JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN SEGERA! Jana pendapatan dari rumah sebagai penulis freelance kami. Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1234Next
Return to list New
3395
View
72
Reply

[Tempatan] Wanita hamil lima bulan antara yang maut dalam nahas di Kuala Nerus. Nasi dagang, sira tapai permintaan terakhir.

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-5-2019 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lanesra at 25-5-2019 07:45 PM
















KUALA NERUS C Perjalanan pulang seorang wanita yang sedang hamil lima bulan bersama suaminya dari kampung halaman berakhir dengan tragedi selepas pasangan itu maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu C Kota Bahru berhampiran Tapak Perlupusan Sampah Kampung Sungai Ikan di sini hari ini.

Siti Nur Shahila Asla, 26, dan suami, Hafiiz Mohd. Ibrahim, 29, yang menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan pada kemalangan yang berlaku pada pukul 9.20 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd. Razak Hassan berkata, turut maut dalam kemalangan terbabit pasangan suami isteri, Anuar Said, 59, dan isterinya, Che Khasliza Che Hussin, 53, yang menaiki kereta jenis Peugeot akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Beliau berkata, anak Anuar dan Che Khasliza, Nurul Nadirah, 13, pula cedera di bahagian muka dan kaki dan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk menerima rawatan.

Sewaktu kejadian, Siti Nur Shahila dan Hafiiz dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berbuka puasa bersama-sama keluarga pada cuti hujung minggu semalam di kampung di Felda Chiku 5, Gua Musang, Kelantan.

Keluarga Anuar pula dalam perjalanan pulang ke Besut selepas menziarahi jenazah sepupunya yang meninggal dunia di Dungun, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-5-2019 07:45 PM | Show all posts
Nasi dagang dan sira tapai permintaan terakhir Bella

KUALA TERENGGANU - Nasi dagang dan sira tapai merupakan permintaan terakhir Siti Nur Shahila Asla, 26, yang hamil lima bulan terhadap ibunya sebelum dia maut bersama suami, Hafiiz Mohd. Ibrahim, 29, dalam kemalangan ngeri di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan di sini hari ini.

Ibu mangsa, Saripah Mohd., 53, berkata, Siti Nur Shahila yang lebih mesra dipanggil Bella memberitahu dia mengidam dua menu makanan Pantai Timur tersebut dan memintanya membuatnya sebagai juadah berbuka puasa sewaktu berada di rumah keluarganya di Felda Chiku 5, Gua Musang, Kelantan.

"Saya sempat menyiapkan nasi dagang dan sira tapai untuk Bella sepanjang dia bersama suaminya bercuti selama tiga hari sejak Khamis lalu di rumah keluarga kami dan dia begitu berselera makan air tangan saya.

"Bella juga membawa saya dan suami serta adik bongsunya, Mohd. Hafizuddin, 21, yang merupakan golongan orang kelainan upaya kategori lembam membeli persiapan raya seperti pakaian dan selipar baru," katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.


Bella yang sedang hamil lima bulan telah melangsungkan perkahwinan dengan Hafiiz pada bulan September tahun lalu.

Tambah mengharukan Saripah, dia sempat membelikan kerongsang untuk Bella yang juga anak ketiga daripada empat beradik yang dicadang mahu dipakai bersama baju kurung berwarna merah hati pada Hari Raya Aidilfitri kelak. - K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:03 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 25-5-2019 08:05 PM

Perjalanan dari Terengganu ke Kelantan memang bahaya sebab pembangunan lebuhraya terhenti setakat kuala terengganu je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
My place nii
Cuma exactly tatau
Tak lalu jalan pantai ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
memotong tak lepas ke?
apa pun bantal tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 25-5-2019 08:21 PM
memotong tak lepas ke?
apa pun bantal tu

aku paham kenapa ade nak memotong... org kelate trg bwk kete jln utama pun 40km/j .... stress
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
lah bantal ke tu
ingatkan emoticon dari hp
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 25-5-2019 08:26 PM
aku paham kenapa ade nak memotong... org kelate trg bwk kete jln utama pun 40km/j .... stress

sangattt...lagi2 sepanjang jalan dr permaisuri ke kuala trg laluan kepala sawit tu.org blkg cucuk2 kite...org depan kalah yb melawat kwsn.jln dah la satu lane.belum lg org dr arah bertentangan yg msuk kwsn kite tiba2.motor plak sesuke hati main masuk je dah la tak pakai helmet.mentang2 la kg korang kat situ buat jln utama mcm jln apa je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 25-5-2019 08:47 PM
sangattt...lagi2 sepanjang jalan dr permaisuri ke kuala trg laluan kepala sawit tu.org blkg cucuk2 ...

kan..... jln dpn tu punya la clear..., bwk slow nak mampus.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun
mungkinkah driver tertidur sambil tekan minyak. teruk betul hancur.
Takziah buat keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun..takziah buat ahli keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 09:07 PM | Show all posts


kesian nya adik yang 13 tahun tu.. dah jadi yatim piatu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Kesiannya pada keluarga mangsa.


Orang yang bawa kereta di jalan persekutuan atau negeri yang ada satu lane dan bahu jalan kecik, tolonglah bawa atas 70km/h. Kalau nak makan angin dan bawa slow, pergi la jalan yang lengang. Acik2 yang takut nak bawa laju sebab jalan bengkang bengkuk, bagi orang belakang potong. Kalau belakang tu dah panjang, tolong la ketepi kejap bagi lepas. Bahayakan orang lain la bawa slow sangat. Kau bawa 50-60km/h,  orang belakang kena bawa lagi slow. Kalau ada turbo, senang la potong. Ini kereta malaysia cc dah la kecik dan takde turbo tu. Aku perempuan pon boleh fikir common sense ni. Mula2 dapat lesen, mak aku pon tegur kalau bawa bawah 40-50km/h di jalan kampung.
Sejak genting bukak pon aku tengok ramai yang bawa slow tapi duduk lane kanan. Dah hon pon buat bodoh. Hon tu bukan menghina. Tapi teguran je. Tercabar sangat ke nak bagi laluan pada orang lain??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 25-5-2019 08:26 PM
aku paham kenapa ade nak memotong... org kelate trg bwk kete jln utama pun 40km/j .... stress

Simpati untuk orang pantai timur. Aku yang pernah pergi sekali sekala dan bukan musim perayaan pon stress.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 25-5-2019 09:15 PM
Simpati untuk orang pantai timur. Aku yang pernah pergi sekali sekala dan bukan musim perayaan pon ...

stp kali blk kg aku stress... sbb kat kl ko slow gitu kena hon la...

atleast jarak sebijik kereta la.... bkn nak suh laju... tahu tak kete slow ni la sbbkan kemalangan... jem... hisssh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 09:36 PM | Show all posts
yg slow yg suka memotong...
lain benor pesen org Pantai Timur....
mmg x suka lalu situ...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-5-2019 09:37 PM | Show all posts
'Maafkan saya pak cik'


CHE Ku Mohd Zuhaidam. FOTO Rosli Ilham

MAAFKAN saya... saya tak berdaya selamatkan pak cik, kata Che Ku Mohd Zuhaidam Che Ku Mohd Norzaki, 22, sebaik Anuar Said, 59, menghembuskan nafas di sisinya, pagi hari ini.

Anuar dan isterinya, Che Khasliza Che Hussin, 53, meninggal dunia selepas kereta Peugeot dinaiki mereka terbabit dalam nahas jalan raya membabitkan kereta Proton Wira Aeroback di Kilometer 31, Jalan Kuala Terengganu-Setiu berhampiran Kampung Pakoh Jaya, Kuala Nerus.

Anak pasangan itu, Nurul Nadirah, 13, yang cedera di muka dan kaki dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Dua lagi yang terkorban ialah pasangan suami isteri yang menaiki Proton Wira Aeroback, Hafiiz Mohd Ibrahim, 29 dan Siti Nur Shahila Asla, 26.

Che Ku Mohd Zuhaidam berkata, sebelum kejadian, dia bersama tiga rakannya dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumahnya di Kampung Raja Tepoh di Kuala Terengganu.

Sebaik ternampak kereta itu yang baru kemalangan kira-kira 9 pagi, saya bersama rakan bergegas memberi bantuan.

Ketika itu ada dua orang kampung menjaga lalu-lintas dan sebaik pergi ke kereta pertama (Proton Wira Aeroback) saya dapati kedua-dua mangsa sudah pun meninggal dunia, katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.

Menurutnya, dia kemudian pergi ke kereta Peugeot yang dinaiki tiga beranak itu dan pemandunya (Anuar) meminta tolong supaya mengeluarkan dirinya.

Isterinya ketika itu sudah meninggal dunia, manakala anaknya di belakang tersepit. Saya tidak berjaya mengeluarkan dia dan saya meminta anaknya itu bersabar.


Anuar merayu supaya dia dan anaknya segera dikeluarkan kerana risau keretanya itu akan terbakar, katanya.

Menurutnya, seorang rakannya segera menghubungi ambulans meminta bantuan, manakala dia dan dua lagi rakan selain seorang penduduk berusaha mengeluarkan Anuar yang tersepit.

Tidak lama kemudian kami berjaya keluarkan Anuar dan berada di sisinya dan. Dia (Anuar) mengadu sakit di bahagian dada dan meminta saya supaya segera memanggil ambulans.

Sepanjang menemani arwah, dia tidak lepas memeluk erat peha saya dan mengadu sangat sakit di bahagian dada serta beberapa kali bertanya sama ada ambulans sudah dipanggil atau belum, katanya.

Katanya, dia tidak putus-putus mengurut dada mangsa sambil memintanya bersabar namun kira-kira setengah jam kemudian, dia terasa tangan mangsa pelahan-lahan melepaskan pegangan di pehanya.


Saya beberapa kali cuba mengejutkannya tetapi kemudian mendapati dia sudah meninggal dunia sebelum ambulans tiba setengah jam kemudian.

Saya sangat sedih ketika arwah menahan kesakitan saya tidak berupaya melakukan apa-apa dan apa yang sangat saya terharu, arwah sempat mengucapkan terima kasih kepada saya sebelum meninggal dunia, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya......

Dah lah nk raya....mesti mak dia tak blh tgok nasi dagang....bertahun tahun tanak mkn....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.093407s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list