CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2335|Reply: 5

Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka? Senang Je, Dapatkan Idea Daripada 3 Aplika

[Copy link]
Post time 24-5-2019 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Bagi kaum wanita terutamanya yang bergelar isteri dan ibu, tugas memasak adalah mudah. Namun, yang menjadi susah adalah pemilihan menu untuk dimasak, kan?



Foto: Video Blocks




Terutamanya pada bulan Ramadan. Kaum ibu akan menjadi risau tentang menu sahur dan berbuka apa yang akan meningkatkan selera anak-anak supaya mereka kuat untuk berpuasa keesokan harinya.

Jangan risau. Terdapat beberapa aplikasi yang akan memudahkan anda membuat pilihan menu dan memberikan idea kepada anda untuk jamuan berbuka.




1. Tasty

Dengan menggunakan aplikasi Tasty, tak perlu lagi risau tentang hidangan menu utama dan pencuci mulut. Semuanya ada disediakan resipi untuk anda. Bukan setakat manual bertulis, anda juga boleh belajar daripada video. Mudah, kan? Dengan langkah demi langkah, pastinya kadar peratusan untuk berjaya menyediakan menu seperti yang diberi berjaya adalah tinggi.









2. Yummly Recipes & Shopping List

Risau tak tahu nak beli apa untuk menyediakan bahan? Risau dengan kandungan kalori setiap hidangan? Tak perlu pening-pening. Aplikasi ini bukan sahaja memberikan anda resipi dan cara penyediaan sahaja, tetapi turut menyediakan jumlah kalori pada setiap hidangan. Kalau anda pentingkan kesihatan dan sentiasa mengira kalori di setiap hidangan, aplikasi ini adalah yang terbaik untuk anda.









3. Cookpad


Bukan sahaja boleh melihat resipi yang dikongsikan di sini, malah anda juga boleh berkongsi resipi dan tip masakan. Kalau anda ada tip dan trick yang baik, kenapa perlu disimpan, kan? Ada baiknya berkongsi di sini. Cookpad adalah platform paling sesuai untuk anda menonjolkan bakat serta kreativiti dalam bidang masakan. Seronoknya!









Dengan tiga aplikasi ini, pastinya anda boleh menyediakan menu menarik termasuklah hidangan pencuci mulut kepada keluarga. Untuk yang baru belajar memasak pun boleh, belajar sahaja daripada aplikasi ini. Mudah, zaman sekarang semuanya di hujung jari. Tak perlu bersusah payah mendaftar ke kelas masakan. Selamat mencuba! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Resipi mat saleh ke. Tekak i kurang sikit. Kalau sometimes boleh lah. T
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x tau lagi nak masak ape,  x tau la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Resipi2 dia omputeh ke melayu nye? Nanti nak tengok la apps nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowerzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 12:26 AM | Show all posts
tasty tu mmg bagus sngt.
koleksi video pun pendek2 n cepat. so xada la buang masa sngt dengar tukang masak membebel cam cef wan tuh.
banyk pulak tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.698737 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list