Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
681
View
5
Reply

Mr Muqatil Sulaiman...

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-4-2019 06:41 PM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-366: MUQATIL BIN SULAIMAN
ButiranDimuatnaik oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub Diterbitkan: 23 April 2019
pautan asal:http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3349-irsyad-al-hadith-siri-ke-366-muqatil-bin-sulaiman?fbclid=IwAR1gIPEhsExsleoyykjdWL04_Vsf42I2JSpVJYlycPb7G

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-4-2019 06:42 PM | Show all posts
Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dengan melihat sejarah para sarjana Islam akan menaikkan semangat seseorang itu dalam menuntut ilmu dan ia juga sedikit sebanyak dapat diambil pengajaran daripada sifat atau akhlak yang ditonjolkan supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Berdasarkan soalan di atas, Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menceritakan secara ringkas berkaitan latar belakang seorang tokoh yang terkenal iaitu Muqatil bin Sulaiman.

Nama beliau ialah Abu al-Hasan Muqatil bin Sulaiman al-Balkhiy dan beliau merupakan salah seorang ahli tafsir yang hebat. Di samping itu, beliau merupakan perawi hadith munkar yang masyhur. Beliau meriwayatkan daripada al-Dhahhak, Mujahid, al-Zuhri dan Ibn Buraidah. Adapun yang meriwayatkan daripada beliau ialah Abdul Razzaq, Haramiy bin Umarah, Ali bin al-Jad dan Isa bin Abi Fatimah.

Telah ditanya Waki berkaitan tafsir Muqatil. Maka Waki berkata: Janganlah kamu melihat (merujuk) kepadanya. Lalu lelaki itu bertanya lagi kepada Waki: Lalu apa yang sepatutnya aku lakukan dengannya (kitab tafsir tersebut). Jawab Waki: Tanamlah ia (iaitu kitab tafsirnya) kerana beliau merupakan seorang yang suka berdusta. [Lihat: Tahzib al-Asma wa al-Lughat, 2/111]

Ibn al-Mubarak pernah berkata: Alangkah baik tafsirnya jika dia seorang yang thiqah (tidak berdusta). [Lihat: Siyar Alam al-Nubala, 7/201-202]
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-4-2019 06:43 PM | Show all posts
Hukum Riwayat Muqatil

  • Di antara ulama yang menilai riwayat Muqatil bin Sulaiman ini ialah:
  • Kata Abd al-Rahman bin al-Hakam: Sekalian manusia meninggalkan hadithnya (riwayatnya).
  • Kata Yahya bin Main: Hadithnya tidak mempunyai apa-apa.
  • Kata Abu Hatim: Dia (Muqatil) adalah seorang yang ditinggalkan riwayatnya.
  • Syeikh Syuaib al-Arnaouth menyatakan bahawa ulama telah ijma dalam meninggalkan riwayatnya.
  • Muqatil bin Sulaiman telah wafat pada tahun 150 Hijrah. [Lihat: Siyar Alam al-Nubala, 7/201-202]
  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-4-2019 06:44 PM | Show all posts
Kisah Nasihat Muqatil bin Sulaiman Kepada Khalifah Abu Jafar al-Mansur

Pada hari ketika khalifah Abu Jafar al-Mansur dibaiah menjadi khalifah, maka telah masuk Muqatil bin Sulaiman kepada beliau.

Lalu khalifah berkata kepadanya: Nasihatilah aku wahai Muqatil.

Beliau pun menjawab: Kamu ingin aku nasihati kamu dengan apa yang pernah aku lihat atau apa yang aku dengar?.

Khalifah berkata lagi: Dengan apa yang kamu lihat.

Muqatil berkata: Wahai amir al-Mukminin! Khalifah Umar bin Abdul Aziz memiliki 11 orang anak. Beliau meninggalkan harta sebanyak 18 dinar, 5 dinar untuk membeli kafan dan 4 dinar utk membeli kuburnya. Lalu baki sebanyak 9 dinar dibahagikan kepada 11 orang anaknya. Setelah itu, telah wafat Hisyam bin Abdul Malik (khalifah setelahnya) dan beliau mempunyai 4 orang isteri. Setiap isterinya mendapat 80 ribu dinar dan jumlah untuk 4 orang isteri beliau ialah 320 ribu dinar yang mana ia baru 1/8 daripada harta peninggalan beliau.

Muqatil berkata lagi: Demi Allah wahai amir al-Mukminin! Sungguh aku telah menyaksikan dengan kedua mataku sendiri salah seorang daripada anak khalifah Umar bin Abdul Aziz telah bersedekah sebanyak 100 ekor kuda perang untuk berjihad. Manakala, aku melihat salah seorang daripada anak khalifah Hisyam bin Abdul Malik sedang mengemis di dalam jalanan.

Kisah ini ada dinukilkan oleh Imam al-Syarawi di dalam tafsirnya yang masyhur pada menafsirkan ayat di dalam surah al-Maidah. [Lihat: Tafsir al-Syarawi, 6/3421]
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-4-2019 06:45 PM | Show all posts
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini adalah dengan meninggalkan harta yang banyak tidak boleh menjamin kesenangan hidup selepas daripada ketiadaannya. Ini kerana, kesemua itu bersifat sementara dan apa yang penting adalah meninggalkan anak-anak atau pewaris-pewaris yang bertaqwa kepada Allah SWT adalah lebih baik daripada segala-galanya.



Penutup

Kesimpulannya, Muqatil bin Sulaiman merupakan salah seorang daripada tokoh yang mempunyai jasanya tersendiri. Tambahan pula, Muqatil bin Sulaiman merupakan salah seorang yang tidak diterima riwayatnya di dalam hadith sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan dalam mencontohi sifat atau akhlak yang mulia daripada tokoh-tokoh Islam terdahulu. Amin.



Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 10:03 AM | Show all posts
Ahli bidaah, ahli Kalam Murjiah sezaman dan sebaris dengan Jahm bin Shafwan, Al Jad bin Dirham dan Wasil bin Atha.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.079621s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list