JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN SEGERA! Jana pendapatan dari rumah sebagai penulis freelance kami. Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
86891
View
2001
Reply

[Jenayah] [Vol 3] [Update 23 Mei: Tempoh reman ke 3 -3 suspek DISAMBUNG] Skandal Nurse & JANTAN AFRIKA BERKUNTUM DI media sosial selama bertahun-tahun & KERAP keluar masuk kondo berdua

 Close [Copy link]

Author: Kentang.Goreng    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 21-5-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
11ogos replied at 21-5-2019 11:22 AM
Ade kawan cerita bebudak yang praktikal bawah sister siti kharina mmg biasa kene maki hamun, senang  ...

Cash la ni kekdahnya. Aduhhh. Kita beringat2 la. Mulut and segala perbuatan kita kt org lain kena jaga. Sia2 je org yg sakit hati/teranianya dok doa tak baik, mmg senang makbul.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-5-2019 11:36 AM | Show all posts
Edited by Kentang.Goreng at 21-5-2019 11:59 AM

Contoh kes yang pernah dilaporkan, KES 2:

Pesona cinta Afrika
Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Namun, situasi yang dianggap biasa itu menjadi racun dalam rumah tangga Johan, 40-an, apabila isterinya rupa-rupanya menjalin hubungan sulit dengan lelaki Afrika.

Lebih menyedihkan kakitangan kerajaan itu, selera isterinya sangat pelik apabila mudah terpengaruh dengan ayat manis dan bentuk fizikal Awang Hitam.

Wanita berusia lingkungan 40-an yang mempunyai perniagaan sendiri itu dikatakan dua kali terpedaya dengan janji manis dua lelaki Afrika untuk sehidup semati hingga sanggup melakukan apa saja, termasuk menggadai barang kemas.

Malah, pasangan berkenaan pernah bercerai gara-gara penangan asmara lelaki Afrika pertama sebelum diberi peluang kedua oleh suaminya.

Namun, wanita berkenaan tidak serik dan menjalin percintaan dengan lelaki Afrika lain, dipercayai rakan kepada kekasih pertamanya.

Perkara itu dibongkar Johan ketika ditemui wartawan Metro Ahad di satu lokasi di Nilai, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Johan, dia mula menyedari perubahan sikap isterinya pada pertengahan Jun tahun lalu.

Mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, namun semakin hari dia semakin pelik. Bila terima panggilan telefon, dia berlari dan bercakap jauh daripada saya dan anak.

Malah, dia (isteri) dilihat sering bermain SMS dan kerap termenung seorang diri, katanya yang dikurniakan lima anak hasil perkahwinan dengan isterinya sejak 20 tahun lalu.

Menceritakan lanjut mengenai kisah malang menimpa keluarganya, Johan berkata, isterinya dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki Afrika yang belajar di kolej swasta di sekitar Nilai.

Katanya, perkenalan itu berlaku selepas isterinya bertemu lelaki berkenaan atas urusan kerja di rumah warga Afrika itu di Nilai dan mereka dipercayai bertukar-tukar nombor telefon.

Sejak itu, lelaki warga Afrika berkenaan menggoda isteri saya melalui SMS sebelum mereka disyaki menjalin hubungan cinta selepas beberapa lama pertemuan itu.

Rahsia isteri terbongkar selepas saya berjaya menghidu perbuatannya beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun lalu. Dia mengaku keluar berjumpa lelaki Afrika terbabit, menyebabkan kami bertengkar. Saya cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina lebih 20 tahun namun gagal, menyebabkan kami bercerai hujung tahun lalu, katanya.

Bagaimanapun, Johan berkata, isterinya mula menunjukkan perubahan sikap membuatkan hatinya terbuka untuk menerima semula isterinya sebagai teman hidup selain demi masa depan anaknya dan mereka berkahwin kali kedua Jun lalu selepas lelaki Afrika itu pulang ke negara asalnya.

Menurutnya, isterinya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada lima anaknya.

Bagaimanapun, janjinya hanya bertahan kira-kira tiga bulan apabila dia sekali lagi terpedaya dengan cinta palsu seorang lelaki warga Afrika, dipercayai rakan kepada teman lelakinya sebelum itu.

Saya syak dia (lelaki Afrika itu) seolah-olah menyerahkan isteri saya kepada rakannya selepas pulang ke negara asal, katanya.

Johan berkata, lelaki warga Afrika terbabit yang petah berkata-kata itu mendakwa dirinya ahli perniagaan dan seolah-olah ingin mempergunakan isterinya untuk kesenangan hidupnya.

Katanya, daripada apa yang dia tahu, isterinya sanggup menggadai barang kemas dipercayai untuk membantu lelaki terbabit.

Yang menyedihkan saya, isteri sekali lagi mengulangi perangai lama dan keluar dengan lelaki Afrika terbabit tanpa diketahui tujuan. Malah, adiknya pernah terserempak isteri saya jalan beriringan dengan lelaki Afrika itu di bandar ini.

Rumah tangga saya sekali lagi bergolak dan isteri saban hari menuntut supaya dia diceraikan, dipercayai selepas terpedaya dengan cinta palsu lelaki Afrika itu. Sehingga sekarang saya masih cuba mempertahankan rumah tangga demi anak.

Saya mendedahkan perkara ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa atau membuka pekung di dada, namun sekadar ingatan kepada golongan wanita, terutama berstatus isteri orang, supaya tidak mudah cair dengan cinta palsu lelaki Afrika yang ingin mempergunakan diri untuk kesenangan mereka, katanya.

Berikutan kejadian itu, Johan membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika itu yang memporak-perandakan keluarganya. -hm

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:39 AM | Show all posts
Dah ada rumah baru ghupenye patut rumah lama dh kne pagar
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-5-2019 11:41 AM | Show all posts
Edited by Kentang.Goreng at 21-5-2019 11:53 AM

Contoh kes yang pernah dilaporkan, KES 2:
Luluh hati suami tangkap isteri bersekedudukan dengan lelaki Nigeria
Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki Mat Afrika di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang, kelmarin.
Luluh hati suami tangkap isteri bersekedudukan dengan lelaki Nigeria C Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.

Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan. Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah, katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota. Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria. Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap, katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut. Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.

Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:42 AM | Show all posts
kekgebu replied at 21-5-2019 11:06 AM
sape nk baca komen penglipur lara kt fb tu, buka fb berita harian. Post sunday 2.53pm.
Penglipur l ...

Bagi aku penglipur lara ni macam lapar attention. Kawan awek aku katanya. Konon dia lah yang lebih mengetahui...All these my friend punya mak, kakak ipar punya sedara, jiran aku punya kakak etc - ni bagi aku tak ada kredibiliti sebab org yang direct tak berani nak cerita...ekekekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SherryZass at 21-5-2019 12:09 PM

Susah jugak nak percaya spekuan dan komen2 netizen kat fb tu Sama jah ngan farah nabilah tu. Choii. Attention seeker. Tapi, Harap sangat mat black aka juwon tu dapat hukuman setimpal sebab membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Simpati sgt kt husband dan anak2 ...aib sangat di bulan puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 21-5-2019 03:26 AM
Patutnya dr awal mamat ni dah bagitau family arwah info yg dia tau wkt diorg still mencari tu kan. ...

Sat nnti mamat tu pulak kang yg kena angkut gi balai.haha.
Dlm kes rmahtangga mcm ini, terlebih ambil peduli nnti dikata jaga tepi kain org, tak ditegur nnti mcm yg uols ckp la tu, kenapa tak beritahu family arwah.
Serba salah dibuatnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist: rupa2nya kerja guard tu yg amik kesempatan atas perbuatan terkutuk kedua2nya. Selama ni guard tu perhati je tindak tanduk deols.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:58 AM | Show all posts
nama pun penglipur lara...kenapa dr awal taknak inform kat polis utk bantu siasatan? sama la yang dok sembang bagai nak terbang dlm kes acap dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:58 AM | Show all posts
semoga suami dan anak2 arwah dilindungi dr kejian dan umpatan masyarakat..
kesian la mereka yg taktau apa2
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 21-5-2019 11:14 AM
Volume 3 pun semakin merempit nampak nye

Ntahnya. Akak tak masuk lagi pon dah hada yang merempit. Selayaknya dengan ngkorang yang acah bagos kuhnon tamau OT. Macam tak tahu terend merempit di CI yang dah lebih 15 tahun sebegini or memana forom pabila hada kes hangat memang takkan lari dari rempitan poromer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
11ogos replied at 21-5-2019 11:22 AM
Ade kawan cerita bebudak yang praktikal bawah sister siti kharina mmg biasa kene maki hamun, senang  ...

Hada hadis bilang ruh urang mati tahu jah hapa berlaku di dunia urang hidup. Ngko ghase?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Intanmahsuri replied at 21-5-2019 11:42 AM
Bagi aku penglipur lara ni macam lapar attention. Kawan awek aku katanya. Konon dia lah yang lebih ...

Nak buat camne, org direct semua da terikat ngan akta kerajaan. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:04 PM | Show all posts
kesian ank2
mesti sedih sgt2
mcam2 citer x elok kuar
jgn dia org depress sudah
bukan senang nak hadap benda2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 21-5-2019 12:01 PM
Ntahnya. Akak tak masuk lagi pon dah hada yang merempit.  Selayaknya dengan ngkorang yang aca ...

Mana tak rempit. Komen harap tak byk OT je dah brp. Komen2 gitu pon antara penyumbang rempitan gak tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Delifrance replied at 21-5-2019 12:05 PM
Mana tak rempit. Komen harap tak byk OT je dah brp. Komen2 gitu pon antara penyumbang rempitan ...

Khenst. Kakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:06 PM | Show all posts
siti kharina ni berzina semasa hidup dan meninggal dlm keadaan yg aib sgt...aku tak tau nk respon kesian ke padan muka ke mcm mana...tp aku lbh kesian pd suami dan anak2 la, selagi kes tak selesai selagi tu diorg dpt tekanan, sesilap si suami plak pi bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:07 PM | Show all posts
dah tanya adik yg keje misi kt hospital kt cheras pn xnk citer...katanya aib...hhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi . Dah la vol 1 tak dapat nak bace . Nsb baik sempat bace yg vol 2 . 90pages like durhhh . Hahahhaha . Skrg vol 2 pn kena pagau gak .

Btw , adik2 arwah selalu disponsor ke ? Kemain risau n backup lg kakaknye . Patutla pelik tgk pegi mlancong dgn adik bradik je . Xde plak dgn suami n anak2 . Hilang pn x letak contact number suami . Duhai adik beradik , respect la sikit suami dia tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.098130s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list