatutnya dia fikir sebelum hawa nafsunya medahului akalnya.


Ramli mula berpeluh sejuk. Dalam Ramli mula menjadi pucat macam mayat, dia terdengar Fendi berkata, Eh, awek2 tu dah berhenti main air pula. Ramli pun melihat kembali, perempuan2 tu perlahan2 menolehkan kepala ke arah mereka. Muka mereka kosong. Ramli pun cepat2 menarik Fendi pergi dari situ sambil berkata, lari Fendijom kita lari. Fendi yang masih tercengang dengan kelakuan Ramli tu pun bertanya, kenapa? Apa yang tak kenanya?.


Mereka pun sampai ke lokasi kami berkhemah dan kemudiannya Ramli membuka zip di khemahku. Dah kenapa pula kau zip abis sleeping bag kau ni?, tanya Ramli. Dia pun membuka zip sleeping bagku dan sekali lagi dia bertanya, tidur apa kau siap pakai eye mask dan ear plug?. Dia pun membuka eye mask dan earplugku. RamliRamlikau tak tau ke kenapa aku pakai benda2 alah tu.


Kau...kau tau tak apa yang aku dengan Fendi nampak tadi?, tanya Ramli yang terketar2 kepadaku yang sedang membuat muka. Beberapa benda yang sedang ku fikirkan ketika ini, dah kenapa la kau nak cerita benda2 ni time2 macam ni. Tunggulah dah selamat siang kedah balik Shah Alam ke. Alangkah seronoknya jadi Fikri ketika ni. Tiba2 kami terdengar suara Fendi di luar, awak cari kawan saya yang tadi? Nama dia Ramli, tu dia dalam khemah tu.


Ketika ini aku berkata di dalam hati, kenapalah dua ekor mangkuk ayun ni datang merosakkan kebahagiaan aku?




Bersambung


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 02:33 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 9-6-2019 07:50 AM
Assalamualaikumapa kabar? Seronok tak raya? Haha. Cerita kali ni terjadi semasa aku belajar di Sha ...

Dgn segala hormatnya dijemput tt menyambung cerita ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 9-6-2019 07:50 AM
Assalamualaikumapa kabar? Seronok tak raya? Haha. Cerita kali ni terjadi semasa aku belajar di Sha ...

Sambung lagi bossku.. best pulak layan cerita chuolls.dah lama xde cerita seram+kelakar camni.nah munger pemberian dari i,huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam tt.. Selamat hari raya.. Cite best.. Sila sambung lagi.. Dh lama xde benang yg best
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 11:20 PM | Show all posts
Hahahah dalam seram boleh tergelak .. adoi kenangan betul kisah tt ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 09:55 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 9-6-2019 07:50 AM
Assalamualaikumapa kabar? Seronok tak raya? Haha. Cerita kali ni terjadi semasa aku belajar di Sha ...

menanti sambungan...  ralit pulak aku baca...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2019 10:28 AM | Show all posts
Di saat2 cemas tu, Ramli pun masuk ke dalam khemah dan menarik zip untuk menutup khemah. Aku pula mangsa keadaan, kalau khemah tu ada 2 pintu, pasti aku dah melarikan diri ke tempat lain. Perlahan2 zip khemah dibuka, saspen betul hantu ni buat kerja. Kalau cepat2 pun macam tak kena juga. Berderau darah kami bila melihat makhluk tu memasukkan tangannya ke dalam khemah. Tangannya buruk dan berlubang2, kukunya hitam dan panjang.


Aku pun mula membaca apa yang ku tahu, apa yang diajar Pak Tahir padaku. Tangan itu kemudiannya berhenti dan kemudiannya hilang dari pandangan mata sambil kedengaran bunyi teriak yang kuat membuatkan Ramli pengsan mendengarnya. Aku menarik nafas lega dan bersyukur. Tapi itulah kali terakhir aku berkhemah dengan budak2 ni. Silap2 boleh gelap masa depan aku dibuatnya.


Selepas kejadian


Fendi: Oootu ke rupanya hantu. Aku ingatkan dia ada masalah kulit. Tapi masa dia mandi elok je muka licin?
Aku: (nak baliknak baliknak baliklantak korang lah apa nak jadi pun)
Fikri: Sedap tidur malam semalam, sejuk dan nyaman je.




Kisah 2 dengan Fendi

Kisah ni terjadi bila kami balik bersuka ria di Genting, masing2 kepenatan di dalam kereta. Jadi kami membuat keputusan untuk melelapkan mata dan membiarkan Fendi yang memandu ketika itu. Alangkah menyesalnya kami...


Ketika itu waktu tengah malam, aku, Fendi dan 2 lagi watak tak penting agak terlewat untuk turun dari Genting disebabkan agak leka di sana. Nak overnight di Genting, dengarnya macam2 cerita angker di sana. Tambahan pula bila bawa si Fendi ni.


Aku baru saja hendak melelapkan mata, tiba2 aku terdengar si Fendi berkata,Fullamakamoi la wehpeeewwwiiiittttt. Aku terbuka mata sekejap. Amoi?, kataku di dalam hati. Aku melihat sekeliling. Ehni jalan lama Genting Sempah ke Gombak ni. Kenapa pula Fendi ikut jalan ni?, tanyaku sendirian. Aku pun ternampak kelibat amoi berbaju cheongsam berjalan kaki di waktu malam.


Sangat2 lah tak logik ye kawan2ada amoi jalan kaki malam2 di jalan yang sunyi, pakai cheongsam pula tu. Tapi si Fendi yang sangat2 dense tu dia tak memikirkan hal itu. Dia bersiul dan mengacau amoi tersebut. Ketika ni aku tak tahu apa yang patut aku buat. Kalau Ramli boleh menyebabkan aku kena heart attack, budak Fendi ni boleh menyebabkan jantung aku berhenti begitu saja. Flat line terus.


Aku lihat 2 lagi housemate aku sedang meringkuk di belakang sambil tangan menutup muka mereka. Mereka berdua pun faham akan keangkeran yang sedang berlaku. Ni pula aku yang duduk di first class seat bersebelahan si Fendi. Sekali lagi terdengar suara Fendi berkata dengan kuat, eh? Depan ni pun ada amoi lagi? Baju sama warna macam tadi lahboria kot diorang ni.


Fendi terus2an mengacau dan mengorat amoi2 yang dilihatnya, pada aku amoi tu ialah amoi yang sama. Aku pun teringat pesan dari Pak Tahir, kalau jadi benda2 macam ni, hon 3 kali. Tu ialah kodnya untuk beritahu kita nak lalu saja kawasan tu. Aku pun terus tekan hon sebanyak 3 kali dan ditegur oleh Fendi, kot ye pun nak join ngorat tak payah la guna hon, dah tengah malam ni. Selepas aku membunyikan hon, kami tidak lagi diganggu oleh kelibat amoi tadi tu.


Selepas kejadian tu, dua orang yang mengikut aku dan Fendi tu berpindah ke rumah lain. Bagi mereka Fendi ialah angker dan angker ialah Fendi.




Kisah 3 dengan Fendi


Masa tu kami melepak di parking rumah flat sedang menunggu Fendi yang pulang dari kampung. Kalau ikut cadangannya nak lepak2 di kedai mamak sebab lapar tengah2 malam. Biasalah kalau student tu kan memanjang laparnya. Fendi satu2nya housemate kami yang ada kereta, jadi kami pun sms dia dan dia pun ok, siap nak belanja lagi. Memang antara ayat keramat ketika zaman student iaitu makan free atau orang belanja.


Tak lama kemudian Fendi pun sampai. Ramli mengambil tempat duduk depan, akuu dan sorang lagi housemate duduk di belakang. Bila aku nak masuk sebelah kaki, aku ternampak batu nisan berbungkus kain putih.


Aku: Batu nisan apa ni, Fendi? Siap bungkus kain putih. Kau ada buat part time lain ke?
Ketika ini aku cuba bersangka baik dengan si Fendi yang dense tu


Fendi: Ooo...tu awek yang aku hantar tadi tertinggal lah kot?
Ramli: Cun tak awek tu?
Pada aku soalan si Ramli ni tak membantu situasi kami ketika itu. Housemate yang sorang lagi tu dah pun berlari meninggalkan kami dengan batu nisan yang tak berfaedah tu.


Fendi: Cun woooputih melepak. Tapi aku macam kesian juga kat dia
Ramli: Kesian kenapa pula?
Fendi: Yeladia dukung batu nisan ni macam baby tadimungkin teringat anak dia kot? Lepas tu dia mintak aku turunkan dia dekat kubur.


Ramli berpeluh sejuk dan memandang mukaku. Terus dia berlari naik ke rumah, meninggalkan aku dan Fendi. Kurang ajar punya kawan2aku juga ditinggalkan untuk selesaikan kekarutan ni. Kalau dibiarkan, mau si Fendi ni bawa batu nisan naik ke rumah. Lagi panjang ceritanya nanti.


Aku pun dengan hati yang gundah gulana, mintalah Fendi membawa aku ke kubur yang dikatakan tadi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam, kami sampai di kawasan kubur berhampiran dengan Kuang yang jalannya sunyi tak ada kenderaan lalu ketika itu. Lubang libu betul aku ketika itu, nak bawa si Fendi macam tak kena, nak suruh dia pergi sorang lagi lah tak kena. (Ketika ni dia tengok aku sambil tanya, "kenapa? kenapa?")


Aku membuat keputusan untuk turun dan pulangkan batu nisan tu kepada yang empunya. Sebelum kegiatan tak bermoral tu ku lakukan. Aku pun membaca apa2 yang patut untuk memagar diriku dan perlahan2 melangkah di tanah perkuburan yang gelap itu. Bagai nak luruh jantungku bila melihat perempuan berbaju putih tu terpacak di tanah perkuburan itu. Perlahan2 tangannya di angkat menunjukkan kubur yang kekurangan satu batu nisan.


Aku pun meletakkannya kembali di tempatnya dan mengikatkan kain putih pada batu nisan tersebut. Kemudiannya aku membacakan doa untuk arwahnya dan untuk diriku sendiri. Aku pun berjalan kembali ke kereta tanpa melihat ke arah perempuan tersebut. Ye lahkalau dia bertukar rupa hodoh nanti macam mana?


Selepas kejadian

Aku meminta Fendi belanja aku MCD sebagai ganti rugi dan aku makan di hadapan Ramli dan housemate yang melarikan diri tinggalkan aku terkontang kanting seorang diri menghadap kedensean si Fendi tu. Fendi pula meminta nombor telefon awek tu padaku, katanya, kau lama kat tempat awek tu, takkan lah tak minta nombor telefon dia?.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 12:17 PM | Show all posts
Ya Ampunn...nape lurus no si Fendi ni..xde perasaan ke dia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 01:43 PM | Show all posts
Kenapa aku rasa si fendi tu sengal semacam
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari raya tt. Bestla cte tt. Cte lagi tau. Tetiap hari teman masuk sini menunggu cte baru
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2019 10:14 PM | Show all posts
Sewaktu aku sedang menikmati keindahan petang sambil menghisap rokok di bus stop (hisap kat dalam rumah nanti kena paw pula) yang bersebelahan rumah flatku sambil mengusha awek2 poli yang menunggu bas untuk pulang ke kampung, tiba2 handphone aku berbunyi. Paksu menelefonku hendak ajak melepak. Paksu ku agak ngam denganku kerana umur kami  cuma 10 tahun saja bezanya. Jadi projek usha awek di bus stop terpaksa dihentikan dan aku menunggu dia mengambilku di bus stop itu.


Setengah jam kemudian, sebuah kereta kancil mata bulat berhenti di hadapanku. Aku pun mengintai nak ambil aku ke ambil awek2 poli ni? Paksu aku dah tiba, dia mengajakku pergi pekena sup kambing di Jalan Doraisamy. Perjalanan agak lancar, jalan di Kuala Lumpur agak sibuk tetapi tidak seteruk sekarang. Sampai saja di Jalan Doraisamy, kami order dua sup kambing bersama dengan roti. Sambil menunggu sup kami sampai, kami pun membuka bungkusan nasi lemak di atas meja.


Kami berborak2 dari dalam kereta sehingga sup kambing kami sampai. Kemudiannya Paksu bercerita tentang perjalanannya ke Pulau Pinang atas urusan kerja.


Terowong Menora


Paksu: Kamu tau tak 2 bulan lepas Paksu lalu Terowong Menora nak ke Pulau Pinang. Sekali Paksu kena kacau pula.
Aku: (dalam hati: dah kenapa semua orang nak cerita hantu kat aku time malam2 je)


Ketika itu Paksu menaiki kereta kancilnya ke Pulau Pinang, agak mencabar bagi kereta kancilnya itu untuk melalui kawasan Terowong Menora disebabkan kawasannya berbukit bukau. Lepas saja terowong tersebut, Paksu melihat van jenazah di hadapannya. Disebabkan van itu agak perlahan, Paksu pun memintas van jenazah tersebut sambil menyanyi lagu kaset yang dipasangnya.


Dia kemudiannya ralit memandu, tak sedar dia dah memintas beberapa van jenazah tetapi di hadapannya masih ada 1 lagi van jenazah di hadapannya. Eh? Rasanya macam dah banyak kali potong van jenazah ni, katanya di dalam hati. Dia pun memotong lagi van jenazah yang di hadapannya itu dan bersangka ia hanya perasaannya sahaja.


Tetapi sangkaannya meleset apabila melihat satu lagi van jenazah di hadapannya. Peluh mula membasahi mukanya, tetapi bukanlah kerana aircond kereta tak sejuk. Kali ini dia cuba membiarkan van itu di hadapannya saja, tetapi kelajuan van itu pula makin berkurangan. Maka terpaksalah dia memintas lagi. Sewaktu memintas, van itu kembali laju menyamai kelajuan keretanya dan kelihatan lampu di bahagian belakang van tu pula berkelip2 seperti mahu menyala.


Setelah menyala lampu itu, terlihatlah sekujur badan berkain kapan bangun dari baringnya dan perlahan2 menoleh ke arah kereta Paksu. Apa pula yang aku alami ni?, tanyanya di dalam hati. Dia kemudiannya memperlahankan kenderaannya dan memasuki kawasan rehat Kuala Kangsar. Ketika di parking kawasan rehat, Paksu mengambil nafas dan berjalan perlahan2 (kerana kakinya menggigil) menuju ke medan selera. Baginya ketika itu safety in numbers, kalau sorang2 dalam kereta kena kacau lagi pula kan?


*Kembali ke waktu penceritaan
Paksu: Brader yang hantar air yang Paksu tu kata, biasalah benda2 tudah ramai orang kena. Tapi tak eksiden pun dah alhamdulillah.
Aku: Sedap sup kambing nitambah2 musim hujan sekarang ni.
Paksu: Hari tu Pak Jamil kamu pun ada cerita kat Paksu pasal dia lalu Terowong Menora ni.
Aku: (dalam hati: aiseymensambung lagi la pulak)


Pak Jamil merupakan sepupu kepada ayah dan Paksu. Disebabkan dia beristeri 3, maka aku letak nama dia Jamil di sini.


Paksu: Tapi dia kena Volkswagen kuning la, dia mula2 seronok tengok cantik juga kereta tu. Tau je la Pak jamil kamu tu kan minat barang2 antik. Lepas tu dah berapa kali potong pun ada juga Volkswagen kuning tu. Driver pun tak ada rupa2nya.


Aku yang sedang menghirup sup tu bersorak gembira di dalam hati kerana cerita2 seumpama ni dah nak habis. Tetapi sangkaan ku meleset apabila Paksu bercerita tentang rumah opah yang dah lama ditinggalkan.




Rumah Opah


Minggu lepas Paksu pulang ke kampung dan melepak dengan kawan2 kampung yang sebaya dengannya. Mereka melakukan aktiviti seperti menyungai, bakar ikan2 yang mereka dapat tu dan lepak2 di warung Pak Itam. Bila hari semakin lewat, Paksu pun membuat keputusan untuk bermalam saja di rumah opah. Dia menyapu2 lantai dan membentangkan toto di ruang tamu.


Hari pun mula semakin lewat, nak main snake di handphone pun sudah tak larat kerana aktiviti2 yang dibuatnya siang tadi. Maka Paksu pun menutup lampu dan baring di atas toto. Baharu saja dia hendak melelapkan matanya tiba2 dia terdengar bunyi orang berjalan dari arah dapur (lantai papan). Dia pun memasang lampu dan memeriksa dapur kalau2 ada orang memecah masuk rumah opah itu.


Kosong tiada siapa2, dia pun memeriksa bilik2pun tiada siapa2. Mungkin perasaanku sajapenat sangat gamaknya ni, katanya di dalam hati. Sekali lagi lampu ditutup dan dia cuba melelapkan matanya. Bunyi orang berjalan lagikali ini dari dapur menuju ke arahnya. Paksu pun lekas bangun dan memasang lampu. Ape kehe ade orang berjalan pulak ni?, tanyanya di dalam hati. Disebabkan Paksu ni budak sains, jadi dia pun memeriksa rumah dan mengetuk2 lantai papan tu kalau2 ada penjelasan yang logik.


Tidak masuk akal ni, katanya lagi. Dia terlalu penat untuk melayan fenomena itu, dia pun menutup lampu dan baring di atas toto. Kali ni lantak lahaku dah penat ni, katanya di dalam hati. Bunyi tapak kaki tu pun berlarutan dan semakin lama semakin hampir kepadanya. Dia mula berpeluh2 risau Lama kelamaan bunyi tapak kaki tu betul2 sebelah telinganya. Dia pun lantas bangun sambil berkata, ni tak boleh jadi ni. Paksu dengan pantas menutup suis fius utama dan keluar rumah, mengunci pintu.


Dia pun bergerak pulang ke rumahnya di Sungai Buloh pada jam 2 pagi tu.


*Kembali pada waktu kami di kedai, sedang menghirup kopi panas
Paksu: Kamu rasa apa bendanya bunyi berjalan tu
Aku: Entah lah Paksujenuh awak nengorkan cerita ni. Harus ler idak balik ke sana lagi jawapnya kalau sorang2.


Kami pun beransur pulang, Paksu menghantar aku ke rumah sewaku sebelum dia meneruskan perjalanan pulang ke Sungai Buloh.


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 09:30 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 11-6-2019 10:28 AM
Di saat2 cemas tu, Ramli pun masuk ke dalam khemah dan menarik zip untuk menutup khemah. Aku pula ma ...

ya ampunnn..apa ke lembam sangat si fendi ni..astaga
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 10:42 AM | Show all posts

lagi senior la huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 01:25 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 11-6-2019 10:28 AM
Di saat2 cemas tu, Ramli pun masuk ke dalam khemah dan menarik zip untuk menutup khemah. Aku pula ma ...

kenapalah aku rasa stress dengan si fendi ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081948s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list