Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
8321
View
183
Reply

[Tempatan] CUEPACS tetap berharap kerajaan beri bonus sebelum Hari Raya

[Copy link]

Author: putericahaya999    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-5-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PASIR MAS: : Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan mempertimbangkan supaya pemberian bonus raya kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan sebelum sambutan Aidilfitri.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan menghantar surat kepada Perdana Menteri serta Menteri Kewangan agar pemberian bantuan khas itu menjadi kenyataan.

Beliau berkata pihaknya memohon agar setiap penjawat awam diberikan bonus RM1,000, manakala bagi pesara RM500, dan menurutnya bantuan khas itu dijangka membabitkan jumlah lebih RM1bilion.

"Sebelum ini hanya mereka yang Gred 41 ke bawah sahaja yang layak dan kali ini kita tidak mahu ada sekatan, semua Gred 54 ke bawah (seharusnya) layak menerimanya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Imigresen Kelantan dan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Seluruh Malaysia (KPISM) di sini, pada Ahad.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah presiden KPISM, Mohd Fauzi Jamaluddin serta Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Azhar Abd Hamid.

Dalam perkembangan lain Azih berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau mendapati fasiliti di pintu masuk utama negara di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) di Rantau Panjang sudah agak ketinggalan dan perlu pembaharuan.

"Di sini (ICQS) ada 13 agensi dengan jumlah keanggotaan adalah 213 orang dan kita dapati dengan keadaan sekarang di mana jumlah trafik yang keluar masuk semakin banyak memberikan ketidakselesaan kepada anggota yang bertugas di sini.

"Dahulunya keadaan begini mungkin sesuai, namun dengan peredaran masa kita rasakan ia perlu penambahbaikan agar anggota yang bertugas di situ lebih selesa. Di sini kita mahu supaya kerajaan melihat semula soal kebajikan dan keperluan anggota supaya dapat menjalankan tugasan dengan lebih kondusif," katanya.

Jelasnya, kerajaan perlu melihat anggota yang bertugas ini sebagai "orang penting" kepada negara kerana anggota beruniform bukan sahaja menjaga keselamatan kita tetapi bertanggungjawab memberi keselesaan kepada rakyat.

"Dalam soal ini kita memohon agar gaji kakitangan beruniform perlu lebih tinggi daripada gaji kumpulan yang lain. Kita tahu wujud kekangan di segi kewangan kepada kerajaan namun kita tetap memohon agar ia dipertimbangkan," katanya.

-- BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 13-5-2019 09:20 AM | Show all posts
klu ada...Alhamdullillah...klu xde pun apedehal..raya jugak kan...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-5-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 13-5-2019 09:20 AM
klu ada...Alhamdullillah...klu xde pun apedehal..raya jugak kan...

Kenalah ada
Mana boleh tiada
Tak baik lah tak bagi.....
Kesian penjawat awam
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:21 AM | Show all posts
kupeks nih tak habis2 ank minta itu ini..tgk lar keadaan ekonomi semasa...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-5-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 13-5-2019 09:21 AM
kupeks nih tak habis2 ank minta itu ini..tgk lar keadaan ekonomi semasa...


Yelah kan hutang 1 triliooon
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:27 AM | Show all posts
putericahaya999 replied at 13-5-2019 09:21 AM
Kenalah ada
Mana boleh tiada
Tak baik lah tak bagi.....

aku penjawat awam...xyah kesian sgt la...klu xdpt bonus, pandai2 la bajet...nak harap bonus je payah la...klu ada, ok la..klu takde xkan nk meroyan kot?

***hari ni aku cuti..kang ada yg ckp aku mkn gj buto...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:28 AM | Show all posts
Apalah sangat berkorban tak dapat duit raya tahun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:38 AM | Show all posts
tu je yang kupek tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:41 AM | Show all posts
mmg ada bantuan raya kan tp dpt selepas beberapa hari gaji...kalo dulu dpt skali ngan gaji
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-5-2019 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
lee_sakura replied at 13-5-2019 09:41 AM
mmg ada bantuan raya kan tp dpt selepas beberapa hari gaji...kalo dulu dpt skali ngan gaji

Belum confirm

Cuepacs baru mintak tu


Paling banyak pun 500 je biasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:46 AM | Show all posts
bonus nak

kerja malas lembap kalah siput babi

dasar sungguh


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:47 AM | Show all posts
sarawak tak de bonus raya....

tapi raya tetap raya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:48 AM | Show all posts
Maka bermulah perang antara pekerja swasta dan pekerja kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Gred 54 tu xyah lh, gaji dh besar...Sian y kakitangan2 sokongan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-5-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 13-5-2019 09:48 AM
Maka bermulah perang antara pekerja swasta dan pekerja kerajaan.

Janganlah perang .kita semua saling melengkapi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-5-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 13-5-2019 09:49 AM
Gred 54 tu xyah lh, gaji dh besar...Sian y kakitangan2 sokongan.

Betul dah besar 54
Tapi 52 dan ke bawah kecik je
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:53 AM | Show all posts
jahcomel replied at 13-5-2019 09:49 AM
Gred 54 tu xyah lh, gaji dh besar...Sian y kakitangan2 sokongan.

btoi tu, mana2 gred yg dpt elaun keraian tu xpyh dibagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:55 AM | Show all posts
putericahaya999 replied at 13-5-2019 09:52 AM
Janganlah perang .kita semua saling melengkapi

Biarlah mereka berperang. Ini bukti kebebasan berforum.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-5-2019 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
lee_sakura replied at 13-5-2019 09:53 AM
btoi tu, mana2 gred yg dpt elaun keraian tu xpyh dibagi

. Macam tu ke

Gred berapa dapat keraian
Gred berapa tak dapat
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 10:02 AM | Show all posts
bagi ja kpd geng gred 41 dan ke bawah.
geng 44 dan ke atas tak yah bagi.
macam tahun lepas.

dan geng 44 ke atas boleh la post gambaq kat fb "takdak duit raya tahun ni sebab tak dapat bonus raya"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list