Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
636
View
15
Reply

falsafah di sebalik hijab...

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-5-2019 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Hijab: Pembebasan Bukan Penindasan
https://khalifmuammar.wordpress.com/2019/04/22/hijab-pembebasan-dan-bukan-penindasan/?

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir (hijab). Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah. (Surah al-Ahzab: 53).


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:25 PM | Show all posts
Asal perkataan hijab daripada hajaba yang dalam bahasa Arab membawa makna sesuatu yang menjadi tabir, menghalangi seseorang atau sesuatu daripada terlihat. Kerana itu penjaga istana di dalam sejarah Islam dipanggil hajib. Daripada akar kata hijab ini kita dapat mengerti maksud daripada istilah hijab yang berperanan sebagai tabir yang membatasi antara lelaki dan wanita. Mengapa pergaulan lelaki dan wanita perlu dibatasi? Kerana kedua-duanya memiliki jantina yang berbeza, yang semestinya tertarik secara seksual kepada lawan jantinanya. Islam membatasi tarikan ini agar terkawal dan tidak mendatangkan perkara-perkara yang tidak diinginkan sedangkan liberalisme sebaliknya membuka seluas-luasnya kerana sebarang pembatasan dilihat hanya akan merugikan manusia.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:25 PM | Show all posts
Apakah Konsep dan Falsafah di Sebalik Hijab?

Tujuan berhijab adalah untuk meraih taqwa. Perlu difahami bahawa hijab hanyalah sarana dan bukan tujuan. Ramai orang keliru apabila melihat hijab sebagai tujuan, sehingga berhenti pada sebatas memakai hijab atau tudung dan bukan terus berusaha ke arah ketaqwaan. Wanita memerlukan sarana ini untuk mencapai taqwa. Tetapi dengan sarana ini ia tidak secara automatik mencapai taqwa kerana taqwa lebih payah untuk dicapai daripada hanya sekadar memakai hijab. Ada yang memakai hijab tetapi tidak mencapai taqwa, kerana tujuan dia berhijab bukan untuk mencapai taqwa tetapi lebih kepada fesyen, mengikut trend dsb. Hijab bukan hanya sekadar sehelai kain yang ditempelkan di badan wanita ia lebih daripada itu. Seseorang itu perlu memahami konsep hijab terlebih dahulu sebelum memakai dan berbicara tentang hijab. Jika salah memahami konsepnya ia boleh membuat penilaian dan kesimpulan yang keliru.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:26 PM | Show all posts
Hijab adalah batas yang digariskan oleh Islam diantara wanita dengan lelaki bagi memelihara kehormatan wanita dan mendidik lelaki agar menghormati kaum wanita. Jenayah rogol berlaku apabila seseorang itu tidak lagi menghormati batas yang melindungi kehormatan wanita. Nafsu buas menguasai diri lalu melampiaskannya kepada lawan jenis yang lemah. Sebagaimana wanita perlu berhijab daripada lelaki, iaitu dengan menghalang lelaki daripada melihat auratnya, lelaki juga perlu berhijab daripada perempuan dengan membatasi pergaulannya dengan perempuan. Kerana itu Islam melarang lelaki berdua-duaan (berkhalwat) di tempat tertutup dengan perempuan yang bukan mahramnya. Maka daripada itu jelas bahawa hijab bukan alat penindasan, justeru ia adalah sarana pembebasan. Bebas daripada kongkongan hawa nafsu dan keganasan seksual.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:28 PM | Show all posts
Hijab juga adalah sarana pendidikan, kerana dengan itu lelaki tahu batasnya dan menjaga nafsunya maka dengan demikian kehormatan wanita terpelihara. Hijab memberi manfaat kepada kedua belah pihak kerana lelaki dan perempuan tahu menghormati batas pergaulan dan pandangan dengan lawan jenis. Malah hijab juga adalah simbol kemuliaan dan kemerdekaan. Seseorang yang memakai hijab menentukan sendiri siapa yang diberi izin untuk melihat auratnya. Ia membuat keputusan sendiri berdasarkan hubungan rapat yang ia terima dan tentukan. Wanita yang melihat hijab dari perspektif yang benar tidak akan merasa terpaksa. Ia hanya akan merasa terkongkong apabila ia melihatnya dari perspektif yang keliru.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:30 PM | Show all posts
Kekeliruan tentang Hijab

Golongan feminis juga sering terkeliru apabila melihat bahawa kecenderungan bertudung hanya wujud pada beberapa dekad kebelakangan ini dan bukan kebiasaan wanita pada zaman sebelumnya. Sekali lagi kekeliruan di atas adalah berpunca daripada kejahilan tentang konsep hijab, sehingga akhirnya mereka menyamakan hijab dengan tudung. Seseorang itu boleh jadi bertudung tetapi membuka aurat, dengan berpakaian seksi maka sebenarnya ia tidak berhijab. Sebaliknya seseorang itu boleh jadi tidak bertudung tetapi memakai selendang yang menutup aurat dan menjaga pergaulannya, maka ia dikira berhijab. Orang yang bertudung tetapi pergi ke disco dan kelab malam, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas, tidak dapat dikategorikan sebagai orang yang berhijab. Oleh yang demikian walaupun wanita Melayu pada zaman dahulu tidak memakai tudung dengan cara gaya wanita pada hari ini namun sebenarnya mereka telah berhijab kerana menutup aurat mereka dengan selendang dan menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:31 PM | Show all posts
Dari segi Shara hijab adalah sesuatu yang menutupi jasad wanita. Para ulama tidak berbeza pendapat mengenai kewajipan berhijab atau menutup aurat, mereka hanya berbeza pendapat tentang apakah seluruh tubuh wanita itu aurat ataukah ada bahagian tertentu daripada jasad wanita yang tidak dianggap aurat. Sebahagian berpendapat bahawa seluruh jasad wanita adalah aurat. Sedangkan majoriti ulama berpendapat bahawa wajah dan dua belah tangan tidak termasuk dalam aurat wanita (Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu). Ia berdasarkan hadith Nabi sallaLlah alayhi wa sallam yang bermaksud: wahai Asma sesungguhnya seorang wanita apabila telah mula mengalami haid tidak boleh dilihat daripadanya melainkan ini dan ini, dan Baginda menunjukkan kepada wajah dan tangannya (hadith riwayat Abu Daud).
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:37 PM | Show all posts
Dalam al-Quran juga dijelaskan mengenai aurat wanita yang perlu ditutup daripada penglihatan orang yang bukan mahram:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya (Surah al-Nur: 31).
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:38 PM | Show all posts
Daripada ayat di atas jelas bahawa yang dimaksudkan dengan perhiasan wanita itu adalah bahagian-bahagian daripada tubuh badannya yang boleh mendatangkan syahwat yang oleh kerananya tidak boleh dilihat oleh yang bukan mahram. Maka apa yang penting daripada hijab adalah tertutupnya aurat wanita dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan kaum wanita.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:38 PM | Show all posts
Tuduhan Orientalis dan Golongan Sekular

Orientalis, sebagai sebahagian daripada strategi kolonialisme Barat terhadap orang Islam, selalu melihat Islam menindas dan mengongkong kaum wanita. Kerana mereka melihatnya daripada pandangan alam Barat yang sekular dan liberal. Agama itu sendiri di Barat dianggap sebagai penghalang kemajuan dan penyebab kemunduran. Hijab dianggap sebagai produk budaya dan bukan kewajipan agama. Sebenarnya bukan hanya hijab bahkan semua hukum hakam di dalam Islam dianggap produk budaya dan sejarah dan oleh kerananya bukan perintah Tuhan melainkan pentafsiran manusia yang relatif dan subjektif. Maka berlakulah usaha di kalangan golongan liberal untuk merombak agama Islam dan Shariah.

Di sinilah pentingnya agar pendidikan Islam tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran tentang hukum-hakam tetapi kefahaman yang mendalam tentang tujuan dan makna di sebalik segala aturan dan perintah Allah SWT agar cara pandang dan cara berfikir seseorang Muslim terbentuk mengikut acuan dan pandangan alam (worldview) Islam. Dengan adanya kefahaman tentang worldview Islam ini seseorang itu tidak mudah terpengaruh dan terkeliru bahkan merasa yakin dan berbangga dengan Islam.

Selain daripada pengaruh orientalisme, dan strategi kolonialisme, terhadap golongan feminis dan pendokong dehijabbing, mereka juga dipengaruhi dengan falsafah pascamodenisme yang menganut faham relativisme kebenaran dan nihilisme. Bagi penganut faham pascamodenisme kebenaran hanyalah ciptaan manusia, oleh kerananya tidak ada kebenaran yang mutlak. Dengan andaian seperti ini tiada agama yang benar, tiada Tuhan yang benar, semuanya hanyalah kebenaran-kebenaran yang dicipta oleh kelompok-kelompok manusia untuk kepentingan masing-masing.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:39 PM | Show all posts
Benarkah Hijab adalah Simbol Penindasan Terhadap Wanita?

Tokoh feminis radikal seperti Fatima Mernissi berusaha untuk mengemukakan naratif baru bagi hijab yang baginya merupakan hasil kesepakatan masyarakat, social construct, yang dikuasai oleh golongan lelaki. Dalam bukunya Beyond the Veil (1975), Fatima Mernissi mengatakan bahawa hijab adalah simbol penindasan ke atas kaum wanita (the veil as a tool and symbol of oppression and subservience). Dalam bukunya yang lain, The Veil and the Male Elite, beliau mengatakan bahawa kewajipan hijab bukan daripada Nabi, tetapi merupakan pandangan para sahabat yang memiliki sifat membenci kaum wanita (misogynists) yang tidak ingin wanita menjadi pemimpin masyarakat. Malah amalan hijab menurutnya adalah tradisi Arab jahiliyyah. Beliau membuat kesimpulan bahawa pembebasan wanita Islam tidak akan berlaku tanpa penolakan terhadap hijab (unveiling). Beliau juga menegaskan:

The objective of the veil is above all to hide the female body, to obliterate it, to make it disappearto deform it at the very least. To mention the veil, is to bring up a certain aggression against the female body. (LAmour dans les pays musulmans, 74,73.)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:41 PM | Show all posts
Dakwaan Mernissi bahawa hijab adalah social construct menunjukkan bahawa beliau jahil tentang hukum Islam. Pandangan beliau tentang hukum Islam dan sejarah Islam hanya berupa tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Beliau mengandaikan bahawa para Sahabat dan para ulama telah mencipta hukum Islam yang sesuai dengan kepentingan mereka sebagai lelaki dan tidak sama sekali memberi perhatian kepada kepentingan perempuan. Ini semua hanyalah andaian sahaja kerana pada realitinya pertembungan antara kepentingan lelaki dan kepentingan perempuan tidak ada dalam sejarah hukum Islam, ia hanya wujud di zaman moden di Barat yang timbul akibat penindasan masyarakat Barat terhadap kaum wanita di zaman pertengahan dan sampai kepada kemuncaknya di zaman industri. Beliau juga mengandaikan bahawa agama Islam sama dengan agama Yahudi dan Nasrani yang mendiskriminasikan kaum wanita. Sekali lagi andaian ini juga meleset kerana terbukti bahawa Shariah Islam telah mengangkat harkat dan darjat kaum wanita dengan banyak keistimewaan, seperti hak pemilikan harta, hak mengekalkan identiti sendiri dan banyak lagi yang tidak terdapat dalam agama-agama lain.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:51 PM | Show all posts
Jelas daripada ayat dan hadith di atas bahawa bukan kaum lelaki yang mewajibkan hijab terhadap wanita tetapi Allah SWT. Kewajipan berhijab bukan ciptaan para ulama tetapi merupakan ketetapan Shariah. Ulama tidak berhak untuk mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan Rasul. Tidak seperti di dalam agama Kristian di mana para rahib mempunyai wewenang untuk menokok tambah atau mengurangi apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul.

Sebagai seorang yang berpendidikan Barat dan berfikiran sekular Mernissi tidak memahami konsep dan falsafah di sebalik hijab, justeru ia melihatnya daripada kacamata orang luar dan membawa bersama cara pandang yang kebaratan itu untuk menilai agama dan amalan orang Islam. Hasilnya adalah pandangan yang berat sebelah dan tidak adil terhadap Islam.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:52 PM | Show all posts
Apakah Islam Mendokong Budaya Patriarki?

Patriarki adalah sistem yang memperhambakan kaum wanita dan mengeluarkan mereka daripada kepemimpinan dalam masyarakat. Dalam Islam walaupun wanita tidak dibenarkan menjadi imam solat berjamaah, menjadi kepala rumah tangga dan tidak mendapat bahagian yang sama dalam harta waris tidak bermakna kaum wanita terkecuali daripada kepimpinan dan ditindas oleh kaum lelaki. Wanita boleh menjadi pemimpin, selain daripada kepimpinan tertinggi menurut pendapat majoriti para ulama, menjadi menteri, qadi atau hakim mahkamah, berniaga dan memimpin syarikat atau universiti asalkan mereka mampu dan mempunyai kewibawaan. Sistem patriarki yang menindas dan mendiskriminasikan kaum wanita tidak ada hubungannya dengan Hukum Islam. Islam meletakkan kaum lelaki sebagai pemimpin rumah tangga (qawamah) tetapi ini tidak bermakna bahawa wanita adalah hamba kepada kaum lelaki. Patriarki adalah budaya sesetengah masyarakat yang tidak semestinya bersumberkan Shariah. Sebagaimana dengan masalah terorisme, jika ada orang Islam yang terlibat dengan terorisme yang perlu dipersalahkan adalah orang Islam yang terlibat itu dan bukan agama Islam. Kerana Islam tidak pernah mengajarkan terorisme atau keganasan. Demikian juga Islam tidak pernah mengajarkan patriarki.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2019 06:53 PM | Show all posts
Islam hanya membezakan peranan dan tanggungjawab lelaki dan perempuan. Perbezaan peranan dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT ini adalah selari dengan fitrah lelaki dan perempuan yang sememangnya berbeza. Perbezaan fitrah ini diakui oleh para saintis hari ini, bahawa secara semula jadinya sifat dan kecenderungan lelaki berbeza daripada perempuan, maka sudah tentu peranan dan tanggungjawab mereka juga sewajarnya berbeza dan terdapat hikmah penciptaan Allah SWT disebaliknya dan oleh kerananya tidak sewajarnya dianggap sebagai diskriminasi dan patriarki.

Pada zaman ini Islam sering dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak benar yang bertujuan untuk memberikan imej yang buruk terhadap Islam. Sebahagian orang Islam yang tidak memahami agamanya dengan baik telah terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan itu dan mula mempertikaikan hukum-hakam Islam. Ajaran Islam yang sebenarnya indah dan mulia dan bertujuan untuk menjaga kemaslahatan manusia justeru terlihat kolot dan ketinggalan zaman, malah buruk dan hina di mata mereka kerana melihatnya daripada kacamata dan pandangan alam yang sekular lagi liberal. Mereka kemudian mencari alasan dan justifikasi untuk meninggalkannya dan merobohkan agar bersesuaian dengan keinginan dan akal rasional mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 10:44 AM | Show all posts
bagaimana nak memahami Islam dan intipati dari sudut pencerahan kacamata nabi saw
cmana nak fahami bab amal ibadah rukun iman Islam dr sudut kacamata nabi saw
bagaimana nak memahami cara pemikiran cara akhlak cara bercakap dr sudut kacamata nabi saw

nak faham sebenar faham
kenalah masuk  tarekat amek jazam baiah dgn guru mursid ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086669s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list