JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN SEGERA! Jana pendapatan dari rumah sebagai penulis freelance kami. Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
2697
View
48
Reply

[Tempatan] [ZALIM - ada video NGERI] Polis siasat kejadian tembak monyet

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-5-2019 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Polis siasat kejadian tembak monyet












Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my

POLIS akan mengesan lelaki yang menembak seekor monyet menggunakan pistol yang tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, berdasarkan rakaman yang tular itu, lelaki berkenaan melanggar dua peraturan.

Dari segi penyalahgunaan senjata api, seseorang individu yang memiliki lesen tidak boleh sewenang-wenang melepaskan tembakan. Setiap tembakan, walaupun sebutir peluru perlu diisytiharkan.

Bagi kesalahan kedua, kita tidak dibenarkan untuk membunuh binatang kerana ia dikira sebagai menganiaya seperti kes lelaki yang memasukkan kucing ke dalam mesin pengering yang berlaku September tahun lalu, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek boleh disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh haiwan.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti video berkenaan dan menyiasatnya sebelum mengesan lelaki yang bertanggungjawab membunuh haiwan itu.

Berdasarkan rakaman itu, kejadian dipercayai berlaku di negara ini berdasarkan bahasa digunakan, namun kami perlu memastikan lokasi sebenar kejadian itu, katanya.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara tidak memanggilnya Baby sayang sehingga mengundang kecaman netizen yang mengutuk kejadian itu.

Lelaki berkenaan menyuruh monyet berkenaan memanggilnya Baby sayang sebelum menembak haiwan itu selepas kiraan tiga, malah sempat menunjukkan kesan darah di situ.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2019 08:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2019 08:31 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2019 08:32 AM | Show all posts
Belum dapat maklumat jelas

MyMetroMutakhir

Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my


PELBAGAI versi diterima Persatuan Haiwan Malaysia mengenai kejadian seorang lelaki menembak monyet seperti yang tular di media sosial sejak Sabtu lalu.

Namun sehingga kini, tiada siapa yang dapat memberikan bukti berserta laporan polis berhubung kejadian walaupun tawaran ganjaran RM2,000 diberikan kepada individu yang mempunyai maklumat sehingga tertangkapnya pelaku terbabit.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, rata-rata netizen tampil memberi maklum balas bahawa kes terbabit berlaku di luar negara dan video yang dirakam dialihbahasakan kepada bahasa Melayu untuk menarik perhatian ramai dengan perkataan Baby sayang.

Katanya, antara maklum balas lain termasuklah jenis pistol digunakan adalah selalu digunakan polis atau tentera dan kemungkinan haiwan berkenaan ditembak untuk dimakan seperti yang sering dilakukan ketika latihan ikhtiar hidup pasukan keselamatan.

Pada Isnin, pengendali laman Facebook (FB) persatuan memuat naik tawaran RM2,000 kepada mereka yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya individu yang menembak beruk berkenaan.

Walaupun atas apa alasan sekali pun, kita melihat daripada dua keadaan, pertama tindakan kejam ke atas binatang dan yang keduanya bagaimana tergamak kejadian itu dirakam untuk paparan umum seperti yang tular. Ia tidak sepatutnya berlaku, katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara tidak memanggilnya Baby sayang sehingga mengundang kecaman netizen yang mengutuk kejadian itu.

Lelaki berkenaan menyuruh monyet berkenaan memanggilnya Baby sayang sebelum menembak haiwan itu selepas kiraan tiga, malah sempat menunjukkan kesan darah di situ.

Arie berkata, video berkenaan memberikan kesan psikologi yang tidak baik kepada masyarakat khususnya kanak-kanak dan ia tertanam di dalam minda mereka yang melihat rakaman itu.

Sebab itu kita mahu pelaku itu dikenakan hukuman kerana ia boleh membentuk emosi untuk membunuh. Sebelum ini ada kejadian bunuh yang berpunca daripada pembunuhan haiwan dan kita tidak boleh biarkan ini menular.

Membunuh ini disebabkan kemahuan dan ikutan. Apa yang berlaku dalam kes ini, ia boleh menjadi ikutan kepada yang lain jika tidak dibendung. Ada yang mengeji dan ada yang menganggap sebagai hiburan, ini bahaya dan satu bentuk penderaan kepada haiwan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 5:30 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh sakit otak manusia sebegini. Kalau biar sja akan menjadi2 gilanya smpai bunuh org pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 08:39 AM | Show all posts
Harap kena tangkap. Jahat sangat perangai ko kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tak sanggup nk tgk. Patut yg menembak tu je yg kene tembak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 09:03 AM | Show all posts
jilake nye perangai, moga ajal menantimu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Harini tembak monyet,karang esok2 tembak manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mungkin jugak dorg alih bahasa .. sbb nak troll
Mungkin bukan jd kat negara kita ..
Tp perbuatan tembak tu mmg cilakak ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 09:52 AM | Show all posts
ramai org mental illnes out there

angkara masalah dlm kehidupan

masalah kewangan, famili etc
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 10:20 AM | Show all posts
selalunya area kg mmg berdendam dgn monyet
sbb habis dusun buah dikerjakan
tunggu berbulan2 utk petik buah tp semuanya hbs rosak
xcukup dgn tu kdg2 dapur pon dikokaknya
monyet kalo sekor dua xpe ni bawa geng2 sedara mara skali  
sangat bahaya kalo rumah yg ada budak kecik dibiar main sendiri luar rumah
kita xtau bile monyet tu dikala terdesak bole serang apa sahaja
org kg lagi panas bila ada babi liar pulak rosakkan tanaman

mmg selalunya org kg amik tindakan sendiri
yg mana bunuh bunuh, video tu tembak dlm sangkar
ada kala diorg bunuh dgn memburu
yg mana perihatin buat perangkap pastu bagi ke perhilitan
yg pasti dendam tu berterusan

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 10:45 AM | Show all posts
Edited by ChildrenOfBodom at 22-5-2019 10:46 AM

harap setan ni mampus kena tembak jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:24 AM | Show all posts
Kejamnya perbuatan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:38 AM | Show all posts
apsal aku tgk muka cm KJ aja..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:42 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-5-2019 10:20 AM
selalunya area kg mmg berdendam dgn monyet
sbb habis dusun buah dikerjakan
tunggu berbulan2 utk pe ...

betul, mmg monyet kt kg ni masalah, nk tngkap, ada 20-30 ekor camne..

panggil jab. berkaitan, xdenya dorg rajin nk turun

tu yg dorg tembak mati aja

kdg2 biasa team rela yg ronda kampung naik motor, tembak aja monyet ni

tapi perbuatan video cmni smbil rekod, mmg bodo sgt.. abisla viral muka sndiri..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 22-5-2019 10:20 AM
selalunya area kg mmg berdendam dgn monyet
sbb habis dusun buah dikerjakan
tunggu berbulan2 utk pe ...

Betul sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 03:34 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-5-2019 10:20 AM
selalunya area kg mmg berdendam dgn monyet
sbb habis dusun buah dikerjakan
tunggu berbulan2 utk pe ...

kampung kaka, beli patung harimau dan speaker made in china je. monkey magic gang ah chong datang terus switch on max volume berlari lari ahchong masuk ke hutan walaupun buah pisang depan mata
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Monyet ni kan ada badi. Tembak sesuka hati bodoh sangat. I pernah tengok dokumentari tv1 dulu anak2 pakcik makcik tu 5 orang semua berperangai macam monyet, tak reti bercakap (macam bahasa monyet) garu2, bentuk wajah seiras monyet. Mengikut cerita pakcik itu, dia SENGAJA tembak monyet masa isterinya hamil anak sulung. Ketulahan berpanjangan sampai anak seterusnya...

I bab2 aniaya binatang ni I fikir positif je sebab taknak trauma. I percaya Tuhan akan balas perbuatan dorang. Dulu2 kat kawasan rumah saya sorang pakcik tangkap kucing dijerutnya leher masukkan dalam guni dia pergi buang kat lombong. Semua orang kat kawasan tu marah suruh pakcik tu lepaskan, tapi pakcik tu sebenarnya setan menyamar manusia (saya reka). Sudahnya hidup pakcik tu dia macam nyanyok, anak jantan berzina sampai ada anak luar nikah, anak perempuan sibuk nak jadi penyanyi tapi tak laku, perniagaan pakcik setan tu melingkup. Memang aku doa masa dia buat kat kucing tu, aku doa semoga hidup pakcik tak tenang. Huh!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 22-5-2019 05:00 PM
Monyet ni kan ada badi. Tembak sesuka hati bodoh sangat. I pernah tengok dokumentari tv1 dulu anak2  ...

Iols setuju! Mmg tak akan aman lah keturunan mmbunuh & menganiaya binatang, walopon bg alasan apa sekali pon... byk cara lagi boleh buat, bknnya insects or serangga perosak. Kdg mmg sengaja takda hati perut menzalimi binatang dgn pelbagai alasan.. klo ada habitat yg elok utk binatang2 tu semua, tkda nya mereka kacau manusia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.084469s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list