CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1324|Reply: 2

Majoriti Rakyat Tak Puas Hati Prestasi Tun M - Kajian Merdeka Center

[Copy link]
Post time 30-4-2019 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: The Strait Times



Hanya 46 peratus pengundi di negara ini menyatakan mereka berpuas hati terhadap prestasi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika ini, sekali gus mencatatkan penurunan berbanding 71 peratus pada Ogos 2018.


Perkara itu dinyatakan dalam hasil kajian badan penyelidikan Merdeka Center di seluruh negara pada Mac 2019.


Memetik kenyataan yang dikeluarkan Merdeka Center pada 26 April, hanya 46 peratus pengundi yang memberi penarafan positif terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).




Tahap berpuas hati terhadap prestasi Tun Mahathir.
Kredit foto: Merdeka Center





Persepsi terhadap kerajaan Persekutuan.
Kredit foto: Merdeka Center



Sokongan rakyat terhadap pentadbiran Dr Mahathir juga merosot apabila jumlah pengundi yang merasakan 'negara ini menghala ke arah yang salah' meningkat dari 24 peratus pada Ogos 2018 kepada 46 peratus pada Mac 2019.

"Kemerosotan dalam penarafan itu dipercayai ada kaitan dengan tiga faktor iaitu situasi ekonomi menurut tanggapan pengguna biasa, tanggapan terhadap prestasi kerajaan dan kebimbangan terhadap hak serta keistimewaan orang Melayu dan layanan adil terhadap kaum-kaum lain di Malaysia," jelas Merdeka Center.


Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi pengurusan ekonomi negara oleh kerajaan turut mencatatkan penurunan daripada 60 peratus pada Ogos 2018 kepada 40 peratus pada Mac 2019.


Antara isu-isu lain yang menjadi kebimbangan rakyat adalah kontroversi yang menyelubungi insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ dan cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).




Orang Melayu bimbang tentang cadangan kerajaan untuk meratifikasi ICERD.
Kredit foto: The Sun Daily




Kajian itu turut mendapati kebimbangan terhadap situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan, kadar inflasi dan kos sara hidup kekal tingggi pada tahap 55 peratus.


"Kebimbangan tentang usaha mengekalkan hak orang Melayu dan layanan adil terhadap kaum-kaum lain pada tahap 23 peratus manakala kebimbangan tentang rasuah telah menurun daripada 33 peratus kepada 23 peratus," lapor Merdeka Center.


Selepas hampir setahun memerintah, sudah tiba masanya PH memberi tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi dan keharmonian negara, sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2019 03:10 PM | Show all posts
Tun tak salah...DAPee yang salah sebab perdayakan Tun dan menunggang Tun...wakakakakakakkakaakka
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 03:24 PM | Show all posts
Kesian Tun...penat dia ke sana ke mari mencari peluang ekonomi dalam usianya begini, biasalah..bila dia dah tak ada baru lah org nak hargai.

Propaganda nak Tun turun cepat ke ni ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.122691 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list