JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN SEGERA! Jana pendapatan dari rumah sebagai penulis freelance kami. Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4860
View
109
Reply

[Tempatan] Kegiatan rasuah pegawai JPJ terbongkar kerana luka seorang wanita?

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-4-2019 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Kegiatan rasuah pegawai JPJ terbongkar kerana luka seorang wanita?FMT Reporters -

April 25, 2019 8:31 AM

7.9kShares






Kumpulan 30 individu, termasuk 24 pegawai penguat kuasa JPJ Pulau Pinang dibawa ke mahkamah di George Town untuk tahanan reman pada 17 April lepas. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah boleh menyalahkan seorang wanita yang terluka kerana menyebabkan mereka berdepan masalah dengan undang-undang, kata sumber yang rapat dengan penyiasatan yang sedang berjalan.


Wanita terbabit, yang merupakan isteri salah seorang suspek, membongkar sindiket perlindungan tersebut selepas diceraikan suaminya, kata sumber kepada FMT.


Beliau berkata, wanita tersebut menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan rekod urus niaga sindiket selepas gagal memujuk suaminya supaya tidak meninggalkan beliau kerana seorang wanita lain.


FMT telah menghubungi SPRM untuk pengesahan, tetapi belum menerima respons.


Jika maklumat sumber itu tepat, SPRM boleh mengucapkan terima kasih kepada wanita berkenaan berikutan tangkapan terbesar yang pernah dilakukan oleh agensi anti rasuah itu ke atas sebuah badan kerajaan.


Lebih 100 orang telah disoal siasat, termasuk 75 daripada 139 pegawai penguat kuasa JPJ Pulau Pinang.


Setakat ini, 3 peringkat tangkapan dibuat dan lebih 50 pegawai JPJ ditahan sejak 17 April lepas.


Sumber SPRM sebelum ini berkata, suspek menerima rasuah bulanan antara RM10,000 dan RM32,000 daripada pemandu lori dan firma pengangkutan sebagai balasan kerana mengabaikan pelanggaran peraturan pengangkutan.


Mereka berkata, lori terbabit menggunakan pelekat tertentu bagi menunjukkan kepada pegawai JPJ bahawa ia dipandu atau dimiliki oleh pelanggan sindiket.


Kata mereka, pelekat tersebut dikeluarkan oleh satu operasi tonto.


Dalam bahasa penguatkuasaan undang-undang, tontomerujuk kepada orang tengah dalam kegiatan jenayah atau pemberi maklumat yang dibayar oleh penjenayah.


Tonto juga akan memberi amaran kepada pemandu lori mengenai sekatan jalan raya JPJ sebelum ia diadakan, kata sumber.


Siasatan SPRM hampir melumpuhkan operasi JPJ Pulau Pinang sejak 2 minggu lepas. Atas arahan Putrajaya, JPJ Perak menghantar pegawai pengganti bagi mengambil alih tugas mereka yang disoal siasat.


Sumber yang memberitahu tentang pemberi maklumat itu berkata, hampir kesemua pegawai JPJ Pulau Pinang tahu tentang masalah yang dihadapi wanita terbabit dengan bekas suaminya. Mereka bercerai bulan lepas.


Wanita tersebut mengendalikan sebuah salon kecantikan.Beliau kecewa kerana suaminya mahu meninggalkannya dan telah berusaha untuk berdamai, tetapi gagal, kata sumber.


Wanita itu juga meminta sejumlah wang sebagai satu bentuk bayaran nafkah, tetapi lelaki itu enggan memberi satu sen pun walaupun memperoleh banyak wang daripada sindiket berkenaan.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:04 AM | Show all posts
wow...good job
kuasa seorang wanita

next time makin berahsialah para suami
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:05 AM | Show all posts
padan muka kau...

tapi bukan salah ke bgtau siapa pemberi maklumat?? biar betik


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:10 AM | Show all posts
Dah agak mesti ada pihak yang marah atau tak puas hati mengakibatkan terjadinya kantoi beramai2 macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:14 AM | Show all posts
kah kah kah...padan muka kau...geng2 dia yg kena sekali tu dah blh la lepuk dia beramai2..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-4-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
cutieslilies replied at 25-4-2019 11:05 AM
padan muka kau...

tapi bukan salah ke bgtau siapa pemberi maklumat?? biar betik

whistle blower
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:24 AM | Show all posts
dah la kena cerai.. lepas ni silap-silap kena bunuh..
macam la dorang tak leh cari sapa yang cerai di kalangan dorang yang kantoi tu..
bodoh betul reporter dengan sumber tu..
butir pengadu yang patutnya sulit pun ko nak bawangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:28 AM | Show all posts
hehehe

patut tukang petik tu pun reman & tuduh sekali

kenapa?

hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:29 AM | Show all posts
alamak.. kenapa pemberi maklumat tak dirahsiakan
sekali prempuan mengamok abisss
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:29 AM | Show all posts
terima kasih kpd wanita berkenaan...diharapkan ramai lagi menjadi wanita ini sebagai contoh utk memerangi rasuah...kalau saya, saya luku dulu kepala sekor2 pegawai JPJ ni sebelum membuat laporan kpd SPRM
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:32 AM | Show all posts

icccccccccccccccc.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:35 AM | Show all posts
hakak..kalo tak kena cerai hagak2 hakak maklom tak perkara ini kepada SPRM?huhuhuhuhuh... walau apa pun...padan muka laki akak dan de geng..mudah2 ngambik rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:37 AM | Show all posts
dengaq kat pompuan ni la jadi org tgh terima duit & distribute so patut dia pun akan kena jugak ka camna??
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bagitahu sape whistle blower? Lepas ni siapa berani nak bagi maklumat kes besar2 ni. Malaysia dah la senang nak dapat pembunuh upahan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:41 AM | Show all posts
masyuk la

gaji tak sentuh

bulan2 senang mkn duit haram

org lain terpaksa bercatu beroverlap loan bagai

utk survive idop mcm2 nak bayaw zaman2 pakatan lahnat

kencing hancing cukai sst kos idop tinggi mcm cilake skang ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah kelemahan whistleblower ni....aku tak setuju, patutnya pompuan tu pun kena. Ni lah jadi bila contoh ada sorang kontraktor dok bg duit bulan2 kat seorang engineer, bila engineer tu bg projek ke kontraktor lain, dia pulak bg tau SPRM sbgi whistleblower, padahal dia bersalah memberi rasuah.....sama lah macam kes ni, kalau pompuan tu tak cerai dan ex laki dia bg nafkah yg dia mintak, adakah benda ni dilaporkan pada sprm?


Di situ lah akta whistleblower ni punya kelemahan....patut tambah baik...dimana whistleblower pun kena dakwa sekiranya pernah bersubahat atau terlibat pada asalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
SPRM nie hanya bertindak bila ada laporan ke..rasanya byk yg benda yg dlm industri tu bukan rahsia..i.e MCM rahsia umum kewujudan tonto dan peranan tonto.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:53 AM | Show all posts
penerima dah dapat habuan seret sekali pemberi rasuah ituuuu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-4-2019 12:31 PM | Show all posts
JPJ racket expose credited to scorned womans wrath?
FMT Reporters - April 25, 2019 7:30 AM
5.8k



GEORGE TOWN: Suspected racketeers in Penangs Road Transport Department (JPJ) can blame a scorned woman for putting them into trouble with the law, according to a source close to the investigations.

She was married to one of the suspects and she blew the whistle on the protection syndicate after he divorced her, the source told FMT.

He said she contacted the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and handed over the syndicates transaction records after failing to dissuade her husband from leaving her for another woman.

FMT has contacted MACC for verification but has yet to receive a reply.

If the sources account is accurate, MACC can thank the woman for what may be the biggest blitz the anti-graft agency has made on a government agency to date.

More than 100 people have been interrogated, and they include 75 of the 139 enforcement officers on the Penang JPJ staff.

There have been three waves of arrests so far, with over 50 JPJ officers detained since April 17.

MACC sources earlier said the suspects received monthly bribes of between RM10,000 and RM32,000 from lorry drivers and haulage firms in return for ignoring violations of transport regulations.

They also said the lorries carried stickers to show JPJ officers that they were driven or owned by clients of the syndicate.

They said the stickers were produced by a tonto operation. In law enforcement lingo, tonto refers to a middleman in criminal activities or an informer paid by criminals.

These tontos would also warn lorry drivers of JPJ roadblocks before they were set up, the sources added.

The MACC interrogations have nearly paralysed Penang JPJ in the last two weeks. On an order from Putrajaya, Perak JPJ has sent backup officers to assume the duties of those being questioned.

The source who spoke about the whistleblower said nearly everyone at Penang JPJ knew of the problem the woman was having with her ex-husband. They were divorced last month.

It is learnt that she runs a beauty parlour.

She was very upset that her husband was leaving her and tried to reconcile but failed, the source said. She asked for some money as a form of alimony, but the man refused to give a single sen despite making a killing from the racket.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 12:45 PM | Show all posts
kalau tgk  gambar kat tangga tu
hampir keseluruhan OKT saiz XXL
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.112130s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list