Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4466
View
172
Reply

[Tempatan] Apa istimewa penjawat awam??

[Copy link]

Author: Burong_Hantuk       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-4-2019 02:03 PM | Show all posts |Read mode
SAUDARA PENGARANG,
Malaysia adalah sebuah negara dengan jumlah penjawat awam yang tinggi berbanding penduduknya. Menjadi penjawat awam adalah satu cara untuk menyara hidup sama juga seperti pekerjaan lain.

Apa yang menjadi persoalan, kenapa kakitangan awam di negara ini mendapat layanan terlalu istimewa dari segi jaminan pendapatan atau sumber kewangan?

Bermula dari gaji bulanan yang tetap, elaun, kuarters, kemudahan pinjaman dengan kadar faedah rendah, gratuiti serta pencen sehingga akhir hayat. Bayangkanlah betapa istimewa layanan kerajaan terhadap mereka.

Dengan layanan sebegini, mereka tidak perlu susah hati untuk menempuh kehidupan tanpa memikirkan tentang perancangan kewangan jangka panjang.

Cuba kita bandingkan dengan pekerja swasta atau bekerja sendiri, berniaga, bertani, penoreh getah, nelayan, buruh dan sebagainya. Semua mereka terpaksa mengharungi kehidupan tanpa mendapat layanan istimewa daripada kerajaan dari segi kewangan.

Mereka semua terpaksa bersusah payah mengatur perbelanjaan dan membuat perancangan untuk masa depan dengan menyimpan dan mencarum sebahagian daripada pendapatan bulanan. Tiada skim pencen tersedia atau gratuiti menunggu. Yang ada hanyalah wang simpanan atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebagai rakyat yang bekerja sendiri, saya rasa tidak adil bagi kerajaan kerana memberi keistimewaan sebegitu kepada kakitangan awam.

Cukuplah sekadar gaji bulanan yang tetap, biar mereka juga perlu merancang kewangan dengan menyimpan atau mencarum sebagaimana yang tidak berkhidmat dengan kerajaan. Dengan maksud lain, tiada lagi skim pencen atau habuan gratuiti.

Keadilan sebegini perlu supaya kakitangan kerajaan tidak merasakan hanya mereka yang menyumbang kepada negara atau berkorban nyawa semasa menjalankan tugas. Semua penduduk tetap jadi penyumbang kepada negara sekali pun menjadi buruh kasar, nelayan, petani, pemanjat pokok kelapa, tukang dan sebagainya. Mereka juga bersabung nyawa dalam menjalankan kerja masing-masing di samping menyumbang kepada ekonomi negara dan memenuhi keperluan kehidupan orang lain.

Sudah sampai masanya kerajaan hentikan sahaja pembayaran pencen dan gratuiti kepada kakitangan kerajaan, biar sahaja mereka mencarum dan menyimpan sebagaimana pekerja swasta.

Perdana Menteri kita adalah antara orang yang peka kepada isu ini kerana sejak akhir-akhir ini, negara amat terbeban untuk melayan keperluan kewangan kakitangan kerajaan yang terlalu besar saban hari.

Jangan kerajaan beri muka kepada kakitangan kerajaan sahaja sebab rakyat lain juga mempunyai nilai undi yang sama iaitu satu pangkah setiap orang. Baharulah boleh wujud layanan sama rata dan keadilan kepada seluruh rakyat dalam merancang dan mengharungi kehidupan.

ZULKIFLI Z ABIDIN
Kuala Lumpur




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-4-2019 02:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-4-2019 02:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 02:14 PM | Show all posts
peningkatan gaji berjadual dan ada pencen....yang bab kereja nak tak nak tu tak mau komen la....harap depa akan lebih rajin dan produktif di bawah pemerintahan Tun yang dikasihi......wakakakakakakakakakakakakakaka

bukan produktif beranak na...wakakakakakakakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain keistimewaan yang dah tulis...
I pun tertanya jugak,  kenapa penjawat awam selalu aje pergi kursu itu ini?
Sampaikan kursus bodoh2 macam teamwork bagai tu pun nak dibuat kat negeri lain, makan minum tpt tinggal elaun semua kena bayar..

Membazir...  Pandai tak juga,  produktif tak berapa juga
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 02:33 PM | Show all posts
kesianya..
bertabah la yg x keje gomen..
rezeki masing2
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde untung apa2.. Mcm org lain, g keje, ujung bulan dpt gaji... Ramai ja staff gomen keje teruk, tp org x nmpk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbahagialah penjawat awam yg mengundi PM 4   
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by white_musk at 26-4-2019 12:17 AM

Mahu beri sama rata mulakan menukar akta pekerja 1955 yang mana 48jam bekerja kepada 40 jam seminggu.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 02:44 PM | Show all posts
selamat menyambut malaysia baru kpd penjawat awam...maaf dzahir bathin
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 03:50 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 25-4-2019 02:30 PM
Selain keistimewaan yang dah tulis...
I pun tertanya jugak,  kenapa penjawat awam selalu aje pergi ...

penjawat awam wajib kena ada kursus 5 hari. kalau tak cukup kursus nnti hujung tahun nak kena isi sasaran kerja tahunan (skt) tak capai 5 hari tu tak dapat lah full mark.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Istimewa ler.. sbb bukan senang nak jadik penjawat awam uolsss beribu2 apply. Sorang je yg dpt
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 03:54 PM | Show all posts
jgn dengki dgn rezeki org...pekerja awam ada bahagian mereka, pekerja swasta ada bahagian mereka, bekerja sendiri ada bahagian mereka...hidup lah dgn aman damai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti penjawat awam yg undi ph sedang gembira skrg....

gaji mrk lah punca harga barang naik kata org tua tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
GOMEN FOREVER!




Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenaikan gaji tahunan tanpa miss sekalipun setiap tahun dan tetiap tahun leh mintak macam2 melalui kupeks
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
farlis replied at 25-4-2019 02:33 PM
Xde untung apa2.. Mcm org lain, g keje, ujung bulan dpt gaji... Ramai ja staff gomen keje teruk, tp  ...

teruk lagi keje swasta
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 25-4-2019 04:02 PM
teruk lagi keje swasta

Try masuk pasukan beruniform....nak cuti raya pun x boleh. Atau try kerja hospital krjn...hari2 makan sumpah seranah org ramai
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 25-4-2019 04:05 PM
Try masuk pasukan beruniform....nak cuti raya pun x boleh. Atau try kerja hospital krjn...hari2 ma ...

sekurang2nya gaji besar elaun byk ada pencen
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 04:10 PM | Show all posts
apa istimewa penjawat swasta pulak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.083863s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list