Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
113584
View
2001
Reply

[Jenayah] [Vol 3] [Update 23 Mei: Tempoh reman ke 3 -3 suspek DISAMBUNG] Skandal Nurse & JANTAN AFRIKA BERKUNTUM DI media sosial selama bertahun-tahun & KERAP keluar masuk kondo berdua

 Close [Copy link]

Author: Kentang.Goreng       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-5-2019 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 24-5-2019 07:45 AM

Bebenang ini adalah sambungan dari Volume 2:

Untuk Rujukan Thread terdahulu :
[V1: Episode Kehilangan] https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1159678
[V2: Episode Tangkapan] https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160355

Remand extended for two suspects in nurse's murder
NATION Wednesday, 22 May 2019 11:29 PM MYT


PETALING JAYA; The remand orders for two suspects implicated in the murder of nursing sister Siti Kharina Mohd Kamarudin have been extended.

Selangor CID chief Senior Asst Comm Fadzil Ahmat, when contacted on Wednesday (May 22), said that the remand orders for the Nigerian woman and Pakistani man have been extended until next Wednesday (May 29).



A third suspect is also expected to have his remand order extended on Thursday (May 23).

Siti Kharina, 40, was reported missing on May 10, when she did not return home after leaving for work in Serdang Hospital on May 9.

She was a mother to three daughters C a 14-year-old and a pair of 10-year-old twins.



Previously,  Selangor police chief Comm Datuk Noor Azam Jamaludin said that Siti Kharina's body was discovered in a condominium in Cyberjaya on Wednesday (May 15).

Slash wounds on the chest, neck and head were found on the victim.



FAKTA KES SEHINGGA 21 MEI 2019
(Point 1 - 17: established facts from verified media sources in Vol 1)
(Point 18 - 21: established facts from verified media sources in Vol 2)
(Point 22: established facts from verified media sources in Vol 3)

1. Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40 tahun, ketua jururawat Hospital Serdang
2. Tinggal berjauhan dengan suami dan 3 anak
3. Kali terakhir dilihat jam 4 petang  Rabu 8 Mei 2019 di tempat parkir Hospital Serdang masih beruniform
4. Menghubungi anak sebelum hilang, suruh tunggu keranabeliau akan beli dan bawa baju raya untuk anak-anaknya
5. Polis ada petunjuk positif kehilangan jururawat Hospital Serdang, namun enggan mengulas lanjut
6. Mayat Siti Kharina ditemui dengan kecederaan di leher, dada dan kepala serta mereput di sebuah Kondo di Cyberjaya
7. Polis tahan lelaki Pakistan, wanita Nigeria
8. Gambar suspek pembunuh berasal Afrika diedarkan
9. Jiran melihat Siti Kharina keluar makan dengan lelaki Afrika di restoran
10. Siti Kharina ada secret life, menyewa kondo lain tanpa pengetahuan rakan dan keluarga
11. Siti Kharina dan jantan Afrika tu disyaki saling kenal mengenal sejak 2 tahun lepas

12. Berdasarkan CCTV suspek (Aliwajuwom Gilbertalowonle aka Juwon, 36 tahun) adalah orang paling akhir bermalam dengan Siti Kharina selama 6 jam Kondominium Third Avenue
13. Jantan Afrika tu telah ditangkap dan direman
14. Polis ada bukti Siti Kharina kenal jantan Afrika tu melalui media sosial selama bertahun-tahun
15. Kerap keluar masuk kondo tu berdua-duan
16. Siti Kharina share kad akses kondonya dengan jantan Afrika tu
17. Selain jantan Afrika tu, Siti Kharina kerap bawa geng jantan Afrika tu naik keretanya makan-makan dan bersiar-siar
18. Setelah 48 jam direman, suspek masih mendiamkan diri, polis cakap pasangan ini mungkin bergaduh
19. Kertas siasatan sedang dilengkapi
20. Suspek dan 2 rakannya (1 lelaki Pakistan & 1 perempuan Nigeria) ada kedai handphone di Low Yat
21. Ada kemungkinan sambung masa tahanan reman

22. Tempoh reman ke tiga-tiga suspek disambung

Polis sedang lengkapkan kertas siasatan kes Siti Kharina
NURULATIQ AHMAD BANDI | 21 May 2019



SHAH ALAM - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kes masih lagi dalam siasatan dan polis akan melengkapkannya.

Kita tunggu sahaja keputusan siasatan dan juga keputusan pendakwaan, katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ketika ditanya sama ada suspek utama kes iaitu lelaki Nigeria itu telah di bawa ke kondominium di mana mayat Siti Kharina ditemukan untuk siasatan di lokasi, Fadzil berkata, semua proses siasatan termasuk subjek siasatan masih belum boleh didedahkan.

Setakat ini itu sahaja maklumat yang boleh diketahui umum, selebihnya polis masih laksanakan siasatan, katanya.

Di tanya juga sama ada suspek yang akan tamat tempoh reman tujuh hari pada Khamis ini akan disambung lagi reman atau tidak, Fadzil memberitahu ia adalah mengikut keperluan semasa.

Sekarang ini masih dalam tempoh reman pertama selama tujuh hari. Selanjutnya, tempoh reman kalau kita jangka kita perlu sambung, kita akan sambung dan kalau tak perlu kita tak akan sambung, katanya lagi.

Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu dan ditemui mati dibunuh di sebuah unit kondominium di Cyberjaya pada 16 Mei.

Susulan itu, polis menahan tiga suspek yang merupakan rakan seperniagaan dan memiliki sebuah kedai menjual telefon bimbit di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Siti Kharina, 40, sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang masing-masing berumur antara 10 hingga 14 tahun. Suami dan semua anaknya menetap di di Kuala Pilah.

Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian Siti Kharina adalah akibat luka hirisan di lehernya.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek utama lelaki warga Nigeria telah mengenali mangsa selama beberapa tahun melalui media sosial dan datang ke Malaysia pada Januari lalu bertemu dengan ketua Jururawat itu.

Suspek datang menggunakan pas lawatan pelancong sejak Januari lepas, namun telah menetap lebih masa di negara ini sewaktu ditahan polis berkait pembunuhan Siti Kharina.


Unverified source from Facebook (take it with a pinch of salt)












Suspek enggan buka mulut
Pasangan itu dipercayai bergaduh sebelum mangsa ditemui mati dikelar
19 Mei 2019 3:00 AM



KUALA LUMPUR - Suspek utama kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang masih belum membuka mulut mengenai kejadian yang berlaku biarpun telah lebih 48 jam direman selepas ditangkap di Cheras Sentral Mall di sini pada Khamis lalu.

Lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun itu ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor bagi membantu siasatan kes bunuh ke atas Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang mayatnya ditemui di sebuah kondominium yang disewanya di Cyberjaya.

Menurut sumber, siasatan terperinci dari pelbagai sudut sedang dilakukan bagi menge-tahui punca ibu tiga anak itu dikelar pada dada, leher dan kepala sehingga mati.

Kita tidak menolak kemungkinan mangsa dan suspek bergaduh sebelum kejadian.

Mungkin ada perkara tercetus sehingga menyebabkan suspek bertindak kejam mengelar tubuh dan kepala si mati, katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.



Berkenalan melalui laman sosial
Siti Kharina, lelaki Nigeria saling mengenali sejak beberapa tahun lalu
Nor Idayu Bosro, Malinda Abdul Malik 18 Mei 2019 10:34 AM



KUALA LUMPUR C Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, (gambar kecil) yang mayatnya ditemui dengan kesan kelar pada leher dan dada di rumah sewanya di sebuah kondominium di Cyberjaya Rabu lalu dikatakan mengenali seorang lelaki warga Nigeria yang juga suspek utama kes tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa mengenali suspek menerusi laman sosial sejak beberapa tahun lalu.

Setakat ini, kita dapati mereka (mangsa dan suspek) saling mengenali satu sama lain sebelum lelaki warga Nigeria itu memasuki negara ini awal Januari lalu.

Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan sejauh mana hubungan mereka.


Segalanya tinggal kenangan. Percutian keluarga ini di Thailand memberikan kenangan manis. Gambar dari fb Amka Harith

Pihak polis juga masih menyiasat hubungan mangsa de-ngan wanita Nigeria serta lelaki Pakistan yang turut ditahan dalam kes ini serta kaitan antara ketiga-tiga suspek berkenaan, katanya ketika dihubungi -Kosmo! semalam.

Sementara itu, seorang pe-ngawal keselamatan di kondominium tempat kejadian berlaku mendakwa, ada melihat lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun itu keluar dari kawasan tersebut kira-kira pukul 9 malam pada hari kejadian dengan menaiki Grab.

Pengawal keselamatan itu berkata, suspek itu bagaimanapun tidak menunjukkan sikap mencurigakan dan berlagak seperti tiada yang berlaku,

Lelaki itu nampak tenang saja dan tidak tergesa-gesa ketika menuruni lif serta me-nunggu Grab.

Kawasan ini Grab memang banyak, jadi senang untuk dia balik, katanya ketika ditemui Kosmo! di kondominium itu di Cyberjaya semalam.

Difahamkan, kereta Honda City berwarna putih milik mangsa juga dilihat berada di parkir kenderaan yang dikhususkan untuk penghuni kediaman pada hari kejadian.

Pengawal keselamatan itu turut mendakwa, suspek dan mangsa dipercayai saling mengenali antara satu sama lain berikutan mereka beberapa kali dilihat keluar masuk kondominium sebelum hari kejadian.


Pastinya kita merasai kehilangan dan ia bukan mudah untuk dilupakan. Gambar fb Amka Harith

Bagaimanapun dakwanya, suspek tidak akan datang bersendirian kerana warga asing itu dipercayai tidak mempunyai kad akses ke rumah sewa mangsa.

Mereka selalunya datang bersama menaiki kereta milik mangsadan pernah keluar makan bersama, dakwanya.

Kosmo! semalam melaporkan, misteri kehilangan seorang Ke-tua Jururawat Hospital Serdang sejak 8 Mei lalu akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui di rumah sewanya di sebuah kondominium di Cyberjaya dekat sini.

Penemuan mayat Siti Kharina terbongkar selepas polis me-nerima maklumat daripada orang awam yang melihat darah mengalir keluar dari salah satu pintu kediaman terbabit kira-kira pukul 2.30 petang.



Dalam pada itu, suspek utama warga Nigeria yang disyaki terlibat dengan kes pembunuhan Siti Kharina ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Sepang dekat sini semalam.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret A. Akhiruddin @boy Acho bermula semalam hingga 23 Mei depan.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 36 tahun itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dua lagi suspek iaitu wanita Nigeria dan lelaki Pakistan turut direman selama tujuh hari bermula kelmarin.


BACAAN RINGAN UNTUK RUJUKAN & PERBINCANGAN CONTOH KES YANG PERNAH DILAPORKAN SEBELUM INI

KES 1: Pesona cinta Afrika
Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Namun, situasi yang dianggap biasa itu menjadi racun dalam rumah tangga Johan, 40-an, apabila isterinya rupa-rupanya menjalin hubungan sulit dengan lelaki Afrika.

Lebih menyedihkan kakitangan kerajaan itu, selera isterinya sangat pelik apabila mudah terpengaruh dengan ayat manis dan bentuk fizikal Awang Hitam.

Wanita berusia lingkungan 40-an yang mempunyai perniagaan sendiri itu dikatakan dua kali terpedaya dengan janji manis dua lelaki Afrika untuk sehidup semati hingga sanggup melakukan apa saja, termasuk menggadai barang kemas.

Malah, pasangan berkenaan pernah bercerai gara-gara penangan asmara lelaki Afrika pertama sebelum diberi peluang kedua oleh suaminya.

Namun, wanita berkenaan tidak serik dan menjalin percintaan dengan lelaki Afrika lain, dipercayai rakan kepada kekasih pertamanya.

Perkara itu dibongkar Johan ketika ditemui wartawan Metro Ahad di satu lokasi di Nilai, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Johan, dia mula menyedari perubahan sikap isterinya pada pertengahan Jun tahun lalu.

Mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, namun semakin hari dia semakin pelik. Bila terima panggilan telefon, dia berlari dan bercakap jauh daripada saya dan anak.

Malah, dia (isteri) dilihat sering bermain SMS dan kerap termenung seorang diri, katanya yang dikurniakan lima anak hasil perkahwinan dengan isterinya sejak 20 tahun lalu.

Menceritakan lanjut mengenai kisah malang menimpa keluarganya, Johan berkata, isterinya dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki Afrika yang belajar di kolej swasta di sekitar Nilai.

Katanya, perkenalan itu berlaku selepas isterinya bertemu lelaki berkenaan atas urusan kerja di rumah warga Afrika itu di Nilai dan mereka dipercayai bertukar-tukar nombor telefon.

Sejak itu, lelaki warga Afrika berkenaan menggoda isteri saya melalui SMS sebelum mereka disyaki menjalin hubungan cinta selepas beberapa lama pertemuan itu.

Rahsia isteri terbongkar selepas saya berjaya menghidu perbuatannya beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun lalu. Dia mengaku keluar berjumpa lelaki Afrika terbabit, menyebabkan kami bertengkar. Saya cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina lebih 20 tahun namun gagal, menyebabkan kami bercerai hujung tahun lalu, katanya.

Bagaimanapun, Johan berkata, isterinya mula menunjukkan perubahan sikap membuatkan hatinya terbuka untuk menerima semula isterinya sebagai teman hidup selain demi masa depan anaknya dan mereka berkahwin kali kedua Jun lalu selepas lelaki Afrika itu pulang ke negara asalnya.

Menurutnya, isterinya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada lima anaknya.

Bagaimanapun, janjinya hanya bertahan kira-kira tiga bulan apabila dia sekali lagi terpedaya dengan cinta palsu seorang lelaki warga Afrika, dipercayai rakan kepada teman lelakinya sebelum itu.

Saya syak dia (lelaki Afrika itu) seolah-olah menyerahkan isteri saya kepada rakannya selepas pulang ke negara asal, katanya.

Johan berkata, lelaki warga Afrika terbabit yang petah berkata-kata itu mendakwa dirinya ahli perniagaan dan seolah-olah ingin mempergunakan isterinya untuk kesenangan hidupnya.

Katanya, daripada apa yang dia tahu, isterinya sanggup menggadai barang kemas dipercayai untuk membantu lelaki terbabit.

Yang menyedihkan saya, isteri sekali lagi mengulangi perangai lama dan keluar dengan lelaki Afrika terbabit tanpa diketahui tujuan. Malah, adiknya pernah terserempak isteri saya jalan beriringan dengan lelaki Afrika itu di bandar ini.

Rumah tangga saya sekali lagi bergolak dan isteri saban hari menuntut supaya dia diceraikan, dipercayai selepas terpedaya dengan cinta palsu lelaki Afrika itu. Sehingga sekarang saya masih cuba mempertahankan rumah tangga demi anak.

Saya mendedahkan perkara ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa atau membuka pekung di dada, namun sekadar ingatan kepada golongan wanita, terutama berstatus isteri orang, supaya tidak mudah cair dengan cinta palsu lelaki Afrika yang ingin mempergunakan diri untuk kesenangan mereka, katanya.

Berikutan kejadian itu, Johan membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika itu yang memporak-perandakan keluarganya. -hm
KES 2" Luluh hati suami tangkap isteri bersekedudukan dengan lelaki Nigeria
Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki Mat Afrika di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang, kelmarin.

Luluh hati suami tangkap isteri bersekedudukan dengan lelaki Nigeria C Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.

Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan. Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah, katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota. Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria. Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap, katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut. Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.

Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah baru .dah lama tak masuk thread bertingkat2. Rindu nya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:46 AM | Show all posts
i rasa topic beliau ni akan jadi bakalan sendu macam thread panas sebelum ni..
thread bervolume tapi penuhnya borak entah apa-apa..
ujung-ujung orang pun malas nak ikut kes..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah baru, good job TT. Harap polis akan sambung reman nigga tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:47 AM | Show all posts
Good job TT..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-5-2019 09:46 AM
i rasa topic beliau ni akan jadi bakalan sendu macam thread panas sebelum ni..
thread bervolume tap ...

Betul orang akan baca summary je kat #1
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ladybird910 at 21-5-2019 10:16 AM

Benang satu tjuk ape ye.. Xkhatam lg.. Cari blk xjumpa plak.. Buhuhu

@bezita60 if xsilap ada described situasi dlm rumah pasal pisau etc masa mangsa ditemui.. Tp bila baca summary @kentang.goreng idokla jumpa part yg ittew.. Nak korek blik dh xjumpa benang nye ape tah lagi # komen..

Anibadi can yelppppp!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde update lg kee.. bila leh gantung gagak tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sialan punya 2B
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ladybird910 replied at 21-5-2019 09:49 AM
Benang satu tjuk ape ye.. Xkhatam lg.. Cari xjumpa da.. Buhuhu

@Kentang.Goreng boleh sertakan link thread part 1 and 2 sekali kat post #1 supaya org boleh baca thread2 lepas
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:54 AM | Show all posts
Wahhhhh rumah baru
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
friedfishsoup replied at 21-5-2019 09:50 AM
@Kentang.Goreng boleh sertakan link thread part 1 and 2 sekali kat post #1 supaya org boleh baca t ...


Macih momod @friedfishsoup.. Tgk id momod terasa nak bbuka makan ikan plak. Hihi.. Selamat bpuasa moddd...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-5-2019 09:46 AM
i rasa topic beliau ni akan jadi bakalan sendu macam thread panas sebelum ni..
thread bervolume tap ...

Hahah.  Sy siap baca melangkau2 page..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap thread ni focus on latest update x perlu meraban citer benda lain luar topik. Pening nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:04 AM | Show all posts
tak koser nak merempit & membawang citer psl husband

kerjaya nurse gaji brape la etc bulan2 poser nih

da hilang fokus utk ketahui motif pembunuhan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:06 AM | Show all posts
fuh, letih mengejar sampai rumah no 3
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ladybird910 replied at 21-5-2019 09:49 AM
Benang satu tjuk ape ye.. Xkhatam lg.. Cari blk xjumpa plak.. Buhuhu

@burita60 if xsilap ada d ...

Nama aku bezita oiii...bezita.

Orang lama je layan dragon ball
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:07 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 23-5-2019 11:57 AM
Ladybird910 replied at 21-5-2019 09:49 AM
Benang satu tjuk ape ye.. Xkhatam lg.. Cari blk xjumpa plak.. Buhuhu

@burita60 if xsilap ada d ...

[V1] https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1159678
[V2] https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160355


https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160516&page=7#pid69240991

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160516&page=4#pid69240338

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160516&page=20#pid69242102

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160516&page=26#pid69242604

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160516&page=27#pid69242805

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160516&page=26#pid69242750

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160516&page=27#pid69242859

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160516&page=41#pid69243768

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160516&page=41#pid69243774

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1160516&page=79#pid69248965
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:07 AM | Show all posts
kenapa xley baca thread kat vol 1 & 2??

Comments

Usaha lagi hingga credit mencapai 99 point  Post time 21-5-2019 03:16 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ladybird910 replied at 21-5-2019 09:55 AM
Macih momod @friedfishsoup.. Tgk id momod terasa nak bbuka makan ikan plak. Hihi.. Selamat bpuas ...

Selamat berpuasa uols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.773911s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list