JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN SEGERA! Jana pendapatan dari rumah sebagai penulis freelance kami. Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
441
View
6
Reply

Perihal : Manusia dan Ramadhan - Dr Farid Shahran

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-5-2019 04:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 11-5-2019 04:33 AM

assalamualaikum,

berikut saya paparkan andungan rencana berkenaan ramadhan dan hubungannya dengan juzuk insani. I love  the content of the article, kandungannya sarat dengan konsep insan dan hubungannya dengan The Supreme Creator.

Manusia dan Ramadan

Dr Mohd Farid MohD Shahran

sumber pautan asal:
http://www.ikim.gov.my/index.php/2019/05/07/manusia-dan-ramadan/

Di samping kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku dalam peristiwa Israk Mikraj yang disambut baru-baru ini, salah satu pengajaran yang yang jarang diketengahkan ialah hakikat bahawa kedudukan tertinggi yang harus dicapai oleh seseorang insan dalam hubungannya dengan Tuhan ialah untuk kembali menjadi seorang hamba yang sebenar. Ini dibuktikan apabila ayat pertama dalam Surah al-Isra yang menceritakan kisah tersebut telah menggunakan istilah hamba bagi merujuk kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad, Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati persekitarannya bagi memperlihatkan tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah al-Isra, ayat 1).


Istilah hamba yang digunakan dalam ayat ini amat signifikan di sebalik hakikat bahawa Nabi Muhammad dicipta sebagai makhluk terbaik, kekasih Allah, penghulu kepada segala para Nabi dan Rasul, dikurniakan kebaikan yang amat banyak (Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu kebaikan yang amat banyak, Surau al-Kawthar, ayat 1).


Peristiwa Isra Miraj sendiri adalah satu bukti baginda telah diberi keistimewaan yang tidak pernah diberikan kepada segala makhluk apabila baginda telah dibawa dalam satu perjalanan penuh luar biasa, bertemu dengan nabi-nabi terdahulu, melihat balasan syurga dan neraka, sehingga naik terus melewati batas terakhir kewujudan (sidratul muntaha) untuk bertemu dengan Pencipta Rabbul Izzati. Tiada insan seagung dan setinggi manapun pangkat dan gelaran yang diterima di dalam sepanjang sejarah kemanusiaan yang pernah diberikan kelebihan ini.



Namun Junjungan besar Nabi Muhammad masih dirujuk oleh al-Quran sebagai seorang hamba. Ini jelas menunjukkan bahawa kedudukan sebagai hamba bukanlah petunjuk kepada kehinaan manusia khususnya apabila merujuk kepada hubungannya dengan Tuhannya.  Imam Fakh al-Din al-Razi ketika mentafsir ayat berkaitan Isra Miraj ini mengatakan bahawa ketika bertemu dengan Allah, Nabi Muhammad telah ditanya apakah perkara yang menggembirakan baginda dalam perjalanan ini, Nabi menjawab kegemambiraan baginda ialah apabila dinisbahkan sebagai hamba yang sebenar di sisi Allah.
Demikianlah adab yang tertinggi yang ditunjukkan oleh insan terbaik yang telah dicipta oleh Allah. Sememangnya tiada adab yang lebih layak ditunjukkan oleh seorang hamba di hadapan Tuhannya melainkan dengan kembali kepada kedudukan sebenar ia dijadikan iaitu untuk tunduk dan menyerah diri kepada Tuhannya dengan tulus dan ikhlas sebagaimana yang dirakamkan al-Quran,  Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menghambakan diri kepada Tuhan. (Surah al-Zariyat, ayat 56)

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-5-2019 04:24 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-5-2019 04:38 AM

Demikian jugalah fitrah kehidupan manusia sebagai hamba Allah yang harus dilalui ketika berada di dunia ini. Ketika kita diperintahkan untuk sujud oleh Allah di dalam solat dengan meletakkan dahi kita yang merupakan anggota yang paling tinggi dan mulia pada diri kita ke tempat yang paling rendah iaitu dibumi, ketika itu jugalah martabat dan kedudukan kita melonjak ke kedudukan paling tinggi di sisi Allah. Ini kerana perbuatan ini merupakan lambang kemuncak penghambaan manusia kepada Tuhannya.   Ia juga adalah perlambangan kepada keadilan apabila setiap sesuatu berada kepada kedudukannya yang sebenar. Pencipta yang Agung disembah dan dibesarkan sementara Sang Hamba meletakkan dirinya ditempat yang paling layak baginya.

>>> I love this part.
garapan elemen ilmu tentang hakikat kehambaan itu akan menyedarkan sang hamba akan kedududkannya di alam cipta raya ini dan tataletak semua unsur dalam semesta ini , dengan ilmu sahaja dan saluran ilmu yg dinyatakan sahaja yg dapat menyedarkan hamba hamba itu akan hakikat , kesedaran yg konkrit danmendasar akan makna hamba dan ertinya dalam konteks hubungan Allah  - makhluk.


Dengan memahami hakikat ini, adab akan terzahir dan keadilan dapat dicapai dalam jiwa serang insan akan memahami perkara perkara penting  yg mencakupi hubungan Allah - makhluk.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-5-2019 04:29 AM | Show all posts
Sehubungan dengan itu solat yang diterima pertangjawabannya oleh Nabi dari Allah dalam peristiwa Isra Miraj tidak lain adalah perlambangan kepada penghambaan dan ketundukan yang tulus ini. Setiap hari manusia diberi peluang sekurang-kurangnya lima kali untuk melonjakkan dirinya menuju ketinggian dan kemuliaan dengan merendahkan dirinya sehina-hinanya di hadapan Tuhannya melalui ibadat solat yang telah didisiplinkan oleh Tuhannya. Justeru alangkah beruntungnya mereka yang melakukannya secara sedar, khusyu dan bersungguh-sungguh.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-5-2019 04:29 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-5-2019 04:32 AM

Demikianlah agama mengajar letak duduk sesuatu perkara dalam pentas kehidupan. Yang dinamakan agama itu ialah suasana kesejahteraan dan keharmonian yang terhasil apabila seluruh makhluk itu tunduk menyerah kepada Pencipta yang sebenar sesuai dengan fitrahnya yang sebenar dan menjauhkan diri dari penghambaan kepada perkara yang palsu dan batil. Oleh kerana itu jualah agama Islam itu dinamakan agama fitrah lantaran sifatnya yang mengembalikan manusia kepada fitrah penyerahan diri yang sebenar.

Penyerahan diri ini juga berlaku secara menyeluruh bukan sekadar terbatas kepada ketundukan  yang bersifat luaran.  Akan tetapi yang lebih penting ia harus bermula di peringkat dalaman dengan ketundukan segala anggota raga manusia termasuk syahwat dan nafsunya kepada raja dan pemerintah dalamannya iaitu akal dan jiwanya.

Oleh yang demikian kedatangan Ramadhan adalah peluang terbaik untuk manusia kembali kepada fitrah ketundukan dan penghambaan yang menyeluruh ini. Ini kerana di bulan keberkatan ini, bukan sahaja manusia didisiplinkan untuk banyak melakukan ketundukan secara jasmani dengan pelbagai bentuk ibadat wajib dan yang sunat, yang lebih penting jiwa dalamannya juga ditundukkan dengan membataskan diri dari elemen shahwat dan haiwani yang datang bersama makanan dan minuman dan hubungan jenis. Semoga dengan kehadiran bulan penuh barakah ini manusia akan mampu kembali kepada fitrahnya yang sebenar sebagai seorang hamba, kedudukan tertinggi yang diberikan oleh Allah sebagaimana yang telah kurniakan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-5-2019 04:41 AM | Show all posts
Artikel berkaitan konsep dan unsur yg sama:

Utusan Malaysia
Puasa Lemahkan Nafsu Haiwaniah
Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad May 6, 2019

sumber pautan asal:

http://www.ikim.gov.my/index.php ... an-nafsu-haiwaniah/
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-5-2019 07:52 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-5-2019 07:54 AM

Memahami Hakikat INSAN

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-5-2019 06:49 PM | Show all posts
HAKIKAT INSAN PART 2


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.077397s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list