Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
41112
View
469
Reply

Pengalaman budak2 nakal

[Copy link]

Author: Exoskeleton       Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-5-2019 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Exoskeleton at 31-5-2019 05:14 PM

Assalamualaikum¡­aku sebelum ni SR je dalam bod ni dan first time aku post cerita dalam ni. Kisah aku ni mungkin tak adalah seseram mana sebab aku pun bukan pandai sangat dalam bercerita ni.

IPT di Utara SemenanjungMalaysia

Kisah ni jadi masa zaman2 aku belajar di satu IPT kat kawasan utara semenanjung ni. Tempatnya tu aku tak dapat lah nak share sebab dalam cerita ni ada part2 ragging dan jenayah juga la. Kisah ni juga takkan terjadi kalau aku dan kawan2 study betul2.

Disebabkan kami tak study dan banyak main semester tu, jadi aku dan kawan2 membuat keputusan yang bernas untuk membuat fotokopi kertas exam esoknya. Kerja2 seperti panjat bangunan, lockpick peti kayu yang berisi kertas ujian tu diserahkan pada budak dari Sabah bergelar Amat. Aku pun tak tau apa kerja dia buat sebelum ni sampai terer benda2 macam tu.

Aku dan sorang lagi kawan aku bergelar Ramli, berjaga di tingkat bawah tengok2 kalau guard atau penjaga peperiksaan meronda di situ. Malam tu memang lain macam sejuknya... Tiada lampu di kawasan kami menunggu tu, hanya dari cahaya bulan penuh. Aku yang tengah cuak2 sebab berisiko dibuang dari IPT kalau kantoi tu terkejut bila Ramli sapa dari belakang.

Ramli: John (nama gelaran je), kau cuba tengok hostel perempuan tu, ada perempuan menari.
(Belakang bangunan pentadbiran tu ada padang besar dan di hujung padang tu terletaknya hostel perempuan)
Aku: Kau ni nak jadi pervert pun lain time la, der¡­kita ada misi ni (tapi kepala toleh juga tengok asrama perempuan tu)

Aku ni jenis yang tak biasa dengan penampakan ni, jadi aku toleh tengok macam tu je la. Lepas tu baru la otak aku bergerak dan berkata, budak perempuan gila mana menari atas bumbung hostel? Naik macam mana pula atas atap genting tu? Mula lah tengkuk aku ni gatal toleh lagi sekali.

Disebabkan agak jauh masa tu, aku tak nampak mukanya. Hanya pakaian penari, ada kain jarang diikat dari pinggang ke tangan.Aku tengok kembali ke muka Ramli yang dah putih pucat, macam nak menangispun ada. Aku pun dongak ke atas tengok Amat dah masuk ke tingkap ofis untuk fotostat kertas exam. Jadinya proses kerja tak berfaedah kami ni dah tinggal separuh lagi.

Aku pun cakap pada Ramli, ¡°Amat dah nak siap tu. Kita tunggu sikit je lagi.¡±

Ramli pun dengan muka tak puas hatinya sambung tunggu di posisi asalnya tapi duduk menghadap aku sebab tak nak tengok lagi perempuan tu. Entah kenapa aku boleh tergerak tengok lagi perempuan yang menari tu lagi tapi kali ni dia menari di tengah2 padang.
Dalam hati aku, ¡°ah sudah¡­dia ni nak datang sini ke?¡±
Begelora perasaan aku, nak terkucil, rasanak tervera pun ada. Tak cukup dengan perasaan nervous aktiviti yang kitorang buat tu, dia pula masa ni la nak buat penampakan. Tapi aku masih buat poker face cover supaya si Ramli ni tak lari balik ke dorm tinggalkan aku dan Amat.

Aku tengok Amat melakukan kerja dengan pantas dan efisyen masuk semula ke bilik stor untuk masukkan semula kertas exam yang ori dan kunci semula peti. Kemudian aku pun nampak dia mula masukkan semula kepingan2 cermin kaca tingkap. Aku menarik nafas lega dan menoleh kepada Ramli sekali perempuan yang menari tadi dah berdiri di belakang Ramli.

Sambil tangan dia masih membuat gerak tarian, kepala diteleng2kan. Muka dia hitam dan seperti ditoreh2 pisau, mulutnya menyeringai panjang sampai ke paras telinga, gigi tajam tapi bersepah2 tak tersusun, mata dan hidungnya pula tiada. Masa ni kalau aku dipasang mesin ECG mau spike tinggi bacaan jantung aku. Aku tak tahu apa yang patut aku buat masa tu tapi aku cuba juga buat poker face pada Ramli sambil beristighfar di dalam hati.

DUPPP¡­bunyi tak jauh di sebelah aku, bagai nak luruh jantung aku dibuatnya. Amat terjun selepas selesai tugasnya. Kemudian dia pandang ke arah Ramli terus terpacul dari mulutnya, ¡°astaga¡­belakang kau tu¡­¡±
Aku pun terus pusing badan dan berlari macam tak cukup tanah balik ke dorm.


Selepas Kejadian
Aku dan Ramli demam panas tambahan pula malam tu tak tidur sebab cari jawapan2 dari salinan kertas exam dan menghafal jawapan. Markah cukup2 makan jugak, takdelah score pun. Amat pula dia memang hati kering macam tak ada apa2, cara dia bercerita pasal penampakan tu sama macam cerita dia pergi theme park Genting. Pengalaman yang thrill pada dia

Ramli sampai ke sekarang perli aku, ¡°poker face kunun¡­muka kau masa tu dah boleh baca menatang haram tu dah kat belakang aku¡±.
Kami pun masing2 insaf selepas tu, takde dah buat aktiviti2 tak bermoral macam tu. Tapi aktiviti2 tak bermoral yang lain tu belum insaf lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya bila dia sampai belakang Ramli cerita la lg.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan bercerita....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-5-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
insyaAllah...lepas terawih
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-5-2019 11:03 PM | Show all posts
Kisah ni terjadi beberapa bulan selepas aksi2 cemas kami fotokopi kertas exam. Habis saja exam, cuti semester kami bermula. Kebanyakan students dah balik time ni, tapi disebabkan pengaruh hasutan yang kuat dari kawan, maka bermula lah episod ini.


We Never Learn


Sebelum tu aku kena ceritakan kawan kampung aku ni yang bergelar Epoi, tua sikit dari aku. Kira dia budak senior la dalam IPT masa tu. Dia ni¡­dalam perkataan sopan yang aku boleh cakap, dia ni pervert. Masa kat kampung dulu kerjanya dok cilok spenda budak2 perempuan. Tapi yang hebatnya tak pernah kantoi¡­ Pernah dulu sambil jalan2 petang kat kampung dengan aku, dia tiba2 je dengan selamba ambil sotong kering kat ampaian lepas tu bagi kat aku sambil cakap, ¡°nah spenda awek cun kat kelas kau¡±.


Jadi bila dia dapat tau budak Amat ni boleh pick lock, memang habis hati la dia. Dah lama dia nak laksanakan projek mega dia iaitu masuk hostel perempuan. Disebabkan dia tak ada kawan2 lain di IPT, jawapnya aku lah mangsa projek haram dia ni.


Yang turut serta masa tu, Epoi (kepala kejahatan), aku (mangsa keadaan), Amat (Master Thief) dan Ramli (pervert kedua). Kami menyelinap masuk ke hostel perempuan lebih kurang jam 2 pagi, di hari ketiga cuti semester. Budak2 ramai yang dah balik, cuma tinggal saki baki je. 15 minit pertama segala2 berjalan dengan lancar, pintu dorm dan almari dibuka satu persatu, Epoi pun memulakan projek pervert dia sambil aku tolong cover line kat koridor.


Dalam aktiviti yang mencabar dan tahap stress tinggi ni, aku dah rasa macam2 kat perut aku tambahan pula dalam suasana sunyi berdua kat koridor tu, si Ramli boleh keluar soalan cepu emas dia, ¡°kau rasa perempuan menari hari tu masih ada dalam hostel ni tak?¡±
Berderau darah aku, aku pun balas, ¡°bongok! Kau¡­¡± belum sempat aku habis cakap si Amat dah panggil. Katanya ada awek mandi kat bilik air.


Jadinya 3 stooges tu pun dengan bongkok2 perasan ninja menuju ke bilik air yang Amat maksudkan tu. Aku pula dengan muka malas layannya slow2 la ikut dari belakang. Sampai2 je kat bilik tengok diorang meleleh2 air liur duk skodeng awek mandi. Aku tengok sekali pandang lepas tu duduk bersandar sebab penat jalan bongkok2 ni.


Sekali lagi kepala otak aku mula bergerak dan berhujah dalam situasi ni.
Fakta 1: Anak dara mana mandi pukul 2 pagi ni?
Fakta 2: Budak perempuan mana berani pergi bilik air pagi2 ni takde siapa teman dengan koridor pun gelap.
Fakta 3: Kejadahnya dia mandi bogel kat sinki open macam ni?


Bila otak aku dah bagi hujah2nya yang kuat tu, aku mula lah berpeluh cuak. Aku pun try la tarik2 tangan 3 malaun tu ajak diorang blah tapi diorang tepis2 tangan aku. Awek tu pun mula la nyanyi irama dia macam riang2 tapi lirik dia, ¡°ada orang dah tahu¡­ada orang dah takut¡­¡±. Lirik tu dia nyanyi berulang2 kali sampai la dia toleh muka dia yang dah berubah jadi buruk tu kat 3 malaun tu, barulah diorang tau apa yang diorang skodengkan.


Bersambung¡­




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha...padan muka korang...berani betul la adik2 ni...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-6-2019 12:39 AM | Show all posts
Kami berempat kelam kabut berlari menyelamatkan diri masing2, Ramli yang badannya agak chubby tu pula laju naik tangga ke tingkat atas manakala yang lain2 ni ikut je dari belakang macam kereta api. Sampai je di tingkat atas sekali kami pun duduk sebentar bersandar pada dinding.


Epoi memulakan bicara, ¡°korang nampak tak apa yang aku nampak tadi?¡±
Amat menjawap sambil senyum, ¡°sia nampak juga tadi, tapi ndak clear la¡±. Amat ni memang excited situasi thrill macam ni.
Aku pula tanya, ¡°Ramli, bukan ke kita patut lari ke bawah kalau nak balik dorm, kenapa kau lead kitorang ke tingkat atas?¡±
Epoi dan Amat pun baru mula perasan dan diorang saling pandang antara satu sama lain.
Ramli menjawap, ¡°sori geng¡­aku dah kaget gila tadi. Nak turun bawah direct takut juga terserempak dengan warden nanti¡±


Aku masa tu dah susah nak tafsir, mana lagi aku patut takut? Awek tadi atau warden hostel?
Belum lagi reda nafas kitorang berlari laju naik tangga tadi, tiba2 ada bunyi caklempong dimainkan mengikut melodi.
Ramli sekali lagi bercakap perkara yang tak sesuai dengan situasi, ¡°aku pernah dengar dari student perempuan, diorang cakap tingkat atas sekali hostel diorang ni agak2 angker¡±


Berderau lagi darah aku¡­andai kata aku kena heart attack di usia muda ni, Ramli ni lah punca utamanya. Baru je aku nak merangkak ke tangga, sekali aku nampak kelibat badan menari mengikut irama caklempong tu. ¡°Dia dah mai dah¡­¡±, aku berkata dalam hati. Aku bagi bahasa isyarat kat kawan2 yang lain yang bermaksud lebih kurang, ¡°ada makhluk bongok kat sini, kita lari ke arah sana¡±. Ramli salah tafsir maksud bahasa isyarat aku, dia pergi tengok rupa makhluk tu dalam kami berjalan bertentangan arah dengan dia.


Kemudian kami nampak si Ramli berlari berdesup pantas memintas di hadapan kami. Aku toleh ke belakang, apa yang aku nampak perempuan tu merangkak dalam keadaan badan terbalik dari hujung koridor. Rupanya sama seperti yang aku tengok hari tu cuma leher dia macam tak bertulang. Kepala dia boleh berpusing dalam merangkak mengejar kami. Suara ketawa dia masih tak dapat kami lupakan, boleh meremang kalau diingat balik.


Aku pun melompat2 melangkau turun tangga tu, sampai aku tak sedar kawan2 aku dah tak ada di hadapan aku. Tiba je di tingkat bawah aku ternampak diorang duduk bersandar pada dinding tepi bangunan hostel perempuan tu.
¡°Wei¡­jomlah gerak terus balik dorm, lagi cepat balik lagi elok¡±, cadang aku pada diorang
¡°Rileks dulu la bro¡­aku penat main kejar2 dari tadi ni¡±, balas Epoi sambil disetujui 2 yang lain.


Dalam aku mengambil nafas sambil hairan dengan kelakuan diorang tu, aku tertoleh ke pagar yang menghala ke padang. Aku nampak 3 orang tengah melambai2 memanggil aku. Mereka ialah Epoi, Amat & Ramli. ¡°Siapa pula yang bersandar kat dinding ni?¡±, tanyaku di dalam hati. Aku tak membuat aksi klise dalam filem seram menoleh perlahan2 kepada makhluk yang merupa kawan2 aku tu.


Terus aku buka langkah menuju ke pagar¡­masa tu kaki kanan aku terasa berat seperti dipaut dan aku mengheret berat badannya. Aku hanya mendengar suara perempuan dari arah kaki kanan berkata, ¡°tak payah lah balik, bang¡­teman kami di sini...heeeheeeheee¡±. Mulutku kelu sukar mengeluarkan bacaan ayat kursi ketika itu.


Tiba2 lenganku direntap ke arah hadapan, aku lihat Amat menarik tangan aku berlari menuju ke luar pagar hostel perempuan. Langkah aku tadi yang berat mulai semakin ringan dan lancar berlari merentas padang. Aku tidak menoleh ke belakang tapi suara mengilai makhluk tu membuat bulu romaku meremang sekali lagi.


Selepas kejadian
Kami tak tidur selepas balik ke dorm, kami gilir2 teman kawan ke dorm masing2 dan kemas beg untuk balik ke rumah masing2. Tak ada sebab untuk kami melepak 1 malam lagi di hostel. Kami tidur dalam kereta api menuju ke selatan, destinasi aku sama dengan Epoi. Manakala Amat ke rumah abangnya di KL dan Ramli ke Tampin.


Kami banyak termenung di dalam kereta api kecuali Amat. Dia kadang2 tersengih bila teringat pengalaman semalam. Amat¡­Amat¡­hati kau keras¡­


Sebermula semester baru IPT, kami dikejutkan dengan siasatan hostel perempuan pakaian dalam bersepah2 di koridor dan pagar menghala ke padang tu terbuka luas sebab kami tak sempat kuncikan balik. Tapi tiada siapa yang tahu kecuali kami, Epoi kelam kabut berlari sampai tercicir2 koleksinya.


Sekian


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Best2. Sila sambung lg
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 10:08 AM | Show all posts
Best! sambung please. IPT mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Merangkak terbalik, kepala pusing2. Macam hantu dalam komik jepun. Aku dah terbayang2 dah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-6-2019 11:42 AM | Show all posts
aynadys replied at 1-6-2019 10:08 AM
Best! sambung please. IPT mana tu?

IPT mana tu aku x dpt la nk bgtau...nnt x blh la aku nk crita part2 brutal jd zaman aku kt sana
nanti aku sambung lagi...kena teman org rumah shopping raya
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca pasal koridor tu
Iols penah kena tp bukan pada diri iols lah

Weols baru balik latihan teater pkl 3am
Otw balik.hostel..weols 2org wanita neh jalan dolu..belakang jejaka seramai 20orang..
Pastu.weols dh masuk dorm...jejaka semua lari x cukup tanah
Rupanya diorang nampak ada pompuan jalan atas koridor tu xde pegang pape...
Pakai baju cam iols
Jilaka
Esok nya depa ckp ada benda sama.cm.iols.jalan atas koridor cam menari nari...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-6-2019 02:13 PM | Show all posts
Update kali ni adalah cerita2 di kampung aku yang aku rasa agak2 misteri la jugak. Asalnya kampung ni letaknya di pedalaman, tapi kerajaan meminta mereka berpindah berhampiran ke jalan utama  sewaktu zaman komunis dulu.


Perjalanan kami ke kampung mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan menaiki kereta api dan menaiki bas pula dari pekan. Aku dan Epoi tidak banyak bercakap, mungkin masing2 kepenatan selepas kegiatan tak bermoral di hostel perempuan. Sesampai saja di halaman rumah, aku mula berasa lega melihat kedamaian kampung. Tidak banyak kenderaan lalu lalang, pokok2nya yang rendang, berdaun lebat dan nun kelihatan ibu sedang menyapu daun2 di laman.




Opah


Opah aku ni nak cakap special mana pun tak juga, sama seperti opah orang lain kot? Cuma pengalaman2 dia membuatkan dia berbeza. Kebiasaannya opah banyak duduk di katil, dia tak boleh banyak berjalan selepas jatuh tangga. Hari kedua aku di kampung, opah memanggil aku duduk di tepi katilnya dan kemudiannya bertanya, ¡°kenapa kaki kau tu?¡±


Aku lihat betis kanan aku kelihatan lebam2, ¡°ah¡­sudah...kerja makhluk keparat tu la ni tahan kaki aku hari tu¡±, kataku di dalam hati. Tapi yang pelik ketika tu, opah matanya sudah rabun. Kebiasaannya kalau saudara mara datang bersalam, perlu kenalkan diri dulu barulah dia tahu dengan siapa dia bersalam. Kemudiannya dia menggeleng2kan kepala selepas aku tak menjawap soalannya. Takkan lah aku nak cerita kegiatan tak bermoral kitorang kat tempat belajar?


Dia memanggil ibuku dan meminta untuk mengambil beberapa jenis daun (aku tak ingat nama2 daun tu) dan kemudiannya menumbuk sehingga lumat sebelum disapukan ke kesan lebam2 tu. Opah juga meminta ibu memetik 7 jenis bunga, satu lagi bahan aku tak tau nama dia. Macam akar kering tapi panjang. Bunga, limau nipis dan macam akar tu dibaca2 dulu oleh opah aku dan kemudiannya dibancuh ke dalam tempayan yang berisi air bersama minyak attar kasturi. Limau nipis yang dihiris tu disapukan padan badan aku dulu, kemudiannya barulah ibu menyiramkan air bunga yang dicampur minyak attar tadi.


¡°Mak, nanti lepas mandi bunga ni kalau orang masuk meminang macam mana?¡± tanyaku sambil ketawa. Kelekuk! Mak aku mengetuk kepalaku dengan gayung. ¡°Hang tok sah nak gatai la dok pikiaq pasai kawen. Abiskan blajaq dulu, lepas tu jadi orang dulu. Ni pasai perangai tak serupa orang lah hang kena benda2 macam ni¡±, mak berleter sambil tarik telinga aku


Opah memang biasa mengubat dengan bahan2 alami. Contohnya ayahku ada penyakit resdung jadi opah suruh dia menghidu rumput tahi babi (bukan betul2 tahi babi ye) untuk meredakan resdungnya. Dulu aku hidung berdarah tak boleh berhenti, dia minta ibuku gulungkan daun sireh masukkan ke lubang hidung yang berdarah tu. Kalau sakit kepala sebab cuaca panas, petua opahku ambil daun bunga raya koyak2kan kemudian dibiarkan rendam semalaman sebelum diletakkan di kepala.


Opah pernah bercerita kepadaku kampung tu dahulunya hutan banat, pokok2nya sebesar 10 pemeluk. Datuk dia di antara beberapa orang kampung yang terawal yang membuka tanah di kawasan tu. Anak2 dan isteri mereka diletakkan di rumah atas pokok yang sangat2 tinggi, ini termasuklah opah aku yang masih kecil lagi waktu itu. Opah pernah bercerita yang dia beberapa kali nampak harimau lalu lalang di bawah pokok. Dia kebiasaannya mengintai melalui gap lantai papan rumah melihat kalau2 ayah dan datuknya pulang.


Pokok2 yang sangat besar dahulu dicabut sekali dengan akar2nya, bermakna mereka yang membuka tanah dahulunya adalah pemakainya masing2 dan tak mungkinlah manusia biasa boleh mencabut pokok yang sebesar itu dan memikulnya pula. Jadinya dari zaman datuk kepada opah, mereka ada membuat makan berhidang kepada ¡°faham2 sajalah¡±, menggunakan sejenis kuih tradisional.


Setelah opahku mulai berusia, dia tak mahu lagi meneruskan amalan orang2 lama dahulu. Disebabkan permintaannya tak dipenuhi maka opah ditolak jatuh tangga oleh makhluk tu dan hilang keupayaan untuk berjalan seperti sediakala. Tapi kejadian tu hanyalah sebagai penyebab saja, tentulah semuanya telah ditakdirkan Allah.


Adik beradik ayah pun sepakat meminta pertolongan dari ustaz untuk memutuskan hubungan dengan saka tersebut. Alhamdulillah prosesnya berjalan dengan lancar tetapi ustaz memberikan peringatan bahawa ahli keluarga kami tak boleh memakan kuih tradisional tu atau saka tersebut akan kembali.




Bersambung¡­


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Akar kering tu namanya sintok.. akar sintok. Untuk digosok keseluruh badan masa mandi bunga.
Selalunya, ramuan biasa utk mandi bunga ni; 7 jenis bunga, limau 7 biji (selalunya limau purut), akar sintok(1 atau 3 ikat) dan bahan optional; air mawar.

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 12:43 AM | Show all posts
notice me tt klo update nnt...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-6-2019 01:36 AM | Show all posts
Lepas je kena mandi bunga, dah wangi2 tu aku rasa macam serba salah pulak kalau nak pergi main bola. Jadi aku buat keputusan untuk lepak kat warung Pak Itam berhadapan dengan rumah aku. Sampai je warung, aku borak2 ringkas dengan Pak Itam sambil order nasi lemak dan teh o panas. Rindu dengan rasa dan aroma nasi lemak kat kampung tu. Tak sama macam tempat lain.


Sambil tunggu makanan sampai, Leman dan Rashid menyapa aku dari belakang.
Leman: Kau cuti lama ke? Epoi cerita nama kau dah jadi John kat tempat belajar tu? Kemain glemer sekarang?
Aku: Haish¡­panjang ceritanya. Maleh aku nak cerita bikin sakit hati aje. Hah¡­ape cerita baru?


Minta nombor ekor


Rashid: 2 bulan lepas kitorang pergi jumpa sami, mintak tolong dapatkan nombor
Aku: Astaghfirullah hal azim¡­apa saja lah korang ni. Ater¡­dapat first prize ke?
Leman: Ni lah yang kitorang nak cerita ni. Kitorang dapat info dari Mael pendekar¡­
Aku: Jap2¡­Mael tu bukan macam isim2 sikit ke? Sebab dia ada banyak ambil silat
Leman: Haishh...kau ni dengar la aku cerita dulu. Dia bagitau ada sami kat estate nun boleh bagi nombor baik punya. Syaratnya kena berani lah. Aku dengan Rashid pun apa lagi, petang tu juga perginya.


Dari cerita Leman dan Rashid, diorang berdua pergi jumpa sami tu dan menyampaikan hajat mereka. Sami tu menerangkan kepada mereka beberapa barang yang mereka perlu bawa (ni aku tak boleh la bagitau), kemudiannya sami tu memeriksa jadual/kalendar untuk tarikh mereka nak pergi nanti. Keputusannya 3 hari lagi tarikh yang cantik untuk mereka buat kerja haram tu dan selepas membuat pengiraan waktunya pula pada jam 12 tengah malam.


Setibanya di waktu dan tempat yang dijanjikan,
¡°Sekarang kita jalan masuk ini hutan, apa2 jadi kamu mesti jangan lari¡±, briefing ringkas dari sami tersebut.
Mereka berjalan dalam 15 ke 20 minit meredah semak samun di dalam hutan, sampailah mereka ke 1 kawasan lapang yang ada busut besar. Sami tu pun mula menyusun2 barang dan sekali lagi sami tu berpesan pada diorang, ¡°apa2 yang keluar kamu jangan lari¡±.


Mulut sami mula berkumat kamit membaca manteranya, malam yang pada awalnya sunyi dan tenang mula bertiup angin yang sangat sejuk. Keadaan kembali tenang seketika sebelum angin yang lebih kencang melanda. Pokok2 di sekeliling mereka bergoyang2 ditiup dek angin, Leman dan Rashid mula rasa seram dan menyesal tetapi kalau dah alang2 menyeluk pekasam tu, mereka bertahan juga menunggu di situ sehingga selesai.


Kemudian muncul lah satu lembaga dari belakang busut tu, bersusuk tubuh seperti lelaki dewasa. Lembaga tu mula memanjat busut yang mereka puja tadi. Tiba2 dengan tak semena2 sami tu pun berlari meninggalkan Leman dan Rashid di situ.


*Kembali ke masa mereka bercerita,
Aku: Wop2¡­sekejap. Sami tu yang lari? Bukan korang ke yang lari?
Leman: Bila tengok sami tu lari, kitorang terus freeze kat situ. Dia lari sambil jerit ¡°amma, appa¡­¡± pulak tu.
Rashid: Lembaga tu duduk je atas busut, kitorang dah tak tau nak buat apa. Dah la rupa dia hodoh ya amat. Mata dia sebelah terjojol, sebelah lopong¡­hidung pun lopong, kulit tak ada. Daging kat muka dia macam reput dan berulat.
Aku: Aku tengah makan lah pandai! Jangan la detail sangat. Lepas tu apa jadi?
Rashid: Si Leman cakap la kat makhluk tu nak nombor. Aku masa tu terus terang cakap dah di ambang2 nak pengsan.
Leman: Kau tau apa dia jawap?
Aku: Hah¡­apa nombor dia bagi?
Leman: Dia tanya kitorang balik apa itu nombor? Tak sekolah punya hantu. Kitorang pelan2 bangun lepas tu lari la dari situ.
Aku: Lah¡­tu je halnya? Buang karan betul korang ni


Sedang rancak kami berborak, tiba2 ada orang memberi salam kepada kami. Kelihatan seorang lelaki separuh umur datang ke meja kami. Namanya Pak Tahir,dan pekerjaannya ialah penggali kubur. Ada beberapa sebab perasaan aku agak bercampur2 sikit bila jumpa Pak Tahir ni.




Bersambung¡­


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-6-2019 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kukukatablog replied at 2-6-2019 12:43 AM
notice me tt klo update nnt...

mcm mana ye nk bg notice tu? x berapa tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
TT bila nak sambung
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-6-2019 01:39 AM
mcm mana ye nk bg notice tu? x berapa tau

Reply je post mcm awak buat ni. Nnti org tu akan dpt notis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 10:52 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 1-6-2019 11:42 AM
IPT mana tu aku x dpt la nk bgtau...nnt x blh la aku nk crita part2 brutal jd zaman aku kt sana  ...

haha ok tuan tanah sebab aku bekas student ipt utara jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.099346s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list