Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
39835
View
460
Reply

Pengalaman budak2 nakal

[Copy link]

Author: Exoskeleton       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 28-9-2019 11:35 AM | Show all posts
Begitulah flashback teman, kata Rashid kepadaku. Aku pun terus bangun dan mengangkat kaki untuk melangkah masuk ke dalam rumah.


Eh, kau nak pergi mana tu?, tanya Rashid kehairanan.


Lahnak pergi mana lagi? Sambung mimpi aku tadi lah, jawapku selamba sahaja.


Jomlah teman aku pergi rumah Pak Karim, pinta Rashid.


Nak buat apa pule? Raya lambat lagi, pose pun belum, tanyaku kepada Rashid dengan coba memberi alasan.


Kita bukan nak pergi beraya lahkan Pak Karim tu pengumpul barang2 lama dan mistik? Manalah tauada keris yang boleh berdiri, boleh lah kita pinjam, terang Rashid kepadaku.


Hishtak sior aih. Udah kena rope tu pun tak serik2 lagi? Ajer keraih hati kamu, kataku membantah.


Alahbelum try belum taumoh ler teman aku jap, kali ni tak sampai lewat malam punyalah, pujuk Rashid lagi.


Hmmmtengok lah ape mem besar cakap ye? Aku tak berani nak janji, jawapku kepada Rashid. Aku pun melangkah ke dapur dengan harapan, harap2 ibuku tak bagi pergi. Tapi harapanku punah bila ibu bagi pula aku teman Rashid ke rumah Pak Karim, tapi kena pulang sebelum maghrib.


Dipendekkan cerita, kami tiba di rumah Pak Karim tidak lama kemudian. Setelah kami memberi salam, seorang lelaki tua yang hanya memakai kain pelikat membuka pintu dan menjemput kami masuk. Kulit badannya telah berkedut2, jalannya pula terbongkok2. Pak Karim tinggal seorang diri di rumahnya.


Menurut cerita orang2 kampong, isterinya lari membawa anak2 kerana tidak tahan dengan hobi mistiknya yang keterlaluan sehinggakan rumah tangganya sendiri terabai. Bila saja orang cerita tentang geliga, dia pun mahu turut serta. Kadang2 mengikut kumpulan yang tidak tahu mana hujung pangkalnya pergi bertapa di gunung2 dan gua2. Tetapi yang biasa menjadi kegemarannya ialah tarik duit.


Masa mudanya dihabiskan dengan hal2 sedemikiantak bekerja, tiada pendapatan. Di usia tua ini dia mengharapkan duit yang diterimanya dari Jabatan Kebajikan. Di dalam rumahnya pula agak bersepah, maklum sajalah hidupnya tidak terurus. Dengan surat khabar lamanya tersusun tinggi pada paras dada, sarung kusyennya yang telah kusam, lantai rumahnya kalau dipijak memang hitam tapak kaki dan silingnya pula bersawang sana sini. Hanya barangan2 mistiknya sahaja yang terjaga rapi.


Sungguhpun dia sudah tua, tetapi jantungnya masih kuat lagi kerana mampu menghisap rokok Rashid sebanyak 4 batang dalam dia bercerita tentang pengalamannya mendapatkan barangan2 mistik yang ditunjukkan kepada Rashid. Aku pula hanya duduk bersandar pada daun pintu, tak berminat dengan benda2 sebegini. Setelah satu jam lebih cerita dari Pak Karim, baharulah dia bertanyakan akan tujuan kami ke rumahnya.


Begini Pak Karim, kami ni ada projek tarik duit dengan bomoh dekat Kampong Gajah sanabla3bla3kena kejar hantubla3dan bla3 lagi, Rashid menceritakan projek tak berfaedahnya itu kepada Pak Karim dengan panjang lebar. Kelihatan seperti mata Pak Karim yang pada awalnya tadi seperti layu, kini bersinar2 dan segar.


Aku tak ada keris yang boleh berdiri, kata Pak Karim sambil bangun dari kerusinya dan berjalan masuk ke dalam biliknya. Tidak lama kemudian dia membawa keluar objek berbungkus kain kuning di tangannya.


Tapi kalau kepala lembing tu adalah, sambung Pak Karim lagi sambil membuka bungkusan tersebut. Kelihatan kepala lembing yang besinya agak tebal serta berat dan berwarna seperti besi karat tetapi matanya masih tajam lagi.


Hidup ke kepala lembing ni, Pak Karim?, tanya Rashid.


Kemudian Pak Karim pun melakukan demonstrasi di hadapan kami. Apabila dia menyuruh kepala lembing itu bangun, dengan sendirinya kepala lembing itu berdiri tegak. Bila disuruh terbang, kepala lembing itu pun terbang di dalam rumah.


Ketika kepala lembing itu terbang di dalam rumah, aku mulai risau kalau2 matanya tertusuk kepadaku. Memang jadi kepala lembing Pak Karim pulang ke aku lah jawapnya. Sebelah kakiku mulai melangkah ke luar pintu bersiap sedia nak melarikan diri.


Tetapi Rashid pula bukan main kagum lagi dengan kepala lembing tu, dia kemudiannya bertanya kepadaku, kau rasa boleh pakai tak ni?.


Lalu aku menjawap, ni dah lain kategori nidia nak keris, ni kepala lembing.


Kita coba je lah dulu kot?, kata Rashid kembali. Pak Karim pula seperti berminat hendak mengikut Rashid, jadi aku pun mengambil peluang tersebut untuk menarik diri dan Pak Karim saja yang menggantikan tempat aku.


Hari2ku kembali menjadi tenang dengan melepak2 di Warong Pak Itam pada keesokan harinya. Sedang aku asyik membelek2 surat khabar, Pak Tahir menyapa bahuku sambil memberikan salam.


Pak Tahir: Pandai juga kau mengelak dari ikut projek Leman dan Rashid tu ye?
Aku: Nak hidup lama kena panjang akal, Pak Tahir. Aku ni prinsip hidup ringkas je...aku percaya rezeki tu dari Allah, kalau aku nakkenalah berusaha dengan tulang 4 kerat ni.
Pak Tahir: Betullah tujangan kita terpedaya dengan mainan dunia ni, silap2 sampai ke mati pun masih lagi dengan benda2 merepek macam tu. Bukannya boleh dapat pun.
Aku: Tapi macam mana kepala lembing tu boleh terbang ye?
Pak Tahir: Tu lah dia khadam. Biasanya ruh2 orang yang dah mati tu ditarik dan dimasukkan ke dalam senjata tu. Jadinya hiduplah besi tu nanti, boleh digunakan sebagai senjata. Tuannya tu nanti kenalah beri makan senjatanya tu tadi, macam bacakan al-Fatihah kalau ruh orang Islam. Kalau yang kafir tu cara dia sendirilah. Ada juga yang menggunakan khadam jin.
Aku: Tapi boleh ke pulak buat ruh orang macam tu?
Pak Tahir: Itulahorang yang buat benda2 macam ni akalnya tu tak panjang. Sepatutnya ditolong ruh2 tu letakkan di tempat yang elok. Kalau bermasalah seperti mati sesat ke sebagainya, dibantulah dia. Bukannya diletakkan di dalam senjata macam tu. Katalah nanti tuan senjata tu mati, siapa nak bagi makan kat senjata tu? Waris2? Last2 tak ada beza macam jaga saka juga, kena diwariskankena bagi makan.
Aku: Macam mana pula kalau dia digunakan untuk perang ke, melindungi diri dan keluarga ke?
Pak Tahir: Asmaradanabukan ke Allah tu ada? Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik2 pelindung. Lagipun bukannya kita duduk di zaman perang, jadi keperluan tu tak ada. Perang di dalam diri sendiri je yang ada, takkan nak tikam diri sendiri pulak kan? Hahaha
Aku: Habis tu ada ke tarik2 duit ni?
Pak Tahir: Orang yang beriman tu adalah orang yang bijak, jadi di dalam hal nicoba kamu fikir, duit tu dari mana?
Aku: Alam sebelah?
Pak Tahir: Duit alam sebelah gunanya untuk alam sebelah lah juga. Rupanya pun tak sama kalau kita nak gunakan kat sini, silap2 dikatakan wang palsu pulak lagi. Tu yang ramai terkena tu, yang masuk lokap pun ada.
Aku: Ooohabis tu macam mana dengan projek diorang tu?
Pak Tahir: Projek kelabu asap lah namanyahahahaha. Nanti ada lah yang kurang, satu2 barangnya dia mintak. Kalau dah ada semua, bomohnya pulak sibuknak jumpa pun tak dapat. Lepas tu nanti rupa2nya bomoh tu tak pernah buat pun, dipanggilnya pulak orang lain. Orang tu pulak ada barang2 yang dia nak lagi. Tu lah beruntung kamu lari siang2, kalau tak memang kelabu asaplah kamu. Hahahaha.


Apa yang terjadi pada projek Leman, Rashid dan Pak Karim adalah sama seperti yang dikatakan oleh Pak Tahir. Mereka asyik berulang alik sahaja ke rumah bomoh tersebut, tapi hasilnya tak ada. Lagi pula duit dah banyak habis, buang masa dan tenaga diorang kayuh basikal ke rumah bomoh tersebut. Ada juga dengar cerita yang mereka beberapa kali kena kejar hantu sewaktu nak balik.


Tidak lama kemudian, Pak Karim pun meninggal dunia. Leman dan Rashid yang menjumpai jenazahnya sewaktu datang ke rumah Pak Karim. Setelah melihat kehidupan arwah Pak Karim, mereka berdua pun menarik diri dari mana2 projek tarik duit.


Aku pula membuat keputusan untuk tinggal di rumah kakakku di Kuala Lumpur dan bekerja di sana sementara menunggu keputusan SPM keluar.


       
-Tamat-


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2019 04:28 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 28-9-2019 03:13 AM
Haha...baru je aku nak bercuti panjang
Jap lagi aku update ye?

hah ada pun sambungan. okay tt happy holiday. dalam2 bercuti tu sila2 lah ye kumpul cerita baru dari orang lain jugak lepas tu taip kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh tak sia2 lama tak masuk sini, sekali masuk boleh marathon story. Thank you John, lepas cuti sambung story lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 28-9-2019 11:35 AM
Begitulah flashback teman, kata Rashid kepadaku. Aku pun terus bangun dan mengangkat kaki untuk  ...

Kg gajah tu kat mane kome?? Keme duduk lerah sane juge. Tp nak menghale ke bote.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum..sy ni biasa silent reader je..tp sy amat kagum dgn org2 mcm tuan ni..byk ilmunya..mcm sy baca buku Tamar Jalis.. sy mcm tak tercapai dek akal membaca pengalaman2 mistik org..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
John...juallah citer ko ni kat mamat khalid. Jadi siri kat tv menarik ni..tapi amik pelakon yg baguslah..cakap peghak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:42 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 28-9-2019 11:35 AM
Begitulah flashback teman, kata Rashid kepadaku. Aku pun terus bangun dan mengangkat kaki untuk  ...

Kg gajah area mana tu tt? Hakak selalu ulang-alik ke sana, anak duk sekolah kat area situ. Dah 4 tahun berulang-alik, suka tengok rumah2 kampung yg masih cantik kat area sana. Kat kampung hakak sendiri dah hampir pupus rumah2 kampung tradisional gitu. Banyak juga rumah yg dah usang dan terbiar mereput boleh nampak sepanjang jalan dr kg gajah ke simpang nak ke seri iskandar & manjung. Ada yg nampak creepy & eerie

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:50 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 17-9-2019 04:47 PM
Baru2 lah juga...masa pergi Kg Mentimun tu cuti yang awal muharram. Aku dah punya lama tenang, ama ...

Fendi dah balik Malaysia ke?
Ada jumpa dia tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:23 AM | Show all posts
Best gile kawan dgn Fendi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 10:03 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 17-10-2019 10:04 PM

Habis jugak akhirnya baca. Seram pengalaman tt and the gang.
Pak Tahir tu banyak hugak ilmunya ya.

Fendi tu macam toya je dengan makhluk halus ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2019 09:22 AM | Show all posts
Dah lama aku tak update cerita kat sini. Sibuk dengan urusan keluarga, kerja dan bermalas malasan di rumah . Aku pun dah tak ada banyak cerita seram lagitinggal 2 cerita pendek je lagi.


Kisah kali ni dari cerita Paksu aku, masa tu kami bersama2 membersihkan laman rumah opah. Rumput2 kian meninggi dan tak terjaga. Kali ni aku dan Paksu balik bujang saja membuat kerja tersebut. Paksu cakap kalau bawak orang rumah dan anak2 nanti lambat pula siap, lagi pula dalam perjalanan tu ada yang nak singgah ke tandas lagi, beli kudap2 lah dan ada yang nak mencari cenderahati pula (bukannya pergi cuti2 nak beli gift bagai).


Usai saja kerja, kami pun berjalan menyeberangi jalan utama ke arah Warung Minah Janda yang agak lengang ketika itu. Hanya kedengaran suara dari tv antik yang terletak di atas kaunter di antara dapur dan tempat makan. Waktu telah pun telah hampir ke tengah hari.

Warung tersebut masih lagi mengekalkan rupanya seperti yang ditinggalkan oleh arwah Pak Itam dahulu. Kerusi dan meja yang dibuat dari kayu, agak senget benget...al-maklumlah Pak Itam bukannya pandai sangat bertukang, tapi ianya masih lagi kukuh sehingga ke hari ini.


Kami berdua melabuhkan punggung di bangku meja makan, lalu aku membuat pesanan, Minah, nasi lemak 2, kopi o pun 2 ye. Minah hanya mengangguk sambil melemparkan senyumannya kepada kami. Paksu pula masih mengibas2kan baju tshirtnya yang basah dek peluh dari melakukan kerja tadi.


Sambil dia menyalakan rokok di bibirnya, dia pun berkata, fuhhnasib ler kite dapat siap awal. Kalau idak jenuh juge ler nak buat kerja bawah paneh tengah hari nanti.


Tidak lama kemudian Aminah menghampiri meja kami, perlahan2 dia menurunkan makanan dan minuman yang telah dipesan tadi dari dulangnya. Sambil itu dia bertanya  balik bujang je ke?.


Baru sahaja aku hendak membuka mulut, Paksu sudah menjawap, eh, kami memang bujang lagi. Aku pun terkejut mendengarkan jawapan dari Paksu tu. Rasanya tak ada manusia di dalam dunia ni yang tak tahu yang kami ni sudah berkahwin.


Aminah yang tertawa kecil itu kemudiannya bertanya, bujang senang ke?.
Ehhhhitu spesis buaye tu. Kami ni bukannya buayekami ni cuma bujang 3 je. Kah kah kah, jawap Paksuku sambil berdekah2.


Eh eh ehkemain lagi orang tua niaku report ke Maksu karang, tau la kau langit tinggi ke rendah. Yang si Minah ni pun melayan, memang selera orang tua je ke?, kataku di dalam hati sambil menggeleng2kan kepala.


Aminah kemudiannya tersipu2 dan masuk kembali ke dapur menyambung kerjanya. Gatai merenyam nampak?, aku berkata.
Alahsekali sekala berguraubukannya dengan orang lain, kawan sekolah kamu jugak kan? Bukannya aku ngajak kamu ke Siam pun?, jawap Paksu sambil menghirup kopi o nya.
Agak umur pun dah separuh abad pun masih nak ngajak ke Siam ke?, aku memerli Paksu menyebabkan dia terbatuk2 ketika menghirup kopi o.
Hishhhkamu ni. Part separuh abad tu slow2 sikit, bisik Paksu kepadaku.


Baharu saja aku hendak menyuap nasi lemak, Paksu pun berbicara lagi, kamu tau idokminggu lepaih Paksu ade keroje kat Seri Iskandar nun.
Ater ngape? Nak ceghite hantu la tuheee ajer getik, kataku sambil memandang slack ke arah Paksu.




Penumpang


Kisahnya bermula dari Paksu mengacau seorang awek kat pejabatnya.  


Paksu: Lin, weekend ni kau balik Tapah Road kan?
Lin: Haah yemalam ni aku gerak, kenapa?
Paksu: Sorang2 je naik Alza?
Lin: Iye lahkau dah kenapa?
Paksu: Alza tu kan 7 seater? Kalau kau balik nanti ade yang menumpang kat seat belakang sekali macam mana? Nak dihalau pun jauh kat belakangnak ngajak sembang pun tak kena. Kah kah kah kah
Lin: Eeeeeeeemenyampahlah.


Tapi tidak ada apa2 pengalaman mistik yang dialami oleh Lin ketika dalam perjalanan pulang ke Tapah Road. Cuma hatinya saja yang berdebar2 ketika memandang ke arah cermin pandang belakang.


Masuk saja kerja pada hari Isnin, Lin memukul2 paksu dengan handbagnya sambil berkata, kau memang teruk! Tau tak jalan gelapaku takut lah bongok!. Paksu hanya berdekah2 saja ketika menerima pukulan bertubi2 dari Lin tersebut.


Beberapa minggu sebelum kami membersihkan laman rumah opah, Paksu outstation ke Seri Iskandar kerana ada project di sana. Oleh kerana keretanya breakdown, dia menyewa kereta Alza untuk digunakannya seminggu itu.


Kerjanya selesai agak lewat, jam pula telah menunjukkan jam 1 pagi. Disebabkan Paksu ada 1 lagi project di Kampar, dia membuat keputusan untuk bermalam saja di Kampar. Jalan berhampiran Kampong Bali agak sunyi, tiada kenderaan lain ketika itu selain Alza yang dipandunya.


Tiba2 dia teringat akan gurauannya pada Lin, Paksu tertawa kecil. Kemudian baru dia tersedar, dia tak sepatutnya ingat perkara itu. Tidak kena pada waktu dan tempatnya. Dia pun melihat ke arah cermin pandang belakang, kelihatan satu kelibat duduk di seat paling belakang.


Aiseymendia dah datang pulak, bisik hatinya yang semakin berdebar2 itu. Peluh membasahi dahinya walaupun aircond kereta agak sejuk ketika itu. Sekali lagi dia melihat cermin pandang belakangnya, perlahan2 senyuman mulai terukir pada wajah lembaga tersebut. Cepat2 Paksu mengalihkan cermin pandang belakangnya itu ke arah lain.


Hatinya semakin tak keruan dan berkata di dalam hatinya, apa yang patut aku buat ni? Time ni lah pulak apa2 surah pun tak boleh nak ingat. Tangannya memasang suis radio kereta, manalah tau kalau2 ada siaran mengaji ke, frekuensi IKIM dia tak ingat pula. Tapi malangnya radio hanya berbunyi zrtttzrrttttak dapat siaran pun.


Hahaku nyanyi lagu Raihan lakan banyak ayat2 tu?, timbul idea bernas di dalam benak fikirannya. Tapi sekali lagi malang baginya, kepalanya blank. Tiada satu lirik pun mampu diingatnya walaupun ianya lagu yang agak ruji baginya ketika mendodoikan anak.


*kembali kepada kami di Warung Minah Janda


Aku: Ater?
Paksu: Ater apenye? Paksu nyanyi la lagu ya hanana.
Aku: Hahahahaape kaitannya? Jumpa hantu pun beruntung ke? Kih kih kih
Paksu: Itu pun nak ingatudah ler lirik tak tau. Ngulang je ya hanana sampai ke simpang dekat dengan Tanjung Tualang. Paksu cube ngintei lagi kat cermin, tengok2 dia takde dahhuiiiilega gile masa tu.


Selesai cerita tak berfaedah dari Paksu tu, kami pun beransur pulang ke Kuala Lumpur. Kembali kepada kehidupan masing2.


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 06:23 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 14-6-2019 05:08 PM
Syahdan diceterakan oleh yang empunya cetera ini selang berapa lamanya perjalanan pemuda bertiga itu ...

baru habis baca kisah camping ni..

seram plus lawak


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 10:44 PM | Show all posts
Akhirnya khatam kisah seram dalam thread niterbaik!
Tt tak nak tulis novel ke pasal kisah ni semua?
menarik sangat ni

kisah haryati tu..seram gila

eh jap, dulu ambik sastera ke? bahasa lama sedap dibaca (rujuk kisah haryati)

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah TT.. gaya penceritaan yg secukup rasa..tak percaya dua hari terguling, terlentang, tercongok nak tamatkan thread ni.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-10-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 24-10-2019 10:44 PM
Akhirnya khatam kisah seram dalam thread niterbaik!
Tt tak nak tulis novel ke pasal kisah n ...

kalau untuk novel tu rasanya terlalu banyak yang perlu diperbaiki lagi. Penulisan masih amatur sangat...lagi pulak takde kabel nak dinovelkan

aku dulu budak aliran sains
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-10-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 10-10-2019 05:50 PM
Fendi dah balik Malaysia ke?
Ada jumpa dia tak?

masa 3 minggu cuti 3 hari tu dia ada balik, nanti la aku cerita yang tu...penat aku dibuat si Fendi ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2019 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 24-10-2019 09:22 AM
Dah lama aku tak update cerita kat sini. Sibuk dengan urusan keluarga, kerja dan bermalas malasan di ...

Hahahaha unexpected tol, tiba2 ya hanana

Lagik John
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2019 10:59 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 25-10-2019 08:16 PM
kalau untuk novel tu rasanya terlalu banyak yang perlu diperbaiki lagi. Penulisan masih amatur san ...

hahah...aku pun budak sains

kalau serius, iols boleh tolong cari kabel untuk tulis novel

citer tt ni sangat menarik kalau dibukukan..just my 2 cent
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2019 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
next story baru tulis intro, sekali mata pulak dah overheat...merah2. Doktor bagi arahan kuarantin, jadinya tak dapat lah sambung storynya. Nanti berjangkit dengan lappy payah pulak kan?

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 09:38 AM | Show all posts
john is back ,john is back...lama aku tunggu ko ni john...hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.105299s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list